Showing posts with label sharingisloving. Show all posts
Showing posts with label sharingisloving. Show all posts

Friday, December 7, 2012

Collagen

Ada orang dh tnya aku bila nak reveal collagen apa yg aku consume skg. Hahaaa
Sorrylah. Kemain lama janji.

Aku bukan apa. Berlaku kejadian yg mem-frust-kan aku. Jadinya terus sentap. Padahal takde kena mengena ngan korang pun kan.

Oklah oklah. Mari buat pengakuan sekarang.

Sebenarnya aku memang plan nak amik collagen pun. Sbb aku perlu something yg boleh work on more than 1 function. Specificnya for skin n energy. Kiranya 2 in 1 lah.

Yg paling tinggi kedudukannya dlm list aku adalah ephyra. Opkos sebab terpengaruh dengan few bloggers yg dah consume dgn feedback n review yg menarik.

Tapikan tapikan tah kenapa bila aku dh decide nk order ephyra tetiba je tangan menggatal klik sana klik sini maka terjumpalah testi beutskin yg kononnya ramai org dah makan pastu kulit jd seputih salju tu. Padahal aku bukan nak putih mana pun. Lagipun skin aku skg dh ok ngan tabita. Tapi sebab tamak konon nak penjagaan luar dan dalaman kan. Sekali amekawww!

Masa dok survey2 tu, tak semena mena tangan gatal aku ni pilih utk menjadi customer kepada seorang seller yg mcm harammm servisnya.

Aku pun tak tahu kenapa aku pilih beutskin instead of ephyra. Dah sah2 aku perlukan 2 elemen yg ada dlm ephyra tu tapi tetiba diluar kewarasan yg maximum aku pegi pilih benda lain dengan orang yang salah lak tu. Haih memang malang betul nasib aku time tu.

Ceritanya sblm order aku tnya status brg dulu. Ready stock ke tidak. Dan jawapannya ada. Akan dipos lusanya. So aku dengan pantasnya terus buat payment. Dengan harapan selepas lusa tu aku dah terima lah.

Sekali 2 minggu tak sampai2 jugak. Masuk minggu baru aku msg lagi tnya. Katanya stok minggu tu baru aku akan dapat. Item panas, cepat sangat abis. So mintak aku sabar. Kepala hotak kau lah. Memula aku tanya kata ada. Tetiba lepas 2 minggu kata tunggu stok tak sampai2. Kalau aku tak msg tanya? Ko diam jelah. Aku ni dah mcm hapa kejap3 tnya opis ada brg sampai ke tak.

Walaupun begitu aku tetap jaga bahasa aku time sms ngan dia. Aku tnya kenapa masa mula2 dulu cakap ada stok. Skg dh masuk 2 minggu xdpt2 lagi. Then dia boleh reply kata aku tak paham istilah pre order. Pre order hekk kau. Yg ckp barang ada lusa boleh pos tu apa? Suka hati ko je kan tetiba tukar order aku jd pre order. Kalau dari awal ko cakap brg blom ada, kena pre order byr dulu ke hapa aku pahamlah. Ini tak. Ckp stok ada tetiba mcm2 alasan kau bagi. Siap salahkan aku lagi. Mmg cari nahas la kau. 2x dia janji aku barang akan dapat dlm minggu tu. Siap dh up nama aku kat status fb dia yg aku dan beberapa org lagi akan dapat minggu tu. Sekali harammmmm!!!!

At last aku dh letih aku bgtau takpelah. Ko simpan jelah duit tu. Buat belanja sekolah. Aku doakan dia tamat belajar dgn jaya. (budak ni bakal cikgu. Posting sekolah aku esok siap kau!). Dan aku ada segala maklumat pasal dia. Nak buat apa2 senang je.

Mlmnya ada org HQ call aku. Rupanya budak tu dh mintak bantuan talian hayat. Si perempuan hq ni mati2 backing stok payah dapat la apa la. Mintak aku paham keadaan. Barang hot katanya.
Eh hello. Barang hot tu aku paham. Aku bukanlah bangang sangat. Yg aku tak paham adalah kenapa budak tu ckp stok ada tp tetiba lak tgh tunggu stok sampai. Kalau xde ckp la xde. Aku boleh tunggu walau 2 bulan sekalipun. Ini menipu namanya. Sebab ko nak kutip duit org dulukan. Sbb tu ko kata ada stok. Mcm cipan ko meniaga.

