Showing posts with label borak2. Show all posts
Showing posts with label borak2. Show all posts

Tuesday, January 22, 2013

Rasa nak menangis

Terharu dengan diri sendiri.
Biasa kalau bawak bekal pizza ke sekolah mesti belen2 pizza order mlmnya.

Tapi hari ni pizza tangan sendiri buat wehhh
Bangga seyhhhh
Hahahahhaaa
Mode teruja dgn pencapaian baru

Sebelum ni tak penah pun try buat pizza. Asik2lah roti sosej je. Anak2 aku ni peminat no1 roti sosej. Maka asal nak meroti je mesti roti sosej yg paling tinggi dpt vote. Tak terpikir nak buat pizza. Padahal pizza salah satu fav emir. Tp icha tak suka sangat. Tekak kg anak dara aku nih.

Senang je sebenarnya. Aku amik resepi dari reena's online. Katanya resepi CMG.
Semua bahan kasi humban dlm BM. Tekan menu doh. Tunggu 1.5j siapp!!

Bakar sekejap base dia. Pastu bubuhla apa ko nak boh. Masuk oven lagi sekali. Setel.

Resepi nnti aku bukak laptop nnti aku update semula. Skg pakai phone malas aku nak menaip.

Sedap wehhh. Plus sangat jimat. Satu adunan dpt 2 bijik. Aku agak2 modal dlm 10 hengget je. Wah sangat berbaloi.

Emir makan berkeping2 mlmnya. Pagi tadi bekalkan dia 3 slice. Puas hati.

*sebenarnya mlm td ciklel berhempas pulas buatkan fish n chips jugak. Tapi tak laku. Dia je yg mentekedarah sorang2. Aku ngan anak2 telan pizza. Hahaaa. Sorry uols!



Friday, January 18, 2013

Snow

Rindunya snow...
Serius rindu yang amat
Walaupun setahun je kat sana
Tapi sempat merasa semua seasons.

2008
Sampai sana bulan 9 dh nk masuk autumn. Keluar je kapal, cuaca kelam. Foggy. Sejuk dh mula terasa. Macam tak percaya tapi alhamdulillah Allah berikan rezeki pijak bumi asing walau tak pernah mimpi sebelum tu.

Dec 4, 2008 kenangan paling manis.
Snow turun sbg birthday gift. Seronok gile. Sebelum tu tgk weather forecast negative je bgn subuh intai tingkap mengharapkan white carpet depan rumah.
Tp frosting je pun dah seronok. Hehe. Almaklumlah jakunsss.

Rindunya saat itu...
Tengok gamba whatsapp uda ni.
Serius menggigit!

2008 vs 2013



Monday, November 5, 2012

Adik Umar

Pagi tadi ciklel mintak ambikkan surat beranak umar. Nak register sekolah kakak ngan umar sekali. Awalnya! Umar br setahun kot.

Masa pegang sb umar tu tetiba mata terpandang kat umur ibu. 31 Tahun. Gulp.
Tahun depan 34. Walaupun oficiallynya 33 pun blom lagi. Oiii dah makcik2 aku rupanya.

Tp ada advantage orang hujung tahun. Dlm sb anak umur kira bulan bukan tahun. Hehe. So muda setahun la kan. Walaupun tahun lps lahirkan umar tp sbb bulan 6 so masih 31 lagi. Hihi

Tapi bukan itu yg aku kesah. Yang aku kesah tahun dpn dh 34. Umar baru 2y. Bila kala nak beranak lagi ni?? Konon nak tunggu umar 4y. Lupa diri dah tak berapa nak muda. Ada hati nak jarak jauh2. Aduhhhhh cemana ni??? umar 4y, makanya aku? Tigapulohanammm??? Larat lg ke?? Cara2 31 pun dah sakit sana sini bawak perut memboyot ini lagilah.

Hish tak boleh jd ni. Kena meeting balik ngan ciklel.

