Monday, December 9, 2013

Percutian Pendek: Bukit Merah Laketown

Percutian keluarga belah Kota Bharu tahun ni.

plan asal nak ke Langkawi tapi bila dh last minute susah nak arrange segala bagai.
makanya ke Bukit Merah lah kita.
ok je. asal dapat bawak budak2 berjalan. mana2 pun seronok je.

kitaorang balik kb dulu sabtu. dari kb Rabu, konvoi 3 buah keta ke sana. ayahngah dari Nilai akan ambik ayahwan dari Bangkok kat klia then jumpa di bukit merah. maknanya kali ni semua terlibat kecuali moksu yg tak boleh skip kelas sbb ada presentation. sian. takpelah moksu. next time okeh.




muka2 excited.


Grik. merentasi banjaran titiwangsa. Subhanallah...nyamannya...kabus kemain tebal. 
nasib baik hujan tak melebat sangat macam kb.

sampai bukit merah dalam pukul 5. 
sementara tunggu ayahchik pegi ambik kunci, ayuh rewang2 sekitar dulu.




ciklel kemain menyampah gambar ni. sbb beliau kelihatan sangat gemukss. haha
dah tu sapa suruh baju seluar besar gabak? 
aku suka gambar ni sbb semua org dalam ni bercamo prints. sorry ciklel..



IbuAyu n the gang.











malam tu acara potong kek. 
auww...hejadi makenchik rupanya. 
4 Dis mokcik genap 34 tahun. 
tua dah. masuk 2014 esok dah terpaksa bagitau umur 35 padahal baru masuk 34. mana aci!
hoi. bersungguh2 taknak tua dulu. haha
oh, adiah tu dari ayahwan. yeayy!!




esoknya pepagi lagi dah tercongok depan waterpark.
nasib tak berapa ramai sbb hari Khamis. aman damai.
cuaca pun sangat ok. 



barisan kanak2..



mamat kecik ni paling excited.



lagi sekali. rombongan ciksemah.




seketul je gambar dlm waterpark. hehe. 
malas aku nak hangkut masuk air.

overall, ok la. 
banyak bagian. kekanak ok. dewasa pun ok. slide byk. kecik besar tinggi redah semua ada.

makanan ok2 je. tak mahal sangat.
nasi lemak RM6. nasi ayam RM9
sekali air.
jajan2 semua harga masih boleh diterima akal. 
tak macam legoland. itu gile.
oh ya, hari tu makanan luar boleh je bawak masuk.
takde pun dorang nak check2 selongkar bagai.
tapi kitaorg takde bawak apa pun. roti je. 


harga dewasa RM30, budak RM20 utk waterpark saja. 
kalau combo ngan chairlift + ecopark RM48, budak RM37.

kitaorang ambik waterpark saja sbb ecopark dah penah pegi. chairlif plak esok2 kalau rasa nak naik baru beri tiket. so takdelah nak rush ke sana ke mari. main koyam puas2 dah.

keluar dari waterpark dalam pukul 3. itupun bebudak semua dah kecut. masing2 dah meragam penat mengantuk semua ada.


aku pun tak paham kenapa sini je port nak bergambar.
sebelum, semasa, sesudah. macamkan takde tempat lain. hahaaa



ok, yg ni suami berada pada saiz yg sebenar. haha..



angah yg 2x ganda berat mamana.



kan dah cakap! kahkahkah

ok sampai sini dulu.
nanti2 sambung. 

tata!


No comments: