Monday, December 27, 2010

Hujung Tahun.

salam.

hari ni dah isnin. esok dah mula miting segala. oyehh, maka akan tamatlah sesi bersenang senangan dalam masa 3-4 hari lagi..

alhamdulillah segala urusan sekolah emir dah selesai. Jumaat ni ada orientasi utk std 1. Ayah yang akan bawak sbb mmy pun ada event yg sama kt skul.
tetiba rasa sangat sedih..anak dah nak skolah? huhuu...sangat cepat masa kan!

bila nak masuk tahun baru ni terasa la sangat duit keluar mcm air.
skul preparation utk anak2, vacation sana sini, blom masuk aktiviti jalan2 cari makan sana sini..ho ho ho..

next year abg dah skolah keb. walau pun xbyk sgt modal utk registration awal tahun, tp monthly ttp sama. kadang2 tak paham la pusat2 jagaan ni. transit yg 2-3 jam tu pun sampai 200+. budak besar ok, bukan baby!

kalau pre school tu paham la. dorang blaja kat situ. kalau setakat transit, tgkkan bdk2 ni mandi, solat, makan pastu buat homework, apalah sangat.
tah la. kadang2 memang sangat ambil kesempatan. lagi plak bila centre tu dalam kawasan kononnya orang ada2, terus rate jd lain. ermm...tak paham!

tapi kita ni demi anak2 memang sanggup apa saja. selagi terdaya, insyaAllah akan diusahakan. tu sebab family plan sangat penting. memanglah kalau ikutkan nakkan kejarkan kuantiti tapi zaman skg ni kualiti lebih penting..

emiralisa bezanya 4 tahun. time abang pre-school, besar jugak modalnya. dan adik, alhamdulillah dapat nursery yg rate biasa. dan skg bila abg dah masuk std 1, time adik pulak utk dpt better basic education mcm abg...

nak carikan kindy utk icha memang pening kepala. ikutkan hati nak je hantar skul abg dulu. puas hati dgn sistem kat situ. tapi bila abg dah skul ni, dah jadi hala yg berlainan. so susah jugak nak manage, kelam kabut ayah nanti.
(abg xsama skul ngan mmy..heheh berdikari okeh!)


pilihan2 yg ada:
Little Seedling. satu row dgn rumah kitaorg. mmg sangat convenient. sistem yg dorang guna pun agak menarik. tapi masalahnya takde teacher/carer melayu la plak!

betul2 belakang rumah ni plak dok ketung ketang utk CIC Ayer Keroh. 1st branch kat melaka ni. wahhh memang teruja abis. smlm dok gugel info psl cic ni memang menarik...tengoklah dulu camana, still ada masa.

tapi sebenarnya dah ada back up plan. dah bayar booking pun utk skul icha. betul2 sblh skul mmy. so far ok jer nmpk wpun tak ramai budak melayu. cuma kalau ada yg lebih islamic english medium school lebih baik kan..insyaAllah harap2 Dia permudahkan urusan dan dimurahkan rezeki kami...




oklah, inilah buah hati pengarang jantung saya...

sila focus pd gigi budak nak skolah tu..huhuu..time ni lah baru nak ilang. pastu lom nampak2 lg penggantinya...ayah dah risau. hahah



foto2 by abang emir.
beginilah gayanya bila anak suka amik gamba, mak plak suka nak bergamba..memang kena! ^_^


ok, tata!
nak suap budak2 makan..



*

Thursday, December 23, 2010

udang gemokk!

okeh, mari kita sambung cerita bergambar percutian sekeluarga.
tengoklah betapa malasnya nak taip story mory, pakai tepek gambar je, pastu korang paham2 la senirik..hahah

takpe, hari ni rasa sikit rajin. td dah buat n3 keropok maka tak adil yg ni di biar terkontang kanting je kan.