Monday, October 8, 2012

Romantik? Harapppppppp

Suami aku tidaklah berada dalam kategori jejaka romantik. Tidak secara luarannya. But dalaman yes.
Dulu masa mula2 dimengurati (heh apa perkataan ini), aku tolak mentah2 sbb kelihatannya seperti seorang yg geli2 begitu. Tah kenapa sejak azali ditakdirkan aku paling tidak suka lelaki romantik. Mana yg dekat agak2 menggelikan Im sorry gudbye.
Habis, cemana yg aku suka?
Oh akak suka yg ganas2. Aummmmmm. Grrrrrrr....ha begitu.
Lagi2 bintang sokan kann. Hot gitu. Haaaha. Opss.


Bila aku rejek ciklel pestime dulu, aku siap bgtau org tengah kenapa dan kenapa. Bagi aku org romantik ni merimaskan. Kuat jeles n all. Esok2 mampus aku terkonkon dlm sangkar emas. Apa pun xboleyy.
Tapiiiiiiiii ciklel ni tak putus asa okeh. Slow2 dia tunjukkan siapa dia sebenar. Ganas rupanya. Ahli sukan rupanya. Hah begitu barulah iols jatuh cinta. Haha. Ko dah kenapa? Perempuan sewel ke apa? Tak suka lelaki yg sgt ambik berat. Tak suka jumpa sll. Tak suka ckp telefon lama2. Tak suka sayang2 baby2 darling2. Tak suka tak suka tak suka. Banyak yg biasanya perempuan suka aku tak suka. Dah tu tak sewel namanya?? Hahaaaha


Tapi kadang pelik dgn diri sendiri. Konon tak suka lelaki romantik tapi bila citer2 aoron aziz kemain gedik. Hahaa. Almaklumlah tak penah dapat segitu kannn. Sian.
Ciklel sekali je penah bg aku bunga. Itupun time konvo. Lain jgn harap. Nak panggil ayang baby laling? Ohhhhh jauhhhhhhhhhh sekali. Dulu2 penah la abang-nina. Skg xde dahhhh. Std makcik2. Mak kau. Pak kau. Baahahahha.
Walaupun begitu, sepanjang hidup bersama ni aku dpt rasa kasih sayang dia yg teramat sangat pada aku. Ecewahhh ayat tak menahan. Kahhhhhhhh


Tapi sebenarnya kan, nak bandingkan aku ngan ciklel, jauh lebih baik ciklel. Aku lagi haremmmmm. Tak reti wehh nk manja miaww2 bagai. Serius aku failed. Kadang ciklel komplen gak aku ni ssh nau nk manja2 ngan dia. Takde tetiba nak himpit gesel2 ke hapa. Hish tak reti akuuu...meauwww.
Tapi ciklel tahu cinta mendalam aku padanya..ayat tak menahan lagi sekali uolsss! Kuikuikui
Kitaorang berdua boleh dikatakan sangat sempoi. Alhamdulillah setakat ni kami bukan spesis jeles menjeles. Dari zaman bercinta sampailah sekarang. Kitaorang free utk cerita kesah2 zaman silam. Kesah2 ali setan. Kesah2 bujang romeo. Tak de halangan utk approve ex-ex dlm fb. Takde halangan utk bergurau senda perihal cinta lama. Dan selalunya benda2 tu akan jadi bahan lawak antara kami. Cool tak cool tak? Tak cool pi main jauh2!


Kalau nak ikutkan aku boleh je nak jeles kemain. Almaklumlah pensyarah muda (muda la sangat!) dikelilingi gadis2 remaja hot bukan boleh pecaya sangat kan. Tambahan gadis2 skg adalah jgn main2. Sangat daring dan ada aku kesah??
Tapi kata ciklel gadis2 fakulti engineering ni cara2 tak berapa nak hot. Kebanyakannya tak kesah eh baju aku ok tak? Listik aku merah tak? Tudung aku in tak? Takdeee. kata ciklel la. Kot dia nak cover line tak tahu la aku. Heheh
Maka aku bersyukur laki aku mengajar budak2 engineering. Bukan course ala2 howtt. So takdelah hebat sangat godaannya kan. Hahaha
Dan aku insyaAllah ciklel takyah risau. selagi adam mukhriz tak wujud di alam nyata, insyaAllah aku selamat. Bahahahahaa...


Ini jam (bahasa mertua aku) macam2 benda tak sangka boleh jadi. Dulu2 kot dlm majalah je citer2 pelik laki bini berselingkuh. Sekarang ni keliling2 pun berlambak. Nauzubillah. Jauhkanlah Ya Allah.
Yg paling tak menahan bila dengar cerita anak2 murid bila siibu buat hal. Kalau ayah biasa. Tapi bila ibu adalah paling sadis. anak2 tahu ibu kena tangkap basah. Sudahnya ibu kena cerai. Ikut laki lain. Anak2 stay dgn ayah. Makan minum tak menentu. Kawan2 ejek segala. Sedih okeh.
Ermmm...itu baru satu kes. Banyak lagi kalau nak dikutip. Macam2 hal. Sudahnya anak2 yg jadi mangsa.
Memang biasa kalau kelas hujung2 tu, ramainya dikalangan anak kelapa sawit dan anak2 masalah rumahtangga. Ce bayangkan betapa tuff nya cikgu2 nak handle.
Erkkk



Yang aku ni dh melilau tak kemana.
Yang sebenarnya nak story betapa aku very der terharu bila tgk tepon ciklel 2-3 hari lps.


Eh eh wall paper gamba iols ulossss. Hhhaahaha
Romantik jugak laki aku nih. Tahniah2!

Tuesday, October 2, 2012

Konon.

Opssss...i did it again!

Konon survey collagen la apa la
Survey punya survey
Sekali sangkut benda lain
Kehkehkeh

Ermmm...takmolah kecoh sekarang
Tgklah dlm 2-3 minggu lagi kalau aku rasa best
Korang siap sedia
Aku memang suka begini
Menghasut demi kebaikan takpe kan? kan?

Macam tabita.
Agaknya kalau aku jual cepat sikit penuh tabung gajah aku tu.
Sbb dah ramai yg tanya mana aku beli.
Siap ada yg mintak aku orderkan lagi.

Sekarang ni tah kenapa byk lak terserempak dgn seller yg bagi harga lagi murah dr yg biasa aku beli. Dah kenapa? Nak suruh aku jd dealer ke apa ni?? Aku dahla sangat fragile. Mudah lemah pada godaan. Oh oh oh
Harga beza yang teramat lak tu. Harga reseller la opkos. Tp nya retail pun ada beza gak. Banyak lah kan kalau blh jimat tiga pat puluh kan.
Hurrmmm....kenapa harga beza ek. Tak ori ke apa? Tp mustahil. Kalau tak ori confirm lama2 org dh blh detect.

Aku penah tgk harga rupiah utk reg set bila di convert baru 200. Kat sini dorang jual 300. Wahhh..makcik kayooo! Se set untung kemain. Tapi yalah. Kos2 lain pun kena kira gak. Ya ya saya paham :)

Makanya kalau korang nak beli apa2 silalah survey2 dulu.
Skg ni bukan setakat usahawan kosmetik je yg kaya raya. Peniaga kosmetik, ubat2 supplement ni pun kemain lagi. Baguslah kan. Menjana pendapatan lumayan. Bagi aku kalau produk bagus why not. Give a try la kan. Cuma yg aku tak berkenan, kalau produk tu under company mlm. Haihh terus potonggg!!

Bukan apa, benda2 under mlm ni sebenarnya tersangatlah murahnya. Tapi bila dh namanya mlm, maka harga pun berganda2 jadinya. Sebab? Korang pun tahu la kan. Malas aku nak eleborate.

Jgn perlekehkan fakta aku yang satu ni. Sbb aku sendiri pernah terlibat satu masa dahulu. Benda harga rm20 tapi under label compny A produk tersebut jd rm120. Ko gileee???? Rasa bodoo gile time tu. Nasib baik kerugian dialami tidak banyak banding dengan beberapa rakan seangkatan yg konpem sampai anak kawen esok pun hutang bank lom abis bayar. Buta2 byr tanpa pulangan apa2. Sian. Sbbnya?? tamak nakkan income lebih byk tiap2 bulan, last2 kena pancung. Kashihannnn.
Ok. Itu pengajaran. Sekarang ni kalau nak suruh aku join mlm lagi sorry kau pegi naik lorry!

