Monday, December 3, 2012

Percutian Keluarga : Terengganu Part 2

sebenarnya tujuan aku buat berpart bagai sebab skg most of da time aku on9 pakai phone je. takde masa aku nak bukak dan hadap laptop segala. so bila update pakai phone pepaham jelah. nak boh gamba banyak2 kim salam jelah.

tetiba mlm ni (update: fakta 2 minggu lps. haha) aku ada peluang on kan laptop seterusnya transfr gamba2 yang berjumlah 2244 dalam talipon tapi masih taknak delete yg dlm tepon sbb aku ada penyakit yg sukar dibendung. esok2 aku nak tatap balik gamba2 tu semua dah satu keja nak kena bukak laptop. haihhh tak mungkin. maka biarlah mereka di situ. agak2 dah penuh barulah rajinkan diri delete mana yg patut. ha gituuu...

ok sambung cerita percutian keluarga PakYa Jasin.
1st night kitaorg stay kat cherating. plan asalnya nak ke awana kijal. tapi apartment under awana resort tu rupanya bukan untuk daily basis. katanya utk long term punya rental. nak sewa bilik macam rugi la pulak. paling2 5 bilik. hoih rugi rugi.
cari punya cari dapatlah apartment 3 bilik kat Sanctuary Beach Resort. masa booking tu ciklel tak terpikir nak tgk review ke hapa. sbb byk tempat lain dah fully book. so bila dah jumpa yg available, terus zasss booking.
sekali bila sampai, 1st impression. omakkkaihh. macam balai polis pun ada. bangunan dia kaler biru uolsss.




tolong jangan terpedaya. nmpak mcm sempurna je kan. aku tak tahu ni gamba bila tahun. yang pasti aku bagi 1 out of 10!
satu tu hanya utk easy excess ke pantai dan dekat sangat dgn jeti nelayan. itu sahaja! yang lain2 adalah horror!
korang nak tahu apa yg horror sila baca review. malas aku nak citer pepanjang. sakit hati. harga mahal servis cam haramm!



oleh kerana tak ramai pun yang dok sini (mesti org lain bc review dulu before book. hukhuk), maka pool ni diperintah oleh mereka anak beranak. 



tapi  kekanak ini tidak dibenarkan sama sekali terjebak dalam aktiviti air. kata baru keluar sepital kan. masa ni batuk still ada. sebeban ubat sebagai bekalan. siannnn dia. mmpu tgk jelah semua orang bergembira.


malamnya after gugel cari tempat makan best, end up dgn kedai ni. oklah selesa utk family yg ramai. cepat pun boleh tahan walaupun orang ramai. kadar keenakkan 6/10. 






hoh, anak sapa ni????



besoknya pagi2 lagi umar dah ajak keluar. so kitaorang berdua jelah keluar amik bau laut pagi. pantai sangat dekat. dan itulah yg aku bagi markah 1 utk resort ni. 



nelayan baru nak keluar. tetiba aku jadi sebak. tak pepasal ockeyy! haha

aku memang suka tgk life org2 laut. rasa respek giler ngan nelayan2. bes tgk dorang. gigih berani sabar. 
tgk nelayan jahit jala betulkan enjin bot pun boleh buat aku terharu. 





byk bot kat sana. 



puting tetaaaapppppp....
abang kakak dulu setahun dah putingless. senang je. umar ni agak sukar. padahal aku dah tetapkan syarat utk tido sahaja. (baby pahamkah syarat2 segala??)






dah kata berdua je. haruslah datingggg kannnnnn....
*tudung muka bulat tajuknya. huhu




now kakak join. 








si penjejak kucing. pantang jumpa memang tak bergeraklah dia kat situ.




sempoi mak mertua iols. eh kakak ipar iols pun sama. hahahhaaa
ni geng pencari sarapan. warung tepi jeti. apadehal keluar ngan kain batik kan...dah rasa mcm kampung halaman sendiri. kahkahkah.




sotong segar. bessar wohhh! kata pakcik tu ni kecik je, ada yg lagi besar...aku macam haaa??? terpegun akak.



sesi menginterview pakcik ikan.



bot yg penuh dengan ketam. nasib aku bukan pemakan ketam...kalau tak mesti meroyan di situ.



ciklel tak tahan. RM13 sekilo. kau gilee???
bila pakcik tu kata, boleh hantar kat warung mintak dorang masakkan, laju2 ciklel amik. 





moh kita hantar kedai...



tadaaaaaa......

uwaaaaaaaa........nak lagii!!!!!



upah masak RM8 je. 



tengok gambar ni buat perut iolss berkeroncong! sedappppnyeeeee



ok, bersambung...

No comments: