Friday, January 4, 2013

Resepi : Durian Crepe

Ok Ok aku memang ketinggalan zaman. Skg baru nk hegeh2 upkan resepi. Hahahaa... Durian pun dh nak abis musim dah pun makcik oiii. *ada aku kesah?? Kui3x
Lantaklah kan. Asalkan ada dlm simpanan aku. Esok2 durian muncul kembali, xdelah aku nk menggagau cari resepi lagi.
Sebenarnya crepe bukanlah utk tekak aku. Setakat seketul tu boleh la. Lebih is kennot. Tekak dont like.
Tp ciklel nmpaknya seperti ok. Maka aku ada alasan utk simpan resepi ni kan. Hehe
Dah dua resepi aku cuba. Yg kedua lebih baik. First time pakai tepung gandum semata. Keras jadinya bila masuk fridge.
Kali kedua aku pakai 4 jenis tepung. Better outcomes. Nipis kenyal dan lembut.
Resepi asal. Dapatlah dlm 7-8 keping. Kalau nak doublekan pandai2lah kali ya. Cuma tang minyak dan telur tu blh kurangkan sikit.
20g tepung gandum
20g tepung ubi
10g tepung jagung
10g tepung kastard
1sb minyak masak
1sb gula
1biji telur
40ml susu cair (aku pakai fresh milk)
150ml air biasa
Esen vanila
Pewarna.
Secubit garam
Masuk semua. Pukul pakai whisk. Tapis. Siap!
Memang cair. Sbb tu bila masak jd nipis. Golek cecepat kuali. Jgn byk nnti tebal tak best.
Filling:
Whipping cream agak2 la berapa banyak nak guna. Aku pakai brand rich. Memang sangat best. Sebab cepat je kembang n pekat. Rasa pun lebih sedap. Tp opkos adalah lebih mahal dr brand lain.
Isi durian atau nak buat lain sukati koranglah. Cara balut boleh gugel. Tapi kalau kuali korang besar mcm aku diameternya, potong sikitlah kulitnya. Baru dpt bentuk cun2 2kali gigit je.
Ok. Setel.
Xoxo. Publish! (ecehh Istanbul Aku Datang sangatt! Haha)
Ni bukti crepe makenchek. Sekian.

3 comments:

nina said...

Amboi comelnya crepe durian niiii... Siap berreben la bagai! Nnk mkn ponnn syg tau!

nina said...

Comel sht crepe durian ni! Nk mkn pon xthn!

NinaDiana said...

hahaha...pelakon tambahan harus adaaa...barulah selera khenn..kahkah