Tuesday, February 28, 2012

Super Moist Chocolate Cake

sebelum lupa, aku nak tepek resepi kek yang kejadiannya adalah semalam.

choc moist la apa lagi. kali ni lain sikit dr yang biasa buat.
rasa, ok sedap. tapi tak tahu nak kata tersedap ke kedua sedap ke. tekak aku kalau kek cekelat mmg sedap saja. cuma tokleh nak telan banyak2. makan sikit brenti, jap tu nak lagi.

resepi dari potret kasih. topping pun lain dr biasa guna susu pekat instead of whipping cream. sbb stok dah takde. aterr lama benar oven aku tu cuti. banyak benda dah abis. maka pakai jelah apa ada kat dlm gobok tu. nak tunggu bahan semua ada, alamatnya telan lio jelah. rasa aku dah patlima bulan jugak tak mengekek. sejak2 umar dah pandai macam2 ni. tah cane tetiba petang semalam tersempat lak. dlm dok membizi ngan umar yg makin lasak tu, jadik gak kek aku. kehkeh
resepi topping dari myresepi


aku kopipes jelah ya. terima kasih potretkasih.


kek coklat lembab tak pakai telo.


Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko ( kalau guna serbuk koko yg berkualiti, 3/4 cawan je dah cukup)
4 sudu besar susu tepung
1 1/2 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan air kopi ( rendam 1 uncang coffee dlm 1 cawan air panas dan sejukkan) ~ aku pakai cappuccino paste 
2 cawan gula perang
2 sudu kecil esen vanilla
secubit garam
1 cawan minyak jagung
Cara penyediaannya
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Griskan dengan mentega pada acuan kek yang telah dialas dengan kertas minyak.
2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam sebuah bekas. Masukkan susu tepung dan garam. Kemudian dikacau rata.
3. Masukkan gula perang, air coffee, minyak jagung, esen vanila dan air sejuk. Kacau perlahan-lahan dengan whisk hingga gula hancur.
4. Tuangkan bahan yang telah dikacau tadi ke dalam adunan tepung tadi dan kacau dengan whisk perlahan-lahan hingga sebati. Pastikan adunan tidak berketul2.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit atau hingga masak.
6. Sejukkan kek setelah kek masak. Kemudia boleh lah dihiaskan dengan topping yang disukai.
** Kek akan lebih lembab setelah dibiarkan semalaman di dalam bekas yang bertutup.





topping tak tebal utk tekak seniri. ok tak manis dan tak muak.  

sapa nak angkat tangan!


Tuesday, February 21, 2012

kan dah kata aku pantang!

tengok,
tak semena2 terjebak.

pernah tertipu katanya 100% ori.
bila dapat cam cilake.

harap2 yang ini betul2 bukan cobaan.
kalau ok, aku kasi up sampai muak. ha ha




harap jugak aku tak terpedaya dengan penampilan luaran. tak pernah p test kat kaunter. tp aku baca review mcm ok.


esok sampai.





dahtujebai.

Tuesday, February 14, 2012

Pelangi Kasih

impian nak tdo awal terbantut.
terjebak la plak

abamm betoo...
aduhhhh jatuh cinta sama kamooo!



layan tonton. baru episod 3. 

Keadilan

~aku tatau nak pikir tajuk hapa dah. otak dah letih

tugasan harian masih belum selesai.
sementara tunggu nasi umar masak utk di blend, mari merapu barang sebaris dua.

sejak domenjak ni sangat2 terasa penatnya. bila umar dah pandai macam2, tenaga luar biasa sangat diperlukan.
tak sangka eh. anak 3 letihnya adoiyaa. empat kalu? lima? lapan? *pitam*

nak plak dpt partner yg kaki goyang tunggu segala siap sedia depan mata. choii! hari2 menangis.
sian.

aku dan ciklel alhamdulillah ringan sama dijinjing berat sama dipikul. ececeee...lama tak guna peribahasa dalam ayat.

