Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Sunday, April 15, 2012

Penyelesaian terbaik bayi selsema.

last week lps bebas dr penyakit tu (nasib 3 hari je)
umar kena selsema lak
aku syak sebab berendam lama kat morib kot

minum susu, tidur semua jadi tak keruan
blocked nose
bila semuanya tak menjadi
terus la mengamuk member
dengan aku2 skali tak dapat tidur.
pukul 12mlm still lagi dok berdondang sayang
lagi bijak tidokan jugak dia dlm aircond
memang cari pasal la kan

sudahnya malam tu aku ketiduran ayam je
turunkan dia ke bawah, tido dalam buai.
tu pun jap2 jaga
dan paginya aku pegi skolah ngan mata panda o.O

malam esoknya taknak cari pasal lagi
suh ciklel pegi farmasi carikan benda yang tampal kat idung tu.
sekali mana nak ada
utk 5y ke atas
baby kennot.
oh ya ka? mak tatau pun hehe

untuk baby katanya ada jenis spray je
so, ciklel beli jelah. 
balasah jelah apa pun asal malam ni boleh tido.

balik je, terus cari hidung umar
spray. kanan dan kiri.
sebelum tu bunyi memang kuat
hidung tersumbat kau
sian sangat

sekali 
eh magic. lepas spray tu bunyi makin ilang
last2 yilekk
wahhhh kagum!
maka malam tu mak tido dengan aman T_T

dua malam pakai benda alah tu, alhamdulillah ok. emir pakai pun ok.



maka, dengan ini, mak nak mensuggestkan pada sesapa yg punya baby hidung tersumbat, cubalah cari benda alah ni di farmasi berdekatan anda. 





pakai 2x sehari sahaja. untuk 7 hari sahaja. lebih takbley.





cubaan untuk turun


gigih


oyeahhh sukses!!



ini pencapaian minggu lepas. minggu ni dah pandai turun katil sendiri dan panjat 3 anak tangga. syabbasss...syabbass!!



ok, sekian sahaja perkongsian bijak.

bai.


Friday, February 10, 2012

Nabi Muhammad SAW

icha : mummy, nanti hari Jumaat skul kakak ada besday Nabi Muhammad SAW (sebut dgn penuh kepayahan)

mummy : oh ya? skul mummy pun sambut Maulidur Rasul Jumaat ni.

icha : abis, nanti Nabi Muhammad nak pegi mana? skul kakak ke skul mummy? (sangat kongpius)

mummy : errrrr......(garu kepala)

~laju2 pikir semua jawapan pada soalan yang bakal keluar nanti





serupa ke?




ok, yang ini memang konpem!



**kadang2 boleh jadi sangat sukar.

Thursday, July 28, 2011

Belly Band

Oh baru kini kutahu kegunaan benda alah ni. Hikhik agak jakun di situ.



Memang pun bila bf selalunya kita angkat jer baju maka akan tersembullah perot sambil terkemut2 nk cover mana yg terdedah..

Haihh aurat tu....nk2 bila pegi tmpt yg xde babyroom. Seksa oh!

Tp rasanya dr benda alah ni baik pakai nursing cover dak? Sah2 tutup dr atas sekali harung. Takdelah jd bahan nnti.


ok, multi-use. yok order sekarang. kaler cekelat pun lawa. http://www.enjoybreastfeed.com



bf hat ni pun cool


Teringat status member kt fb, ada mamat ni kantoi dok usha sorg ibu yg tgh nenenkan bb. Haihh mmg celaka betul. Horny ke apa?


*Nk kena cari nursing wear yg tak makcik2.



Tuesday, July 19, 2011

Petua banyakkan susu ibu

 sebenarnya byk je kekdah nak banyakkan susu badan. Makan itu, makan ini, antara rajin dengan tidak jer.

Bagi aku, senang jer.

Minum milo
Atau
Susu

Dan air kosong banyak2.

Dan paling penting, kenalah urut dulu supaya susu dapat keluar dgn jayanya.

