Fuhh lega.
Ipad dah sehat.
Akhirnya dah boleh update blog
Ehe tetiba alasankan ipad yg retak skrin tak update blog khen.
Padahalll..sesuatu sgt
Hahahaha
Penangan budak2.
Terbang 200hengget.
Ok now dh boleh citer pasal percutian pendek Pangkor Island.
Bismillah. Semoga aku rajin nak menaip ni sampai abis.
Akhirnya sampai gak hajat nak ke pangkor.
Sebenarnya teringin betul nak ke pulau.
Last dulu Redang tahun 2003. Tu pun pegi dgn budak2 maktab.
Aktiviti luar kpli. Best gile kot.
Tu la last. Pastu xde lagi.
Sbb ciklel ni mmg takkan bawak anak2 dia ke tempat2 mcm tu.
Kecik2 ssh nak control katanya.
Setelah puas dipujuk akhirnya
Meh la kita try ngan pangkor dulu.
So apalagi. Makenchik pun jalankanlah tugas dgn cemerlang.
Pap pap pap
Pilih date
Book hotel setel.
Pegi wiken je.
Bertolak dari melaka lps jumaat.
Sampai lumut dh dekat maghrib.
Transit dulu kat GM Hotel.
Family room.
2 katil. Besar. Selesa la utk 5 beranak.
Rate wiken RM105.
Takde bfast.
Takpe. Kedai makan pekan lumut banyak.
Tapi xsedap.
Kenyang cleaner hotel GM hr tu
Sbb aku tertinggal brooch kesayangan
Emas+berlian okeh.
Dari 1997 aku pakai sampai 2014 tak pernah bertukar.
Hadiah SPM dari makmen tak jadi.
Tulah satu2nya kenangan yg tinggal.
Now gone.
Takpelah. Redha jelah.
Jodoh tertulis sampai takat tu je.
Esoknya pepagi bfast dulu sebelum park kereta.
Kereta boleh park kat parking bertingkat.
Kira jam.
Kitaorg kena hari tu RM16 utk sehari setengah.
Oklah. Berbumbung. Ada cctv.
Kitaorg stay kat Pangkor Island Beach Resort. Patutnya naik feri direct ke jeti khas untuk resort tu.
tapi kitaorg decide nak sewa keta. Senang nk berjalan nnti.
So ambik feri biasa. Terus ke jeti di pekan pangkor.
Sewa keta. Mintak akak kaunter tiket ni arrangekan.
Ada keta malaysia je. Takyah ngengada nak mintak alphard bagai. Hahahaa
So kitaorg ambik wira. Auto. Harga sama RM80 sehari.
Kenalah ada kenangan kan.
Kakak lead bacaan doa.
Dah sampai pun. 45minit je.
Feri ni akan stop 2jeti. Jeti pertama utk org2 kg. so ko duduk diam2 je dulu.
Takyah gelabah nak keluar lagi.
2nd stop baru betul.
Sampai je, keta dah ready.
Pape hal, isi minyak dulu.
Ramai yg dtg bujang, berdua, anak sorang, dorg sewa motor je.
Masing2 merasala merempit kat pangkor.
Pangkor Island resort ni jauh sikit dari pekan.
Tak tahu celah mana, maka aku bukakla waze.
Padahal dah sah2 jalan tu je yg ada kat pangkor ni. Ko takde jumpa simpang kanan kirinye.
Satu jalan je
Lalu jalan berbukit2 kauuu.
Takde keta lain pun lalu situ.
Dah la tetiba terstuck sbb ada rombongan mengantar cina mati.
Wrong timing betulla.
Dia punya jalan mencabar betul.
Bukit bukan sikit2 bukit. Curam okeh. Cuak je muka memasing
Takut keta tak larat nak naik turun bukit.
Dh la hutan je.
Biar betul???
Tp bila dh nmpak kampung, lega.
Rupanya bila tnya brader yg lepak kat gate resort tu, ada jln lain.
Dari pekan pangkor sepatutnya kitaorg ke kiri. Ini tak. Menonong terus ke kanan.
Sekali amekkaww
Resort ni tak bagi kenderaan kita masuk.
Tinggal keta kat luar guard pos, ada shuttle yg akan bwk kita keluar masuk.
Memang bengang sbnrnya.
Sbb dia tak sediakan tempat menunggu yg proper.
Dh la ada hanjing. Icha sampai jatuh luka lutut sbb lari takutkan anjing.
Mnunggu satu hal. Kalau ko mmg standby je kat situ senangla.
Ini tak. Guard kena roger dulu.
Lima sepuluh minit belum tentu sampai.
Bila complain, pak guard tu kata dulu boleh je masuk.
Skg owner baru org itali. Tak bagi masuk dah.
Tah hapa kepala hotak dia pikir.
Atas bas shuttle.
Kitaorg je.
Check in.
Front desk tak peramah langsung.
Check in awal. 12.15
Sementara tu moh le kita bergambar brg sekeping.
Lps check in, keluar jalan2.
Makan kat area apa eh. Tgk memori dh padam. Sian aku. cepat nau lupanya.
Tp tepi2 laut tula.
Laksa penang langsung tak sedap. Langsung! Sikit pun tak.
Terpaksa order nasi goreng lak.
Nasi goreng okla. ada gak rasa.
Nasi ayam budak2 pun so-so je
Harga okla. std RM5-RM7
Sambil tu survey boat utk round pulau n snorkeling.
Trip petang/pagi. Ingat nak ambik trip esok pagi.
Tp dorg nasihatkan baik pegi petang sbb kalau pagi air surut tak cantik.
Oh ya.
Pangkor hujan hari kitaorg sampai tu.
Tnya budak keja situ, katanya dh lama tak hujan. Ni baru hujan turun.
Alhamdullillah...
lepas survey boat, beli2 stok makanan skit, balik resort semula utk solat dan tukar baju.
Sewa satu boat. RM80
Peralatan snorkeling RM5 sorg.
Tp dia kira RM90 je kot utk semua.
Dia bawak pusing2 pulau.
Tgk batu mcm2 bentuk
Ada bentuk ikan paus, boya, penyu
Subhanallah...cantik sgt.
Lepas dah round pulau, dia bawak kitaorang ke tempat snorkeling ni.
Berbekalkan sebungkus roti. Hehe
Aku syak by the time kitaorg sampai ikan2 semua dah bersandar kekenyangan.
Ramai kot.
Semua yg dtg pun bwk roti.
Panglima kecik ni main2 kat tepi je.
Yg tukang jaganya tentu2lah mak dia.
Ayah dia dh hilang tah kemana dgn abgkakak.
Berani sungguh budak berdua tu.
Turn ayah dorg join. Turn mmy pun dorg nak ikut jugak.
Igt nak takut ke hapa. Sekali dorg rilek je aku yg gelabah lelebih. Huk huk
Dulu maknya snorkeling terer je. Skg mcm tak berapa nak terer sbb sakit pinggang.
Terasa sangat bila dari menelangkup tu nak ke kedudukan tegak dlm air.
Sakit yg amat. Sobs!
Tapi tak best ah.
Bnyak batu. Licin.
Ikan adala jugak nampak. Nemo, pastu ikan kecik2
Oklaaaa dari takde kan.
Oh ya.
Boat tu akan tinggal kita selama mana kita nak.
So kitaorang bg masa sejam je.
Lps sejam dia dtg kutip kita balik.
Hantar ke sini plak.
Mandi pantai.
Cantik sangat air, pasir kat sini.
Cetek je. Tapi tetappppp life jacket tak bukak. Hahahaa
No comments:
Post a Comment