(see..see...citer ni patut kuar lepas citer kopok lekor tu..dah..dah..aku malas nak edit dah. hahha)

************************

sebenarnya ni percutian family belah melaka. kebetulan ada kenduri kat bukit merah, maka alang kepalang jadilah dia percutian tahunan family pak yahya.. lagi pun blom penah cover belah2 perak-penang lg.

kendurinya hari ahad maka opkos sehari suntuk kat rumah orang kenduri tu. dengan ujan lebatnya (konpem pengantin xbaling spender atas bumbung..hikhik), walau kureng selesa tp demi xberlagak viva, mak kuntumkan senyuman juga..huhu.. mana taknya, pala otak dah ding dong, hujan ribut pulak, makan xberapa nak
sedap
selesa, tunggu pengantin xsampai2. adehh mmg haru kenduri musim ujan ni.


misi petangnya ke port weld ewah nak jgk guna nama sejarah. nama modennya kuala sepetanglah. kuala sepetang..bukan kuala sepetanglah!






bajet dapat pemandangan seindah nilah??


urmm....nan adooo nya...tang mana pun tak tahu nk korek. hahhah.


lastnya kuala sepetang kami adalah ini..



ayuh study menu dulu..

yg dpn2 tak nampak tu, menunya mee, nasi, kuey tiaw...udang biasa/special.

biasa udang kecik, spesel udang gemokk.
~hr ni xde biasa bang, semua spesel. ek elek..nak untung lebeyy la tuuu...



hah tu diaaaa.....mee udang spesel.




kuetiaw udang spesel. nmpk je 2 ekoq, realitinya 7-8 ekoq kauuu!!



nasi goreng udang spesel. ini adalah sangat sedappppp....
~uhh meleleh air lio aku tgh taip nih.





oleh karna aku ni tamak haloba, napsu macam buaya, maka sekali dua aku order. kueytiaw nak, nasi goreng puun nak...hahahhah amik makan!

eh ni bukan caption utk gamba atas ni. ini yg betul
udang2 tersebut adalah dr nasi goreng saya...hahahhaha
giler banyak okkk. oleh karna aku ni bkn gile udang, maka pancing dlm nasi sendiri utk hidangan org lain.....auwww baiiknyaa saya! hahahha

~ haih patutler 11 hengget!!




sikap tamak haloba memang tak baik untuk kesihatan. sudahnya, kueytiaw mesra udang itu harus dibungkus kerana tiada ruang untuk disumbat lagi....degil!




tengok bapak dan anak sama2 gembira menikmati sorga udang...ehemm cikzaidi...noseafud..noseafud..no..no..no...




ni laki sapa ni?? makan harus tak angkat2 kepala...helooo uuu...ai di sini......
~sedih, jarang dpt bermesra dgn suami kala makan begini..isk isk isk



cucur udang nipis yg bolehhh la tahan...


alamak sori biras, sapa suh u tido..hahahhaah....





dah, esok2 rajin kang ku sambung citer night safari lak.

tata!








Tuesday, December 21, 2010

ketat



salam

errr....dah setat kena pakai bajuseluar laki aku ker????
matiilaaaa....
demokk!!
emiralisa dulu mcm ni ker??
uwaaaaaaaa.....



tak caya??

tengok nih..

eh salah...perut jer..



ok..ok..nihaa

erkk..tak jugakk...


pandangan sisi juga tak membantu..
gigih giler aku menyenap ni


hah ni dia...besauuuuu kauuuu!!!




tak caya gak??



nah hambekk!

huhuu...berpura2 ceria..



top : masih baju sendiri - stok pegi skolah ptg2, haruslah besau.
bottom - kidnap suar laki aku...euwwwww comel tak!!

