Tuesday, May 28, 2013

Jakel oh jakel

Semalam bawak makmilah jasin pegi jakel jb. Ciklel la. siankan mak dia. Dah ikut kitaorg pegi legoland semlmnya (tunggu rajin aku citer). So turn gembirakan hati mak pulak. Aku follow je tnpa sbrg nafsu. Memang xde niat nak cari apa2 utk aku anak beranak. Padahal dh boleh sgt sopin utk raya.
Mmm...dh 2 thn kot aku totally boikot jakel. Sbbnya kalau rajin aku cerita kendian.

Maka tugas aku smlm betul2 temankan makmilah cari kain. Bukanlah sbg penasihat ke hapa. Sbb pilihan aku adalah bukan pilihan makmilah. Dan tentunya pilihan makmilah bukan pilihan aku. BaHahaha. Tp apalah salahnya setakat nk angguk2 utk pilihan ibu mertua khennn...politik mesti bijak beb! Walaupun aku adalah og yg paling payah utk tunjuk setuju pada satu2 benda yg aku tak setuju.


Makmilah pun bukannya cari kain utk raya pun. Sbb dah buat kot. Cuci2 mata katanya. Tapiiii biasalah. cuci mata la sgt...


Bagian cotton silk byk yg cantik. pure silk pun sangatlah menggoda. Kebanyakannya design paisley la. kecik besar semua ada. Memang mabuk. Combination kaler yg cecantik. walaupun tergoda tapi aku sikitpun tak goyah. Lagi2 bila tgk style sales dorang entertain customer. Haih tak berkenan aku. 
Dah la kemain ramai. Masuk2 pun tgk dorg pun dh seram. Pastu ikutlah kemana ko pegi. I is rimasss. Sebbaik bukan aku yg nk sopin. So aku buat2 sebuk ngan umar. Makanya makmilah lah yg jadi mangsanya. Haha.

Pilihan makmilah ko jgn main2. Rega tigapatrat sepasang. Yg makcik sales tu apalagi. Ayat baeekk punya. Nk tergelak pun ada. Nak marah pun ada.


Yg kelakarnya, suku sakat tokey kot siap tnya baju yg aku pakai kaler orange ke merah. Aku jawab u nmpak? Macam orange. Aku kata merah. Chilli red. Oh nmpk mcm oren2 sikit. Sebenarnya kita setiap hari ada colour spot dress. Sapa yg terpilih ikut tema kaler yg kita tentukan akan dapat diskaun lebih. Dan aku dgr tu macam takde efek. Siap tegaskan lagi baju aku ni merah bukan oren. Hahahah. Gila. Ada jugak org yg taknak diskaun lebih. Ada aku kesah???? 
Yg org sebelah aku meroyan nak pegi tukar baju kaler oren sbb nk dpt diskaun lebih kononnya. Puiii.


Aku benci jakel sbb main harga melampau. Harga kemain melangit pastu suka2 hati ko boleh bagi diskaun berapa2 yg ko nak. Even salesgirl pun boleh bg diskaun sekian sekian. Kalau kenal tokey lagi byk ko dpt. Harga less terpampang boleh less lagi kalau ko tnya. Kalau jenis tak tnya mcm aku sblm ni? Mmg kaut untung la ko. Cibanat.

2thn lps aku beli kain utk raya. sepasang patratus. emboidery cotton. Tak sempat siap lagi baju aku tu, kegembiraan aku diragut tak lama lps tu bila aku jumpa sepasang baju siap jahit jenis yg sama walaupun mungkin kainnya tak sama (nk gak sedapkan hati sendiri) harga RM99. Rasa nak lempang diri sendiri. Dan bila last year aku pegi Jakarta tgk sendiri beli sendiri kain yg sama ada kat situ, harga patratus kali ganda lebih murah. Ko nak senyum atau nak menangis??





Pure silk. tapi washable. Cantik. Sepasang RM379 kot. Korang nak pegilah cari. Aku suka tapi taknak.



Ni area pure silk. dry clean sajork.
Sekali macam sama daaa....hahahahaa. Nampak nau pilihan makmilah gaya2 mcm tu jugak. Dia sendiri pun tak perasan design yg dia pilih tu mcm sama ngan yg dia tgh pakai. Hahaha....comel mak mertua iolsss. 
Tapi lain sikit sebenarnya. Yg makmilah pakai tu spesis tu jgk. Beli 2thn lps. Harga pun lebih kurang tu jugak. Org tu punyalah ayat suruh ambik. Hangin aku dgr. Nasib baik makmilah tak jadi ambik. Hahaa..


Stress aku dgr akak sales tu punya ayat. Maka marilah kita mengundurkan diri seketika. Mari melayan kegilaan.


abaikanlah muncung sedepa anak dara aku tu. tah hapa angin dia.



eh jauh pulak.


nah satu lagi. free je. :p
 

skg aku prefer beli ready made atau kain2 yg lebih murah tp look stunning. Eceh. 
Betul. Pada aku ko beli kain mahal mana pun, tp kalau pilihan ko tu tak berapa nak kena, sorry to say, macam kain kedai sengseng je aku tgk. Membazir kak. Tapi kalau kain tu murah kena dgn design/jenis baju yg ko buat, boleh nmpk extravaganza okeh. Senang cerita ko cuma perlukan sedikit bijak dan taste utk kelihatan menarik di pagi raya. *tetiba. Hahaa

Cerita pasal raya aku bukan reti nk plan awal2 ni. Org lain dh kemain sebuk baju raya sana sini. Aku anak beranak rilek je. Tiap2 tahun pun mcm tulah. Hujung2 gelabah cari tak jumpa2..pastu belasah je apa yg ada. Hahaa..


Ah aku bukan spesis yg hadap sangat sedondon ke tak. Kalau ada, adalah. Kalau takde, takyah la ko nk sentap bagai. Buang masa.

Tapi kali ni aku harap ciklel penuhi permintaan aku. Aku nk pegi tempah baju kat OBB. Harapan besar aku, sblm balik KB rabu ni, ciklel sanggup nk lencong ke shah alam utk drop aku ukur baju segala. Sbb katanya OBB bukak order sampai hujung May je. Plis ciklel plisssssss!!!

**sebenarnya plan asal aku nak cari kain kat Jakarta bulan lepas. tiket dah lama beli. tapi masa tu arwah papa baru 2 minggu pergi. so kami semua ambik keputusan batalkan trip ke sana. 14 tiket burned. takpelah, takde rezeki kali ni.



No comments: