Friday, July 29, 2011

Trudy & Teddy

jatuh sinta sungguh dengan collection T&T. European look. cantikk dan sangat menggiurkan. nak2 gegirl punya.
nasibla umar tu boy. kalau girl, mau meroyan mak dengan segala dress cecantik tu sume. 
takpe2, kakak kan ada...hope ada la size utk kakak since dorang hnya provide utk NB-4y jer. 

dah racun ayhchik jugak. meh meh mamana belikan untuk dahlia. kat kb takde takpe, melaka ada...

T&T baru upload kat fb new collection utk leather footwear. tapinya utk 1y-4y aje..maka selamat lah umar dan abang.

 
mata mak terbekenan yg ni. cantek kan yah??

Baju Raya

dah beli baju raya?  dah? dah?
akak pun dahhh.....theehehehe....

konon2 sblm ni sangat bersederhana ngan ciklel. takpelah, mmy pakai baju mengandung jer..hahah ada unsur2 sarcastic di situ.

konsep keluarga ciklel tahun ni kemungkinan besar warna warni di aidilfitri..barulah meriah khenn!

kan dah lama aku dok cari abaya simple yg elegant. hehhe...elegant cara ai lah. takmo yg meriah2 sarat barat. tapi taknak gak simple plain jer...

ritu, masa keluar ngan bunda (opssss....ok, blom abis pantang dah berjimba. emmm....dokek jer pun. kat mitc tu jer...terpaksa okeh!) maka terjatuh cinta dgn si hitam manis itu..takde pikir2 lagi. zasss aku angkut masuk keta. muahahaha....
konon nk carikan bunda punya baju, skali akak yg dapat..yeaahuuuuu!!

icha punya dah hantar tailor. pun gagah pegi euro moda carik kain. siap angkut umar lagi okeh. 

ok..ok..tak patut! tapi kalau tak gi beli skg, bila masa aku nak beli? nk hantar jait lagi...bila mama dah balik kang lagi seksa nak keluar.
budak2 kat situ siap tanya, 'berapa bulan ni kak?' - selamba akak jawab 'dua'. muehehehehe....sorrylah dik, 26 hari terpaksa mengaku 2 bulan. terpaksa. karang korang cakap akak desperate lak.

pastu buleh plak dia jawab 'oh ye ke...merah lagi!' 

chesss...mcm tau2 aku je aku menipu. ah lantaklah. janji misi akak tercapai. nasib ada nenek ngan maksu. 

apa korang ingat aku pegi ngan umar je?? nak matikkk??

nak carikan kain kakak sangatlah mencabar okeh. bawak tuan punya badan haruslah pilihannya PINK manjang. pink bukan sebarang pink, SHOCKING PINK gitu!
memang penin.
last2, satu mak pilih yg mak suka dan satu lagi bg dia pilih. ermmm....memang sangat pink. layankan jelah..

abang ngan ayah macam biasa beli ready made jer. dengar2 nya abang nak blue..haaaa...kan dah cakap, warna warni aidilfitri lah kita..

itulah, bila anak2 dah besar dah pandai buat pilihan sendiri, takde maknanya nak konsep2 bagai..sedondon mondon..pilih lah korang. sebab mak ko pun tahun ni konsep ala2 muslimah gitu...ngeeeee.....


sapa2 yang blom ada baju raya, moh tgk2 kat sini..akak pun nak carik lagi sepuloh lai ni..erk!



tahun ni kalernya cenggini eh?





ada brani?? hehhe...pelik plak aku tgk. 
vintage aras berapa ni ek?

nak tgk lagi dan lagi pegi sini

Thursday, July 28, 2011

Belly Band

Oh baru kini kutahu kegunaan benda alah ni. Hikhik agak jakun di situ.



Memang pun bila bf selalunya kita angkat jer baju maka akan tersembullah perot sambil terkemut2 nk cover mana yg terdedah..

Haihh aurat tu....nk2 bila pegi tmpt yg xde babyroom. Seksa oh!

Tp rasanya dr benda alah ni baik pakai nursing cover dak? Sah2 tutup dr atas sekali harung. Takdelah jd bahan nnti.


ok, multi-use. yok order sekarang. kaler cekelat pun lawa. http://www.enjoybreastfeed.com



bf hat ni pun cool


Teringat status member kt fb, ada mamat ni kantoi dok usha sorg ibu yg tgh nenenkan bb. Haihh mmg celaka betul. Horny ke apa?


*Nk kena cari nursing wear yg tak makcik2.



Wednesday, July 27, 2011

Petua Cepat Bersalin

masa pregnant, kita selalu doa mohon pada Nya yang satu agar dipermudahkan segala urusan melahirkan. Biar mudah, selamat dan cepat.

Ya, aku selalu doa agar baby cepat2 keluar. bukan tak sanggup lagi nak menanggung perut yg besar tapi disebabkan oleh keletihan melampau. bila perut makin besar, makin berat, bukan saja letih tapi macam2 hal lagi.

pengalaman aku tiga2 nya awal dr due. emir awal 2 minggu, alisa seminggu dan umar 2 minggu.
bila dah masuk minggu ke 38, time tu memang dah berharap sangat bersalin cepat2. tiap2 hari dok cakap ngan baby supaya cepat2 keluar..

tak dapat nak bayangkan yg over due seminggu dua tu. tabah sungguh mereka menunggu. debar wehh. kalau aku...oh!

memanglah, semuanya ketentuan Allah. awal ke, lewat ke, semuanya Dia yang tentukan.
tapi tak salah kalau kita ikhtiar..cari jalan sebab dengan adanya usaha barulah akan membuahkan kejayaan. betul tak?

hari ni aku rasa nak share apa yang aku usahakan untuk cepatkan bersalin. bukan nak kata petua ni semestinya berkesan pada semua org, cuma ni salah satu usaha aku. cari info, cari maklumat, cari pengalaman orang lain, alhamdulillah berkesan pada aku (sekurang-kurangnyalah!)

1.  Doa doa doa pada Allah agar cepat2 bersalin.
2. Cakap dengan baby supaya cepat2 keluar..InsyaAllah..baby kan boleh dengar apa yg kita ckp.
3. makan pedas2. kalau boleh gigit2 cili api tu buat ulam, lagi bagus.
4. Aktifkan diri. berjalan, bergerak, basuh toilet..huhuu..(tapi penatnya ya ampunnnn)

dan kali ni baru dipraktikkan petua nan satu ni..

5. Bercinta - whhooopsss. sebenarnya malu dong mahu di revealkan perihal ini. tapi aku rasa yg ni paling baik utk dikongsi dan memang dah disahkan keberkesanannya. bacalah dalam mana2 sumber pun inilah yg dikatakan induce semulajadi utk cepatkan bersalin.
~ bercintalah kamu di minggu2 akhir kehamilan.

ok, memang sumpah tak selesa. yet takde hati dan perasaan pun. tapi terpaksa gagahkan jugak demi nak bersalin awal..ngehngehngeh

nak jadikan cerita, mlm sebelum sakit tu, aku dok gugel petua2 bersalin awal. macam2 lah yg diforumkan. tetiba minda tersangkut pada petua nan satu ni. alahmak..camana ni. macam nak kena terai jer...memula macam aihh...boleh ke? buang tebiat ke apa? konpem ciklel pengsan dengar ni karang..
tapi korang, sumpah! bila minda dah diikat, apa pun boleh..heheh

seperti yg dijangka, terkejut beruk ciklel. almaklumlah, dah berbulan2 pu-a-sa... :p

ok,


*pause*


dan esok paginya, pukul 2 pagi, aku sakit!

dalam labour room lepas dah selesai segala,

kata ciklel - eh, menjadilah petua mmy tu! :)) (sekali je pun...hahah)



umar lena diulit rakan2 hasilan mummy.. :)



*nanti aku kongsikan petua mudahkan bersalin lak.