....bila peknan aku mmg super selekeh!....

baru part 1 wehh! adussss....

stok misali

assalamualaikum..

sebenarnya dah bederet n3 yg aku buat pastu save..buat save..buat save..
hahah bajet rajin la konon. sekali hancusss!

takpe, layan dulu citer smlm ni. melayan teruna idaman ni melalak satu hari sontok.
eiii memang saja nak buat mak ko jadi rimau.

kisahnya dah 2-3 hari ayahnya keja tak cukup siang. balik sampai pukul 3-4 pagi. adatlah, kalau berboskan orang gile keja tak tahu pukul brapa anak bini melangut kat rumah, dgn kita2 diheretnya sama gile dgn dia. eh..pehal aku tetiba panasss je nih.
huahahaha...

maka dah 2-3 hari jugalah bapaknya dah tabur janji nak bawak anak2 pegi main beskal kat park. maklumlah, rumah kitaorg kan sekangkang jer.
bila dah tiap2 hr tabur janji pelesu jer, nilah jadinya..


tengok icha, lekkk jer. asal dapat beskut okey jerk!


memula bila bapaknya suruh aku jer yg bawak, terus eh tak kose mak. nak layan dedua, mana larat. mana nak angkut beskal lagi, buatnya budak2 ni banyak cekadak dia camana? aduh tak sanggup. lagi plak mode 2-3 hr ni mandomm jer.


tapi bila tengok anak mcm ni, kesian la plak..

main la sorang2 kat tanah sekangkang tu..time ni adik tdo..sedih menitis air mata la plak mak ko nih.

lalu setelah menimbang baik buruk, oklah jom!

sebenarnya takdelah payah nau nak naikkan beskal diorg ni dlm keta. cuma aku xtau nak turunkankan seat belakang jer. tp bila godek2, dpt turun half pun jadilah.


takde ummat pun kat sini. ada la 2 biji moto=2 kapel sedang berkasih sayang.

nampak?..nampak?..muka teruna aku yg tetiba ceria giler tu..


adik ni eksen jer lebih. baru pandai kayuh separuh separuh..ada hati tanya - 'mumy nak main jauh2 boyehh??'.... hehhe


dah penat kayuh separuh2 beskal, tetiba dtg rampas tepon mumy - 'icha nak amek gamba abang!' ..ewah kauuu...

ehh tetiba baru perasan gamba2 aku ni gedabak besau. x large kauu!
hah ni dah betulkan..yang sedang2 saja...auuwwww!

time ni dah penat. haus, nak air.

heheh..mak kau ni saja je tanak bawak air, biar cepat penat, cepat nak balik..terer tak tektik??

tak boleh tgk abg sengsorang layan
blues
haus. nak jgk sebokk...

oh ya saya la penyibuk itu...*peace*


ok, tu je laporan hr smlm. tata!

Monday, December 20, 2010

rangup!

assalamualaikum..

hari ni pagi2 lagi dah kepenatan.
buat apa? setelkan keja2 yang dah lama tak buat.
keja2 yg biasanya pak chenta yg buat tp hari ni bini dia terlebih rajin.
angkat baju, basuh baju (mesin yg basuhkan ponn!), sidai baju, basuh baju2 skolah emir, basuh toilet atas (eh, ini mmg keja mak okeh!)..

memang bab2 berkaitan dgn baju bajuan, sang suami yg setelkan. begitu juga dengan sapu menyapu, mop mengemop, mandikan anak2, beli barang2 kat pasar, setelkan ikan ayam daging yg baru balik dr pasar, .... eh apa yg bini ko buat bai?? hahahha.
jangan jeles, laki mak memang mabeless!

abih aku dok buat apa? mengangkang jer keerrr??? huaaahahahha...tak delah begitu, sebenarnya saling bantu membantu la kata orang..laki mak ni sebenarnya bukan jantan sebenar..err..jgn salah paham. kejantanannya memang la jantan tp hati beliau sangat wanita. aku pun kalah! hahhaha
syukurlah kalau begitu ya dak? takdelah bini jer penatnya..sama2 buat..baru bahagia..auwwwww!


skg ni baru jer setel buat nasi ayam. tapi laki mak tak sempat nak makan. dah pegi keja. aih, pukul 1 br nak masuk opis?? hehe
semalam keja balik kol 4.50 pg okeh! kalau ikut drama2 kat tv tu dah mmg konpem laki yg balik keja kol 4pg tu sebenarnya sebuk berjimba2 dgn perempuan gro kan...
tp laki mak tak gitu. aku tahu laki aku berjimba dengan sapa 2-3 malam ni..

sambil2 buat nasi ayam, teringat dalam esbox ada kepok yg beli kat pasar tani semlm. eh eh ada kepok la. mari kita bergorengan!

kepok ni aku rasa xde org tak suka. esp budak2. setakat ni yang aku tahu semua kantin sekolah kat malaysia tercinta ni mesti ada jual kepok batang tu..benda wajib. dan kanak2 sekolah mesti nak beli. tiap2 hari tanpa miss. tak puah2 makan kepok. walau makayah dia tokey kepok yg kaya raya. nak jugak beli kepok kat kantin skolah.


so hari ni aku nak citer psl kepok lekor celup tepung. biasanya goreng bodo2 camtu jer. kata hari ni kan terlebih hormon, maka jadilah kepok tepung nya..

jom sapa2 yang tak tahu nak goreng kepok celup tepung mari saya ajar kamu...


1. mula2 potong kepok kamu ikut suka ati..nak besar, kecik pun boleh..xde sapa nk marah..


2. gaul dengan tepung yg dah dibancuh. xyah boh apa, air jer. jgn memandai nak tambah garam ke gula ke, tak yah!




pastikan tepung yang kamu guna tu adalah dr spesis ini..(utk mendapat hasil yg diwarwarkan lah. kalau tepung biasa tu wa tatau!)

mak aku gila tepung ni. kt kb xde, bulan lps aku dah pos 20kg tepung ni ke kb. hambek kauu!


ini bukti kelarisan pusingan pertama. anak2 aku cukup suka sbb rangup!


baiklah nak, mak buat lagi.

lps dah golek2 dlm bancuhan tepung tu, ko masuk jelah dalam kuali. goreng la sampai masak. takkan tu pun aku nak ajor...


taraa....dah masak, beginilah ghoper nya...walau tak bersalut sangat (ku buat cair2, jimat! hahha) tp kerangupannya ttp terserlah.



hah apalagi, sapa yag ada kepok ni dlm esbox, pegi buat skg!


aku? dah, nak tidokan icha.

bye!




Friday, December 17, 2010

Penin weh!

assalamualaikum.

serius. penin. confused.
tak tahu keputusan yg perlu diambil. perlukan mesin pelerai masalah sekarang juga!

argh tulunn!! apa perlu aku buat? ha la la ha la la ha la la ha la la ha la la ha la la ha la la ha la la ha la la ha la la ha la la ha la la ha la la ha la la ha la la ha la la ha la la ha la la ha la la ha la la ha la la

cis, tak membantu..

ok, ceritanya.

ni kali ke 4 aku apply sambun blaja. baiklah, 3 terdahulu dah selamat direjek atas pelbagai sebab musabab.

mengikut perjanjian, bila chenta dah abis blaja, balik mesia giliran aku plak yg akan berperah keringat dan otak yg makin membeku ni. fine!

awal tahun lps, apply utm sekali lg utk full time sbb bajet dpt scolar kpm utk sambung blaja. itu pun mcm2 usaha aku buat supaya aku takyah nak hantar segala mak nenek doc sbb dah pernah dpt tawaran seblm ke uk dulu. so lps berding dong ding dong maka aku hanya perlu email sahaja utk reapply dan tukar mode dr part time pd full time. (hahaha terer gak!).
~dan yang penting takyah byr duit proses 20 hengget. haha gile kede'ed!

