Thursday, June 16, 2011

Cuti lah!

cuti sekolah lps kitaorg balik kg. rasa dah lama giler tak balik kb. sbb cuti bln 3 hr tu tak balik. biasa mana penah cuti sekolah tak balik. makanya walau dlm keadaan sarat barat camni pun plan balik kg ttp diteruskan.

2-3 hari sblm tu ciklel dah tnya aku confirm ke aku ok, nk travel jauh2. bukan sejam dua weh. paling cepat pun 10 jam. itupun ikut gua musang. kalau terengganu, mau belas2 jam.
memang lah nak ikutkan keadaan aku ni dah tak patut pegi memana dah. dok jer dendiam kat rumah.
tapi tetap nak gagahkan diri jugak. lagipun dah plan utk buat doa selamat kat sana. so misi diteruskan walaupun getir.

10j travelling dalam keadaan yang bukan mcm org lain ni memang seksa wehh. berenti pun 2 kali jer. nk sgt cepat sampai.
sakit situ sini takyah nak cerita. kalau korg nak tahu sakit urat sarap tulang aku bukan mcm biasa org2 lain peknan tu. ni spesis apa pun susah nak cerita. tapi dia punya penangan Tuhan jer yg tahu. alangkan dok sesaja kat rumah pun, sakitnya tak menahan, lagi plak tercongok dalam keta puluh2 jam.
dan dalam 2-3 minggu ni memang tak boleh nak angkat kaki sendiri. naik turun katil, kereta, semua kena bantuan tangan untuk naikkan kaki. terutama belah kiri..hohoo..takpe, akak redha. :)

sebenarnya sakit ni mula dari zaman icha dulu. penangan dr bersalinkan emir. ingat lagi aku citer aku tak boleh nak gerakkan kaki lps deliver emir? haa...nilah kesannya lepas tu. bila mengandung jer, sakit tu datang balik. icha dulu pun mcm ni jugak. tp rasanya kali ni lebih teruk. mungkin tambah dengan faktor umur dan macam2lah. sebab tu org selalu assume aku tgh tunggu hari bila nmpk cara aku berjalan. tambah2 lagi dengan perut boyot ke depan kaw2 punya. kata dorg dr belakang langsung tak nmpk mcm peknan. still bershape..awww...akak suka! hahahah

balik dari kb, kitaorg lalu terengganu. sebabnya dah plan nak singgah semlman kat kijal. bawak budak2 bersuka ria. kesian lak dorang, kat kb pun tak byk aktiviti boleh buat sbb keadaan maknya tak mengijinkan.

oklah, budak2 hepi kita penat sikit pun takpe...lagipun aku tak buat apa pun. semua ciklel yg uruskan. penatnya cuma nak jalan2 turun ke pool dan beach tu jer. walaupun dekat tp bg aku jauhhhh la sangat. mana taknya kalau jalan dah macam siput, memang la....

sebenarnya mlm tu aku dah rasa tak sedap perut. tak lena tidur pun. asik rasa nak pegi toilet. tapi takde pun berinya. kejap2 rasa, kejap2 rasa. pagi tu lps breakfast pun rasa lagi. dah mula tak sedap ati. nak makan pun takde selera sbb perut asik sakit jer. so sepanjang jalan dari terengganu ke melaka dok la menahan. aku agak braxton hicks, tapi mcm kerap la plak. mcm betul2 dah nak. cuma tak berapa nak kuat. kalau rate, dalam 2-3/10 camtulah.. ciklel dah risau..kejap2 tanya. kejap2 tanya...

dan dengan itu maka terbantutlah juga niat nak berenti makan durian kat segamat sbb aku tak hingin langsung nak makan apa2 hari tu..nk cepat sampai rumah jer...bila teringat balik rugi okeh!

esoknya, kebetulan memang appointment. bila check, kata doc bb dah engaged n ada sikit bukaan. aku macam haaa???? so betullah semalam punya sakit tu.
disebabkan aku baru 34wks at that time, maka doc bg ventoline utk halang contraction lagi. sebab blom cukup masa. masih ada 3 minggu seblm 37 yg betul2 selamat utk bby keluar.

dan mc sampailah aku bersalin..alhamdulillah.

sebenarnya kalau tak jadi mcm ni pun, mmg dah plan nak mc awal sbb aku memang betul2 tak larat dah nak keja. dan dr.chia pun dh advise suh dok rumah jer. cuma takdelah seawal ni. ingatkan 2nd wk sekolah bukak. tp bila dh jadi cam ni, selasa lps dah setat mc. so segala keja2 yg blom setel terpaksa bawak balik rumah.
alhamdulillah semlm ni dah setel segala, hari ni mintak tolong ciklel hantarkan buku2 rekod budak ke sekolah. lepas ni dah boleh cuti dengan aman..


ni sikit sebanyak pic aktiviti cuti sekolah hari tu..




bday bash abang kat kfc jer. dihadiri semua kaum kerabat nenektokpa lah.
~ayhwan n ayhngah jer yg takde..
punah lagi harapan aku nak buat majlis yg proper skit utk anak2. takpe, insyaAllah tahun depan ada rezeki, kesihatan baik, kita buat ya sayang!


memula mmy berangan nak buat sendiri kek. dah bawak balik segala mak nenek alat senjata. sekali..ambik kau, buat kat kedai jelah. tapi kek ni memang bes. 1st time jumpa kek bes puas hati selain SR. dan seb baik ada kepala clown dalam simpanan, tgk deco asal tak selera makk..hahha.




ustajah pilihan. 
skg ni pegi memana request nak pakai seluar panjang n tudung jer..erkk..kalau ikutkan maknya, suar pendek manjang...huhuu..bagus2.



tp awning tudung ni mcm tinggi sangatlah. rimas lak aku tgk. sbb sbnrnya ni org besar punya. aku jaitkan kat bwh leher kasi muat muka budak kecik ni. susah nak cari plain utk budak2 camni. yg bnyknya ada ropol2 bagai tu. haih tak berkenan aku. hari tu dh trykan dia inner neck yg aku beli tak penah pakai. ok skit. takde awning n labuhnya ngam2 ngan dia. masalahnya kaler itam. mana mau dia itam2 ni. nak pink sajer...haihh!



rombongan ciksemah ke kfc tesco..hahha. kental okeh bergambar reramai camnih.



@awana kijal
























bye!



1 comment:

Unknown said...

bestnyer gi bercuti..demi anak2 redah jelah kan