Friday, August 31, 2012

Selamat Hari Merdeka



Cuti panjang.

Korang ke mana?

Iolsss ke key eallll.

Assalamualaikummmmm...

Saya datang mau layeee!



Posted via Blogaway

Wednesday, August 29, 2012

Raya Saya 2012


Macam aku dah ckp sebelum ni

Raya macam tahun lepas gak.

Melaka dulu pastu baru balik kb.

Aku ok je. Pedehall.

Tak kesah mana2 dulu pun. Asal bersama anak suami terkasih. auww!

Oleh kerana Khamis aku sekolah lagi maka jumaat petang baru blh balik jasin. Mana taknya kain baju, rumah tangga semua belum berkemas. Tambah ngan order carrot cake 9bijik. Boleh terlucut kain makenchek.

Menu rumah mertua aku memang dipatternkan. Kau mampu nak ubah2??

1. Rendang ayam kg




2. Rendang daging+segala toknenek isi dlm


3. Kuah kacang

4. Kuah lodeh

Dan Opkosssss

5. Ketupat made by bibik ngan kakak ipar. Aku tukang isi berasnya sudehhh.


 








Dannnnnn

signature menu mak mertua daku.....

Rendang maman ayam kampung.



Kalau kat kelantan maman ni buat jeruk je. Tapi kat sini kemain sedap meratah bagai. Dan aku adalah hnya mampu memandang.

Rumah mertua aku ni memang tradisinya jadi tempat kunjungan kaum kerabat. Maka kami adik beradik ipar duai memang tak kemana. Tunggu je serbuan gerombol demi gerombol. Memang tersangat meriah. Letih pun ya.

Nak snappo pun tak nyempat. yg ada gamba salam menyalam pagi tu je.






emir dah pandai salam raya. terus sebak mak ko dengar anak beria mintak mahap, doakan result best dalam periksa akhir tahun...haha






bersama photographer of the day.
kalau gambar blur sila salahkan beliau. 




sempat celebrate birthday atuk, kakak nurul dan aqeela. 
HAPPY BIRTHDAY!!




si bujang ni songkoknya tertinggal. seb baik ada kopiah spare. kopiah pun kopiah la anakk!











baru bangun tido. orang lain dah siap pusing satu kampung posing2 bagai...




ni sapa yang 4 tahun sapa yang 5 tahun ni????








kejam giler gamba ngan makayah takde tapi kemain berpasang pasangan. kuikuikui



behind the scene



percubaan utk babak ziarah menziarahi. Iols kan drama! harharhar.


last but not least.....



hadaplah gambar2 makenchek dan pakenchek dikala anak2 tak kuasa nak layan.
la la la





panas terik woii



ciklel tak menahan nk lomantik2.





auwww....kahkahkah...








tuan tanah. sekian.




tengok gamba2 ni baru perasan sepagi raya tu aku pakai kain senget!
patutnya zip belakang. sekali kelam kelibut siapkan askar2 kombat, kain seniri salah pasang. ayuh gelakkan diri sendiri.
sebbaik kainnya pesen gini, so takdelah obvious benar. kalau tak mau aku delete semua gamba raya melaka ni karang. kahkahkah





ok, bulan2 depan sambung raya kelantan lak.
tata!



Posted via Blogaway

Saturday, August 18, 2012

Salam Eidulfitri



Selamat menyambut hari raya Eidulfitri wahai rakan2.

Tahun ni aku raya melaka dulu. Sama mcm tahun lps. Bukan tak ikut sistem giliran. Bukan suami menggunakan kuasa veto. Bukan.

Semuanya atas kerelaan diri sendiri dan keluarga sendiri.

Memang biasanya kalau raya awal cuti, kitaorg akan raya di melaka dulu. Then raya ke 3 baru balik kb. So dptlah kelebihan harinya sikit.

Tahun ni ciklel setuju balik raya ke 2. Aku tak mintak pun. Tetiba dia dh nyebut. Apalagi pucukdicitaulammendatanglah!

Mama pun awal2 lg mintak kitaorg raya sini dulu then baru balik kb. Eh tak sayang anak ke apa ni??

Isk isk sentaps!

Tp nasib baik aku ni sedikit bijak. Rupanya mama nak berlama lama-an ngan anakcucu. Kalau balik kb dulu dah tentu2 raya 3 dah chow. So berkorban pagi raya takde org pun takpe. Olololooo....sedih okeh! Nasib ada si bujang2 lagi tu.

Td lps post gamba ketupat ngan rendang kat fb, mama msg: I'm all alone in the kitchen.

Owh menikam! Laju2 call. Tanya mama masak apa n all. Rasa bersalah amat. Tapi takpa. Raya 2 nnti kami semua akan berkumpul. InsyaAllah.

Doakan kami selamat dlm perjalanan 10jam nnti.

Moga2 semua berjalan lancar.

Utk korang-semoga menghadapi yg gembira2 saja raya ni. Pokai lepas raya lain cite. Huehuehu.

Kbai. Nak iron baju raya. La la la



Posted via Blogaway

Tuesday, August 14, 2012

Mari ramai2 kita shopping online!!


Aku memang guna address sekolah utk beli online. Sbb confirm pos laju akan dtg rumah time org xde. Time aku tercongok dlm rumah sampai kesudah ko tak dtg. Elok aku keluar kejap je, balik2 terselit we're sorry! Hampasss!!

So skg mmg hntr ke sekolah je la. Dan dalam seminggu tu memang akan ada la parcel utk aku. Maka pangkat aku kat sekolah sekarang Pakar Shopping Online. Fine!

Dulu barang aku selamat je. Takde sapa pedulik pun. Beharga ke tidak dokla kau atas meja depan tu sampai ke sudahla kalau aku tak pick up.

But now dah ada kastam. Brg kau akan disimpan seterusnya dipaksa bukak dan2 tu jugak.

Sapa punya keja tu???

Sapa lagi. Kakak2 opis la. Sejak dua menjak dorg tahu apabenda yg dok sampai2 tu, mmg takkan lepas la kau. Pastu mendapat tugas khas. ~Eh nnti ko orderkan utk akak satu ya. ~baiklah!

Siap last week dgn bos2 sekali menyaksikan upacara pembukaaan parcel. Kahkahkah. Tapi bukan kena kat aku la. Kena kat kakak yang baru menggila beli bag online sampai 3 hari berturut2 sampai.

Dan kata2 keramat bos yg buat aku terkejut beruk.~ni mesti berkawan dengan ismadiana ni. Saya tgk dia shopping kat bandung pun takut.

Whatttt??????

Posted via Blogaway

Saturday, August 11, 2012

Weehuuuuu!!!



Minggu 3.

Tinggal seminggu lagi utk achieve target

Gud bye 57.

Welcome 50. T___T

Kahhhhhh kahhhhhh poyo. Kondifennnnnn je khannn.

Tak sabar nak lompat sampai ke bintang :)))))))))


*setakat ni takperlu bahan sokongan. Puasa uolss!

Posted via Blogaway

Baju raya siappppp!!!


Baju raya aku plain je.

Tahlah. Aku bab2 baju raya ni lembab banyak.

Org lain sebok2 beli kain dua tiga bulan awal aku rilekk je. Takde perasaan barangkali.

Maybe sbb dah banyak tahun aku pakai ready made je. Mlm raya baru hegeh2 cari. Plus aku tak reti nak plan2 bagai. Memang failed!

Tema2 bagai ikut nasib. Mana berkenan aku rembat je. Apa kaler ada aku kesah??

Tahun ni aku harapkan kain2 yg beli kat bandung ritu je. Plus sepasang tenun pahang yg bonda hadiah. Ikutkan hati nak cari readymade je. Tp sbb tailor aku tu masih sudi terima lagi maka selamatlah kain2 aku tu jadi baju. Kalau tak aku plan nak lilit2 ala sari je.

Semalam dah siap pun. So skg aku dah ada plan nak memandai mandai kat baju2 plain tu. Nak tambah sesikit je. Sarat barat dh jadi retis lak aku. Sudahnya terperuk dlm lemari jawabnya.

Tp bila kalanya aku nak merayap cari bahan?? Jap gi dah nak gerak ke jb. Ciklel ditugaskan bawak ayahbondanya masuk singapore hr ni. Aku ngan anak2 lantas ditinggalkan berhiruk pikuk di jb sajork. Karang ada yg hangkut askar2 prebet ni rayau2 jb ni kang. Tapi kau mampuuuu??? Uhuhuu.

Ruginya rasa sabtu ahad aku ni. Kalau dok rumah kan byk benda blh belek.

Aipppp!! No rungut2.

Ok sebagai gantinya esok JPO janji!



Posted via Blogaway

Friday, August 10, 2012

Tudung raya


Matilah cerita tudung tak abis2..hahahaa

Aku dah beli tudung raya. Selai je pun. Kahkah.

Nampak tudung diana greenapple tu mcm ok je. Terus mak rembat selai. Dah sampai pun td. Nasib ok. Silk shawl uolsss. Hah riak lah tu. Errr RM50 je pun. Ekekeke.

Esok2 nak pegi cari pashmina kat dataran pahlawan lak. Sepuluh hengget sudehhh.

Kbai!


Posted via Blogaway

Wednesday, August 8, 2012

Khilaf


19 Ramadhan.

Hati rapuh.

Kolam mata berair.

Emosi tak stabil.

Jiwa tak tenang.

Ya Allah mohon tenangkan hati hambamu. Usirlah segala yang tidak enak dalam diri.

Ingin pergi jauh. Sejauh yang boleh.



Posted via Blogaway

Tuesday, August 7, 2012

Bosangg wehhhh





Nak terkeluar bijik mata tanda buku budak

Letih wehh

Tak mampu nak hadap lagi

Nak bukak poplook tak lps2

Asik sangkut je

Pic tak keluar abis

Tak bg aku tewas la tuh

Ada 3 dress poplook yg blom pakai

Rasa mcm nak lagi

Tapi mari jgn tamak.

K. Loceng sudah bunyik

Mari masuk kelas beramai ramai



Posted via Blogaway

Sunday, August 5, 2012

Apa kat Melaka tak boleh shopping ke??


16 Ramadhan .

Puasa berbaki lagi kurang 2 minggu je.

Baju raya korang dah siap ke? Aku adalah belom. Huhuhuu.

Harap2 siaplah minggu ni. Sebab nak kena cari tudung lak.

Aku bukan kisah sangat pasal tudung ni. Sbb rasanya nak beli shawl mcm biasa tu je. Berlambak pun. So takde nak panik ke apa. Takde kalu, aku korek la lemari ni. Blasa je apa kaler yg ada. Hahaha.

Baju anak2 dah setel. Minggu lepas pegi mv n garden mcm nak gile penat dia. Tapi berbaloi sbb puas ati. Bila aku kata penat gile tu memang tahap dia sikit lagi nk pitam. Dahla nk dapat parking sampai sejam pusing2 tak dapat. Kitaorang sampai 12.30. 1.30 br dpt parking. Sebelum tu ada la 5-6 tempat yg kitaorg yeayyy!!! tp semuanya stok hantar brg je blom nak keluar. Memang merasa kena sumpah la kau. Dah la takde kena mengena nak raya. Sebokk je. Time2 nilah ko sebok nak sopin beria kannn!! Tetiba emosi di bulan yang mulia.

Time nak berbuka pun emosi gak. Bajet nak ke Tony Roma's. Sekali sorry, full!