Mcm aku, 1st and 2nd day, susu langsung tak keluar. masa kat sepital bgtau nurse nak fully bf. Wpun susu blom nak keluar, tp bg jugak. Utk stimulate production. Punyalah beria baby menyoyot, susu yg keluar cair2 jer. Tu pun sikit sangat. last2 terpaksa topup dgn susu formula jgk sbb bb lapar. Tidur pun xnyenyak.




Bila balik rumah, dah mula urut, alhamdulillah dah terbukak jalan, susu pun makin banyak.
Sekarang ni, walaupun 24j dengan baby, tapi kadang2 bagi jgk susu yg dipam dgn botol. Bukan apa, nak biasakan dia ngan botol. Lambat2 nnti susah plak.

Dan sekarang pun dah mula buat stok susu. Sehari dapatlah 4oz. InsyaAllah bila dah ada stok susu, senang nak tinggal nnti :)


Monday, June 27, 2011

Jangan hantar anak pegi tadika awal2!

Dulu-dulu, selalu jer dengar ayat2 amaran mcm tu. katanya nnti budak2 cepat boring dengan skolah. 

ok, time takde anak dulu kita accept jer kot. manalah nak tahu. betul jugak kan. kalau dulu 4 tahun tu dah kira awal giler budak masuk tadika. takde child life katanya. atuknenek pun sure marah kalau paksa2 anak pegi skolah. dah la kena bangun pagi2, kena paksa lak buat homework bagai..

tapi sekarang jangan kata 4 tahun, 2 tahun pun dah boleh pegi skolah. bukan skolah main2, makan2 jer...tp skolah yg skolah! 

kalau kat uk, 3 tahun dah memang wajib masuk sekolah. pree! kat malaysia ni baru nak implement benda ni. tapi biasalah, yg pree haruslah terhad ~ PERMATA PINTAR yg konon2 nya utk anak2 miskin, last2 anak2 kaya yg melambak~peruntukan juta2 utk konsert seni tu seni ni....memang vavi!

so, kalau nak hantar jugak, bayarlah wahai mak bapak beratus2 sebulan.
mana yang tak mampu tu, tunggu jelah anak cukup umo 5 tahun baru boleh masuk tadika kemas free..
mana taknya, nak masuk preschool feesnya mengalahkan masuk u...tulah akibatnya bila education dah jadi business. tahniah kerajaan!!

ok sebelum melalut, jom balik ke pangkal jalan.

kalau sorang ok lagi. dah kalau 3? 4? mana nak cekau bulan2 bayar tadika jer beriban? baik bela bibik, dok rumah jaga anak2, rumah pun terurus...kata Puan X

betullah kata Puan X kalau nak ditimbangkan dari segi penjimatan dan pengurusan rumah. tapi cuba timbangkan dari segi ni...












mungkin bagi setengah orang takde peliknya anak 3 tahun dah boleh menulis. mungkin ada yg lagi advance setahun atau 2 tahun. tapi bagi aku, anak 3 tahun boleh tulis macam ni dah cukup syukur alhamdulillah...
walaupun belum lg boleh membaca, bila anak2 dah dapat satu kemahiran asas ni seawal 3 tahun dah cukup buat makbapak hepi.
ya lah, dulu2 kebanyakan kita kenal hurup pun bila dah masuk tadika 6 tahun...tu pun kalaulah masuk tadika! aku la tu.. kuikui..









biasanya, nak suh dok diam, bagi selai kertas (kaler pink yer!), dia akan dendiam cari port dan mula tuliskan ABC, 123 sampai abess... 
tapi AWASSSSS.....jgn sesekali tegur. karang tak pasal makbapak yg kena setelkan...




alhamdulillah berbaloi...
abang dulu pun masuk skul umo 3 tahun. dan tak pernah nmpk dorang boring dan taknak pegi skolah.
dan aku rasa preschool sekarang tak akan buat budak2 boring walaupun masuk skolah seawal 2 tahun....setuju?



