Wednesday, October 12, 2016

Wakai Shoes yang super duper selesa.

Korang, penah try pakai kasut Wakai? Brand dari Japang ni. 




Tgk luaran mcm bodo je kasut ni. Tp eh best rupanya. Selesa yang hamat. Sebagai aku yg cerewet amat dgn pemakaian alas kaki, kasut ni mmg terbaiklah. Mcm tak pakai kasut. Tak sakit tak panas tak berat. 

Memula tgk kat store. Harga RM169-RM189. Tangguh dulu pembelian. Sbb nak survey tmpat lain. Balik try cr di lazada takde. Eh tetiba ada di zalora. 



See?
RM119 je sbb tgh fall season sale. Postage free. Wow beza sangat tu..pastu pakai lak kupon 15% zalora. Pastu ada shopback lagi 12%. Eh gile tak beli?? Hahahhaha

Maka rembat la 2 pasang.

Ok. Tu je nak cite pembelian bijak. 
Bai. 


#kakmeksukahasut



Sunday, September 18, 2016

Assalamualaikum.

Hi korang. Lamanya blog ni terbiar sepi..huhu
Roh menulis tak berapa nak ada. Nak kata bizi mmg tak la. Malas. Ya malas!

Sorry la pada yg mintak aku habiskan cerita kinabalu yg tergantung tak bertali tu. sebenarnya bila dh lama sgt, mmg begitulah. Lagipun dah nak setahun kot. Haha. 

Tahun ni nampaknya segala plan jejalan terpaksa dibekukan. Kalau ada pun yg dekat2 je. Last bercuti hari tu ke Janda Baik tu lah. Lps tu dh takde dah. Cuti pun kalau tak balik kelate, membeku kat melaka/kl je. InsyaAllah hujung tahun ni family trip Langkawi. Oklah tu kan. Alhamdulillah dpt gak la bwk budak jalan. 

Actually dari awal tahun mcm2 plan yg dah siap sedia dlm kepala aku ni. Utk setiap cuti sekolah ada je ideanya. Tapi biasalah. Aku merancang ciklel yg tentukan..huhu

Tahun 2016 aku pasrah je bila byk perancangan cuti2 aku tak dpt sambutan dr ciklel. Ya lah. Dia pun tgh bizi dgn phd. Emir lak dgn Upsrnya. Maka terpaksalah kuberalah kupaseghah.

Tapi takpe. Perancangan 2017 kami insyaAllah manis utk ditunggu. Yalah, kena la bekorban sikit. Takpe aku sabar. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dan perancangan kami sekeluarga nanti. 



Selamat hari raya semua. 
Tebiat. Hahahahha

Ok tata!


Sunday, May 8, 2016

Selamat Hari Emak!

Jalan2 Jonker Walk je. Hihi


Acah2 tourist sgt. Eh mmg. nama dok melaka tapi ni baru kedua kali sampai sini. 
Takde apa yg menarik pun. Errr sebenarnya banyak gak makanan menarik dan pelik. Tp tulah. semuanya punyaan cha ya nun alif. Tak lalu kot.



Kita bersiar2 jelah. 



Nak pekena cendol jam besar. Sekali abis daaaa...
Pakcik emas tu kalau nak bergambar byr RM2. Okla tu. sian dia keras je kat situ. Bebudak ni tak percaya tu org betul. Haha Pandai betul dia mengeraskan diri. Sekejap duduk sekejap berdiri. Tp mmg reallah. Good job pakcik!


Cantik lorong ni. Rupanya banyak tempat cecantik area sini. 



Makan malam di Mr Steak House. 
Komen: Sizzling chicken rice langsung takleh blah. Grill chicken n chic chop oklah. Tp still takleh lawan La Ku Street. Terbaik setakat ni. 


Rasmikan hadiah hari ibu. Hiks Sukaaaa...emak dpt bokitta weh \o/
Tq loves!
Tp ada budak tu pun dpt bokitta jugak. Tak aciiiiiii


Punyalah berahsia buat kad ni. Siap mintak mmy buat2 lupa bila hari ibu sbb nak suprise. Hahhaa
Ayah suruh beli je taknak. Nak buat sendiri. 


Happy mother's day everyone!


Untuk mama,


selamat hari ibu ma. Semoga cepat sembuh, kembali sihat ceria seperti sediakala. Terima kasih atas kasih sayang dan pengorbanan yg dicurahkan selama ini. We love you!


Friday, May 6, 2016

Mama


Ratu hati kami..
1/5/2016 - mild stroke attacked
Duhai pencipta, jagalah dia untukku...
Semoga mama cepat sembuh, kembali spt sediakala..


Last 2 weeks baru jumpa..


Monday, April 18, 2016

Cuti2 Bajet 2016 : Cengal Hill Retreat, Janda Baik.


Assalamualaikum..hai korang. Lama tak bersiaran. Hihi. Kejap tenggelam kejap timbul.
Blog ni dah jd tempat simpan gambar percutian je. Tu pun yg dekat2 malas nak boh. Simpan kat setegram je sudehh. Fb pun dh hampir nak arwah.  

Kali ni percutian singkat jugak sebenarnya. Weekend je. Tp sbb bnyk gambar nak kena simpan, plus ada org mintak share, so kita update jelah sepatah kata. 

Cengal Hill Retreat Janda Baik. Dua tiga bulan lepas viral tempat ni. Ramai yg share. Maka telah menjadi t/jawab aku sama2 menyebok la kan. Kata best...harusla terai :D


pic : fb chengalresort



Lepas survey fb n website dorg, confirm tertarik. Masa booking hr tu thru whatsapp je. bulan 3. Masa tu hanya riverside upper unit je yg dah dibooked. Yg lain masih available. So tanpa berlengah terus je booking water chalet. Nak ambik apachi mcm kecik sgt walaupun nampak sgt menarik. 



Apachi ni ada 3 unit je. RM250/unit. muat 2 orang. kalau anak kecik sorang dua boleh lagi muat sbb katil 2 super single.





Water chalet ni utk 7pax sebenarnya. Harga RM750. Ada 2 double bed+3 singles. Gamble je booking yg ni dulu walaupun plannya family kecik aku je yg nak pegi. Bila dh booking br tanya sapa yg nk join. 




Rules dia dh mmg mcm tu. apa2 booking dulu. Secure tempat. Kalau nak tunggu semua confirm mmg gigit jari je lah. 

Dan dah mmg peel sejak azali kalau nak berjalan mesti nak beramai2. maka dh ada tempat, kitaorg offer la sapa yg available nak join. Mmg seronok kalau bercuti reramai ni. Anak2 pun happy. Sllnya percutian dekat2 ni kitaorg punya stail mcm tu la. Plan dulu. Cr tempat dulu. Booking dulu. Pastu br tnya sapa nak join. Kalau ada yg nk join, jommmm ure most welcome. Kalau takde, takpe..kita enjoy cara kita2 je... :)

Ada org tak suka reramai. Lebih suka plan sendiri dan pegi sendiri. Mungkin rimas reramai agaknya. Tp bg aku dan ciklel, selagi boleh kita akan cr jugak masa dan ikhtiar utk sesama ngan family. Kadang dah ada plan lain pun sanggup ubah plan semata2 nk bersama2. 
Itu persamaan paling besar antara aku dan ciklel.  Seppp! Family person ;)


water chalet letaknya di sini. terlindung dgn pokok belimbing dan mangga. belimbing je ada buah. mangga nan hadoo.



3 single beds. Makayah dan sorg anak buah ciklel tido sini. Ada toilet. Dan toilet dia open air. Shower sejuk giles. Air bukit kottttt. 


Ni bilik tengah. Konon ruang tamu tp diletak katil. Bench kayu tu merangkap meja letak makanan. 




Ni bilik kitaorang. Tambah toto settle 5 beranak :) ada toilet. 
tido malam memang syokk dgn irama air sungai yang mengalir...ohh aku rindu. 
jangan risau. nyamuk sekor pun takde.



bilik air dia agak unik. kunci takde. tirai lak mcm tu je. atas tu terbukak lak tu. kalau ada pendajal mmg mendapat la...dua hari tak masuk toilet..hahhahaa




water chalet ni ada 3 bilik 2 toilet sebenarnya. So kitaorang 11 org mmg xde masalah. Mmg muat. 


Sampai2 je hujan..huhu
Nasib baik sekejap je. Bebudak ni dah tak keruan nampak kolam tu. sbnrnya air sungai tu. sejukkkk. 


anak sungai yang mengalir ke water chalet.





acara melawat kawasan lepas hujan berenti.


Saya dah sampai. awak? :p



Amboi ciklel menang moto kerrr?? hahahaha



Telio jugak nak tidur khemah. Yg merah ni khemah biasa. RM80 utk 2 org. 




pic : fb cengalresort


pic : fb cengalresort


glamping ni RM350 siap tilam. Best giler kott. bbq kat luar je. mlm2 borak sampai pengsan. nasib takde unggun api. kalau tak aku dah join. 



pic : fb cengalresort


ni semua gambar dr fb dorang.
aku ada gak skodeng khemah orang lain masa ni. siap mintak ijin. tapi malu ah nak snap gamba..hihi




jeram. penuh ikan2 gemok dalam ni.






selesai acara tawaf, mari tukar baju. splash timeee!


