Assalamualaikum korang (ada lagi ke yg baca blog kakmek ni? Kahkah)
5/12/2019
Sambungan dari
Part 1.
Walaupun tido tak berapa nak selesa, tapi alhamdulillah dapat jugak lelap mata sekejap.
Boleh la buat bekal nak berjalan seharian hari ni. Nak layankan hati, tak seronok nak berjalan nnti.
Oleh kerana dok hotel, kitaorg takde bawak apa2 utk masak. Ada microwave je, tu pun kat bawah. Share ramai2..hurmmm ko byr murah takyah nak demand sangat. Bab tu aku ok je.
Cuma bab bilik je tak puas hati sbb aku bayar 5 kepala kot utk berkatil. Nadra sorang je without bed.
Alih2 dapat 2 katil je. Tp dorg janji akan bagi bilik yang sepatutnya hari ni. So sebelum kitaorg keluar, pack semula barang masuk luggage sbb dorg akan pindahkan brg kitaorg ke bilik baru. Ya lah. apa2 lah labuuuuh...
Since katanya bfast provided, kitaorg pun dengan besar hati turun la ke dining hall nak bfast kekononnya. Sekali yang terhidang roti putih dan telur rebus jeeee...dan adala jem 2 jenis buat sapu2. Air oren kotak tuang sendiri. Kahkahkah mari gelakkan diri sendiri.
Kalau roti, kat bilik pun ada..bnyk kitaorg bawak haaa..siap kaya, nutella, butter lagi.
Sekali lagi paseghah jelah. Ko byr murah jgn banyak bunyik 😬
So korang dah boleh agak la kan jenis hotel camana kitaorg dok. Mmg bajet abis. Nasib ada lif je nak naik turun. Pastu toilet dia acceptable. Oklahhhhhh
Maka lepas ‘bfast’ masing2 berkumpul depan hotel utk ke Nami Island. Ikutkan forecast hari tu adalah hari tersejuk Seoul untuk 2019 🥶
Semua dah ada, maka ramai2 anggota rombongan berjalan kaki ke tempat naik bas. Jauh jugak jalannya lintas sana sini. Tapi sebab kita baru sampai rasa teruja tu tinggi tak terasa sangat la.
Pagi tu -6 deg
Semua dah mcm hantu bungkus dah.
Jalan reramai ni seronok jugak. Tengok kanan tengok kiri. Tengok life org Korea in real. Biasa tgk drama je kan.
Jalan dalam sejuk tak rasa penat pun..
Dalam sejam jugak menunggu bas kat tepi jalan. Chartered bus.
Ini sebenarnya yang counter back aku punya hangin smlm pasal bilik. Ikutkan pakej, the whole trip ni akan pakai public transport. Turun naik subway (read: tangga subway). Tapi alhamdulillah JP ambik chartered bus utk ke Nami.
Sisa2 autumn masih ada. Cantik
First family photo in Seoul.
Alhamdulillah sampai jugak kami ke sini.
Bas besar utk kami yang tak sampai 30 orang pun. Alhamdulillah selesa sangat.
Semorang sempat tido topup balik smlm punya tak cukup.
Perjalanan dalam 2 jam dari Seoul.
Nami Island ni dekat je dgn tanah besar. Naik feri dalam 15 minit dah sampai.
Sampai sana, TG brief sikit sebanyak, kitaorang pun berpecah. Bawak haluan masing2.
Nak solat dulu ke makan dulu ke naik basikal ke terpulang. Janji pukul 4 dah berkumpul semula.
masing-masing diberi pamphlet untuk senang nak explore pulau.
pulau ni tak besar sangat pun. mampu je pusing2 situ dalam masa 3-4 jam.
time summer tempat ni akan kaler hijau. time autumn akan kaler kuning.
datang time winter dapat kaler ni jelah.
Kami decide makan dulu.
Asian Cuisine.
Punyalah ramai rakyat dalam ni. Semua muka2 macam aku je. Haha
Menunggu jugakla utk dpt seat. Nasib baik tak lama.
Foods semua sedap. Harga takyah cerita la. Darab 3.7 kot. Nak buat camana. Dah duit negara kau murohh.
tips dia bila kau dah plan nak makan kat sana, kau dah letak budget berapa2 utk sekali makan. Maknanya minda kau dah prepare dgn bayaran sekian-sekian. So that takdelah kau terkulat-kulat nak membayar nnti.