Wednesday, April 13, 2011

Selamat Tinggal


anak-anakku...
ucapkanlah selamat tinggal pada mereka
kerna esok hari 
mereka akan bersama rakan yang baru
semoga berbahagia hendaknya...



isk isk sedih lak 
*errr...bukan anaknya tapi maknya...ermmm...
teringat susah payah menjemput mereka pulang ke stanton street
(elehh dgn bantuan garmin ponnn...hehhe)
jauh mereka merantau 
dari Newcastle ke Melaka
hanya foto menjadi kenangan...
eheh giler poyo!


apa?? anak2 mak tak setuju???

jangan risau anak2 ku...
segala perbuatan mak ada sebabnya
dah mak kamu ni sejak azalinya kepala hotak banyak idea
nasib badan...apa nak buat?

percayalah...

perbuatan mak meragut kebahagiaan kamu berdua adalah kerana ini....

------------

ermmm...nantilah. esok2 mak cerita..





Monday, March 21, 2011

Tidurlah sayang..

alhamdulillah 1st thing dlm list baby dah setel.
dah ada budget, mana boleh tunggu2 lagi. karang abis aku laburkan ke stylewithokinanya...ngeee....

ciklel tak tahu aku nak beli ni. malas aku nak kepoh2 kat dia. sebabnya dah ada duabelas rocker n bouncer dalam bilik emir tu...
tupun seb baik ada yg dah disedekahkan pada generasi akan datang dan ada yg dah dijual.
dasar ciklel kan sangat ketat. pembaziran adalah amalan syaithonnn...
dah sampai besok pandai2 la aku goda sebelum diapaapakan. (eh, dia tak baca blog aku kan??)
oyehh!


so plan aku, yg ada dlm bilik tu pelan2 la aku letgo...kasi murah2 jer. memang ramai yg tanya kat babyworld tp aku malas nak ambik gamba test segala. tunggu la nnti bila rajin menjelma.


aku dah tgk review segala, for me ini yg paling sesuai compared to lain2 fp bouncer/rocker/swing.
senang besok2 aku nak hadap blog sambil memberi layanan yg munasabah.. hahah asalan baekk punya!




lepas survey some of the on9 stores, the cheapest adalah kat sini ---> http://otakibaby.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=24


tapi mcm takde design lain jer...kat uk mcm banyak jer yg lagi cun. ingat nak mintak linda belikan tp harga lebih kurang sini jer. plus lambat la plak nak tunggu. aku kan bangsa yg bila dh beli  mana blh tunggu lama2 ni...nk2 baju, tang tu jugak aku menggeletis nak pakai. haihh!


*dia punya gelabah macam baru mengandung anak pertama. awww!!

Tuesday, February 15, 2011

Mummy, siapa Nabi Muhammad?


Rasulullah dalam mengenangmu

Kami susuli lembaran sirahmu

Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran



Engkau taburkan pengorbananmu

Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya



Tak terjangkau tinggi pekertimu

Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran



Rasulullah kami umatmu

Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu



Kami sambung perjuanganmu

Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa

Allah dan rasul sebagai pembela


Selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. 
Salam Maulidur Rasul untuk semua. 



Tiap kali dengar lagu tu, syahdu dan sayu jer...masa sekolah dulu2, lagu tu antara lagu peberet utk nasyid opkos la kan..

semalam, emir balik dr sekolah dah mula bertanya, 

siapa Nabi Muhammad? siapa Rasulullah?
kenapa hari jadi Rasulullah kita kena cuti?

ermmm.......

dan sebagai emak yang tak berapa nak mendalam ilmu sirah ni, kena gigih mencari jawapan dan cara terbaik untuk soalan itu.

pagi ni bangun dengan bersemangat, mintak bantuan atukgugel, terjumpa sedikit info yg berguna kat sini.....dah mintak izin untuk copy n3 beliau. semoga kakak tersebut menghalalkannya.

esok aku nak print dan tampal dalam kelas. untuk anak2 tersayang kat sekolah plak..

psstt -->emak pun kebanyakannya baru tahu nak.....uhuuu..







