Nak ikutkan aku bukanlah hantu jeruk2 segala ni.
Lagi2 jeruk dr penang tu. mmg xleh terima. Seketul bolehla buat ambik hati org yg offer.
Lebih2 tekak aku dh xleh terima. Kuat sgt kot rasa ubat dia.
Tp kalau jeruk mangga homemade okla. boleh layan.
Tambah kalau sejuk kan. Perghhh menjejes ailio hakak.
Oleh kerana benda alah ni dah kemain glamer di alam maya ni, maka aku pun taknak ketinggalan la kan. Takkan nak tgk saja. telan ailio sesorang.
Haruslah menjebakkan diri jugak.
Mangga muda ni bukannya senang nak dapat kat sini. Kalau kat kampung senang je hidup aku.
Nasib baik ada kakak sekolah yg baik hati menyumbang. Katanya rumah dia sampai terbuang2 mangga. Xde sapa nak makan. Hoiiii akak..mangga ni ada harga skg ni tau. Pantang kelibat, lesap sekelip mata. Rupanya sindiket pencuri mangga ni mmg xkira siapa dan di mana eh. Agak nampak pokok mangga je, ko sebat. Tak kira la sapa punya. Siap bawak guni bagai. kesialan sungguh perangai.
Asalnya banyak jugak yg dibawanya. Seplastik besar. Tp bila dah dicukai oleh mata2 yg nmpk benda hot camni, tinggal patlima bijik jela. Hurmmmm jadilah kan...benda free. Jgn byk bunyik. Kihkih
Balik sekolah terus singgah beli asam. Sebbaik ada yg jenis ni. Kalau yg satu lagi tu masin. I is don laik.
Mangga
Asam boi
Gula
Cili padi
Serbuk asam
Gegaul je. Simpan dlm esbox kurang2 4jam. Sejuk2 sedaplah sikit kan. Eh tak. Sedap banyak.
Pedas oii. Aku boh lima bijik je cili tu. tp perghhh thorbaekkk. Ujung2 cari air la jugak. Tp sedaplah kan. Makan xleh berenti sampai sakit gigi haku.
Semalam, cari lagi mangga muda. Tp xjumpa. Nak kena pegi pasar tani ke pasar malam kot baru ada.
Eh mcm dh lama sgt tak pegi psr mlm. Rindu pulak. Hr tu kemain teringin nak pegi pasar tani. Sampai ke Merlimau aku jejak. Puas hati.
Aku suka betul pasar2 pagi mcm tu. kalau kat kota bharu, hari Jumaat mmg ditunggu-tunggu. Byk pasar sana sini. Best gile. Bukan beli apa pun tapi suka tgk suasana. Meriah sgt.
Oleh kerana takde mangga, maka aku buat jugak tp pakai apple hijo. Sedap jugak weh.
Apple cutter ni dh lama pun beli. Tp sbb jarang sgt makan epal, maka jaranglah jugak penggunaannya.
Bila aku up gamba ni kat fb, ada la pulak yg berkenan. Ala ikea la mana lagi. Benda2 camni cepat je capai masuk bag. :D
2 comments:
nengok pun dah ngences...heheee
nengok pun dah ngences...heheee
Post a Comment