Wednesday, July 12, 2017

Kakmek dah bersalin.

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah syukur kakmek dah selamat melahirkan seorang lagi puteri tanggal Ramadan 20 yg lps bersamaan 15 Jun 2017. 

Untuk kenangan, 

Naik cuti sekolah 2 minggu, doc bg cuti. Memang dah tak larat sangat. Makanya aku mc start dari naik cuti sekolah sampailah bersalin. So doc issue cuti start Isnin 12/6 - 17/6. Kot2 belum bersalin lagi, akan sambung mc next weeknya. Ok lega. Home rest kekdahnya.

Masa tu baru masuk 37minggu. Aku ni punyalah berdoa mintak baby keluar cepat2. Sakit badan belah kiri ni dah makin menjadi2..semuanya serba tak kena. Dengan perut yg mcm carry kembar, aduhh..😅

Petang rabu 14/6, ajak ciklel keluar beli kurma sbb bekalan kurma dah nak habis. Otw balik dari beli kurma tu, rasa perut kejap mengeras kejap ok. So bgtau ciklel dah rasa mcm ada contraction. Tapi tak sakit. Ciklel suruh check timing. Ok 15 minit. Means betullah kan contraction cuma jauh lagi. Sampai rumah, siap2 hidang makanan berbuka etc sambil planning tindakan seterusnya. Aku bgtau ciklel kalau masih ada rasa lps berbuka ni, baru kita pikir camana. Sbb tetiba mcm sangat mild pulak. So petang tu waktu berbuka paksa makan jugak sikit walaupun dah takde selera. Btw, puasa hari tu sempat puasa 2 hari pertama je. Lps tu dah tak puasa..

Lps solat maghrib, sakit masih ada. Tapi macam main2 je. So decide call maklang budak2 ni utk tumpangkan dorang mlm tu. In case nak terberanak mlm tu senang urusan budak2 dah selesai. Lega. After maklang dorang dtg ambik, dlm pukul 10 kitaorg terus ke spital. Terus ke labour room. Ve baru 3cm. Aisehhh mcm cepat sgt la pulak. Umar dulu masuk2 dh 7cm. Takpelah. Dah terdatang. Lagipun doc tak bagi balik sbb anak ke 4 kan. Takut progress cepat. Maka bertapalah dlm LB tu. 




Tak dpt tidur pun. Bukaan slow sgt. Sakit pun takde. So lek2 je berehat. Pukul 6 nurse suggest pegi mandi dulu bagi segar. Then lps subuh, sarapan. Pagi tu ciklel sahur burger mcd je. Siap tapaukan misi2 dlm LB tu lagi. Hehe baekk punya PR laki aku. Pukul 9 doc dtg check lagi. Baru 4.5cm. Last doc decide masuk air utk bagi cepat bukaan. Masa tu contraction mmg sgt mild. 



Start pasang drip pukul 9.45. Pukul 10 lebih baru rasa contraction yg betul2. Nurse offer gas, aku tolak sbb still boleh bertahan lagi. Dlm pukul 12 start sakit yg akhirnya aku mengalah. First time ambik gas. Dapatla pengalaman rasa lalok tu cemana. Haha

Doc budget aku akan bersalin dlm pukul 2.
1.30 sedutan last tu terus rasa nak push. Masa tu tahan lagi sbb doc blom ada. Bgtau ciklel panggilkan misi. Kelam kelibut misi dtg check tgk2 kepala baby dh nampak. Call doc. Datang sakit lagi sekali terus aku push. Doc dah sampai tp tak sempat duduk mengadap betul2 pun. Hahaha. Alhamdulillah sekali push je dah keluar itu budak. 



Assalamualaikum sayang..
Baby girl
15 Jun 2017 (Khamis) @ 37w5d
1.35 p.m.
3.23kg 
52cm

syukur semuanya dipermudahkan. Sakit yg tak lama dan proses melahirkan satu lagi nyawa ke dunia yg sangat mudah. Baby sihat, cukup sifat dan sempurna. Alhamdulillah....








Ok tu je cerita kakmek bersalin baby ke 4. 
Sampai jumpa lagi. 
Tata.