Tuesday, November 27, 2012

Hantu kau bag.

Dulu aku penah dengar orang kata bag ni berhantu. Aku macam apa?? Bag ada hantu??
janganlah kamu bermula ssesungguhnya sekali terjebak selamanya akan menghantui dirimu. Like jangan bermain dengan api nnti membakar diri. Haaaa begituuu.

Dulu aku macam tak berapa nak percaya. Sbb aku rasa aku masih boleh control diri sendiri. Kiranya aku percaya masih ada sedikit pendinding dlm diri dari amalan pembaziran yang melampau.
Bagi penggila bag ni aku 100% yakin yg dorang ni bukanlah tetiba je terus terjebak yg hebak2 punya. Mula2 nak kenal dunia bag sekian rega dah kira paling teror la. Kembang kempis idung almaklumlah bag aku xyz. Kau ada?? Contoh...nya.

Pastu bila dh berlaku pelbagai peralihan dlm fasa kehidupan ewah ayat aku, peningkatan bajet pun berlaku sedikit demi sedikit. Dan opkos bila masa kau terjebak dgn harga lebih dari sekian tadi tentu sekali kau takkan pandang lagi line2 sekian tadi harga punya. Eh paham ke tak paham ayat aku ni?
Dan itulah bahaya besarnya. Macam gaung besar di hadapan-stay away!
Kau akan sentiasa look forward pada yg lebih lagi dr apa yg kau ada sekarang.
So now baru aku faham kenapa bag mempunyai hantu.

Aku sendiri amat terseksa jiwa raga bilamana terserempak dengan bag2 idaman hati. Lagi2 time aku berikrar utk puasa sebulan dua time tulah banyak sungguh godaan mendatang. Kadang aku pasrah. Kadang aku tewas. Dan bnyk masanya aku adalah tewas!

Serius kalau diberi pilihan, aku lebih rela menjadi pemuja fridge magnet daripada pemuja bag. :(

*geliati dgn cerita diana green apple pasal bag peram. Punyalah takut nak bgtau laki pasal bag baru dia tu.
Chanel uols! *pitam.  Dah beli 3 minggu sanggup peram kat opis dulu sbb takut laki dia marah. Haha.

Dan aku adlh paham dan sgt menjiwai cerita dia. Sebab ku pun begitu juaaaaaa...kehkehkeh
Tapi yg besnya gelabah je lebih. Bila dh ada depan mata si laki rilek je. Paling2-berapa? Bila beli?
Hoih buat penat je nebes2 nak keluarkan bag baru.

Tp sebenarnya ciklel ok je. Cuma dia suka nasihat jgn lebih2. Membazir katanya. Bag je pun. Igt.....ada orang yg nk makan pun susah. Olololooo..suweett sungguh laki iolss. Kalau note 2 takpelah jugak sambung beliau. Eh. Ooo yg tu xmembazir eh?

Ok ok aku ingat. Cuma kadang2 aku lupa ingatan jap. Bilamana roh jahat menguasai. Time tu ko kata apa pun aku tak dengar dah. Huehue maafkan aku. Bukan ku pinta jadi begini...

*ada member aku sorg ni. Penggila bag jugak. Memula kemain takut nak beli bag on9. Macam2 soalannya. Macam2 kebimbangannya. Setelah diyakinkan akan keberbaloiannya, sekali mula sekarang hambek kau. Patlima bijik dlm masa dua bulan. Hebat2!

aku? oh tidaklah begitu. biasa je. macam korang jugak.

Thursday, November 22, 2012

♥ candy colour ♥

Kuning, merah, purple takde saiz. Kalau ada confirm aku sapu semua.

Hoi bajet muda remaja! Kahkahkahkah


Wednesday, November 21, 2012

Percutian keluarga : Terengganu Part 1

Edisi keluarga Jasin.
Setelah ditimbang tara destinasi family trip tahun ni semua pakat setuju nak ke k.terengganu. Dah lama kot tak jejak kaki ke sana. Ada yg blom pernah sampai pun. semua hotel booking diuruskan oleh ciklel sebagai jawatan tetap chef de mission. Begitu juga penunjuk jalan segala.

Total 4 buah kereta. 4 keluarga campur ayahbonda maka 23 orang semua sekali. Hoih bayangkan pergerakan bagaimana harus dihandle. Haha.