Tuesday, July 19, 2011

Sayang Abang Kasihnya Kakak




Petua banyakkan susu ibu

 sebenarnya byk je kekdah nak banyakkan susu badan. Makan itu, makan ini, antara rajin dengan tidak jer.

Bagi aku, senang jer.

Minum milo
Atau
Susu

Dan air kosong banyak2.

Dan paling penting, kenalah urut dulu supaya susu dapat keluar dgn jayanya.

Mcm aku, 1st and 2nd day, susu langsung tak keluar. masa kat sepital bgtau nurse nak fully bf. Wpun susu blom nak keluar, tp bg jugak. Utk stimulate production. Punyalah beria baby menyoyot, susu yg keluar cair2 jer. Tu pun sikit sangat. last2 terpaksa topup dgn susu formula jgk sbb bb lapar. Tidur pun xnyenyak.




Bila balik rumah, dah mula urut, alhamdulillah dah terbukak jalan, susu pun makin banyak.
Sekarang ni, walaupun 24j dengan baby, tapi kadang2 bagi jgk susu yg dipam dgn botol. Bukan apa, nak biasakan dia ngan botol. Lambat2 nnti susah plak.

Dan sekarang pun dah mula buat stok susu. Sehari dapatlah 4oz. InsyaAllah bila dah ada stok susu, senang nak tinggal nnti :)


Monday, July 18, 2011

Petua Cepat Kurus Lepas Bersalin

Hehe...tajuk kemain konpiden.
Yalah, agenda kedua terpenting katanya lepas luka dah baik.

Semalam dok gugel psl petua2 kurus ni. Mcm2lah kekdahnya. Tp mcm menyusahkan jer. Petua nenek2 haruslah langsung xleh nak ikut..huehuehue

Alah, sblm ni pun xde petua apa pun dipakainya. Blasah jer. Pantang pun koboi2 jer. Almaklumlah, misi yg jg akak pun nenek rockkk.
tu yg pelik tu. pantang takde la sangat, alih2 jer dah kurus...muahahahahha...(cess berlagak giler!)


tapi kali ni macaammmm....adehhh risaunyer!

apa yang akak amalkan:

1. Bertungku patlima kali sehari. - ni pun sebab sakit urat situ sini tak abis2 lg.
2. Berbengkung - 1st wk je rajin pagi/mlm. Now mlm sahaja yg rajin. Eh dah 3 mlm tak berbungkus kan??
3. Makan nasi sehari sekali. Tengahari sahaja. Pagi dan petang minum milo jd sihat dan kuat.
4. Fully bf.

Berat before bersalin hr tu 71kg.

Day 2 - 64kg.
Day 7 - 63kg.
Day 14 - 60kg

wahhh takutnya!!!
10 kelo lagi tuuu...

usaha..usaha..usahaa.....


**camana nak kasi kecut muka ngan peha ni weyyy??? ada petua?

Pavlova in da house!

Hari tu bila bukak blog mak hanis zalikha, ternmpk lak cik pavlova. Aduhh tergoda sungguh. 


Kebetulan badan dah rasa agak gagah, ada plak potential pemakan, angin rajin tiba2 menyerang.




Pagi tu, ayhngah ngan nenek budak2 ni nk keluar g tesco, apalagi akak terus la hulur pesanan akak. yg lain semuanya dah ada. Cuma fresh fruits je xde stok..
Sebenarnya baking membaking ni jd terlebih rajin bila dah ada bahan2 dalam stok. tu yg lajuuu jer angin mendatang. Kalau itu takde, ni takde, kem salam laa..nak2 dlm masa perintah berkurung ni.




Maka dengan kejadian petang hari ke 15 berpantang, inilah hasilnya...






Senang jer buat bendaalah ni. (wah berlagak!) Cuma kena pastikan ikut cara2 yg betul sbb ada kemungkinan ia takkan jadi crunchy spt yg dikehendaki.




Cikpavlova aku yg pertama ni alhamdulillah menjadi dan berjaya, cukup semua sifat2 yg perlu ada..cuma manislah! Kalau nk dikurangkan sukatan gulanya, nnti xjd crunchy la plak.




