Monday, June 13, 2011

Kembali

wahh lama betul tak bersiaran..membekukan diri? hok alaaa...
bukan apa, makin besar perut ni, makin berat bodynya, makin malas la konsepnya.

banyak nak citer tapi jom setat dgn citer ni dululah.

baby:
almost 90%.
walaupun katanya dh anak ke3 tp hampir semuanya kenalah berkonsepkan 2011. hiks. ada la jugak satu dua brg abang n kakak yg still boleh guna dan akan direuse.
bukan taknak guna balik yg lps2, tapi macam dah takde jer. sebab jarak dorg ni jauh2 dan kaler jugak berbeza, dah abis diserahkan pada yang berkenaan. tinggal yg unisex tu pun tak berapa nak ada.




mummy:
80% kot.

1. breast pump


dah beli ni. kalau dulu guna manual kali ni takmo dah. penat!
ikutkan hati mau yg dual pumping tp bila pikir2 balik, tak perlu pun sbb balik rumah kul 2-3, direct jer sumbat.
bukan apa, kali ni harap2 boleh exclusive. kakak dulu campur2 gak walaupun sampai 2tahun. insyaAllah harap2 berjaya dan RAJIN!


2. set bersalin



salindah ni aku dah makan setat dr emir dulu. alhamdulillah serasi dan berkesan. cuma kali ni remedial utk  before, continue mommy dahlia punya. banyak lg lebihnya..cuma beli B6 dan remedial dalam pantang jer. sebbaik gatal tangan email satu kedai online ni, dapatlah harga ahli. jimat la 50hengget..hehhe


3. Tukang Urut

oleh sebab ni 1st time nak berpantang kat sini, maka kenalah cari tukang urut sendiri. kalau yg dulu2 kt KB, bonda yang uruskan segala, kali ni terpaksalah usaha sendiri. dah riki2 mana yg ok dengan kengkawan kt sekolah. insyaAllah takde masalah nnti.

sebenarnya batu utk bertungku aku dah ambik siap2 kat kb hari tu. kecik jer pun. batu sungai. yalah takkan nak suh mama hangkut naik flight lak nnti.

tapi skg ni still lg survey2


tungku herba. untuk mak ada, untuk anak pun ada..macam ok, ermmm......nnti nak jenguk forum utk tahu bes ke tak bes benda alah ni. ada masa lagi kan?


ni plak letric punya. cas pastu dah boleh pakai. tapi yg buat aku kurang bekenannya, corak2 dia yang agak scary..takde yg senonoh kat mata aku ni.

tapi rasa2nya macam kekdah tradisional gak akan jadik pilihan..hiks!


4. maternity pads

paling aku tak gemor pakai yg loop tuh. haihh. tapi kat sepital memang akan kasi yg tulah. sebabnya senang, dorang akan sarungkan jer bawah montot ko, pastu dok dendiam..mana boleh tahan beb. sejam dua lepas tu, konpem aku mengagau cari spender.
so bila dah pakai spender bolehlah guna yg biasa.

memula macam ok jer pureen ni. pakai masa emir dulu. tapi masalahnya takde side guard. haihh mana buleh, kenalah ada xtra protection. kata aktip!



pastu masa icha hari tu, tetiba jumpa ciksofy nite yg maha lebar dan bersayap pula, eh suka! maka kali ni pun pilihan tetap pada yang bersayap. bolehlah mak terbanggggg tinggi2...... :)





5. bengkung

halamak. ni yg akak risau ni. missing in action! kemas punya kemas, last2 tak tahu mana aku letak. kena giatkan usaha mencari ni. takkan nak beli yg lain plak..

(update : eh dah jumpa. tp sengkat punya la plak. kena order yg labuh skit..)




walaupun sekarang ni mak2 moden tak berapa nak layan dah bengkung lilit2 ni, aku lak rasa masih ingin setia dengan yg ini. penah dulu beli corset masa emir tapi tak berpakai pun. pembaziran yg nyata wpun harga takdelah semahal PB. so sampai sekarang aku masih tak berani nak terjebak ngan PB sbb tahu kerajinan diri sendiri...memula jer xcited pastu sejuk dalam lemari..heheh. pastu tadah telinga sampai bernanah!


dan bengkung itu mesti pakai dengan benda2 alah ni..



dah pakai herbanika nona roguy ni dari dulu. oklah.... tak ambik the whole set sbb utk telan2 semua dah ada dalam set salindah..



6. Untuk luka jahitan lak

benda alah berdua ni.








sebenarnya dalam set salindah tu dah ada ubat utk luka jahitan. sekali ngan ubat pusat baby. tapi aku lebih suka pakai gel gamat ni dan telan jelinya. rasanya brand lain pun ada, tapi dah biasa pakai yg luxor punya, so carry on jer lah. cepat pun cepat. seminggu dah ok. takyah nak makan anak haruan idup bagai. eee....tobat!
tapi berdua ni blom beli. takpelah, ciklel tahu mana nak cari kang. :)


setakat ni rasanya tu jelah kot. esok2 kalau teringat kang aku roger la ciklel.
eh macam dah hampir 95% jer. hehehhe...oh ya, lipstik n blusher bersalin blom beli...ngeeee.... :p


okeh update
minggu : 35

berat : 70 (hambekk kau!)



errr...wardina pun ms pregnant 80kg kan?? ziana zain pun gemuk giler gak..
kahkahkah nak sedapkan ati sendiri :D

masalahnya, time emir dulu 70 tu dah maksimum. pastu beranak. icha lak 69.
kali ni 70 kat wk 35 pehal?? owhh tidakkkk....

No comments: