Sunday, October 28, 2012

Bokitta lagiiiii

Oleh kerana skg ni bokitta dh jd tudung rasmi aku utk acara berpeleseran maka rasanya dh sampai masa aku buat penambahan stok.
Setakat ni baru ada 3 lai je pun. Dah tu memula mcm tak berapa nk bes. Bila aku dh ubah sikit teknik pakai tetiba dah sangat bes pulak. Sebabnya sgt mudah bg aku. Pengganti tudung awning sbb aku paling menyampah pakai sbb menjadikan aku nmpak sangat dewasa. xnak mengaku tua lettew.

Aku suka shawl. Tapi agak2 acara ringan tu aku prefer bokitta je. Malas nak belek cermin lelama. Plus aku bukan byk sgt masa. Nak siapkan askar2 kombat sedia susu segala bagai dah byk makan masa aku. So bila ada bokitta jimat sikit kan.

Otw balik kg ritu sempat singgah butik dorang. Memang menggila tapi disebabkan aku kejar masa dan byk kaler dah abis untuk basic lines maka dapat seketul je. Sobs. Aku suka basic lines sbb plain. Senang nak match. Cuma material lain sikit dr yg aku beli dulu. Tapi ok je pun. RM39 ngan RM79 opkos ada beza kan.

Basic ni kalau ko beli min 30pcs harga RM25 je. Murah gile. Kalau 30 tu lain2 kaler mmg aku sapu je semua. Tapi sayangnya kaler adalah xbyk. 7 je kot.
Eh yg aku beria promot ni pehal??
Bahahaha...takpelah. Benda yg aku suka apa salahnya kasi up kan! Errr.....takde special price utk iols kerrr??

Sebenarnya 2 hr before aku dh order on9. Kaler navy, brown n grey. Time tu still ada stock. Tetiba masa nak bayar, baru terpikir aku nak balik kg lalu situ jugak. Why not singgah jap. Jimat duit pos 7hengget. Dasaarrrr. Tetiba nak berjimat kan.

Sekali hambek kau. Segala kaler dah abis. Tinggal brown seketul. Pastu putih n cream je. Pejadah aku nak pakai tudung putih kan. So redho jelah dpt selai. Sobs lagi sekali.

printed pun ada gak yg menawan. Tapi harga RM89 takde less adalah aku kemut utk selai tudung. So tunggu sale ujung tahun kalau ada.
Wahhh....tahniahlah untuk aku kerana berjaya menahan godaan nafsu. :))
*bangga dengan diri sendiri yg semakin bijak dan berhemah ini. Hahahahaa puiii....



Tuesday, October 16, 2012

U suwit I suwit

Ini adalah sebagai balasan kesuwitan (maafkan bahasa daku) ciklel terhadap perasaan aku tempoh hari..

lock screen wallpaper hakak.

Auwww!




Sunday, October 14, 2012

Resepi : Jom buat chocolate ganache

Seperti yg dijanjikan. Bukan janji dicapati. Janji nak cite buat ganache cara pemalas. Haha. Aku ni kalau blh semua nak senang.
Tak payah tunggu esok2 sbb aku terlebih rajin hari ni.
Sementara tunggu umar berjaya tidokan diri sendiri ni (dia tdo sendiri sbb aku cuma perlu ada kat sebelah je maka sambil tunggu dia lyn mood tdo mari kita update blog haha mak kejam tak popok2 anak.)
Meh sini aku cite ngan korang cemana nak buat choc ganache.
Resepi ikut suka korang lah nak pakai yg mana. Asal ada cooking choc+whipping cream(dairy eh bukan non dairy) pastu aku tambah sikit golden syrup utk efek kekilatan. Xde pun xpe. Ada org tambah butter sikit.
Biasa kita double boilkan dulu wc. Pastu dh panas baru masukkan cokelat segala. Tutup api kacau2 sampai licin.
Tapi sebagai yg sangat rajin, cara aku lebih ringkas.
Cokelat biasa org potong kecik2 aku humban je seketul2 dalam mangkuk. Pastu campur terus wc. Masuk golden syrup. Sumbat dlm microwave 2menet.
Keluar kacau2 sampai licin. Kalau tak licin gak, aku tapis. Siapp!! Dah sejuk sikit baru tuang atas kek. Yg lebih2 simpan. Esok2 nak pakai boleh masuk microwave balik. 
See, senang kan!
Sekian perkongsian kasih sayang untuk hari ini.
Selamat berexperiment!
**o yess!! Umar dah selamattt. Aku nak turun siapkan carrotcake le pulek.
Tata.

Cara mudah meng-ganache-kan kek.

Happy weekend ibuk2 sekalian. Apa projek hari ni?
Aku hari ni bertapa kat rumah je. Smlm dh keluar bawak anak2 berpeleseran. Lagi pulak ada kek yg nk kena siapkan. Esok org nak ambik.

Hari ni aku nak share kekdah coating kek dgn ganache yang paling senang.
Ada kawan2 dok msg aku kat fb tnya cemana nak curah ganache cantik2 pastu tak sememeh meh?
Ok. Biasanya kek tu kita letak atas redai kan. Pas dah siram ganache dah keras stabil baru alihkan ke cake board. Dulu aku pun buat camtu. Hasil dia mmg elok cantik tak comot. Cuma agak susah sikit part nak alihkan kek dr redai ke board. Kena bijak dan pantas. Silap perhitungan kek ko terpatah dua nanti. Menangislah kauu disitu.

Skg ni aku dh jumpa kekdah yg lebih bijak. Aku tak pasti kot dah ada yg guna kekdah cara ni. Idea ni tetiba je muncul dalam kepala ms aku dok terkial2 nak alihkan kek dari redai ke board. Punyalah mencabar.

Caranya ko letak plastik sekeliling kek tu. Belek setiap sisi kek, selitkan plastik bwh dia. Tak kesah apa2 plastik pun. Aku pakai plastik bungkus lauk tu potong bawah bukak dan selit.
Kendian barulah ko sapu cream curah coklat segala. Jgn lupa alas ngan sokkabar bawah turntable tu. Kiranya ganache tu akan mengalir turun ke bawah kena plastik seterusnya ke sokkabar. Membazirlah jugak cara ni. Kalau pakai redai tu alas bwh ngan dulang kan. So ganache yg mengalir turun tu boleh pakai balik. Tapi kalau aku mmg takkan kaut balik lah. Koserrr.

Dah agak2 kering dan keras coklatnya barulah tarik keluar palstik tu. Pelan2 je. Lemah lembut gitu. Xyah nak mengganas sgt. Kang tak cantik kek ko salahkan aku plak.
Ok tu je perkongsian kasih sayang kali ni.



Esok2 rajin kalu aku cerita cemana aku buat choc ganache dgn cara pemalas.
Selamat bereksperiment!









 


 


 


 

Monday, October 8, 2012

Romantik? Harapppppppp

Suami aku tidaklah berada dalam kategori jejaka romantik. Tidak secara luarannya. But dalaman yes.
Dulu masa mula2 dimengurati (heh apa perkataan ini), aku tolak mentah2 sbb kelihatannya seperti seorang yg geli2 begitu. Tah kenapa sejak azali ditakdirkan aku paling tidak suka lelaki romantik. Mana yg dekat agak2 menggelikan Im sorry gudbye.
Habis, cemana yg aku suka?
Oh akak suka yg ganas2. Aummmmmm. Grrrrrrr....ha begitu.
Lagi2 bintang sokan kann. Hot gitu. Haaaha. Opss.


Bila aku rejek ciklel pestime dulu, aku siap bgtau org tengah kenapa dan kenapa. Bagi aku org romantik ni merimaskan. Kuat jeles n all. Esok2 mampus aku terkonkon dlm sangkar emas. Apa pun xboleyy.
Tapiiiiiiiii ciklel ni tak putus asa okeh. Slow2 dia tunjukkan siapa dia sebenar. Ganas rupanya. Ahli sukan rupanya. Hah begitu barulah iols jatuh cinta. Haha. Ko dah kenapa? Perempuan sewel ke apa? Tak suka lelaki yg sgt ambik berat. Tak suka jumpa sll. Tak suka ckp telefon lama2. Tak suka sayang2 baby2 darling2. Tak suka tak suka tak suka. Banyak yg biasanya perempuan suka aku tak suka. Dah tu tak sewel namanya?? Hahaaaha