balik keja...

dinner - ciklel masak, aku suap anak2. kdg2 dorg makan seniri. time penat, baik suap sblm lebih penat.
basuh baju - aku. balik keja humban baju dlm washer, setel!
angkat kain semalam - ciklel. kadang2 kalau rajin sempat, akulah.
jemur - ciklel. lps masak, makan, jemur baju lak.
lipat - aku ( tapi memang taklah kan. sistem bakul diapply) ha ha
iron baju - aku
emir - ciklel setelkan segala buku2, bekal2, beg2 sekolah pagi petang segala. aku tinggal hadap time buat homework.
icha - aku. ciklel just readykan bekal air utk esok, siap2 boh dlm beg.
umar - aku. lps main2, tdo (punya susah sekarang), masak bubur utk bekal esok.
tdokan anak2 berdua - ciklel


amacam?? adil tak? adil tak?? tak adil???? kehkehkeh
takdelah nak kata 100%. kadang2 take turn jugak. tgk pada keadaan masing2.

untunglah sapa2 yg ada bibik. ringan sikit.
sekarang ni pun ciklel asik menyebut je. nak bikbik nak bibik.
tapi aku buat masa sekarang 80% NO!..sekarang yg letihnya fizikal je. bila dah ada bibik nnti risiko utk penat fizikal+mental adalah besar, maka toksahlah cari pasal. selagi daya, mana termampu redah jelah ko lakibini.




ehemmm...survey tak menahan. mcmkan harvey norman buat delivery ke melaka. cheh!
(skema ok jalan bawak beg. tp dari hidup tak tenang tinggal lam keta, baik hangkott)



oh bubur umar dah masak. dah, pegi blend. simpan dalam fridge.
tido.

kbai.

Sunday, February 12, 2012

kaya ke?

teacher,
teacher orang kaya eh?

ha ha ha
lagi soalan yang buat aku tergelak pagi2 jumaat.

dah masuk tahun kesemilan, ni 1st time aku kena tahun 1. 
memula cuak. rupanya seronok.
macam2 pe'el. 
layankan tahun 1 ni memang penat. habis segala tenaga luar dalam.
40 orang, 40 pe'el.




nasib tahun 1 gigi pun lompang lompang. terus nak marah pun tak sampai hati. 
comel je.





bila masuk kelas, dorang akan observe ko dari atas sampai bawah.
pastu mulalah terbit soklan2 diluar objektif pembelajaran
fokusnya lebih terarah kepada
baju teacher
bag teacher
kasut teacher
tudung teacher

hohh!

tapi apapun,
semoga aku terus melihat mereka secara comel wpun dah ada yg dah mula tunjuk taring.



ini! 
ada je yg jd mangsa lempangannya.
tak bg aku pinjam kaler, aku lempang!
wah..!
meh sini aku kasi ko rasa akunye lempang dulu 




*teacher memang kaya nak. kaya budi bahasa. uhukk uhukk

Friday, February 10, 2012

Nabi Muhammad SAW

icha : mummy, nanti hari Jumaat skul kakak ada besday Nabi Muhammad SAW (sebut dgn penuh kepayahan)

mummy : oh ya? skul mummy pun sambut Maulidur Rasul Jumaat ni.

icha : abis, nanti Nabi Muhammad nak pegi mana? skul kakak ke skul mummy? (sangat kongpius)

mummy : errrrr......(garu kepala)

~laju2 pikir semua jawapan pada soalan yang bakal keluar nanti





serupa ke?




ok, yang ini memang konpem!