So apa yg blh mmbalancekan kemanisannya, setiap suapan kenalah makan bersama buah2 yg berterabur tu atau next time kena add on lime juice dlm whipping cream. So ada la skit rasa masam2 utk dibalancekan dgn manis tu..


InsyaAllah ada keramaian nnti akan menyusul lg cikpavlova seterusnya..








Kena tambah kiwi utk menceriakannya lagi...macam ni..





dia punya versi nipis jer..pun boleh gak.


tengok gamba2 di gugel pics, aduhh macam2 version of pavlova. macam2 kaler, macam2 saiz, amatlah menggiurkan..



Bila post kat fb, ramai lak yg 'marah' sbb dlm pantang dok membaking. Heheh...tahulah korang sayang aku. Dun worry, keja2 baking ni tak melibatkan kudrat yg banyak. Buat slow2 jer pun :))


Lagi plak berpantang ank ke 3 ni xmcm ank 1st. xleh nk mnja2 sgt dah. Agak2 dh sihat skit, mana yg blh buat sendiri, buatlah sendiri. Tu pun nasib baik ada bonda yg jg, kalau berpantang sendiri lagi lasak. ya tak?




ok, resepi dicopy dari dapur kak nani. untuk rujukan di masa hadapan, minta ijin share di sini ye kak. tq!




*************

When preparing a Pavlova recipe, the most important thing is to have scrupulously clean utensils, free of grease or egg shell. The success of the meringue depends on it. It is also important that the egg whites are at room temperature before beating them. Pavlovas have a habit of deflating and forming cracks when you open the oven. Don't be disheartened, just make some extra whipped cream to fill in the hole if this happens. It will still be a spectacular dessert.

If you use bananas in the topping, toss them in lemon juice to stop them going brown.

View Pavlova step-by-step instructions.

Prep Time: 40 minutes
Cook Time: 1 hour, 15 minutes
Total Time: 1 hour, 55 minutes
Ingredients:
4 large egg whites at room temperature
1 cup of Castor sugar, also known as "Berry sugar"
1 tsp of white vinegar
1/2 Tbsp of cornstarch
1/2 tsp of pure vanilla extract
1/2 cups of whipping cream


Fresh fruit such as strawberries, raspberries, kiwi fruit, passionfruit, bananas, blueberries
1 Tbsp fresh lemon juice

Preparation:


Preheat the oven to 275F (140C) and place the rack in middle of the oven. Line a baking tray with foil and draw a 7 inch circle on the foil with the blunt edge of a knife (don't tear the foil). Set aside.

In a clean, medium-sized metal bowl, beat the egg whites with a clean electric mixer on medium speed. Beat until the whites form soft peaks.

Gently sprinkle the sugar into the egg whites, one teaspoon at a time. Don't just lump the sugar in the bowl and never stop beating the eggs until you finish the sugar. Your egg whites should now be glossy stiff peaks.

Sprinkle the cornstarch and vinegar on the meringue and fold in gently with a plastic spatula. Add the vanilla and gently fold the mixture again.

Now gently spread the meringue in the circle on the foil to make a circular base. Make sure the edges of the meringue are slightly higher then the center so you have a very slight well in the middle.

Bake the meringue for about 1 hour and 15 minutes or until it goes a very pale, pinkish egg shell color.

Turn the oven off and leave the door slightly ajar to let the meringue cool completely. As the meringue cools, it will crack slightly.

Just before serving, take the meringue out of the oven and remove it gently from the foil and place on a plate.


Whip the cream with the vanilla extract until it forms peaks. Prepare the fruit by washing and slicing.

Gently spread the cream to the top of the meringue with a spatula and arrange the fruit on top.

Sunday, July 17, 2011

Petua Cepatkan Sembuh Luka Bersalin


(eh cam pelik jer ayat?)

Benda pertama akak nk share lepas selamat bersalin ni.

Mungkin byk jer cara lain yg korang dpt dr petua org2 lama, cikgugel ke, kengkawan ke. Tak kesahlah.