Cari2 tempat lain. Memang takkan ada la kan. Nak2 bila mereka pun sebokkkkkkk nak berbuka jugak. Yg aku sakit hati ko dh takde jam lain ke nak makan? Nak jugakkk time org berbuka. Takde nak respect sikit pun. Sian.

Last2 beli roti+air mkn bersepah kat tepi eskalator. Kau mampuuuu??? Dengan anak berderet. Kasihan okey. Hahahah. Dulu2 selalu je buat. Aku ngan ciklel kan koboi. Ah berbuka ngan roti dlu pedehal. Sopin time berbuka memang aman damai. Pas dah tenang skit barulah makan kat mana2. Tu ms blom ada anak. Oklah. Anak sorang pun oklagi. Ini anak dah 3 masihhhh lagi. Bagus anak2 aku direkrut ala koboi juga.

Kalaulah nenek2 atuk2 tahu apa yg kitaorang dah buat ngan cucu2 dorang, matilah kena bebel. Gagaga. Nak2 emir tu puasa. Eh tahan dia tau. Kitaorang bajet dia akan penat dan mintak berbuka. Tp tidak okeh! Gud2.

Mertua aku tanya. cari baju sampai kl, kat sini takde ke?

Errrr.....







Posted via Blogaway

Saturday, August 4, 2012

Bokitta lagi.



Semalam aku potong getah inner printed bokitta tu. Idea menjahanam datang secara tiba2. Maka dah boleh pakai. Takdelah ketat yang amat.

Tah kenapa muka aku time amik gamba skg tak boleh blah. Dah kurang pandai nak fotogenik2 bagai. Eauwww bajet dulu2 fotogenik lettew. Pdahal baik sikit dr sakai. Hahaha

Eh bebudak skg pasal apa suka amik gamba muncung2 kembung2 pipi eh? Tak paham. Comey kah?? Oklah ada yg aku nampak comey. Sbb tu kekadang aku pun bajet comey amik gamba cenggitu. Tapi harammm tak comey langsung! Cis. Tapi yg tak berapa nak comey pun ramai gak. Sorry la dik. Akak terkutuk dlm ati bila terpandang gayamu sebegitu.

Lagi satu. Dah lama nak ngumpat pasal gadis2 dan wanita2 yg pakai skirt RnR dan sewaktu dengannya.

Tahun lps masa tgh pantangkan umar aku dah bercita2 nak order skirt tu. Pada mata aku sgt cantik. masa tu 1st time tahu pasal skirt RnR bila tgk customer adik aku buat outdoor ps pakai skirt tu. Sangat cantik. Maka aku pun beranganlah akan secantik dia bila pakai nanti.

Sudahnya setahun berlalu sampai sudah aku tak order2. Sbbnya dlm 10 customer yg diupload gambarnya hanya 3 kelihatan senonoh. Yang lain ermmmm....

Maap xcakap ya dik. Mata akak sukar nak terima kalau tak kena gaya. Pada aku skirt sebegitu sangat cantik pd org bertubuh langsing dengan tinggi yg sesuai dan figure yg cun.

Kalau yg chubby2, kedenking, body shape tak berapa nak balance tu agak tidak sedap mata memandang. (sorry bukan diskriminasi or what. Pendapat mata aku jeni). Sebab bila pakai skirt tu ramai yg pakai baju kedalam dan digayakan pula dengan tali pinggang besar. Gaya sebijik mcm model merangkap tuan kedai tu. Sayangnya jauh benar untuk capai target. Lgi2 kalau pemilihn top yg langsung tak kena. Sian ok.


Aku komen ni dr sudut pandangan mata aku. Yang tak berapa nak fashionable ni. Sorrylah ya kalau ada yg sudah terjebak.