Dan rupanya perempuan hq ni pun 2x5 jugak. Janji poyo saya hantar hr ni jugak. Mintak alamat bagai sbb dia nak direct pos tanpa melalui budak sengal tu. Sekali sampai 2 minggu jugak dia punya 'hari ni saya hantar'. Tu pun lps aku dah call byk kali dgn kata2 akhir aku, kalau esok tak dapat saya buat report. Zasss esoknya aku dapat.

Dan itulah kali pertama dan terakhir aku order benda alah yg konon2 tgh hot tu. Puiii!!!
Gile menyesal.

Haa...tulah ceritanya. Moral of the story-jgn beli brg hot. ~dengan seller yg perasan hot!~

Dan sekarang aku tgh mengkaji sesuatu. Harap2 lps ni aku buat keputusan yang bijak.

Opsss....satu lagi, skg ni aku sedang amalkan penyapuan fellina ichloss. Baru seminggu lebih kot. Takleh nk testi lagi sbb aku takde tali ukur dah hilang budak2 ni kerjakan. Nnti2 kalau berjaya buktikan dgn cara lain aku share okeh!

*hailah perempuan ni macam2 kan...

Sunday, October 14, 2012

Resepi : Jom buat chocolate ganache

Seperti yg dijanjikan. Bukan janji dicapati. Janji nak cite buat ganache cara pemalas. Haha. Aku ni kalau blh semua nak senang.
Tak payah tunggu esok2 sbb aku terlebih rajin hari ni.
Sementara tunggu umar berjaya tidokan diri sendiri ni (dia tdo sendiri sbb aku cuma perlu ada kat sebelah je maka sambil tunggu dia lyn mood tdo mari kita update blog haha mak kejam tak popok2 anak.)
Meh sini aku cite ngan korang cemana nak buat choc ganache.
Resepi ikut suka korang lah nak pakai yg mana. Asal ada cooking choc+whipping cream(dairy eh bukan non dairy) pastu aku tambah sikit golden syrup utk efek kekilatan. Xde pun xpe. Ada org tambah butter sikit.
Biasa kita double boilkan dulu wc. Pastu dh panas baru masukkan cokelat segala. Tutup api kacau2 sampai licin.
Tapi sebagai yg sangat rajin, cara aku lebih ringkas.
Cokelat biasa org potong kecik2 aku humban je seketul2 dalam mangkuk. Pastu campur terus wc. Masuk golden syrup. Sumbat dlm microwave 2menet.
Keluar kacau2 sampai licin. Kalau tak licin gak, aku tapis. Siapp!! Dah sejuk sikit baru tuang atas kek. Yg lebih2 simpan. Esok2 nak pakai boleh masuk microwave balik. 
See, senang kan!
Sekian perkongsian kasih sayang untuk hari ini.
Selamat berexperiment!
**o yess!! Umar dah selamattt. Aku nak turun siapkan carrotcake le pulek.
Tata.

Cara mudah meng-ganache-kan kek.

Happy weekend ibuk2 sekalian. Apa projek hari ni?
Aku hari ni bertapa kat rumah je. Smlm dh keluar bawak anak2 berpeleseran. Lagi pulak ada kek yg nk kena siapkan. Esok org nak ambik.

Hari ni aku nak share kekdah coating kek dgn ganache yang paling senang.
Ada kawan2 dok msg aku kat fb tnya cemana nak curah ganache cantik2 pastu tak sememeh meh?
Ok. Biasanya kek tu kita letak atas redai kan. Pas dah siram ganache dah keras stabil baru alihkan ke cake board. Dulu aku pun buat camtu. Hasil dia mmg elok cantik tak comot. Cuma agak susah sikit part nak alihkan kek dr redai ke board. Kena bijak dan pantas. Silap perhitungan kek ko terpatah dua nanti. Menangislah kauu disitu.

Skg ni aku dh jumpa kekdah yg lebih bijak. Aku tak pasti kot dah ada yg guna kekdah cara ni. Idea ni tetiba je muncul dalam kepala ms aku dok terkial2 nak alihkan kek dari redai ke board. Punyalah mencabar.

Caranya ko letak plastik sekeliling kek tu. Belek setiap sisi kek, selitkan plastik bwh dia. Tak kesah apa2 plastik pun. Aku pakai plastik bungkus lauk tu potong bawah bukak dan selit.
Kendian barulah ko sapu cream curah coklat segala. Jgn lupa alas ngan sokkabar bawah turntable tu. Kiranya ganache tu akan mengalir turun ke bawah kena plastik seterusnya ke sokkabar. Membazirlah jugak cara ni. Kalau pakai redai tu alas bwh ngan dulang kan. So ganache yg mengalir turun tu boleh pakai balik. Tapi kalau aku mmg takkan kaut balik lah. Koserrr.

