Tuesday, November 25, 2014

Resepi : Pisang Goreng Cheese

Dah lama teringin nak buat pisang cheese ni.
Hari tu pegi Bandung pun tak sempat nak mencari.
Ada je stall kat luar2 outlet tu, tapi sanggup ke nak beli?
Memang tak ah.
Yang mcm kiosk tu xde plak. Hurmmm tak dpt la nak merasa.

Takpelah.
Kita buat jelah sendiri. Bukan susah pun.



Pisang tanduk goreng mcm biasa je.
Aku pakai tepung goreng pisang adami ke apa tu. malas nak bancuh sendiri.
Ok la not bad.

Pastu cairkan 2sb butter 
Campur dgn 2sb susu pekat. Sebatikan.
Tuang atas pisang panas tadi.
Parut cheddar cheese direct atas pisang goreng.
Yg aku ni xde cheddar. Belasah je mozarella. Hahaa

Perghh terima kasih kepada pencipta menu.
Lelemak menari2 riang menerjah kerongkong.
Sorga utk pencinta cheese.
Macam saiyaaaa.

Ada harapan naik sekolah nnti baju keja semua sempit.
Aaaaaa....takuittt!





Sunday, November 23, 2014

Port luck terakhir 2014.

Salah satu aktiviti menggembirakan di sekolah haruslah makan2 kan.
Port luck katanya.
Setiap kali port luck akan keluarla senarai sapa willing to bwk apa dan apa.
Biasanya menu nasi putih dan lauk pauk.
So masing2 akan tulis dlm senarai menu tu. dan biasanya aku antara org yg tak tulis.
Sbb aku stok yg tak boleh plan2. Nnti bila dh esok hari kejadiannya, baru idea mendatang.
Dan mcm biasa dorg akan letak harapan yg tinggi utk aku bawak dessert.
Elok sgtla tu. 



Gambar makanan tak ada. Lupa bila dh pandang mcm2 lauk.
Tp aku ni bukan pesen makan nasi mana. So just ambik pun lite2 je.
Kenyang jugak. 
Yg seronok sbnrnya bukan makan tu sendiri. Tp suasana.
Seronok. Happening. Gembira.
Eh bukan sama ke semua. Hahahaa


Kalau bab bergambar mmg akulah ratunya.
Sbb aku memegang title photog tetap dan berpencen. Segala event sekolah mmg keja akulah untuk rakam momen. Pergh dgr mcm bagus je. Padahal pakai pun camera ipad je. Kahkahkah
Sbnrnya mls giler nak angkut gf. Tambah lagi aku bukan reti sgt nak setting manual camera tu. kalau pakai pun takat auto je. Baik aku snap pakai ipad. Senang. Terus upload kat fb sekolah. Setel.
Kadang rasa nyesal gile beli gf. Harga lak bukan sesikit. Last2 terperuk mcm tu je. Jarang sgtlah guna. Satu lagi pembaziran dikesan. 




Yg dorang ni plak, kalau aku tak kecohkan bergambar, semua malu2 kucin.
Pdahal semua pun sawan kamera. Nasib kakmek ni muka tembok. Dgn semorang aku masuk je. Takde nak pilih2 kawan. Sapa ada kawasan kejadian, aku panggil. Taknak kalu, aku tarik. 
Dan yg jd mangsa tukang snap haruslah cikgu lelaki. Aku tak kira tua muda. Asal nampak tangan ko kosong xde keja, aku hulur je ipad nah sila ambik gambar kitaorg. Padan muka. Hahahaha.




Sampai 3 ketul gambar ni. Ko dh kenapa??



Taraaaaa...
Ni sumbangan aku. Waffle icecream+choc drizzle.
Bancuh siap2 batter kat rumah. Mmg antara menu yg laku keras. Sapa nak sila buat sendiri.
happening sangat. Sampai brother guard 2x masuk ambik waffle ni. Sedap letteww! Hiks



Satu yg paling aku suka sekolah sini, cikgu, pentadbir, staf pejabat, makcik pakcik cleaner, guard, ppm semua ok. Boleh masuk je. Takde nak asing2, geng kau geng aku. Harmoni je.
Yg busuk dua tiga kerat tu ada la. tp apadehal. Ko nak menyombong ko punya psl. Takde sikit terkesan pun kat org lain. 










Kenangan terakhir dgn 2 org kekakak yg akan berpindah.
Sedih sgt. :'(


Selamat bertugas di tempat baru kak faizah dan kak anizah.
Terima kasih atas persahabatan yg terjalin.
Terima kasih atas tunjuk ajar.
Terima kasih atas kata2 semangat.
Terima kasih atas segalanya.
Memori bersama akan tersemat hingga akhir hayat.


Okbai.

Menarik di Melaka : Pantai Klebang

Banyak yang dah berubah kat Pantai Klebang ni.
Kalau korang lama dah tak dtg sini, aku suggestkan sila la datang.