Pit stop yg pertama, opkos durian segamat. Pekena musang king sepukul!
Harga RM16/kg. Murah skit dr bentong. Rasa pun ada kureng sikit nak dibandingkan dgn bentong punya. Tapi masih lagi wallah! Rasa dia pun melekat lagi kat anak tekak. hoii over.

Tuesday, November 20, 2012

Lelayang princess

Menangis lelayang princess terbelit dgn lelayang lain.

Tetiba menonong datang ngan sedu sedan.
~dah la kite kakak tu cantik sangat....*sambung menangis.
Oloooloooloooo.....



Sunday, November 18, 2012

Cinta kenapa kau begini.

Aduhh kenapalah aku dianugerahkan kecintaan ini.
Kenapa cinta gila ini?? Kenapaaa???

Kenapa tak gila benda lain? Key chain ke. Setem luar negara ke. Getah ramot ke. Kenapa? Kenapaa????

Malam ni confirm tido aku bakal kurang lena. Cinta hati ni muncul secara tiba2. Ikutkan hati berbunga ikutkan roh menggila ikutkan nafsu membuak mahu saja sekali pikir je.
Tapi bila pikir2 balik macam tak sampai hati lak.
Abih apa aku nak buat ni??

Idea.....idea.... Ideaaaaaa......

Gred AAA??

Nope! Tq

Besday???
Berangan! Balik2 gajet gajet gajet.

Self-reward?
Yessss. Tp hati mcm tak sampai. :(

Abih cemana????

Ideaa...ideaaa.....ideaaaaaa....

Ok. Lets cari sanak saudara rakan taulan yg boleh tolong utk kurangkkn sedikit angkanya.

Oh love. my heart fluttered. :(
Miliki dirimu kujanji setahun kan ku puasa bag. *janji!



Sunday, November 11, 2012

Umar

Skg kat hospital. Umar admitted. Memula ingat asthma. Dah berapa kali ambik neb dr semalam. Siap beli aerochamber utk standby kat rumah. Mlm td sj 2x pakai. Still tak ok. Pagi td pegi lagi klinik. Neb sekali lagi. At last doc refer ke hospital sbb xde nmpak perubahan pun. So bukan asthma. Maybe pneumonia. Jangkitan paru2.

Oleh sebab hari ni Ahad maka doc on call. Doc yg direfer xde plak kat melaka. So kena tunggu mlm ni atau pagi esok baru dapat confirmation. Darah dah ambik td cuma result blom dpt. Kena tunggu doc jugak. Harap2 cepat la umar recover.

Selasa family trip ke teganu. Kalau umar still tak ok nmpknya kansellah semua.
Tp kalau ok pun, aktiviti umar bakal terbatas. No pool no beach. Pity umar!

Sakit2 pun........tah hapa punya dadah yg masuk. dia punya lasak kemain. Dah la mak dia pun xsehat. Tetiba terdemam sekali. Abis sakit segala urat saraf.

Ok. Umar kuat. Umar kuat. Umar kuat.



Wednesday, November 7, 2012

Monday, November 5, 2012

Adik Umar

Pagi tadi ciklel mintak ambikkan surat beranak umar. Nak register sekolah kakak ngan umar sekali. Awalnya! Umar br setahun kot.

Masa pegang sb umar tu tetiba mata terpandang kat umur ibu. 31 Tahun. Gulp.
Tahun depan 34. Walaupun oficiallynya 33 pun blom lagi. Oiii dah makcik2 aku rupanya.

Tp ada advantage orang hujung tahun. Dlm sb anak umur kira bulan bukan tahun. Hehe. So muda setahun la kan. Walaupun tahun lps lahirkan umar tp sbb bulan 6 so masih 31 lagi. Hihi

Tapi bukan itu yg aku kesah. Yang aku kesah tahun dpn dh 34. Umar baru 2y. Bila kala nak beranak lagi ni?? Konon nak tunggu umar 4y. Lupa diri dah tak berapa nak muda. Ada hati nak jarak jauh2. Aduhhhhh cemana ni??? umar 4y, makanya aku? Tigapulohanammm??? Larat lg ke?? Cara2 31 pun dah sakit sana sini bawak perut memboyot ini lagilah.

Hish tak boleh jd ni. Kena meeting balik ngan ciklel.