Wednesday, July 27, 2011

Petua Cepat Bersalin

masa pregnant, kita selalu doa mohon pada Nya yang satu agar dipermudahkan segala urusan melahirkan. Biar mudah, selamat dan cepat.

Ya, aku selalu doa agar baby cepat2 keluar. bukan tak sanggup lagi nak menanggung perut yg besar tapi disebabkan oleh keletihan melampau. bila perut makin besar, makin berat, bukan saja letih tapi macam2 hal lagi.

pengalaman aku tiga2 nya awal dr due. emir awal 2 minggu, alisa seminggu dan umar 2 minggu.
bila dah masuk minggu ke 38, time tu memang dah berharap sangat bersalin cepat2. tiap2 hari dok cakap ngan baby supaya cepat2 keluar..

tak dapat nak bayangkan yg over due seminggu dua tu. tabah sungguh mereka menunggu. debar wehh. kalau aku...oh!

memanglah, semuanya ketentuan Allah. awal ke, lewat ke, semuanya Dia yang tentukan.
tapi tak salah kalau kita ikhtiar..cari jalan sebab dengan adanya usaha barulah akan membuahkan kejayaan. betul tak?

hari ni aku rasa nak share apa yang aku usahakan untuk cepatkan bersalin. bukan nak kata petua ni semestinya berkesan pada semua org, cuma ni salah satu usaha aku. cari info, cari maklumat, cari pengalaman orang lain, alhamdulillah berkesan pada aku (sekurang-kurangnyalah!)

1.  Doa doa doa pada Allah agar cepat2 bersalin.
2. Cakap dengan baby supaya cepat2 keluar..InsyaAllah..baby kan boleh dengar apa yg kita ckp.
3. makan pedas2. kalau boleh gigit2 cili api tu buat ulam, lagi bagus.
4. Aktifkan diri. berjalan, bergerak, basuh toilet..huhuu..(tapi penatnya ya ampunnnn)

dan kali ni baru dipraktikkan petua nan satu ni..

5. Bercinta - whhooopsss. sebenarnya malu dong mahu di revealkan perihal ini. tapi aku rasa yg ni paling baik utk dikongsi dan memang dah disahkan keberkesanannya. bacalah dalam mana2 sumber pun inilah yg dikatakan induce semulajadi utk cepatkan bersalin.
~ bercintalah kamu di minggu2 akhir kehamilan.

ok, memang sumpah tak selesa. yet takde hati dan perasaan pun. tapi terpaksa gagahkan jugak demi nak bersalin awal..ngehngehngeh

nak jadikan cerita, mlm sebelum sakit tu, aku dok gugel petua2 bersalin awal. macam2 lah yg diforumkan. tetiba minda tersangkut pada petua nan satu ni. alahmak..camana ni. macam nak kena terai jer...memula macam aihh...boleh ke? buang tebiat ke apa? konpem ciklel pengsan dengar ni karang..
tapi korang, sumpah! bila minda dah diikat, apa pun boleh..heheh

seperti yg dijangka, terkejut beruk ciklel. almaklumlah, dah berbulan2 pu-a-sa... :p

ok,


*pause*


dan esok paginya, pukul 2 pagi, aku sakit!

dalam labour room lepas dah selesai segala,

kata ciklel - eh, menjadilah petua mmy tu! :)) (sekali je pun...hahah)



umar lena diulit rakan2 hasilan mummy.. :)



*nanti aku kongsikan petua mudahkan bersalin lak.

9 comments:

Unknown said...

semoga segalanya dipermudahkan..aminnn

Lily said...

he..he..mmg slalu dengar pasal petua 'bercinta' tu...gigih jugak akak mencuba petua yg satu ini..yg cukup mengerikan...anyway wajib dicuba ini...

NinaDiana said...

hahha...tobat ngeri okeh! tp spt yg dikatakan, demi kebersalinan cepat, for the pestaim jd pemula bicara..kahkahkah
(sebbaik skali pun dh mujarab..haha)

fiona emelda said...

saya due ahad ni..tp x sbr jugak..nk cube semua petua yg ada..klau bleh nk deliver 31/8 ni..dok ckp kt bb..xtau ler, jadi ke x... :-).tq for the tips

fiona emelda said...

tq for sharing..due ahad ni tp nk suh bb kluar merdeka ni...inshaAllah

NinaDiana said...

Most welcome fiona. :)

Aunty doakan baby keluar esok ya! Cepat2 mudah2 ya sayang.
Mommy take care. Moga selamat dan dipermudahkan.

molliesa said...

salam...ngee!! betul2...memang menjadi petua tu...tapi mahu memulakan....agagagagga~

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsian. Skrg saya sudah 37w. Mmg amalkan beberapa tips untuk kasi bersalin awal. hehehe.

Anak pertama dlu 38w dah bersalin. Anak kedua nie xtaw la. Apa2 pun, doakan semuanya selamat dan baby sihat. ^_^

Salam kenal.

Puan Husna
www.husnanetwrok.com

Unknown said...

salam boleh sy taw apa petua yg "satu" tu? selain bcinta tu? sis tak fhm ler. hahahahha. 38 weeks dah. tak sabar nak tggu baby kluar awal dri due.