Bolehje sebenarnya golongan yg aku sebut td kalau nak pakai. Cuma top tu usah la di tuck in. Buruks uolss. Carilah yg agak2 sesuai digayakan dengan skirt kembang2 gitu tapi dilepaskan keluar. Barulah sedap sikit mata memandang.

Wah dah rupa police fashion iolsss. Padahal diri sendiriiiiiii..........kahkahkah.

Sharing is caring.

Peace!

Posted via Blogaway

Apa yang berat??



Eh dah 15 Ramadhan?

Cepatnya lah hai..

Apapun syukur perjalanan Ramadhan kami berjalan lancar. Alhamdulillah.

Tahun ni berlima. So bayangkan betapa kecohnya menjelang berbuka. 3 anak 3lah ragamnya. Yg siadiknya asiklah naik turun tangga. Ayah ngan mummy nak telan air pun tersekat2. Yg kakaknya walau tak puasa mengalahkan abg yg berpuasa.

Bila terasa penat dan stress, cepat2 muhasabah diri. Bayangkan org takde anak. Sunyi sepi. Aku hadap kau. Kau hadap aku.

Terus insaf.

Biasa berbuka ciklel beli je. Hah nak speku aku femalas letu.

Errrr memang ponnn. Hahaha.

Tp yg sbnrnya sbb dia suka mkn nasi siap (ayat cover). Hr ni nasi ambeng, esok nasi lemak kukus, lusa nasi kerabu. Haaa begitu.

Yg aku pulak memang xde selera sgt. Bajet bole kurus lettew. Gagaga

Tp serius weh. Napsu aku tak berapa nak serakah la. Kalau nasi 3-4 suap dah kenyang. Kuih muih takyah cerita. Haaa air kelapa kalu, sebalang aku mampu abiskan. Nikmat oii.

Sahur lagilah. Setengah senduk nasi pun susah nak telan.

Biasa utk sahur aku masak. Tapi smlm sbb berbuka kat luar lantas balik sudah penat maka ciklel dah beli siap2 ptgnya. Kuah nasi berlauk (mode:rindu nasi belauk kelate) ngan sambal kupang. Memandangkan tekak aku mana nak terima santan pepagi buta, maka aku goreng 2biji telo tabur kicap, baru laju sikit. Kuah ikan tu langsung aku tak sentuh. Dan sambal kupang adalah sangat tidak sedap!

Semalam aku timbang kat skolah. Sbb kat rumah dah rosak. 54.5. Hehe. 2kg uolss. Tapi aku blom happy. Sbb ada balance lg 5kg.

Kata kakak penjaga timbang tu, biar betul 55?? Badan kurus camni tak sangka 55. Apa yang berat??

Berat dosa kot! Huhuuu...



Posted via Blogaway

Friday, August 3, 2012

Bokitta 3/5



Hi hello!! Me wearing bokitta :))

Nah dipersembahkan muka tuan tanah sebesar pinggan.

Ok jom review

enak pemakaian. Cepat dan pantas. Kekonon lilit2 padahal instant.

Cuma inner terlalu ketat. Jenis bergetah tu. Sakit cuping teling makenchek. Last2 aku bukak dan pakai dgn sekup sudehh. Maka xlehla nak tarik smpai ke blkg. Nk kena pakai dengan inner biasa baru ok. Kena cari inner plain kaler serumpun la pulekkk!!

Aku rasa harga dia agak mahal. Kalau beli shawl cotton lilit sendiri baru 10-20 hengget kot. Gile cheapskate haku ni. Hahaha. Tp memandangkan tudung ni imported, maka acceptable la.

Nak tmbah koleksi? Kalau dgn diskaun ok kot. Tapi dgn normal price 89 tu bg aku mahal la. Bagi aku. Bagi korang sangat murah lettew!

Tata. Selamat berbuka.



Posted via Blogaway

2kilogram


14 Ramadhan

Yeahhh 2kg sudah kusingkir.

Nyah kauu!!

5 to go.

Wish me luck.

Posted via Blogaway