"Ya ALLAH, Limpahkanlah rahmatMu dan Sejahterakan oleh Mu dan berkatilah olehMu keatas Penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W pembawa cahaya awal dan rahsia yang terpendam pada sekalian nama nama dan sifat-sifat"



Salam Maulidur Rasul. Kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah terpadam. Mengingati sirahnya adalah terbaik buat kita. Sejenak tentang BIODATA RASULULLAH SAW


Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571. Masehi 
(dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
• Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
• Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf..
• Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
• Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
• Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).




USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.


USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.




USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.




USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk member pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.




USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.




USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.




USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.




USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.




USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah S.A.W di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.




ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
• Khadijah Binti Khuwailid.
• Saudah Binti Zam'ah.
• Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
• Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
• Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
• Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
• Zainab Binti Jahsy.
• Maimunah Binti Harith.
• Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
• Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).




ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '




ANAK TIRI RASULULLAH S.A.W
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH S.A.W


IBU SUSUAN: Thuwaibah
SAUDARA SUSUAN:
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


IBU SUSUAN: Halimah Al-Saidiyyah
SAUDARA SUSUAN:
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH S.A.W
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.

## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


NABI MUHAMMAD S.A.W - MANUSIA AGUNG
MENGENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

• Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah S.A.W
• Aku melihat cahaya dari lidahnya.
• Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
• Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
• Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
• Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
• Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
• Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
• Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
• Wajahnya seperti bulan purnama.
• Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
• Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
• Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
• Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
• Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
• Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
• Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
• Janggutnya penuh dan tebal menawan.
• Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
• Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
• Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah.
• Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
• Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
• Seimbang antara kedua bahunya.
• Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
• Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
• Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
• Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
• Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
• Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
• Warna kulitnya putih tapi sihat.
• Kulitnya putih lagi bercahaya.
• Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
• Badannya tidak gemuk. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
• Perutnya tidak buncit. Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.


KESIMPULAN :
Nabi Muhammad S.A.W adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia. Kepada sahabat-sahabat muslim marilah kita mencintai Allah dan Rasul, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah 
kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.



semoga anak2 emak mencontohi sifat Rasulullah dan menjadi pegangan dunia akhirat..



**tgh pikir camana nak jawab kalau dia tanya mana gambar Rasulullah...ermmmm.....


Monday, December 27, 2010

Hujung Tahun.

salam.

hari ni dah isnin. esok dah mula miting segala. oyehh, maka akan tamatlah sesi bersenang senangan dalam masa 3-4 hari lagi..

alhamdulillah segala urusan sekolah emir dah selesai. Jumaat ni ada orientasi utk std 1. Ayah yang akan bawak sbb mmy pun ada event yg sama kt skul.
tetiba rasa sangat sedih..anak dah nak skolah? huhuu...sangat cepat masa kan!

bila nak masuk tahun baru ni terasa la sangat duit keluar mcm air.
skul preparation utk anak2, vacation sana sini, blom masuk aktiviti jalan2 cari makan sana sini..ho ho ho..

next year abg dah skolah keb. walau pun xbyk sgt modal utk registration awal tahun, tp monthly ttp sama. kadang2 tak paham la pusat2 jagaan ni. transit yg 2-3 jam tu pun sampai 200+. budak besar ok, bukan baby!

kalau pre school tu paham la. dorang blaja kat situ. kalau setakat transit, tgkkan bdk2 ni mandi, solat, makan pastu buat homework, apalah sangat.
tah la. kadang2 memang sangat ambil kesempatan. lagi plak bila centre tu dalam kawasan kononnya orang ada2, terus rate jd lain. ermm...tak paham!

tapi kita ni demi anak2 memang sanggup apa saja. selagi terdaya, insyaAllah akan diusahakan. tu sebab family plan sangat penting. memanglah kalau ikutkan nakkan kejarkan kuantiti tapi zaman skg ni kualiti lebih penting..

