Monday, December 20, 2010

rangup!

assalamualaikum..

hari ni pagi2 lagi dah kepenatan.
buat apa? setelkan keja2 yang dah lama tak buat.
keja2 yg biasanya pak chenta yg buat tp hari ni bini dia terlebih rajin.
angkat baju, basuh baju (mesin yg basuhkan ponn!), sidai baju, basuh baju2 skolah emir, basuh toilet atas (eh, ini mmg keja mak okeh!)..

memang bab2 berkaitan dgn baju bajuan, sang suami yg setelkan. begitu juga dengan sapu menyapu, mop mengemop, mandikan anak2, beli barang2 kat pasar, setelkan ikan ayam daging yg baru balik dr pasar, .... eh apa yg bini ko buat bai?? hahahha.
jangan jeles, laki mak memang mabeless!

abih aku dok buat apa? mengangkang jer keerrr??? huaaahahahha...tak delah begitu, sebenarnya saling bantu membantu la kata orang..laki mak ni sebenarnya bukan jantan sebenar..err..jgn salah paham. kejantanannya memang la jantan tp hati beliau sangat wanita. aku pun kalah! hahhaha
syukurlah kalau begitu ya dak? takdelah bini jer penatnya..sama2 buat..baru bahagia..auwwwww!


skg ni baru jer setel buat nasi ayam. tapi laki mak tak sempat nak makan. dah pegi keja. aih, pukul 1 br nak masuk opis?? hehe
semalam keja balik kol 4.50 pg okeh! kalau ikut drama2 kat tv tu dah mmg konpem laki yg balik keja kol 4pg tu sebenarnya sebuk berjimba2 dgn perempuan gro kan...
tp laki mak tak gitu. aku tahu laki aku berjimba dengan sapa 2-3 malam ni..

sambil2 buat nasi ayam, teringat dalam esbox ada kepok yg beli kat pasar tani semlm. eh eh ada kepok la. mari kita bergorengan!

kepok ni aku rasa xde org tak suka. esp budak2. setakat ni yang aku tahu semua kantin sekolah kat malaysia tercinta ni mesti ada jual kepok batang tu..benda wajib. dan kanak2 sekolah mesti nak beli. tiap2 hari tanpa miss. tak puah2 makan kepok. walau makayah dia tokey kepok yg kaya raya. nak jugak beli kepok kat kantin skolah.


so hari ni aku nak citer psl kepok lekor celup tepung. biasanya goreng bodo2 camtu jer. kata hari ni kan terlebih hormon, maka jadilah kepok tepung nya..

jom sapa2 yang tak tahu nak goreng kepok celup tepung mari saya ajar kamu...


1. mula2 potong kepok kamu ikut suka ati..nak besar, kecik pun boleh..xde sapa nk marah..


2. gaul dengan tepung yg dah dibancuh. xyah boh apa, air jer. jgn memandai nak tambah garam ke gula ke, tak yah!




pastikan tepung yang kamu guna tu adalah dr spesis ini..(utk mendapat hasil yg diwarwarkan lah. kalau tepung biasa tu wa tatau!)

mak aku gila tepung ni. kt kb xde, bulan lps aku dah pos 20kg tepung ni ke kb. hambek kauu!


ini bukti kelarisan pusingan pertama. anak2 aku cukup suka sbb rangup!


baiklah nak, mak buat lagi.

lps dah golek2 dlm bancuhan tepung tu, ko masuk jelah dalam kuali. goreng la sampai masak. takkan tu pun aku nak ajor...


taraa....dah masak, beginilah ghoper nya...walau tak bersalut sangat (ku buat cair2, jimat! hahha) tp kerangupannya ttp terserlah.



hah apalagi, sapa yag ada kepok ni dlm esbox, pegi buat skg!


aku? dah, nak tidokan icha.

bye!




2 comments:

Norain Nizar said...

wah. kena cari ni. time kasih kerana berkongsi resepi ye cik puan. :D

NinaDiana said...

sila..sila...yumm yumm!