Dah agak2 kering dan keras coklatnya barulah tarik keluar palstik tu. Pelan2 je. Lemah lembut gitu. Xyah nak mengganas sgt. Kang tak cantik kek ko salahkan aku plak.
Ok tu je perkongsian kasih sayang kali ni.



Esok2 rajin kalu aku cerita cemana aku buat choc ganache dgn cara pemalas.
Selamat bereksperiment!









 


 


 


 

Sunday, September 30, 2012

Collagen

Sejak 2-3 bulan ni aku agak menggatal survey collagen apa yang boleh ditelan.
Sebelum ni ada minum cocoa collagen. Bagi aku oklah. Dapatlah jugak benefit2 yg dorang claim tu. Tp dah lama stop. Sejak tu takde amik apa2 collagen lain. Tu psl tergedik2 nak try yg lain.

Aku paling perlu utk energy. Almaklumlah askar combat aku kan ramai. Tambah lagi dengan keja2 tambahan sendiri carik pasal. Haruslah cepat letih.

Sekarang ni ada dua dah di shortlisted. Tak sure yang mana satu. Rasanya dedua pun ok. Harga pun lebih kurang je.

Tapi aku masih perlu survey be4 buat keputusan. Benda2 makan ni bukan boleh sesuka. Tambah lagi tekak aku yg tak berapa nak mesra dgn byk benda.

Nnti bila dah decide, aku try, dah rasa kesan baru aku kasi heboh ya. Skg tunggu aku study dulu.

Kbai. Selamat berhujung minggu!


Monday, September 10, 2012

Mari belajar memakai shawl dengan cara paling senang dan comel auww!


ok sekarang aku nak lunas utang.
rasa tak tenteram idup selagi hutang tak selesai.
sengsara hidup akak taw!


korang abaikanlah muka2 poyo aku tu. takde bedak. takde lipstik. kata belengas balik sekolah kan...kahkahkah
tak reti aku nak buat muka bajet cuns
Khamis minggu lps balik2 sek je aku mulakan operasi memoyo seorang diri..kui3x




 langkah 1 : 
sebelah panjang, sebelah pendek. pin belakang. alah macam pakai tudung dulu2 tu.
~cantik tak riben iols?? auwww..(aku pakai inner biasa je. malas aku nak carik inner neck utk pergambaran)



 Langkah 2 :
pendek bawak tepi telinga. kalau guna shawl lebar, lipat separuh dulu.
kalau shawl ni, amik dekat2 ujung je.



dah tu pin tepi telinga. aku pakai safety pin. tak yakin aku ngan peniti je.



begini hasilnya.

 Langkah 3 :
bawak pendek td ke belakang, tarik panjang ke depan.


lilit ke belakang. 

ha kauu..mata adalah stimmm. kahkahkah



 bawak tepi telinga yg ada pin tadi. tutup. penitikan. 
maka akan terlindunglah safety pin tadi.

 siappp!!
kasi ejas panjang mana ko suka. depan, tepi, belakang.



okeh, ini bahan tambah perisa.
lipan bara yg aku cakap ritu.


tepek memana yg ko suka. tengah tepi senget semua tadak hal. penitikan.



tadaaa!!


  kan aku dah cakap. sap sap soii..
kata korang "ek eleh...senang gilerrr. siap tutuorial bagai..ingatkan gempak sangat kekdahnya."
hahahahha




ok kawan2...selamat bershawl!


dah tujebai.






eh jap..jap..
percuma gamba raya 3 beranak. hiks




*umar khalif kurang senonoh atas bawah togel.



Thursday, September 6, 2012

Tudung



Ada orang suruh tunjuk cemana kekdah aku pakai shawl. Katanya nmpk kemas tak serabai.

Sebenarnya easy peasy je. Sap sap soii.

Sekarang ni aku pakai satu pesen ni je. Tak kira pashmina ke. Half moon ke. Shawl biasa tu ke. Rasa dah selesa. Tak yah nak messy2 look bagai. Dah beranak pinak ni tak sheshuai nak lilit pelik2. Sekejapan kang betul2 messy mendapat.

Skg aku ada eksesori baru. Lipan bara. Hahaha..