Beli produk? InsyaAllah boleh dipertimbangkan. Kalau bagus aku beli. Mahal pun pejam mata jelah kalau itu je pun pilihan yg ko ada. Cari yg bukan mlm xde pulak yg spt itu. Nak join utk dapat harga ahli insyaAllah aku ok. Tapiiiiiiii kalau ko approach aku utk join mlm utk aku lebih kaya lebih mewah, putus sahabat di situ!
Aku tak perlu duit lebih2. Aku dah cukup kaya sekarang ni. Tak perlu nak buat xtra job utk dpt barang2 bes yg aku nak. Tak perlu bersekang mata tenaga utk pegi mana2 tempat yg aku nak. Tak perlu. Aku dah cukup bahagia skg. Jgn nak pancing aku dgn segala macam kemewahan. Aku dah cukup mewah walau dengan gaji cikgu sekolah je pun. Mewah dan kaya dengan cara aku opkos.

Korang nak mewah kaya raya dlm erti kata sebenar, silakan. Aku tak nak. Sekian!

Aku tahu aku dh lari tajuk sebenarnya. Tapi alang2 dh terkeluar pasal isu ni, aku rangkumkanlah sekali. Pasni moga2 xde lagi yg 'baik hati' nak mengkayakan aku. I is rimassss!

*alhamdulillah sepanjang idup ni hanya sekali tertewas dari puluhan tawaran menjadi kaya yang datang menggoda. Kerana aku yakin aku bukan orangnya. Aku tak mmpu utk bekerja spt mereka.
Maaf andai ada yg terasa. Ini cuma pendapat aku yg tak berapa nak bijak ni. Peace! 

**eh jap. Nmpknya benda alah yg aku baru nak try ni pun dtgnya dr compny mlm. Agak2 harga asal dia berapa ek??? Ok aku paranoid.

Friday, September 28, 2012

300 auwww!

Setahun ni mmg aku perasan bila check stat blogger entry yg plg banyak pengunjung adalah kekdah nak bersalin awal. N3 dlm pantang bersalinkan umar setahun lps. Lately daily uv hampir 300. Takdelah nak bangga ke apa. Blog sampah mcm aku ni bukan apa2 pun. Cuma bila tgk eh eh ye ke seramai tu yg jenguk.
Hahahah
Almaklumlah jakunnsssss.
Dahlah update seminggu sekali pun payah. Sian reader aku. Ecehhh...tetiba bajet ada reader khennnn!!
Kahhhhhhhhhh

Pasal kekdah bersalin awal tu, wahh bangga. ada jugak n3 ilmiah dari aku kan. Hehe. Nampak nau byk mengarut je. Huhu

Aku ni sebenarnya bnyk nk share. Tapi malas gile nak karang ayat bes2 sesuai dgn konsep. Serius aku punya tahap kemalasan mmg melampaui batas. Aku baca rajin tp bab mengarang ayat nk tulis panjang2 biar senonoh sikit hurmmm....

Ha tgk tetiba penyakit datang. Sawan malas. Tetiba otak aku hang. Ciss!

Klah bai.
Sorrylah kalau aku tinggal korang dalam keadaan terkapai kapai.

Eh jap. Aku ada bahan nak kasi korang.
Hasil tabita 7bln.

Semua gmba2 ni snap tghari. Balik sekolah. Tapi bes. Langsung xbelengas. Tak berminyak.
Bes tak? Bes tak?

Kbebeh!



Wednesday, September 5, 2012

Cepatlah jam oiiii


Hari rabu memang hari sengsara aku.

Kelas penuh free setengah jam cuma

Sekarang dlm kelas last

Seksanya nak mengabiskan

Dari satu kelas ke satu kelas

Hadap budak2 mcm2 peel.

Sakit pinggang tak menahan.

