Saturday, December 28, 2013

Resepi : Ayam Goreng super yummy.

Adik kakak sekalian
Hari ni kakak nak share cara masak ayam goreng.
Eh bukan goreng biasa stok lumur kunyit garam sesaja tu okeh.
Ni special punya.

Meh kasi up gambo dulu.




Kakak masak ni kat rumah mertua tadi.
Berpinaupinau kesedapan dorang makan.
Nasib baik berpinau sedap
Kalau tak jatuh saham kakak khen.


Okeh mari tgk
Bahan2 nya ialah:
(mcm biasa kakak masak xde sukatan. Sukati campak2 je)

Tumbuk
Bawang putih
Kunyit hidup
Halia

Garam
Sos tiram
Serbuk kari
Tepung jagung*
Tepung beras*
*agak2 tersalut tepung

Putih telur
Secukup rasa kalau ada
Serbuk lada putih pun kalau ada

Gaul semua dengan ayam.
Perap at least 30min
Lagi lama lagi sedap la

Goreng dgn minyak panas yg byk
Api sederhana
Hasil dia
Rangup diluar juicy di dalam
Perghhh!

Mcm ayam nasi kukus wa cakap loe!


Sumber resepi : http://mas-dapurmas.blogspot.com/2013/08/ayam-goreng-super-yummyy.html

Tq sistah!


Thursday, December 26, 2013

Azam

Selalunya bila dh ujung2 tahun nak ke tahun baru sana sini post pasal azam.
Dan aku plak tak penahnya nak tepek azam kat sini.
Eh tahtah azam pun aku tak penah tanam. 
Follow the flow katenye...hihihi
So aku tak sure if azam aku setiap tahun tu tercapai ke tidak.

*azam utk jadi hambaNya, isteri, anak, mak, adik, kakak, sedara yang lebih baik dari tahun2 sebelumnya tu opkos ada la kan..dah kalau itupun takde mmg zero la nilai hidup aku.


Oleh kerana cuti sekolah tahun ni mengundang satu malapetaka kecil bagi aku,
Maka 
untuk pertama kalinya dalam hidup aku ada azam untuk diwar2kan. 

KURANGKAN BERAT BADAN!!


Satu tahun ni usaha aku nak buang 3kg nampknya tak berjaya.
Turun kejap pastu naik balik. Stress okeh!
Lagi2 dlm cuti ni gaya makan aku dah macam menakutkan.
Otak cuba nak control
Tapi tangan lajuuu je menyuap.
Sudahnya jangankan nak kurang yg 3kelo tu, bertambah 2kelo ada! 
Arghhhh...tidak.....tidak....tidak....ini tidak boleh dibiarkan!

Exercise jauh sekali
Nama nak pegi park jogging jauh sekali.
Sebulan dapat sekali dah cukup baik.
Membizi je.
Harapkan kat sekolah jelah naik turun tangga.


Maka
Bila dipropose pd ciklel
Hajat bini nak exercise kat rumah
Terus dia setuju
Atas reason 
nak seisi rumah sihat
atau sbb bini dh membulat aku tak tahu lak
Yang pasti dia setuju sbb dia pun boleh join sama 
Sejak2 dah tak boleh aktif sbb lutut asik2 tangguh nak buat ACL
Dia pun aku tgk apa kurangnya.
Melantak tak hingat.
Exercise nan hado.
Kalau dulu lutut sihat aktif bukan main.
Skg nak swimming pun kena pakai knee support.
Sian.

So cadangan aku ni kiranya tepat pada masanya la kan.
Cuma skg kena survey2 lagi.
Sbb benda alah ni byk jenisnya.
Takut terbeli yg ada function sesaja tak perlu.
Sesia je kang kena keluarkan extra budget.

Aku perlu yg basic je. 
Takyah la nak advance sangat.
Bukan nak beria sgt pun kan.

So setakat ni yg ada dlm list




Blom sempat pegi belek kt kedai lagi.
Harap2 by Jan dah boleh mula projek aku ni.

Mana tahan hoi. 
Baju keja semua dah sendat,
*menangis*


Wednesday, December 25, 2013

Review Percutian Pendek: Bukit Merah Part 3


Sambungan dari percutian ke Bukit Merah hari tu.
Ho ho ho kemain lama kan.
Yang sebenarnya aku nak simpan gambar2 ni semua.
Lps ni dh boleh delete dlm album.


lps dah check out, layankan permintaan si emir nak naik chair lift.
Harga RM7 sorg. 