emiralisa bezanya 4 tahun. time abang pre-school, besar jugak modalnya. dan adik, alhamdulillah dapat nursery yg rate biasa. dan skg bila abg dah masuk std 1, time adik pulak utk dpt better basic education mcm abg...

nak carikan kindy utk icha memang pening kepala. ikutkan hati nak je hantar skul abg dulu. puas hati dgn sistem kat situ. tapi bila abg dah skul ni, dah jadi hala yg berlainan. so susah jugak nak manage, kelam kabut ayah nanti.
(abg xsama skul ngan mmy..heheh berdikari okeh!)


pilihan2 yg ada:
Little Seedling. satu row dgn rumah kitaorg. mmg sangat convenient. sistem yg dorang guna pun agak menarik. tapi masalahnya takde teacher/carer melayu la plak!

betul2 belakang rumah ni plak dok ketung ketang utk CIC Ayer Keroh. 1st branch kat melaka ni. wahhh memang teruja abis. smlm dok gugel info psl cic ni memang menarik...tengoklah dulu camana, still ada masa.

tapi sebenarnya dah ada back up plan. dah bayar booking pun utk skul icha. betul2 sblh skul mmy. so far ok jer nmpk wpun tak ramai budak melayu. cuma kalau ada yg lebih islamic english medium school lebih baik kan..insyaAllah harap2 Dia permudahkan urusan dan dimurahkan rezeki kami...




oklah, inilah buah hati pengarang jantung saya...

sila focus pd gigi budak nak skolah tu..huhuu..time ni lah baru nak ilang. pastu lom nampak2 lg penggantinya...ayah dah risau. hahah



foto2 by abang emir.
beginilah gayanya bila anak suka amik gamba, mak plak suka nak bergamba..memang kena! ^_^


ok, tata!
nak suap budak2 makan..



*

Wednesday, October 6, 2010

Pantang!

aku ni pantang betul bila anak comot. walau duk kat rumah pun, anak2 akan aku pastikan kemas, cantik, maknanya lalu nak tengok lah. dan aku akan cepat naik angin bila tgk anak2 tak semenggah. lagi plak bila time ambik anak dr tempat yang aku bayar utk jaga anak2 aku, bagi makan anak2 aku, mandikan anak2 aku, jaga pakai anak2 aku.

tadi masa fetch budak2, tengok icha mak aihh bebedak dah mcm ank tokey kilang johnson n johnson. okay, lepas mandi kena bedak, tapi tolonglah jgn bedakkan anak aku mcm tu rupa.

dah byk kali sebenarnya. dan aku tak berkenan langsng. nak tegur, mcm poyo la plak. nak2 aku baru jer lps tegur dorg suh ikatkan rambut icha yg serabut amat tu. itupun dh byk kali aku pesan, siap bekalkan getah ramot berdozen dlm bag. tp tiap kali amik pun, serabai sungguh anak aku. haihh! last2, aku buh surat beracun dlm bag, TOLONG IKAT RAMBUT ALISA. TERIMA KASIH! bahahah puas hati aku!

dulu mcm ok jer nursery icha ni. masa mula2 hantar dulu berkenan sbb ramai carer dan ramah tamah belaka. tp skg dah mcm xbes. tukang jaga tinggal brapa ketul jer, budak2 ramai..

kadang2 ambik pukul 3-4 pun lom mandi lagi..mmg buat aku hangen!

skg ni tgh survey tmpt baru utk icha. abang pun dah skolah next yer, pajadah aku nak hantar situ lg, kalau skg satu jalan dgn abg masih ok la..walau hati dah tak berapa nak redha.

last week try call genius aulad. baru nak bukak kat melaka ni. tapi schooling based la plak. 3 yrs blom layak. adehh..punah harapan.



ada ke patut panggil anak aku gajah?? len kali aku citer..


*takutnya skg banyak nursery hantu!