Kalau sarapan memang agak tough sikit sbb 3 orang 3 menu berbeza.
abang tekak western.
Kakak tekak kampung.
Adik tekak nasi.
Untuk abang, ada roti manis atau pizza kiranya dah setel. Kadang2 dia akan mintak buatkan waffle.
So stok utk roti dan pizza mesti ada. Buat byk2 dan frozenkan. Senang.
Kakak pulak tak berapa minat roti ke pizza bagai.
So kena pikirkan benda lain utk dia.
Sama mcm adik.
kalau ada nasi smlm buatkan nasi goreng pun dh ok.
Tapi kalau xde, selalunya aku akan masak awal2. Untuk sarapan dan tghari sekali.
Dalam pukul 10-11 dah setel brunch.
Macam semalam ada roti canai utk bfast. Abang ok je. Tapi kakak taknak.
Merengek mintak buatkan roti jala.
Memula macam malas je sbb nak kena hadap kek rainbow plak lps tu.
Tapi bila tgk muka si anak mana nak sampai hati.
Lalu, terus capai blender, tepung segala. Sap sap soi. 5 minit dh boleh makan.
Resepi ni antara yg paling best.
Satu adunan ni tak byk sgt dpt. ngam utk 2 org. Elokla. takdelah membazir nnti.
Lembut je. Aku buat kecik2 comel. Senang anak dara tu nak makan. Cicah susu.
Ok, mari tgk resepi. Aku ambik dr blog sapa tah dulu. Tak ingat dah.
~Roti Jala~
3/4 cawan air
1/2 cwn susu segar/air
1 cwn tepung
1/2 st garam
Pewarna kuning
1biji telur
3sb minyak/butter cair
Masuk semua dalam blender. Tapi pastikan masuk cecair dulu baru masuk tepung.
Agak2 masih pekat tambah air sikit.
Dah tu je. Jom menjala!
No comments:
Post a Comment