Biasa dorang jual dah siap jahit atas shawl kan. Yg ni aku beli asing2. Nak tepek pinkan aje. Mana nak tampal tu sukeati. Makanya bila2 aku nak pakai utk efek meriah, tepek je kat tudung mana2 pun. Atas bawal pun cuns. Skg ni aku ada satu je. Esok2 aku nk gi intai ada apa kaler/design lagi.

Ok. Sabar ya kawan2. Aku sedang mencari masa. Kalau sempat ptg ni aku buat step by step. Itupun kalau sempat. Sbb petang ni aku ada order.

Ok tata!



Posted via Blogaway

Tuesday, September 4, 2012

Update tabita



Ramai jugak yg mintak aku update pasal tabita.

Bukan tak layan. Cuma tak menyempat. Sorry ya adik2. Yalah korang pun mcm aku gak. Before decide nak try something kenalah cr info dulu. Baca review. Pikir lagi. Gugel lagi. Pikir lagi. Tanya itu tanya ini. Pikir lagi. Sudahnya sejukkkk. Hahahaha

So far, alhamdulillah serasi dgn aku. Dah masuk bulan ke 7. Sebenarnya 1st set tu facial foam ngan toner ada lagi. Tapi sbb dah fedup lama sangat tak abis2, maka td aku dah hapuskan toner lama tu. Gile jahat perangai. Haha. Facial foam masih selamat. Sayang lak nak buang. So 2nd set tu mmg yg akan jalan dulu day n nite cream la gayanya. Lps ni kena beli loose je.

Setakat ni mmg xde prob yg aku face dgn tabita. Dan dgr2nya dari 5-6org yg aku tahu pakai, sorang je yg xserasi. Yg lain ok. Even makbonda yg kulit 57tahun pun puas hati.

So korang. Mana2 yg 50-50 tu, rasa aku korang beli trial dulu la kot. kalau xsesuai xdelah menanggung rugi.

Dah tuje. Takde apa nak cerita lagi. Esok2 kalau muka aku dh tak ngam ngan tabita aku story lagi. Selagi ok, aku dendiam jelah.

Hadap jelah muka aku dmkat sini ya.

Caucincau!



Posted via Blogaway

Monday, September 3, 2012

Bukan malas tapi kurang rajin.



Sekarang aku betul2 ngidam robot ni lah.

betul2 bukan cobaan!

Tak menahan. Nampak mcm bijakkkk dan rajinn sgt!

Tapi abis stok la pulekkkk

Mana nak cari lagi ni?

Oh stress!

Rumah kalau takde habuk

Bukan rumah namanya.

Eceh cobaan sedapkan hati sendiri.

Lainlah kalau kau xde keja lain

Dok membelek 24 jam

Kalau aku sorry naik lorry

Aku mmg xde masa nak sapu2 mop2 bagai.

Nak2 ruang tamu

Selalunya ciklel yg selesaikan.

Tp kalau area dapur no prob. Ada rajin skit. lain2 kalu, mahap. Tak sempat nak jengah.

Maka selagi ada yg boleh senangkan idup lakibini

Selagi tu kalau tak dapat idup kitaorang xtenang. Hahahaha..

Posted via Blogaway

Saturday, August 4, 2012

Bokitta lagi.



Semalam aku potong getah inner printed bokitta tu. Idea menjahanam datang secara tiba2. Maka dah boleh pakai. Takdelah ketat yang amat.

Tah kenapa muka aku time amik gamba skg tak boleh blah. Dah kurang pandai nak fotogenik2 bagai. Eauwww bajet dulu2 fotogenik lettew. Pdahal baik sikit dr sakai. Hahaha

Eh bebudak skg pasal apa suka amik gamba muncung2 kembung2 pipi eh? Tak paham. Comey kah?? Oklah ada yg aku nampak comey. Sbb tu kekadang aku pun bajet comey amik gamba cenggitu. Tapi harammm tak comey langsung! Cis. Tapi yg tak berapa nak comey pun ramai gak. Sorry la dik. Akak terkutuk dlm ati bila terpandang gayamu sebegitu.

Lagi satu. Dah lama nak ngumpat pasal gadis2 dan wanita2 yg pakai skirt RnR dan sewaktu dengannya.

Tahun lps masa tgh pantangkan umar aku dah bercita2 nak order skirt tu. Pada mata aku sgt cantik. masa tu 1st time tahu pasal skirt RnR bila tgk customer adik aku buat outdoor ps pakai skirt tu. Sangat cantik. Maka aku pun beranganlah akan secantik dia bila pakai nanti.