Tapi kadang pelik dgn diri sendiri. Konon tak suka lelaki romantik tapi bila citer2 aoron aziz kemain gedik. Hahaa. Almaklumlah tak penah dapat segitu kannn. Sian.
Ciklel sekali je penah bg aku bunga. Itupun time konvo. Lain jgn harap. Nak panggil ayang baby laling? Ohhhhh jauhhhhhhhhhh sekali. Dulu2 penah la abang-nina. Skg xde dahhhh. Std makcik2. Mak kau. Pak kau. Baahahahha.
Walaupun begitu, sepanjang hidup bersama ni aku dpt rasa kasih sayang dia yg teramat sangat pada aku. Ecewahhh ayat tak menahan. Kahhhhhhhh


Tapi sebenarnya kan, nak bandingkan aku ngan ciklel, jauh lebih baik ciklel. Aku lagi haremmmmm. Tak reti wehh nk manja miaww2 bagai. Serius aku failed. Kadang ciklel komplen gak aku ni ssh nau nk manja2 ngan dia. Takde tetiba nak himpit gesel2 ke hapa. Hish tak reti akuuu...meauwww.
Tapi ciklel tahu cinta mendalam aku padanya..ayat tak menahan lagi sekali uolsss! Kuikuikui
Kitaorang berdua boleh dikatakan sangat sempoi. Alhamdulillah setakat ni kami bukan spesis jeles menjeles. Dari zaman bercinta sampailah sekarang. Kitaorang free utk cerita kesah2 zaman silam. Kesah2 ali setan. Kesah2 bujang romeo. Tak de halangan utk approve ex-ex dlm fb. Takde halangan utk bergurau senda perihal cinta lama. Dan selalunya benda2 tu akan jadi bahan lawak antara kami. Cool tak cool tak? Tak cool pi main jauh2!


Kalau nak ikutkan aku boleh je nak jeles kemain. Almaklumlah pensyarah muda (muda la sangat!) dikelilingi gadis2 remaja hot bukan boleh pecaya sangat kan. Tambahan gadis2 skg adalah jgn main2. Sangat daring dan ada aku kesah??
Tapi kata ciklel gadis2 fakulti engineering ni cara2 tak berapa nak hot. Kebanyakannya tak kesah eh baju aku ok tak? Listik aku merah tak? Tudung aku in tak? Takdeee. kata ciklel la. Kot dia nak cover line tak tahu la aku. Heheh
Maka aku bersyukur laki aku mengajar budak2 engineering. Bukan course ala2 howtt. So takdelah hebat sangat godaannya kan. Hahaha
Dan aku insyaAllah ciklel takyah risau. selagi adam mukhriz tak wujud di alam nyata, insyaAllah aku selamat. Bahahahahaa...


Ini jam (bahasa mertua aku) macam2 benda tak sangka boleh jadi. Dulu2 kot dlm majalah je citer2 pelik laki bini berselingkuh. Sekarang ni keliling2 pun berlambak. Nauzubillah. Jauhkanlah Ya Allah.
Yg paling tak menahan bila dengar cerita anak2 murid bila siibu buat hal. Kalau ayah biasa. Tapi bila ibu adalah paling sadis. anak2 tahu ibu kena tangkap basah. Sudahnya ibu kena cerai. Ikut laki lain. Anak2 stay dgn ayah. Makan minum tak menentu. Kawan2 ejek segala. Sedih okeh.
Ermmm...itu baru satu kes. Banyak lagi kalau nak dikutip. Macam2 hal. Sudahnya anak2 yg jadi mangsa.
Memang biasa kalau kelas hujung2 tu, ramainya dikalangan anak kelapa sawit dan anak2 masalah rumahtangga. Ce bayangkan betapa tuff nya cikgu2 nak handle.
Erkkk



Yang aku ni dh melilau tak kemana.
Yang sebenarnya nak story betapa aku very der terharu bila tgk tepon ciklel 2-3 hari lps.


Eh eh wall paper gamba iols ulossss. Hhhaahaha
Romantik jugak laki aku nih. Tahniah2!

Tuesday, October 2, 2012

Konon.

Opssss...i did it again!

Konon survey collagen la apa la
Survey punya survey
Sekali sangkut benda lain
Kehkehkeh

Ermmm...takmolah kecoh sekarang
Tgklah dlm 2-3 minggu lagi kalau aku rasa best
Korang siap sedia
Aku memang suka begini
Menghasut demi kebaikan takpe kan? kan?