Ok la. Boleh la nak buat test gayat kan.
Walaupun xdelah tinggi mana pun compared to cable car langkawi.
dan....
mcm biasa ciklel pilih option tak naik.
Dia tu penggayat yg hamat.





Ini dh sampai ke seberang sana.
Kena turun dulu walaupun nak patah balik.
So kitaorg turun jap posing barang sekeping dua.















The ladies.


Singgah kejap di rumah family angkat chik
Dorang ni penternak ikan arowana
Fuyohh terkagum kejap tgk.








Sebelum balik haruslah bergambar kenangan beramai-ramai..



Ok itu saja siri percutian tahun ni.
Kitaorang berpisah di rnr bukit gantang.
Dorang balik terus ke KB.
Kitaorg balik Melaka...


Next year plan ke Krabi dan Phuket by land.
Yeayy!!
So utk anak2 Ismail, family fund akan bertambah starting Jan 2014 okeh.
Sekian.




Perbandingan 2 mangkuk laksa.
Yg atas tu Batu Feringgi, bawah rnr bukit gantang.
Jauhhhhh beza okeh!


Otw balik, chik whasapp gamba ni.
Whoahhh bestnyer.






Thursday, December 19, 2013

Bila suami paham kehendak isteri hiks

Semalam ciklel melunaskan hadiah birthday bini.
Walaupun dah lewat beberapa minggu tapi pedehal.
Bini ok je.

Ciklel ni satu hal dia memang tak pandai nak buat suprise.
Payah katanya sebab aku cerewet sangat.
Tambah lagi dia mmg tak reti nak sorok apa2 dari aku.
Mesti lambat laun sengih2 pastu bagitau jugak.
Eh yang sebenarnya aku pun dua kali lima jugak. Hikhik.

So elemen2 suprise mmg tak wujud dalam hidup kitaorg.
Dari zaman bercinta dulu.
Mesti nak bawak tuan punya badan dan pilih sendiri.

Sebenarnya bagus jugak.
Sbb aku tak berapa nak yakin pilihan dia. 
Hahahaaa
Kekwat betul.


So smlm kitaorg ke empire subang.
Kekononnya nak merasa makanan serai.
Masa sampai perut kenyang lagi. Sbb baru lps bfast.
Sekali bila dh lunch hour, ramainya ya ampunn!
Koser nk menunggu table, blah je lah.
Next time sajo.

Nmpak Pandora terus ciklel ajak masuk.
Mmg dia dh cop nak adiahkan Pandora tahun ni.
Cuma terlewat sbb masa bday ritu kitaorang kat Perak.
Alaaa janganlaa...jangan laaa....susah susahhhh jeeee kata bibirku
Padahal bersinar2 mataku tatkala itu
Hahahhaha



Tgkla panglima kecik aku tu. Nasib baik ada moksu tukang melayan. Kalau tak..



Kemahin serius makenchik memilih.
Hihi
Padahal dh tahu pun design yg mana kan. 



Sebenarnya ada cerita.
Dah siap pakai melaram pegi makan hantar moksu balik uitm segala.
Baru perasan ada defect.
Patah balik ke empire.
Takde dah saiz aku. Sedih.
Dorg suruh pegi mv, ampang or setia city mall utk tukar.
Kat situ je ada saiz yg aku nak.
So kitaorg pegi setia city mall
Fuhh punyalah mencabar.
Konon nak keluar kl before 4 
Sekali terpaksa redah jem gak. Kul 7 baru boleh keluar.
Tak pepasal terpaksa ukur luas setia city mall plak. Hihi


So inilah hadiah suami sempena bday tahun ni.
Walaupun bendanya takdelah berharga mana pun
Tapi sangat tinggi nilainya pada aku
Eh adiah somi katenyeeee







Weeheee!!
Tq chenta!

Ko dah kenapa over sangat ni????

Menyampah pulak aku tgk si pauziah gaus dlm romantika ni.
Taulah laki ko. Over kott!!