Sudahnya setahun berlalu sampai sudah aku tak order2. Sbbnya dlm 10 customer yg diupload gambarnya hanya 3 kelihatan senonoh. Yang lain ermmmm....

Maap xcakap ya dik. Mata akak sukar nak terima kalau tak kena gaya. Pada aku skirt sebegitu sangat cantik pd org bertubuh langsing dengan tinggi yg sesuai dan figure yg cun.

Kalau yg chubby2, kedenking, body shape tak berapa nak balance tu agak tidak sedap mata memandang. (sorry bukan diskriminasi or what. Pendapat mata aku jeni). Sebab bila pakai skirt tu ramai yg pakai baju kedalam dan digayakan pula dengan tali pinggang besar. Gaya sebijik mcm model merangkap tuan kedai tu. Sayangnya jauh benar untuk capai target. Lgi2 kalau pemilihn top yg langsung tak kena. Sian ok.


Aku komen ni dr sudut pandangan mata aku. Yang tak berapa nak fashionable ni. Sorrylah ya kalau ada yg sudah terjebak.

Bolehje sebenarnya golongan yg aku sebut td kalau nak pakai. Cuma top tu usah la di tuck in. Buruks uolss. Carilah yg agak2 sesuai digayakan dengan skirt kembang2 gitu tapi dilepaskan keluar. Barulah sedap sikit mata memandang.

Wah dah rupa police fashion iolsss. Padahal diri sendiriiiiiii..........kahkahkah.

Sharing is caring.

Peace!

Posted via Blogaway

Thursday, July 26, 2012

Voila! Bokitta



Ehemmm

Bokitta uolsss

Burppp!

Tgk kat nona terus makenchek terpikat.

Memang penyakit la kan.

Sekarang theyolls ada 30% off. Oklah. Tambah postage 7hengget.

Viola! Plus ni ada lining. Utk effect macam kepala kau kembung2 sikit. Konon byk ramot la. Padahalllll....

Aku rembat je mana yg ada. Sbb byk dah sold out.nasib time order awal2 dulu yg aku nak dah outstock. Kalau tak rugi okeh. Masa tu normal price. 30% byk tuuu..

Aku ni kalau beli tudung belasah je. Takdela nak pikir2 match baju mana baju mana. Asal kena dgn mata, jalannn. Agak2 tetiba takde yg kena dgn baju maka berabuklah dalam lemari. Jahatnya napsu.

Blom rasmi. Best kalu, aku kasi hasut abis abisan.  ngahahaha

Posted via Blogaway

Tuesday, July 24, 2012

Mana nak beli kain ni???



Baru lps call akak tailor tersayang.

Yeayy!!! Masih mampu beliau terima kain saya yang telah ketinggalan ini.

Tapi masalahnya kain pun gue blom beli.

Cemana tu?

Dahlah janji nak hantar petang ni.

Malasnya nak pegi jejauh

Malasnya nak hangkut umar sekali

Malasnya malasnya malasnya.

Ada yg raya pakai batik ni karang.

Wahhh very derrr uolss.

Batik bling2.

Eh org kelantan raya manade pakai batik

Koman okeh. Komannn!!

Wah berlagak.

Padahal hari2 biasa pun tak jugak.

Hahahah

Dlm bonet keta tu ada 3psg lagi belen 11 psg yg aku angkut masa balik kb last week.

Cantik2 menggile.

Yang paling cantik kat mata aku tapinya dah kena rembat ngan akak kat sekolah. Suke taww amik kite punye!!

Tapi yg tinggal 3 tu pun cantik sgt jugak. Rasa nak curik tigatiga sekali. Huhuu...

Batik skg gile cantik kan! Tak menahan okeh. Dulu2 seratus lebih je. Dpt yg 150 dah sangat hebat kiranya.

Skg duaratus lebihlebih pun dpt yg biasa2 je. Nak yg vasss harga pun very the vasss la jugak. Tapi 300+ tu oklah lagi. Kalau dah jejak patratus dah kira masuk kategori membazir amalan syaitonnnn!

Eh tetiba citer batik pehal??

Oh bagi sesapa yg nak beli/order batik cantik+ori (pls jgn pakai batik tipu2)+exclusive+murah silalah kontek bonda hamba.

 http://batikbaldubiru.blogspot.com/?m=1

Tempah utk uniform pun boleh. Silalah kontek2 beliau ya. Jangan malu jangan segan. Sapa yg nak business pun dialu alukan.





*pasar baru bandung. Mata rambang+masa suntuk. Niceeee


Posted via Blogaway