Dah lama tak pakai pb

Ada dekat 2 bulan kot

Hari ni aku menggatal pakai

Mendapatlah sakit pinggang kan

Sebenarnya aku pakai pb pun utk ejas pinggang

Sakit makcik2 aku ni. Sakit pinggang yang sangat.

Bila pakai pb, kurang la sikit sakitnya walau sepanjang hari berdiri dlm kelas.

Ini agaknya dah lama aku xpakai

Dia nak ejas balik posture pinggang aku

Adoiii hazabnya rasa nak abiskan jam2 terakhir ni.

Dahla balik ni 2 bijik kek menunggu

Hu hu hu menangislah aku kesakitan



Posted via Blogaway

Tuesday, August 14, 2012

Mari ramai2 kita shopping online!!


Aku memang guna address sekolah utk beli online. Sbb confirm pos laju akan dtg rumah time org xde. Time aku tercongok dlm rumah sampai kesudah ko tak dtg. Elok aku keluar kejap je, balik2 terselit we're sorry! Hampasss!!

So skg mmg hntr ke sekolah je la. Dan dalam seminggu tu memang akan ada la parcel utk aku. Maka pangkat aku kat sekolah sekarang Pakar Shopping Online. Fine!

Dulu barang aku selamat je. Takde sapa pedulik pun. Beharga ke tidak dokla kau atas meja depan tu sampai ke sudahla kalau aku tak pick up.

But now dah ada kastam. Brg kau akan disimpan seterusnya dipaksa bukak dan2 tu jugak.

Sapa punya keja tu???

Sapa lagi. Kakak2 opis la. Sejak dua menjak dorg tahu apabenda yg dok sampai2 tu, mmg takkan lepas la kau. Pastu mendapat tugas khas. ~Eh nnti ko orderkan utk akak satu ya. ~baiklah!

Siap last week dgn bos2 sekali menyaksikan upacara pembukaaan parcel. Kahkahkah. Tapi bukan kena kat aku la. Kena kat kakak yang baru menggila beli bag online sampai 3 hari berturut2 sampai.

Dan kata2 keramat bos yg buat aku terkejut beruk.~ni mesti berkawan dengan ismadiana ni. Saya tgk dia shopping kat bandung pun takut.

Whatttt??????

Posted via Blogaway

Saturday, August 11, 2012

Baju raya siappppp!!!


Baju raya aku plain je.

Tahlah. Aku bab2 baju raya ni lembab banyak.

Org lain sebok2 beli kain dua tiga bulan awal aku rilekk je. Takde perasaan barangkali.

Maybe sbb dah banyak tahun aku pakai ready made je. Mlm raya baru hegeh2 cari. Plus aku tak reti nak plan2 bagai. Memang failed!

Tema2 bagai ikut nasib. Mana berkenan aku rembat je. Apa kaler ada aku kesah??

Tahun ni aku harapkan kain2 yg beli kat bandung ritu je. Plus sepasang tenun pahang yg bonda hadiah. Ikutkan hati nak cari readymade je. Tp sbb tailor aku tu masih sudi terima lagi maka selamatlah kain2 aku tu jadi baju. Kalau tak aku plan nak lilit2 ala sari je.

Semalam dah siap pun. So skg aku dah ada plan nak memandai mandai kat baju2 plain tu. Nak tambah sesikit je. Sarat barat dh jadi retis lak aku. Sudahnya terperuk dlm lemari jawabnya.

Tp bila kalanya aku nak merayap cari bahan?? Jap gi dah nak gerak ke jb. Ciklel ditugaskan bawak ayahbondanya masuk singapore hr ni. Aku ngan anak2 lantas ditinggalkan berhiruk pikuk di jb sajork. Karang ada yg hangkut askar2 prebet ni rayau2 jb ni kang. Tapi kau mampuuuu??? Uhuhuu.

Ruginya rasa sabtu ahad aku ni. Kalau dok rumah kan byk benda blh belek.

Aipppp!! No rungut2.

Ok sebagai gantinya esok JPO janji!



Posted via Blogaway