**kadang2 boleh jadi sangat sukar.

Thursday, February 9, 2012

Tabung Gajah

aku ternampak bag ck ni kat isetan ritu
harga dia RM800+

ce tgk harga suki.



boleh beli 3 ok!



yang ini harga di kedai lain RM1.3k+ ye puan2..(dah macam ada syer plak gayanya)


selalunya bila sopin ngan suki ni aku akan compare dgn kedai lain, jauuhhhhhh bezanya.
pastu laju2 tunjuk kat ciklel. konon pembelian berhemah la kan. :))



halamakkkk
jatuh sintaaaaaaaaa!!!!


jap nak intai tabung gajah. o_O

Tuesday, February 7, 2012

untuk perempuan jomblo


khas utk tatapan adinda cikencah yg menjomblo di bumi ghana dan semakin mengurus membuatkan kakak ini sangat menjeles :p




review : 
"serasa agak sopan bila mengenakannya. elok utk penampilan berbeza dari biasa. saya beri 3.5 dari 5" 
-aciksem, mlka.


ada anak kecik di ribaan selalu akan menampilkan kemalasan siemak. ~ baju kedut seribu.


**kalau nak, meh kakak setelkan. 

Monday, February 6, 2012

Umar Khalif dah 7 bulan. kejap je masa berlalu.

hi, masih ingat saya? 
saya umar khalif. umur saya tujuh bulan. dah lama mmy saya tak keluarkan cerita saya kat sini kan. 
ini boleh menimbulkan amarah. asik2 cerita pasal mmy je. agaknya mmy lupa tajuk blog ni kot. emir.alisa.umar. errr...



saya dah tahu duduk. tapi belum betul2 stabil. masih perlu sokongan. 
tp walaupun duduk masih lagi kemahiran baru saya, saya terus lompat kepada kemahiran berikutnya, berdiri.
saya pantang jumpa port yg boleh dirikan saya. tapi abang mesti standby belakang sebab saya akan suka2 ati lepaskan tangan dan kemudian jatuh T__T



ini percubaaan saya untuk turun sendiri dari platform. saya boring betul bila mmy letakkan saya di situ dengan mainan2 baby yg boring amat. 



saya rasa kalau turunkan tangan dulu selamat kot. pastu pelahan2 turunkan semuanya..mari kita cuba.




horayyyy!!! berjaya



saya menjelajahi kawasan2 yang sebelum ni saya mampu tengok je.



jom cari apa yang ada bawah meja ni..kot2 jumpa chipsmore kakak



oleh kerana mmy sepahkan beg2 ni, mari saya kerjakan ia!





sebenarnya, saya sedang tunggu mmy siapkan lunch saya. yeahuuuuu....makan time!!
kali ni bubur+ayam+bayam+carrot. yummyyy




saya makan sampai kembang2 idung..
walaupun bubur mmy ni tawar, saya rasa ok je. sebab saya tak penah rasa manis dan masin tu cemana..

tapi mungkin rasa masin tu macam bubur ikan bilis yg mmy buat. saya suka!
manis tu macam rasa keledek yg mmy rebus dan lenyekkan utk saya. pun saya suka!
setakat ni saya dah pernah rasa banana dan papaya. yang lain2 mmy belum berani lagi. sebab gigi saya masih malu2 nak keluar. dah nampak bengkak dan bentuk kat dalam tapi belum nak muncul2 lagi.
 walaupun siap kali tgk org lain makan saya macam nak ambik dan masukkan dalam mulut saya, mmy tetap jugak buat dekkk je. saya hanya mampu telan airlio tgk dorang makan macam2. :(
dan saya hanya mampu mengudap biskut masuk mulut jadi cair tu. boring ok!




dapat makan, saya sangat happy.





saya makan agak banyak. bila saya dah kenyang saya akan semburrrrrr. pastu mmy marah. ha ha ha
sorry mmy!

ok, tu je cerita terbaru saya. jumpa lagi.

tata
<3 umar khalif

Sunday, February 5, 2012

citer2 basi cenggini std aa bg kaksemah. :)

Cuti raya cine seminggu. tapi kenot balik kampung! gile sakit ati.
sebabnya aku je yang cuti seminggu beria. icha rabu dah skul. emir khamis. dan ciklel lagilah. diharammmkan bercuti. woh time nilah ko nak bizikan laki aku kan. benci.

maka dengan status kaum keluarga sahabat handai yang semuanya bersuka ria kembali ke kg halaman masing2, macamkan korang yg nak sambut raya, lebih buatkan aku stress.
penyelesaian kepada stress tersebut, balik kg dokek ajolah. mmg tetiap minggu muka kitaorang pun yg tetiba tersembul kat pintu rumah jasin tu.

utk hilangkan stress yang sebenarnya dibuat2, petang ahadnya acara makan durian yg dibeli dr apek yg masih ingin mengaut keuntungan perniagaan tanpa mempedulikan hati dan perasaan sanak saudara menunggu di rumah utk makan besar. pelikkan dorg nih. mcm taknak raya dan terpaksa raya lak gayanya. tgk jiran sebelah rumah aku ni pun sama. jgn kata pokok limau, langsung xde nk gantung2 kain merah ke tanglung ke hapa. aku bajet spesis tak berapa nak beriman la ni. sian anak2 dorang..tak merasa nikmat raya.


ko taknak rayakan, meh aku rayakan.

janji lama yg baru sempat dilunaskan. lama betul dorang tunggu. dari adik dalam perut mmy.
ingatkan pepagi kul 10 blom ramai umat, sekali amekkaw, parking sampai ke luar. kalau tahu begitu, baik parking kat rumah je. senang.



Melaka Wonderland. nasib ada abg fizi ngan kakjiha. kalau tdk, pitam.



inspektor sahab sedang memeriksa beg. makanan luar xleh masuk, maka siap sedialah utk dicekik dengan rega makanan yg mahal amat. pandai.









nasib merengek jap je. pastu tido. kecik ni memang pantang panas. bila halakan kipas kecik tu, setel.



ingatkan dah cukup segala protection utk umar. sekali lupa pakaikan sunblock daaa....sian laling mmy nih. tak pepasal kena bakau.



balik rumah, mlm tu wallaweiii....haa kaww! dah mcm udang grilled. abis merah muka tangan kaki segala. seb baik sehari je. hari ni dah ok..

heh ni je pun gamba yg ada. sedih. takde org nak amik gamba. semua bz.


dan esoknya termelawat besi buruk tersadai kat tepi pantai klebang. ingatkan boleh la masuk dalam ke hapa, sekali tengokkk sesaja. watdehek. siap bayau tu sorang singgit. tapi oklah, kasi anak2 kenal kapal selam.



aladdin pants. tp cam pelikss plak aku tgk. tp ciklel kata ok. simple n ada style. heh style amenda bang??
masa ni dah petang. dah redup. so oklah nak jalan2 keliling xde motip pun. tgk icha pun dah serabai mabai dah...main pasir. mak dah tak koser nak tangkap betulkan itu betul ini. hadappp jelah. 



pusing2 keliling takde motip. so buat2 lah baca info yg ada kat situ. heheh. aku kan kurang gemar benda2 camni. malas nak sarat pala otak.









sesapa yang berhajat nak melawat muzium kapal selam ni, rasa aku tunggulah dia bukak sepenuhnya (kot). biar puas hati dapat masuk dalam feeling2 abang askar. takdelah dok keliling2 takde motip macam aku ni. tapi kalau nak buang masa bolehhh je. silalah pegi.

pastu singgah tepi pantai makan mee goreng mahal nak mamp.



see..see...muka ciklel melambangkan keSEDAPannya..




sambil2 tu ciklel lyn bebudak ni main lelayang.





harammmm tak naik. ha ha ha ha



comel tote trudy n teddy. free gift. offer kat fb t&t. drop email, tunggu reply, if dapat, collect kat our preferred counter. lucky umar. yeayy!! bunga pun bunga la umar oiii...



dahtuje.

bai.