gambar fb dorang. cantik je kan. 



dah berpuluh tahun tak rasa mandi jeram. heaven sbb sini guest tak ramai dalam satu2 masa. so tak crowded. ko boleh conquer je tempat ni. 




riverside ni kat luar. seketul dia je. sgt unik. binaan daripada kayu cengal. 
Upper unit RM350
Lower unit RM250
Utk 2 pax.




separuh dinding semua glass. tido malam sila turunkan langsir tu ya. seram pulak kakmek.








pic : fb cengalresort


masuk la jugak dlm sungai ni. nk merasa. air tak berapa nak banyak. musim kemarauuu katenyee.







abg sekerim ni sehari 4-5x masuk. tiap kali masuk, tiap kali lah kitaorg beli. hahhahaa






belimbing. 
dalam ni banyak pokok buah-buahan jugak. kalau musim mmg heaven la. durian pun ada. bergayut2. untung la sapa dtg 2-3 bulan lagi..








tu pondok bbq utk water chalet. kitaorang tak bbq pun. tak sempat nak prepare barang. menyesal oiii. org lain kemain meriah berbbq. kitaorang makan asap jelah..huhuhu


petangnya masa lepak2, dorang hantar cakoi warisan janda baik nih. ada filling. sambal, coklat, peanut n plain. sedap okehh. patutla dorang kata spesel. takde kat tempat lain.

yang bestnya kat sini, suasana betul2 mcm kg. takde nak serve2 bagai. budak2 resort ni (anak2 owner) hantar mcm tu je. dlm plastik je. blanja katanya...hahha sempoii je. tapi air kelapa takde lak. lupa kot. nak mintak parang tgk dorang dh takde masa tu.



ni toilet untuk camping/glamping n apachi. malam2 seriau jugak la nak keluar pegi toilet. takpun make sure sblm tido, setelkan dulu apa2 yg patut.




oleh kerana kitaorang takde aktiviti bbq, maka malam terpaksa keluar cari makanan. sobs.
banyak je gerai kat kampung tu. so jgn risau, makan mmg takde masalah.



masa otw masuk petang td, ternampak kedai western ni mcm menarik je.


tak mengecewakan. makanan semua sedap. aku rasa brother tu bekas chef hotel/restoran mana2 kot. kedai dia pun cantik. dlm kontena :)






makan kat pangkin luar dengan angin sepoi2 dan deruan air sungai yang mengalir. perghhh :))





ada orang teringin nak tido luar.
takpe, next time kita ambik tent pulak. mmy pun teringin nak tido khemah. lama tak camping.




mlm tu dorang layan bola kat sini. ni kira reception la. nak buat air, nak tgk tv, nak karaoke semua kat sini. nak buat air, silakan layan diri sendiri. ada air panas, teh kopi nescafe gula semua ada. freezer utk simpan ayam daging korang pun disediakan. best ke best???
mcm rumah sendiri kan? :)




pagi yang nyaman. tengok ayam pun aku dah terpegun. hahhahaa
tak pasal kena bahan ngan ciklel.




seronok jumpa baby coconut :))










kucing pun banyak. jejinak




sorang kejar kucing


sorang kejar ayam


 layan budak selfie





entrance utk dorm.


9pax. Harga RM800






family superkoya..hahahha
superayah ada tp tak pakai. nanti2 last2 dah kalut tak terambik grrrrrrr



under construction. tak sure bilik, cafe atau reception.




masa ni kakmek tgh layan ost descendants of the sun...auwww






makmen iols betul2 masuk konsep uols :D




bfast.

nasi lemak provided by owner. kuih muih roti canai beli kat luar. 





bestnya kalau ada kampung mcm ni kan...

cantik betul ikan2 tu buat show. dok pusing2 batu. terkagum2 mokcikmek tau!


tgk seberang sana. kemain bersantai masing2...yg depan tent merah tu siap open kitchen cooking lagi tau. jeles kakmek ;p






sesi menggelakkan ciklel. muka dah besar pinggan katanya..leher mana leher??


taknak kalah ngan makmen. kain batik jugekkk



bongsu takde. skolah. sorry eh dik ;p


happy kan dpt bwk org tua jenjalan








ok jumpa lagi di lain masa dan hari. 

terima kasih atas layanan yg mesra dan suasana yang sangat best. tak puas rasanya menikmati suasana kampung yg damai. 

kakmek bagi 5bintanggggg!

otw balik terus w/apps utk booking bulan 5 nnti. nak bbq, nak merasa tido dlm khemah. 
tp malangnya semua date dah full...huhuhu
kena cari date lain :(


nah utk korang. 
tp jangan booking dulu eh. lepas kakmek takpe. hahahhaa