hi, masih ingat saya?
saya umar khalif. umur saya tujuh bulan. dah lama mmy saya tak keluarkan cerita saya kat sini kan.
ini boleh menimbulkan amarah. asik2 cerita pasal mmy je. agaknya mmy lupa tajuk blog ni kot. emir.alisa.umar. errr...
saya dah tahu duduk. tapi belum betul2 stabil. masih perlu sokongan.
tp walaupun duduk masih lagi kemahiran baru saya, saya terus lompat kepada kemahiran berikutnya, berdiri.
saya pantang jumpa port yg boleh dirikan saya. tapi abang mesti standby belakang sebab saya akan suka2 ati lepaskan tangan dan kemudian jatuh T__T
ini percubaaan saya untuk turun sendiri dari platform. saya boring betul bila mmy letakkan saya di situ dengan mainan2 baby yg boring amat.
saya rasa kalau turunkan tangan dulu selamat kot. pastu pelahan2 turunkan semuanya..mari kita cuba.
horayyyy!!! berjaya
saya menjelajahi kawasan2 yang sebelum ni saya mampu tengok je.
jom cari apa yang ada bawah meja ni..kot2 jumpa chipsmore kakak
oleh kerana mmy sepahkan beg2 ni, mari saya kerjakan ia!
sebenarnya, saya sedang tunggu mmy siapkan lunch saya. yeahuuuuu....makan time!!
kali ni bubur+ayam+bayam+carrot. yummyyy
saya makan sampai kembang2 idung..
walaupun bubur mmy ni tawar, saya rasa ok je. sebab saya tak penah rasa manis dan masin tu cemana..
tapi mungkin rasa masin tu macam bubur ikan bilis yg mmy buat. saya suka!
manis tu macam rasa keledek yg mmy rebus dan lenyekkan utk saya. pun saya suka!
setakat ni saya dah pernah rasa banana dan papaya. yang lain2 mmy belum berani lagi. sebab gigi saya masih malu2 nak keluar. dah nampak bengkak dan bentuk kat dalam tapi belum nak muncul2 lagi.
walaupun siap kali tgk org lain makan saya macam nak ambik dan masukkan dalam mulut saya, mmy tetap jugak buat dekkk je. saya hanya mampu telan airlio tgk dorang makan macam2. :(
dan saya hanya mampu mengudap biskut masuk mulut jadi cair tu. boring ok!
dapat makan, saya sangat happy.
saya makan agak banyak. bila saya dah kenyang saya akan semburrrrrr. pastu mmy marah. ha ha ha
sorry mmy!
ok, tu je cerita terbaru saya. jumpa lagi.
tata
<3 umar khalif
No comments:
Post a Comment