Friday, January 27, 2012

Hero pilihan

aku layan gak citer Wasiat kat prima kekadang. tapi banyak yg missed sebenarnya. citer tu pada aku ok. pendukung2 watak semua boleh berlakon. tak kayu dan tak menjakikan. aku ok ngan farid kamil. aku suka sara ali. aku suka cikros. yasmin hani tu aku tak kesah. walau aku tak kawan dia, oklah dia as Marina. dan yang paling aku suka mamat cool ni. dah byk citer dia ada, cuma aku je baru sedar.

auuww...heloo abam macho. :))




weh, aku suka dia. jatuh cinta lagi..lagi lagi ku jatuh cinta..
~tumpang lalu ciklel *flying kiss 

gigih aku menggugel. dah kawen dah pun. heh, pedehal. yang penting aku suka ko berlakon. bukan suka nak jadi laki pun. ciklel aku lagi macho apa. -_-



*time cuti ni aku up entry banyak2 buat bekal 2 bulan mendatang. kehkehkeh

saya nak menggebu macam rossa.

aku sekarang tengah usha satu produk skin care. baru dengar je pun. dah cari info, dah baca testi. dah contact seller dah pun. miahahaha...cekap tak aku?
hoh bab2 ini tak perlu risau. aku memang pantas.

aku ni mana penah nak try mcm2 nih. menakutkan okeh. setakat umur aku ni baru 2 tajuk je penah aku guna. sk2 ngan olay.  so far alhamdulillah skin aku takde problem sangat. problem xde tapi kusemmm ada. skg lak tetiba aku noticed mcm dah ada banyak tahilalat. aku syak bukan tahilalat tp blackheads.

tapi aku takut gak. takut nak try yg peeling2 tu. karang tetiba muka aku jd super duper putih merah berkilat. hoihh sangat tak gemar!

tapi katanya nilah rahsia para retis indon. ehehe..ya ke rossa? (aku tak kawan kerisdayanti)

aku rasa nak tryla.


*agak korang tokey tabita ni rumah dia macam istana tak? kalau ya aku taknak beli.

senang betul nak abiskan duit pada zaman sekarang.

semalam klik, 
hari ni
heh, sudah tiba.





okay..okay..dah dah. aku stop citer pasal poplook skg!

bye.

Thursday, January 26, 2012

tersangkut kat sini sampai aku tak buat apa2 malam ni..tahniah!


dan 





eh jap.aku ada bag ni..oyeh oyeh. walaupun bukan mulberry macam yg aku penah aku postkan dulu, namun warna dan design sebijik. tajuk bukan mulberry. bukan jugak mulberry tipu. tidak. say no to fake!
tapi aku jumpa kat isetan klcc last month. japan brand. harga boleh tahan, tapi time tu ada less. so, buat2 mampulah sebab kalau tak bawak balik hari tu, konpem angau 2 minggu. sian ciklel ada bini spesis ni. payah!

lepas dah dapat 2bag hari kejadian tu, (sebelum tu aku dah terrrrorder ngan suki. maka samadengan 3ketul pada bulan 12) ciklel paksa aku buat akujanji tak beli handbag utk 6 bulan. 
mana boleh woiii!!! 
ini tidak adilllllll



kbai! 



poplook lagi.

lagi lagi thepoplook. ehee..maaplah. aku ni punya perangai kalau dah suka akan ku ulang tayang sampai lebam. somemore aku suka nak share benda2 lagha' begini. nak share ilmu tinggi2 aku takde. nak share benda2 ilmiah, siapalah aku yang pemalas amat ni. nak mengarang ayat adoiyyaa..failed! sebab tu blog aku ni blog takde motip. suka suki aku jelah nak tulis apa pun. bila rajin aku up 3-4 n3 sekaligus. time malas takyah cerita.

kenapa aku suka thepoplook?

aku antara manusia yg sangat fussy on how do i look. heh takdelah nak kata fashionista ke apa. cuma aku suka yang simple. yang very derr...memang takdelah kan.

memang susah nak cari attire yg kena dgn cita dan rasa aku. kriteria biasa yg susah sangat nak jumpa utk top, long sleeve+bercutting+length mesti under butt. seriously susah. esp kat melaka lebih sukarnya. ada je yg xkena dgn ciri2 yg aku carik tu. event tshirt pun susah nak kena.
so bila jumpa thepoplook ni terus jatuh cinta. dresses, tops, skirts, segalalah betul2 melegakan aku. apa yang aku nak selama ni ada kat sini. *senyum lebar*


ni bukan aku. jangan risau, aku pakai ni konpem dengan seluar punya..hehe
aku dapat tahu ada yg dah beli 5 kaler untuk henley tunic ni. memang kaler2 nya sangat menggoda. nanti nak p intai tabung itik aku, penuh je harus aku rembat semua kaler..huehuehue. *matilah ciklel tahu ni..


kalau aku tahu lebih awal, confirm time preggy dulu aku dah menggila dgn dress2 yg super gojes tu. skg ni mcm takde motip nak beli dress sbb aku rasa terlalu feminine kalau family outing nak berdress bagai. oh BIG NO. payah! lainlah kalau ada function. dan lain juga kalau aku memang pesennya vogue the vass. namun sayangnya tidakkkk.



yang ni betul2 memukau mata makcik. tak sabar nak prgnt lagi. *tetiba*


dengan thepoplook, bayar hari ni, esok dah dapat. best kan!
dan surprising me, dorang ni based in batu berendam, melaka ni ha je!
harga, sangat affordable. sebab tu main sedap jari je klik klik klik.
quality, so far, sangat best. comfy dan senang citer sukalah! *esok2 kalau terkena yg tak bes aku update balik semula.



ok tu je. bai.


jap ada lagi.

kalau nak handbag from us, sukishopmeholic paling bes. harga super duper murah. banyak beza dgn yg lain2.
kalau nak shawl, aku rekemen sugarscarf. aku suka sebab owner sangat cantik dan shawl adalah sgt bes. tapi instant hijab dia aku kureng sebab errr....labuh skit bg aku. opsss.


dahtujebai.

Cameron Highlands

sejak beberapa menjak ni ramai lak yg postkan pasal cuti2 cameron highlands. buat aku kembali teruja.
nak ikutkan dah lebih 7-8x kot naik sana. sampai satu masa dengar pun dah naik muak. rasa aku takde apa lagi yg menarik kat sana. last masa icha umur 3bln. sayangnya gamba takde. dlm macbook aku yg dah jahanam tu. hard disk sebenarnya yg jahanam. macbook masih ok. kata adik aku, boleh hantar utk recovery, tapi kos sampai ribu riban. ermm..biarlah dulu. tp banyak kenangan2 dalam tu. :(

now tah kenapa rasa teringin sangat nak ke sana lagi. kali ni aku nak macam2. so bajet pun mungkin kena lebih sikit. tgklah, bila dah penuh tabung ayam tu karang.

googled

mungkin ini salah satu sebabnya kot.

Wednesday, January 25, 2012

hari2 mau!

kakak ni sememangnya peminat tegar maxi skirt.
dari dulu hingga kini.
macam2 pesen.
macam2 jenis kainnya.
tapi kakak adalah sangat cerewat ttg kelabuhan skirt tersebut.
kalau ala2 je labuhnya sampai buku lali je, sori the mori kakak nak pakai.
haruslah labuhnya menepati std piawaian.
barulah selesa dan enak.


bila pakai skirt ni, biasalah. bajet ayu2 gitu. auwwww T___________T

opsss sorry, n3 carcamarba ni penuh dgn gamba syok seniri. takpekan? kan? kan?



tetapi kenapakah peha kakak kelihatannya begitu fafau? 






kecintaan terbaru - charles n keith. tak sangka mereka punya range yg sangat awesome. sian kan org melaka. ketinggalan amat. maka agak meroyan bila terjumpa. ha ha



yang penting harga memang buat kakak tak menahan. rasa nak rembat 5 sekaligus!
eh bangsar village. the place i always love to be. keh keh ayat bajet retis.

tapikan benerrr uolss...kat sini mmg aman damai. dulu2 masa kakak masih dara, kecik je. now dah makin meriah ngan macam2 dan makin membesar plak kelihatannya.
yang penting tak sesak mcm tempat lain. dan banyak retis. eh




kecik  ni nyemburrrr je keja











dok kl seminggu takkan nak hangkut satu lemari. maka baju pun dok ulang2 tayang dua tiga lai tu je la. muntah belahak nak match 2lai skirt, 2lai pallazo.




sedih hajat tak kesampaian. konon jalan dululah, sekali patah balik dah tutup. dari umar dlm perut sampai budak tu dah tercongok atas dukung masih tak dapat tunai hajat. sian.

masih mencari kekuatan utk yg ini. sgt suka tp mcm ermmm....


opkos dipakai dengan inner. tp part jerut2 kat pinggang tu kakak tak konpiden lagi. almaklumlah kakak ni gaya lelebih memang kakak maluuuu..... -_-

yang pasti jeans dah tak masuk senarai. skirt ngan suar gobos2 menduduki carta teratas buat masa skg. 



ni aktiviti riadah petang hujung minggu yang berlaku sesekali dalam setahun. biasanya mana nak pegi hutan2 nyamuk ni uolss. kakak kan bajet diva. maka ke hutan dgn pallazo wide leg gitu. haha




layankan anak2 jelah, kakak gagahi jugak. tu pun jenuh bergaduh dgn nyamuk. tak suka!



dan jugak bapak budak yg dah gian nak keluar peluh tapi takleh lasak sebab lutut tak brapa nak mengizin.




tak sangka dah besar bujang aku neh. makin besar makin mencabar. 
 tetiba terpikir emir dah ada gepren nnti cemanalah tahap kecerewetan aku. cemana kalau dia tersalah pilih? yang aku tak berkenan? arghhh stress! heh over mak kau!


ok, dah. nak p order lg 2 lai.



lai lai!