Aku tgk pun sbb dorang naik Star Cruise which is salah satu my wishlist. Kalau tak jgn harapp okeh. Ni pun jeling2 ekor mata je pun. Tak menahan tgk. Dah la baru lps makan. Tak pepasal muntah terbelahak aku.

Hai bilala impian nak jadi kenyataan ni...tunggu anak2 dh besar kot eh.

Sabar....sabar...

Wednesday, December 11, 2013

Mahal

ini yang aku maksudkan dlm post sebelum ni...curi dari fb ngah.
oiii fake ko kate aku ye!


kalau rujuk gambar ori tu sblm pose confirm sama punyalah. cuma pelakon je berbeza.
tapi mana lak nak cari watak mamat rokers tu?? huhu


Review: Cic

Dok belek2 post dlm draf mobile blogger.
aku tatau bila kala aku buat percubaaan utk blog pasal cic nih. Agaknya awal tahun hr tu kot. Ni dh nak abis tahun baru nak publish. Hahahaa nasib la...



*******
Hari ni aku nak citer sikit psl CIC-Children Islamic Centre. Playschool, preschool n after school programmes.

Sebab ada someone yg tnya berbaloi ke tak hantar anak ke situ.
Thn ni Icha dah masuk tahun ke 2 kat cic. Masuk situ masa umur dia 4y. Before that masa 3y aku hantar tadika cina. Sepatah haram doa tak tahu even yg lain2 ok.

Dlm dok berkira2 nk carikan skul lain utk dia, adalah jugak survey montessori, smart reader, qdees dll. masa tu jgk genius aulad br nak bukak caw melaka. Tp bila tnya, jauh la plak centrenya dr ayer keroh. So cancel.

As for montessori, SR and QD pulak tak berapa nak menarik perhatian sbb kurang islamicnya. Oh yes, we prefer more to islamic english base. At that time mmglah hazab nak jumpa. Kalau kl berlambak la kan.

So bila cic open caw kat melaka, belakang rumah lak tu, kitaorang tanpa ragu2 enroll dia kt situ. Walaupun monthly nya agak mencekik tapi demi foundation anak2 aku ngan ciklel mmg pejam mata.

Yalah. register je dah 1k+. Normal la tu mana2 kan. Tapi tahun ni dh murah sikit. 800 je. Sbb dah kira senior kot. Haha. Monthly plak 400. Mau tak tercekik. Itu utk program yg abis pukul 2. Kalau sampai pukul 5? Huhu menanges.

so far, its worth money la. Nmpk ada hasil dgn investment yg dibuat. Kids kat situ tak ramai pun. Last year dlm 16 je kot. Tahun ni tak sure berapa. Tak termasuk after school. n teacher ada dlm 5-6 org. Memang sangat2 munasabah utk bg 100% attention.

Alhamdulillah setahun icha kat sana, dia dh boleh baca dgn lancar, boleh buat maths dgn baik, confident level yg tinggi, solat siap dengan bacaan yg lengkap, doa2 segala dan Iqra' pun bagus.

Dlm umur 4 thn bila boleh buat semua tu opkos kita as parents mcm aduhh alhamdulillah lega...yalah. Kita dulu 4 tahun apa sangat yg tahu.





Cic ni jgk ada byk program2 luar yg dorang join. Setiap kali tu akan ada performance dr anak2 cic ni. So secara tak langsung, akan built up their confidence level.

Hari tu aku ternmpk BBIM-Brainy Bunch Islamic Montessori tgh edar flyers. Rupanya dorang nk bukak 1st centre kat melaka ni. Area opis ciklel. Wahhhh ini sudah bagusss. Aku mmg dh lama usha BBIM ni. Sepertinya sangat best.


Tapi...tapiii...tapiiiiii.....fee dia bapak punya mahal. tak silap aku untill 2pm-RM480, 5.30pm-RM580 kot. Whoahh tak mampu makenchek. Beza 80 hengget sebulan bnyk tuuu....takpelah. Kita remain mana yg ada. Takyah gatal nk tukar2. Lagipun next year nk hantar umar lak. Kalau 2 org, pitam bangun pitam bangun aku tiap kali byr yuran.





****************
11 Dis 2013


Kesimpulannya setakat ni kitaorg puas hati ngan cic. Alhamdulillah lega sangat sbb byk mudahnya kat sini. Dekat dgn rumah. Plus kalau ambik lambat dorg tak berkira. Aku ambik prog sampai pukul 3 je. Tp kadang bila ada meeting pukul 4 lebih baru ambik. So far dorg ok je. Xde nak xtra charge ke apa. Budak2 dia pun baik2 semua.

Maka next year 2014 will be final year utk kakak kat cic. June nnti adik menyusul. Harap2 kakak xhilang fokus. Almaklumla adiknya tu kan panglima mustang. Hihi

So makbapak yg dok pening kepala cari kindy utk anak2, blh la consider cic. Byk branch seluruh malaysia ni. Kalau area klang valley lagi takde masalah.
Ok selamat meriki2!


ini last year punya event.
aku capai je gamba mana yg dapat.
gambar2 lain tah mana aku simpan. kan dah kata bloglah tempat paling senang nak cari balik.







konon theme red+black. langsung tak. hahahhaa


yang ni perform kt mydin sempena ihya' Ramadhan. last year.





birthday celebration.








SDSI

Sarapan pagi ni.


Mi soto katanya.
Tapi ikut tekak anak2.
Pakai rempah soto ready made yg beli kat sdsi hari tu.
Produk dr Endau Johor.




Eh sdsi tu best la.
Kitaorg start jatuh cinta last year.
Memula igt tak best mana pun.
Sekali bila pegi eh eh menariklah.
Semua negeri dlm satu tempat.
Setiap negeri banyak daerah pulak.
Masing2 bawak produk masing2.



Bagus la kan.
Bagus utk dorang utk market produk
Bagus utk kita utk perabih duit. Hahaa




Paling aku suka persembahan setiap negeri.


Kalau nasib baik dptlah tgk.

Setiap pavilion (booth negeri) akan buat show kebudayaan dorg.
Yg paling best opkosla teganu, kelate dan nesmilan. Asyik sungguh.
Tapi tu last year.

This year kitaorg pegi 1st day. Jumaat. Sebab esoknya dh nak balik kb.
Byk booth blom bukak lagi. Persembahan pun tak byk.
Tapi dlm byk booth yg blom bukak pun, kempis gakla poket. Berhantu betul. Ada je benda2 yg menarik sehingga sukar dilepaskan. Kui3x



Budak2 aku pakaikan baju tido je. Haha
Senang balik terus jalannn.

Btw, Pokok2 blkg tu semua real punya.
Kobis, cili, tomato etc
Best sangat. Terharu2 aku membeleknya.
Mokcik kan mmg suka pokok2 sayur ni. Cuma tak pandai nak membela. Sedihh.



Pineapples tower.
Woahhh kagum!



Pavilion Sabah. 


Sarawak. 



Tujuan sebenar ke Sarawak. Kek lapis fav emir.



Kat luar. Booth makanan. Sayangnya dh byk gerai tutup. Abis.


Takde apa yg aku teringin kecuali laksa penang. Tp abis la pulak.
So yg ada mi abu je. Booth Kedah.
Ok la. stok2 mamak je mi nye.
Tapi katanya kemain pemes kat kedah. Tgk di banner gerai tu mi fav sultan kedah ke apa.

Ciklel makan masak lemak daging salai. Booth nesmilan. 
Nmpk sedap tp puii tak sedap. Langsung tak spt diharapkan.




Shawl dr cambodia. 
Cecantik. Aku rembat 2lai. 
RM25 selai. Ambik 2 RM45.
Ciklel mintak RM40 sampai dapat. Dia mmg terer bab tu.




Antara belian paling puas hati.
Dari Perak.
Sedap gile. Harga biasa RM28 utk 48 ketui.
Tapi kat sdsi RM20 je. Murah gile kot. 
Biasa time raya 50ketul pun RM23-RM25 kan. Balang biasa2 je. 
Tu pun blom tentu sedap.

Alaa.....ruginya beli satu. Terngiang2 ni. Tolong!!

Dorg ada bg pamplet tp mana tah aku dh buang.
Nak jadi egent anytime takyah tunggu raya.

Sebenarnya byk selection cookies yg dia buat. 
Cuma utk sdsi ni dorg bwk best seller, semperit ni.
Dh market ke oversea.
Patutla mabeles!