Dataran 1Malaysia Klebang katanya.
Dah senang nak main layang2. Tak yah nak risau pasir ke apa.




Bukan main seronok lagi anak2 bila dpt lepas bebas kat sini.





Ada carboot jugak
Okla. takde la mcm carboot uk yg sgt dirindui itu.
Tp bolehla. Byk jugak benda2 rare kat sini. 


Penduduk Melaka, sila datang.
Aku sendiri pun blom lagi sempat nak menyinggah ke bas2 yg dh ditransform menjadi kedai makan dan hotel tu.
Ciklel, jomsss!

Saturday, November 22, 2014

Murid


Moment bersama murid. Kerana saya seorang guru.


Hari-hari terakhir sekolah mmg diisi dgn acara makan-makan.
Mood pun sudah lain.
Gembira tak terperi.



Bday cikgu lama lagi. Tp sbb cuti sekolah, maka dgn suweet nya anak2 ini buat pipi cikgu tiba2 jadi pinkish.  












Ok anak2, jumpa lagi next year!

Tata!




Resepi : Baked Pasta

Tetiba hari ni terajin nak blogkan resepi baked pasta.
Bukan apa. Sebab gambar dah ada. So marilah kita merajinkan diri.
Actually ni adlh order dr cikgu sekolah.
Permintaan dah lama. Baru skg berani nak ambik order.
Biasa kalau buat pun utk port luck sekolah.


1. 2 biji bawang holland-dadukan
2. 2-3 ulas bawang putih-dadu

Tumis dengan olive oil utk effect rasa yang lebih ummppp.
Kalau tadek, belasah je minyak biasa. 


3. Dah layu, masukkan daging pilihan samada chicken/beef. 
4. Masak sampai air kering.
5. Masukkan capsicum



6. Masukkan sos spagetti. Kimball ke prego ke rasa lebih kurang je. Nak lebih jimat pakai je kimball.
7. Masukkan button mushroom, tomato cheery dll. Kdg ada daun sup aku masukkan jugak.
8. Seasoningkan dengan black and white pepper dan apa2 yg sesuai. Aku masukkan jugak dried oregano dan rosemary. 
9. Masak sampai sos agak kering.



10. Bancuh 10 biji telur (utk 500g pasta dan 400g daging) dgn 200ml fresh milk, garam dan gula.
Sukatan ikut suka. Hagak2 ye.
11. Tuang ke atas pasta yg dh direbus bersama sedikit minyak dan telah ditoskan.
12. Masukkan sos yg dimasak tadi. Gaul sebati.



Untuk adunan 500g pasta aku dapat 2 bekas aluminium ni.
13. Taburkan mozarella cheese, parmesan dan oregano.
14. Bakar lebih kurang 30-40min depends on oven masing2. Suhu aku pakai 220c



Siap!
Bawak pegi pork luck sekejapan lichennnn.
Ya, ini tempahan org. Utk port luck sekolah. Dia sponsor aku yg buat.
Sumbangan aku sendiri utk port luck benda lain la pulak.
Gittewww!

Ok tu je.
Tata



Monday, November 17, 2014

Bila KakMek Bosan

Update: sebenarnya aku dh tarik balik post ni. Sbb tetiba risau lak. Kang ada rakyat sekolah yg tahu blog ni. Kantoila beb. Hahahaa. Oh malu wehhh

Tp bila pikir balik ah lantokkk lah.
Muka aku je pun. Bukan muka ko.
Dah tuu. Blog aku mestilah muka aku.
Gitteww.


*****************************************************************


Koleksi #bilakakmekbohsan
Kat sekolah je sll terjadi.
Sawan katanya

AMARAN: boleh mendatangkan kemudharatan. Sakit jantung, sakit hati, sila jauhi post ini.








Ini tak boleh blah.
Pakai lisetik baru katanya.
Dah macam org sakit pun ye. Hishhh



Lempang nak?








Yang ni bukti pipi merah lps tadah matahari kat Tambun.




Dah cikgu sangat la ni??





Amacam? Agak2 kalau budak nmpak apa jadi?
Kahkahkah




Kadang2 roh perempuan desa menjelma, macam nilah pakaian cikgu diana ke sekolah.







Yg ni screen shot dr ig.
Gambar asal semua dh delete. Menyemak je bebanyak dlm gallery nih.




Eh ni sama mcm bebanyak tadi.









Takyah org lain. Diri sendiri pun rasa nak cepuk.









Yg pasti setakat ni xpenah kantoi ngan sesapa aktiviti menyelpie sawan camni. Hahahhaa







Ini legend. 1st selfie pic kat ig kalau tak silap.
Satu2 nya gambar 360 aku. Lps tu isytihar perang! Terus delete apps.







Dan ini terbaru.
Last week.


Ok tu je.
Tata

*ada yang muntah ke?
Dah, pegi ambik kain lap sendiri.
Sapa suruh tgk sampai abih?