Wednesday, January 4, 2012

Percutian Bulan Madu - Tok Aman Bali Resort

sapa yang bulan madu pun tak tahulah..
kehkehkeh
yg pasti
percutian lepas kenduri
semalamnya berpenat lelah
hari ini ketawa ria


***ummakaihhh...lama gile punya n3 tertunggak..kahkahkah. tahun lps pnya kejadian neh! 

ad hock seperti biasa. mana penah kami plan secara proper kalau nak ke mana mana. selalunya memang akan begitulah. plan pagi, siap2, zasss. dari zaman tokpa sihat walafiat lagi memang begitu kekdahnya. dr zaman kitaorg kecik2, sampai dah beranak pinak..nak ke mana2, takyah pening2 plan bagai. redah jer..hahaah
last year, lps kenduri chik, kami ke terengganu.
kali ni ke tok aman bali
resort baru. sangat baru.
last month br bukak. blom launching pun.

tempat oklah.
dah semuanya baru.


ni bilik pengatin baru. yg 3 lagi sume amik 2single beds. senang nak memandai kang :)


toilet adalah sangat terbentang



ini pengantin barunya...
satu bilik khas untuk mereka. 
tiga bilik lagi kami bersesak2 :)
dua connected.
pakkal xde connecting room tetiga sekali. kalau tak dah macam dorm dah.  
eh bilik dia sgt luas. selesalah kalau bawak toto 
bilik air juga sgt luas. kata 4 star resort :)



nasib baik kenit ni tak banyak hal..tido pun alhamdulillah. aku ni sll risau kalau pegi tempat2 baru dgn budak2 kecik. manalah tahu kan...
eh, pehal tali puting umar tu itam nau nmpknya lam gamba ni? benci tau!


dannnnn

aktiviti utama tak lain tak bukan
 poolllllllllllllllllllll



hujan2 pun redahhhh...rugi wohh!
yg besnya, xde org lain yg cekal mandi time hujan2 begini
maka pool itu kami yg punya!!



umar sebagai penonton semata.
belom sampai masanya lagi ya nak
tunggu baju mandi ada saiz dulu
sementara tu kasi chance mmy ngan ayah bersuka ria
dok dendiam ngan makngah ye sayang :)



tokpa, nenek, ma tok pun sudi menjadi penonton setia



see!! pool ini kami yang punya..





diva ini adalah demam. sejuk tapi nak jugakkkkk turun. last2 pasrah dok dalam bot je. sejuk kemain menggeletar namun tetap maintain dengan gaya diva..haihh




dahlia pun tak nak kalah. sejuk2 pun gembiranya bukan main lagi...ada potensi menjejaki kakak diva ni..








dahlia safiyya gigi seketul
hahahhah







apa ko kira dik??? juling bijik2 mata



mak buyung pun terlio berendam








abg macam biasa. org lain lekkkk je, dia baru dua menet kaler bibir dah sama biru ngan baju.
tapi yg peliknya dia yg lelebih berendam. lebih lama dari org lain.
eh baju ni dah 3 tahun abg pakai. elokkkk je. nampak nau body maintain tak gemuk2.
dah tu sikurus ayah ni. payah nau makan




malamnya makan di chef's restaurant ikan bakar kononnya. kat kuala besut.
sekali hampeh jgn kata pemilih ikan lagi ramai dari ikan, tong pun lagi banyak dari ikan.
ikan ada tiga ketul je. tu pun tah hapa ikan. pedahal baru pukul 8 time tu. nak kata dah abis, mustahil. 
heloo tokey, tolong padam signature ikan bakar tu boleh tak??? menipu okeh. harapan pelesu pada org ramai yg berenti nak makan ikan segar bugar.



last, makan jelah ala2 thai...heh kat melaka pun berlambak oii!
dah la kira terlebih2. seb baik ada tukang kira semula. lebih tiga puluh lima okeyy! pastu buat muka tak bersalah. oh kawan2, sila jauhi kedai ini jika anda terlajak ke kuala besut.




makanan adalah sangat failed!! 
ada yg sangat tawar, ada yang sangat masin, ada yang kosong takde pape.
ce tgk jug air yg sangat besar itu. jug kecik harga mencekik!





check out time


sikenit yg punya tektik bijakpandai sekarang ni. untuk memastikan sentiasa selekap dengan mmy, dah taknak tido dlm buai lagi. nak berpeluk kuat2 erat2 ngan mmy baru blh tdo..bagus2..










dah. sekian



****
promotional room rate : RM198 with 2pax b/fast