Macam tabita.
Agaknya kalau aku jual cepat sikit penuh tabung gajah aku tu.
Sbb dah ramai yg tanya mana aku beli.
Siap ada yg mintak aku orderkan lagi.

Sekarang ni tah kenapa byk lak terserempak dgn seller yg bagi harga lagi murah dr yg biasa aku beli. Dah kenapa? Nak suruh aku jd dealer ke apa ni?? Aku dahla sangat fragile. Mudah lemah pada godaan. Oh oh oh
Harga beza yang teramat lak tu. Harga reseller la opkos. Tp nya retail pun ada beza gak. Banyak lah kan kalau blh jimat tiga pat puluh kan.
Hurrmmm....kenapa harga beza ek. Tak ori ke apa? Tp mustahil. Kalau tak ori confirm lama2 org dh blh detect.

Aku penah tgk harga rupiah utk reg set bila di convert baru 200. Kat sini dorang jual 300. Wahhh..makcik kayooo! Se set untung kemain. Tapi yalah. Kos2 lain pun kena kira gak. Ya ya saya paham :)

Makanya kalau korang nak beli apa2 silalah survey2 dulu.
Skg ni bukan setakat usahawan kosmetik je yg kaya raya. Peniaga kosmetik, ubat2 supplement ni pun kemain lagi. Baguslah kan. Menjana pendapatan lumayan. Bagi aku kalau produk bagus why not. Give a try la kan. Cuma yg aku tak berkenan, kalau produk tu under company mlm. Haihh terus potonggg!!

Bukan apa, benda2 under mlm ni sebenarnya tersangatlah murahnya. Tapi bila dh namanya mlm, maka harga pun berganda2 jadinya. Sebab? Korang pun tahu la kan. Malas aku nak eleborate.

Jgn perlekehkan fakta aku yang satu ni. Sbb aku sendiri pernah terlibat satu masa dahulu. Benda harga rm20 tapi under label compny A produk tersebut jd rm120. Ko gileee???? Rasa bodoo gile time tu. Nasib baik kerugian dialami tidak banyak banding dengan beberapa rakan seangkatan yg konpem sampai anak kawen esok pun hutang bank lom abis bayar. Buta2 byr tanpa pulangan apa2. Sian. Sbbnya?? tamak nakkan income lebih byk tiap2 bulan, last2 kena pancung. Kashihannnn.
Ok. Itu pengajaran. Sekarang ni kalau nak suruh aku join mlm lagi sorry kau pegi naik lorry!

Beli produk? InsyaAllah boleh dipertimbangkan. Kalau bagus aku beli. Mahal pun pejam mata jelah kalau itu je pun pilihan yg ko ada. Cari yg bukan mlm xde pulak yg spt itu. Nak join utk dapat harga ahli insyaAllah aku ok. Tapiiiiiiii kalau ko approach aku utk join mlm utk aku lebih kaya lebih mewah, putus sahabat di situ!
Aku tak perlu duit lebih2. Aku dah cukup kaya sekarang ni. Tak perlu nak buat xtra job utk dpt barang2 bes yg aku nak. Tak perlu bersekang mata tenaga utk pegi mana2 tempat yg aku nak. Tak perlu. Aku dah cukup bahagia skg. Jgn nak pancing aku dgn segala macam kemewahan. Aku dah cukup mewah walau dengan gaji cikgu sekolah je pun. Mewah dan kaya dengan cara aku opkos.

Korang nak mewah kaya raya dlm erti kata sebenar, silakan. Aku tak nak. Sekian!

Aku tahu aku dh lari tajuk sebenarnya. Tapi alang2 dh terkeluar pasal isu ni, aku rangkumkanlah sekali. Pasni moga2 xde lagi yg 'baik hati' nak mengkayakan aku. I is rimassss!

*alhamdulillah sepanjang idup ni hanya sekali tertewas dari puluhan tawaran menjadi kaya yang datang menggoda. Kerana aku yakin aku bukan orangnya. Aku tak mmpu utk bekerja spt mereka.
Maaf andai ada yg terasa. Ini cuma pendapat aku yg tak berapa nak bijak ni. Peace! 

**eh jap. Nmpknya benda alah yg aku baru nak try ni pun dtgnya dr compny mlm. Agak2 harga asal dia berapa ek??? Ok aku paranoid.