Another option, kau masak sesiap dan bawak bekal. Berkelahlah bersama sinopal di Pulau Nami sana. Haaaa menarik jugak kan.
Dan ada je yg buat servis tempahan makanan untuk bekal ke nami, ski resort dll. makanan malaysia.
Ok jugak.
Utk kitaorang hari tu, makan berenam dan ada 1-2 side dishes, dalam 110k won.
Dah tak ingat apa kenama makanan2 ni.
Haaa..ni mak punya. Nasi goreng Indonesia.
Kahkahkah sesaja kena kutuk ngan dorg sbb kat korea pun nak makan nasi goreng.
Indonesia pulak tu.
eh suka hati kitaaaaaa laaa.
Pusing-pusing seluruh pulau lah kerjanya. Dah tu je yang boleh. Nak naik beskal mcm jung sang & yoo jin pun boleh. Tapi kalau kau dah bawak rakyat sekampung, takyahlah. Melambatkan keja je. Apa kata kita guna kaki je bersiar-siar.
Sempatlah makkau photoshoot sempena umur masuk 40 semalamnya 4/12 🥰
Marilah kita tepek gambau je. Pusing2 situ takdelah penat mana pun. Pulau Nami tak besar. Confirm tak sesat.
Jumpa port gambar, kita posing. Pastu jalan lagi. Tak sempat bangjamil mamp pun 😝
Alaa kasi la channn. Bukan senang nak datang sini kan.
Nasib baik sejuk terlampau mengikat budak ni taat dalam stroller. Kalau tidakkkkkk putus napas ko nak mengejar dia.
Time ni sumpah dah tak rasa hidung mulut segala.
Belakang tu salah satu monumen Nami Island. Landmark la kiranya. Sejarah pulau ni maybe ada kaitan dengan mak2 menyusu agaknya. Pasal tu banyak sculpture mak dan anak2 tgh bf.
Omooo..bergelimpangan 🤣
Air belakang tu beku sebenarnya.
Tasik beku berdaun gingko combination musim luruh & winter
Bangga bila nampak bendera negara dia berkibar megah. Anak yang ini semangat patriotiknya mmg terlebih. Hehe
Dah macam dua beranak 😆
Keluar dari Nami, suhu dah naik -3 dari -6 tadinya.
Turun je dari feri, singgah mengopi dulu. Sejuk dia mmg takleh bawak bincang.
Kata hari tersejuk tahun 2019 kannnn..huhu
Hazab betul nak membayar. Kena belek satu2 nak kira dia punya 0000 tu hahahaha
Balik dari Nami, masuk je seoul jemnya boleh tahan.. Melekat atas bridge. Sempat la feeling2 sambil layan Han River yang selalu muncul dalam kdrama tu.
Waktu org balik keja kot. Mmglah. Adoii.
Baru pukul 5 tapi dah gelapnya macam nak mengatupkan mata.
Memula plan asal bas terus hantar ke hotel. Tapi atas kesepakatan semua, driver drop-off di subway station. Ke myeongdong kitaaaa.
Badan penat tak usah cerita. Tapi memandangkan peluang tak harus dilepaskan, maka marilah kita seret kaki ke sorga dunia.
Merasalah beli tiket dan naik subway yang penuh meriah itu. Huhu
Myeongdong street yang happening.
Pusing2 cari halal street food. Tak banyak tapi ada.
Ikutkan semua terliur. Lagi2 bila ko nampak makanan2 yg sll ada dlm drama2. Meleleh ailio kau hahaha
Jagung dia rasa mcm plastik oii. Takleh telan tekak malaya aku nih 😅
Benda alah ni nama dia aku dah tak ingat. Tapi kegilaan rakyat malaya jugak. Oppa ni pun dh pandai cakap melayu pun. Dia cakap ni kueh rambut rosmah 🙄
Mari..mari..mari beli…kuih rambut rosmah. Sedap sedap…
Menunggu ayah melayan abg umar, last2 tak larat nak layan sejuk kat luar, masuk tumpang heater uniqlo.
Tp skg uniqlo ni dah jadi sejarah. Dah tutuppp..sobs!
Oklah sampai sini aja.
insyaAllah ada rezeki ada masa kita sambung Day 3 okay.