Tuesday, December 10, 2013

Percutian Pendek : Bukit Merah Part 2

Sebenarnya kan
Aku dh taip cerita penyambung ni semalam
Tapi tah mana silap tekan
Tetiba ilang.
Arghhh stress.
Dah la haku pemalas
Maka takdelah nak cerita pepanjang lagi

Lps keluar waterpark kitaorg ke tepeng
Lake garden




Cantik gile pokok2 kat sini.
Konon nak posing tang sini. Sekali hujannn. Hurmmm punah harapan makenchek.

(Eh tetiba centre la pulak. Ah lantaklah)




Nenek dan cucus naik boat. 
Kitaorang bergedikan ditepian sudehh. 





Amboi jongosnya kelihatan diriku. Hahahahaa
Layankan peminat terbaru iols ni.
Pantang kelibat melekat saja. Berebut ngan abg umar.
Ko kenapa dik? Hot sangatkah mamaNa mu ini?? Kahkahkah


Lps tu ke Kuala Sepetang. Pekena mi udang.
Tapi mak jah tutup la pulak.
Katanya di baner tu Rabu yg tutup. Tapi Khamis pun tak bukak kenapa mak jah oii??

Sudahnya rezeki mak teh la. 


Gambar curi dr fb model kepala separuh di atas.



Semangkuk RM10. Mi cipotet je. Udang patlima ketui. 
Kalau udang besar sikit rega semangkuk RM12.
Nasi takde. Dah abis. Padahal baru pukul 6.30 kot. Aptb.
Aku syak dia nak abiskan stok mi. tu sbb taknak masak nasi baru.



Esoknya rombongan ciksemah ke Penang. Naik feri katanya.
Bukan budak je yg excited ngan feri ni tapi semua.



4 keta terpisah. Dua sana dua sini.
Padahal dh plan baek punya masa masuk lane. Sekali dorg lps asing2. Choii


3 Jejaka sasa + 1 keding. Kahkahkah




sulung. Anak sulung dan cucu sulung nenek.



Amboi vb ke?? Ahahahhahaaa




Anak sulung mokcik. Kemain.






Motip??
Ini sebenarnya plan asal chik ngan ngah. Nak buat childhood photos kat sini. 
Kekonon macam ni la.



Sbb dulu masa dorang kecik2 pegi penang ngan mama, beginilah posingnya.
Tapi bila dh terpisah feri, nan adooolah. Haha punah harapan.
Lenkali yeah!






Tudung kemain terbang ko yeah,




Bodyguards guwe. Ada beran??.




Lorong sepi ke nasi kandar line clear.
Parking mudah. Masuk ikut belakang.
Tapi...tapi....scarynya sbb ternampak cik T masa lalu sini.
Erkkkkk terus mati syawat.



Me not like.
Nasi banjir sangat. Aku mana makan nasi kuah byk. So cuit2 sikit je.
Orang lain kemain belasah.


Batu feringgi. Area bt ferenggi malam baru happening. Siang takde apa. 
Ada pengantin seksi je yg dok shooting belakang tu. 
dh la open. Tahapahapa. Kot ye pun, pegi la private beach. 
Oh jimat ye.


iPan the beach boy.
Muka ganas tp hisap jari n gentel pusat. Ahahhahaha






Laksa penang paling hancusss kat penang.
Tak sedap kuasa lapan belas. Menyesal!

Lps tu kitaorg ke Padang Kota Lama.
Pekena passemboq.
Tapi suasana amatlah tak best.
Ko duduk je, berderu derulah datang keliling meja ko. Semua promot makanan gerai masing2.
Sampai aku tak tahu nak dgr yg mana satu.
Mmg stail situ la kot. Pening haku. Terus rasa menyampah.

Sebelah meja kitaorang ada satu group kelate gak. 
Sekali jenguk player kelate rupanya. Dorang ada friendly kat penang masa tu.
Tapi apek piya takde pun. Nasib baik.
 Kalau tak mahu ada yg meroyan nak bergambar la hapa.
Aku dah la anti benda2 camtu. 


Malamnya balik semula ke Bukit Merah. Tido semalam lagi. Packing...packing......Esok balikkkk.




Ok tu je. Nnti sambung lagi.






















Last but not least.....









































Tuan tanah yg poyo. Hiks





Tata.