Setakat ni mek ada sorg je anak dara. Dialah penghibur dialah juga pengganggu ketenteraman awam.
Tahun depan dah 5 tahun. Cepatnya lahai dah besar. Hari tu kemas2 lemari dia, kemain banyak baju yg perlu dinyahkan. Semua cecantik je lagi. Itu belum masuk satu kotak yg balik dr uk dulu yg memang dah asing siap2. Bila dibelek2 balik rugi sangat rasanya. Byk yg sempat pakai sekali dua je. Mana taknya. Anak dara ni cepat sangat membesar terutama bagian perut. Penin pala mek.
Sekarang memang susah sgt nak carikan dia baju. Saiz std umur dia mmg tak lepas punya. Dan mek paling takkan beli baju anak saiz besar2. Kalau boleh mmg nak yg ngam2. Ciklel selalu bising. Haha. Haih tak berkenan mek tgk kekanak pakai baju besar2 gelobos. Tak cantik. Rimas. Tapi tulah. Bila dah ada special case macam ni nak tak nak terpaksalah jugak...
Nasib baik ada cousin gegirl. Sayang jugak nak let go pada sapa2 kan. Kalau family sendiri kuranglah rasa bersalah sikit. Yalah time beli tak pikir berbaloi ke tidak. Terpesona di mata je terus meroyan. Tak sempat nak pikir anak mampu pakai berapa kali je nnti. Tulah salah satu kelemahan mek yg masih tak dapat nak lupuskan sampai sekarang. Boros dan berpikiran cetek. Huhuu
Skg ni si anak plak asal nak keluar je laju2 cari baju longsleeve tudung bagai. Adehhh lom sempat mak dia nak ambik dia dah pilih dulu. ~kakak nak tutup aurat. Kakak tahu budak kecik takpa tak tutup aurat tapi kalau nak tutup pun takpe. Lagi baguskan mmy??
Uwaaaaaaaaaaa.....menangis keinsafan mak disitu.
Dia dh checkmate di situ maka tak guna memaksa lagi.
Mek pun sebenarnya bukan nak ajar anak dedah2 sangat pun. Sementara kecik lagi ni oklah. Esok2 dh besar wajiblahkan.
Tapi nasib baik (nasib baik kau! Bertuah punya mak!) kdg2 makan pujuk jugak. Bahahaha...
Mek bukan apa. Rimaslah tgk budak kecik bertudung bagai ni. Nak2 stok yg makbapak tak kesah langsung rupa anak. Budak2 ni tau jelah. Bila pakai tudung bukan reti nak betul2 cecantik. Agak2 rimas main tarik2 je. pasti keluar ramot selambak. Tudung senget benget. Haih pantang betul. Tu sbb bila anak dara mek pakai tudung mek lagi rimas dr dia. Sbb keja mek kejap2 betulkan tudung dia. Boleh hilang mood kalau tudung anak tak betul. Over okeh!! Haha
Tapi ciklel selalu bising bila mek bising tak bagi anak pakai tudung. Katanya biarlah budak tu nak pakai. Benda elok kan. Ok...ok!! -pastu dgn dia dia rimas tgk mek asik2 panggil anak nak betulkan tudung. Haha.
Last week bawak dia bertindik. 2-3 hari dok berzikir kt telinga bila nak tindik bila nak tindik. Kakak tak takut. Kakak tahan sakit.
Sekali amik kau! Berair gak mata kena telinga kedua tu. *tp katanya sebab kakak terkejut kena tembak. Hehe
Tapi kagumlah jugak ngan dia. Berani. Tahan sakit. Tak menangis pun..
*kenapa gamba upload pakai mobile blogger adalah seperti gegar2 lantas muka kelihatan pelik??
1 comment:
Bagus la, berani! Zara ngajak je dkt 100kali, sampai sana tutup tinge, bila ajak kuar kedai, xkasi, suh tindik jugak. Confius mak! Last2 org tu pegang aje pale zara,setle!
Post a Comment