Akak cuma nk share apa yg akak amalkan dan alhamdulillah memang baik dan berkesan.

Ok, bahan2 nya :

1. Kipas
2. Gel gamat
3. Jeli gamat







Cara2 nya:

Lepas tiap2 kali tukar pad, baring bwh/depan kipas yg dibuka laju2. Tujuannya nk bg tempat tu kering. Kalau ada hairdryer blh jer guna. Akak xde, so pakai kipas jer.

Bila dh rasa kering (kejap jer), sapukan gel gamat kat tmpt jahit tu. (Tak nmpk gagau jerlah!)

Pastu pakailah pad mcm biasa.

Jeli gamat lak dimkn 2x sehari lps mkn. Guna sudu plastik, xyh campur dlm air. Mkn dia, terus tolakkan dengan air suam. Laju jer. Kalau campur dgn air lg errrkk...


Kadang2, akak guna jgk minyk mustajab NR. Letak kat pad. Berangin dan lega sangat! Tp time letak mnyk tu takdelah pakai gel gamat. Karang bertembung plak.


InsyaAllah cukup seminggu luka kering dan sakit pun hilang.


*hari tu saja masuk forum pasal luka bersalin ni. horror lak dengar ada orang sampai sebulan dua bulan blom ok lagi luka jahit tu..owh ngeri okey! seminggu pun dah rasa sangat sengsara..

Friday, July 15, 2011

عمر خلاف محمد شريل

salam,

alhamdulillah, 30/6/2011 lepas, seorang lagi umat Muhammad selamat dilahirkan ke muka bumi ini. kiranya 15 hari lebih awal dari due. syukur sangat sebab segalanya dipermudahkan.

ok, kronologinya... (motip??..kekonon ada yang nak kesah. huehueheu)

start rasa sakit pukul 2pg. every 10 minutes. mula2 mild jer. so takde rasa macam perlu tindakan selanjutnya. sebab takde tanda apa2 pun. kalau nak ikutkan yang lepas2, time emir dulu keluar tanda merah cair2. masa icha, pecah air ketuban. tapi dedua tu takde rasa sakit pun. kali ni lain plak. tetiba jer sakit. so bertahan sampailah pukul 4. siap mandi segala bagai. pukul 4.30 kejutkan ciklel. haruslah gelabah mamat tu kan. hahah. tu pasal la aku takmo kejut awal2. kang kita sebok menahan sakit, dia lak dok gelabah.

bila nak keluar rumah tu, rasa sebak lak nak tinggalkan anak2. sebelum turun, kiss abang, kakak, salam makayah.
dalam 5.30 zass ke sepital. dekat je pun. tak sampai 5 menet.

terus masuk labor room. depa call dr chia yg kebetulan dr on call mlm tu. nasib baik dr chia memang dah ada kat sepital sebab bila check, bukaan dah 7cm.


rupa2nya sememeh giler muka akak tahan sakit... :p


haruslah kelam kabut dorang sediakan segala alat senjata. aku pun terkejut sebenarnya. tak sangka dah 7. sakit memang sakit tp takdelah sampai rasa nak push. bila doctor dah dtg, katanya kalau ada rasa sakit, dah boleh push. alhamdulillah tak lama, 6.25 a.m baby pun keluar. kiranya tak sampai sejam dalam LR.
tu pun push dalam rasa yang tak sakit to the max. merah2 la jugak muka sebab paksa push.


sebenarnya sebelum pegi hospital, dah plan nak ambik epi. kot2 tak boleh nak tahan nanti. sekali tak sempat nak sakit sangat pun. sedut oxigen pun sempat 2 kali jer. pastu doc dah bg green light utk push...alhamdulillah syukur sangat2...







fresh from the oven!


Dah siap mandi dan bersih, baru boleh mummy kepoh2kan di fb. ni 1st pic yg mewar2kan kehadiran orang baru dalam famili kami..


Assalamualaikum semua... Saya UMAR KHALIF :)