sampai masa dpt tawaran dr utm, full time course kesayangan (maths tercinta lah!), kpm lak yg buat hal. kalau dah 42 ketul yg tersangat bertuah jer dr seluruh pelosok cikgu yg berangan nak sambung belajar tp dapat gaji penuh, maka nah kau, pegi main jauh2! langsung tak layak. dah la muda belia!
(42 termasuk phd yer rakan2! unjuran yg giler! meskin sgt ke??)


ok, saya redho sbb masih muda bergetah.

eh tah lah. apa kritirea (betul ke aku eja nih??) cikgu2 yg terpilih tersangat bertuah itu. takpelah tuan pemilih. saya redho atas ketidaklayakan saya ini..

maka terpaksalah rejek utm full time tu plak. kalau nak ambik cuti belajar jgk, takde gaji sapa yg nak tanggung makan minum mak? ceh makan minum jer tahu..
mak bukan orang kaya nak..harta takde, sawah ladang takde...mak cuma ada kamu jer...


lps tu aku apply plak ukm part time utk intake dec. oleh kerna xde maths part time maka terpaksalah pilih mana2 course available yg berkenaan dgn dunia aku ni saja. redho je lah.

dan sekarang ni dah dapat surat ukm part time psikologi pendidikan. ya, psikologi......gulp!

dan ceritanya, tulah masalahnya sekarang!! arghhhh.....

bukan masalah course tp masalah nak pegi ke tak....


isu :

1. larat kah aku bila perut dah besar nanti?? sekarang ni pun mcm terhegeh hegeh buat keja.
~ oh ya, aku pregnant! :) perut baru buncit skit, blom layak press conf. :)

2. larat kah aku nak ulang alik melaka-bangi every week?

3. macamana kalau chenta plak kena sambung blaja dalam masa terdekat ni?? takkan br 2-3 semester tetiba nak tangguh sampai 3-4 tahun? u mak bapak ko ker??


siyess! penin..

kalau ikut aku memang nak tersangat nak blaja lagi. dah lama tangguh sampai beranak pinak dan akan berpinak pinak lagi..

sebenarnya isu 1-2 tu xde hal sangat pun. semuanya bersifat sementara. perlu minum tongkat ali banyak2 utk jd kuat dan bertahan. eh lain mcm jer..hikhik

masalahnya yang nomor 3 tu...tah! tah! tah! entahhhh!!!

oklah,

mungkin aku dah ditakdirkan utk berijazah sahaja. atau mungkin takdirnya aku bermaster bila umo dah 40+. mungkin...


dahlah, aku nak sambung berpikir. mana tahu dapat ilham.

bye!





Thursday, December 16, 2010

Mari ke Pulau Pinang..










owh ku bukan ratu jeruk..gmbr sekadar hiasan :)





walaupon gamba ni sangat hodoh menampilkan tudung demok dek angin lautan yang mendamaikan namun momen bersama mak mertua gitu perlu diabadikan di dalam blog menantu....hikhik


anak mak



Impak :

objektif 1 :
pengalaman naik feri dan memperkenalkan jambatan pulau pinang pd kanak2 terlibat tercapai.

objektif 2:
beli belacan penang utk mak2 tercapai.

Wednesday, December 15, 2010

Ecopark yang best!

assalamualaikum...

lama tak nampak?
a ah baru balik..
pegi mana?
Melbourne
oooo..


ceh suka ati melbourne konon! hahha

dulu2 kalau org ckp lama tak nampak suka bg jawapan verangan begitu...bahahhaa..




okay brenti berangan sekarang.

sekarang sedang mode bermalasan. kalau nak tahu cerita, paham2 sendirilah..gambau banyak tak hengat.

ni cerita hari ke4 percutian gold coast kami. :)

































penutup : semua kanak2 bergumbira hi ha hi ha dengan aktiviti sangat menarik ini..lenkali boleh pegi lagiii....yeayy!!




oh ya, bukti saya makin gomokkk....huhuuu..


namun saya redho.. :)