Monday, January 6, 2014

Atkins Diet dan Menu

Salam semua.

Hari ni dah masuk hari ke 3 beratkins diet.
Wahhhh...tepuk tepuk utk diri sendiri.

Alhamdulillah setakat ni aku berjaya untuk tak ambik carbs.
Maknanya dah 3 hari aku tak ambik nasi roti sugar etc. (Baru 3 hari derrr. Haha)
Just protein dan protein dan protein.

Dahla wiken hari tu 2 hari berturut2 buat roti utk bekal skul emir.
Ya Allah dia punya siksaan jiwa raga sangatlah hebat.
Hanya jiwa kental jd pendinding utk tidak tewas ditangan sweet cheezy bun kegemaran hamba..huhu

So far, okla. Makan mcm biasa cuma avoid benda2 yg mmg tak boleh makan.
Makan apa yg halal atkins je.
2 weeks masa induction ni kenala follow betul2. Nak result bagus kenalah disiplin ya dak?
Walauuupunnnn ada jugak aku cheat sesikit
Yalah mana tahan nampak korang je kunyah fries kan.
Haha
Wiken ko tahu jelah. Aktiviti perjimbaran tak sah tanpa makanan2 lagha ni.
Anak2 makan aku cuit la sikit. 2 je. Tak banyak pun. Buat hilang telio jadilaaa

Meh aku share diet menu aku ya.

Day 1
Bf: telur dadar 2 biji
Lunch: ayam bakar (perap sikit dgn serbuk lada hitam+garam) bakar atas tefal je.
Dinner: sate 5 cucuk (kedai punya. For sure ada gula pakai utk perap ayam tu kan. Ahhh blasah!)

Day 2
Bf: chicken wrap (wrap pakai telur dadar) + chedar cheese sekeping
Lunch : ayam goreng seketul + sayur goreng
Dinner: ayam goreng 2 ketul 

(Ciklel kata, abislah. Jadi malek noor la aku lps ni..haha)

Day 3
Bf: telur dadar + chedar cheese sekeping
Lunch : ayam bakar + scramble egg + sup sawi
Dinner: ikan bakar sekoq + sup sawi


Ni habuan lunch tadi.




Esok tak tahu lagi apa aku nak makan.
Memandangkan aku bawak bekal ke skolah, so kena pikir yg paling cepat nak buat. 
Setakat ni aku ok lagi ngan telur. Maybe telur dadar lagi la kot. Atau buat je chic wrap mcm ritu.
Tak pun, nak cuba intai kat kantin apa menu yg boleh aku makan.
Lauk mmg byk tp dorang masak pakai gula perasa segala. So kena pilih2.


So utk yg nak tahu pasal atkins diet ni, korang gugel je la. Byk dh org share psl kejayaan dorang. Tips2 dan menu2 pun banyak. Kalau nak lagi best, join group kat fb. Group Atkins diet (Malaysia) tak silap aku. Kat situ pun ramai yg share macam2. Nanti konpem teruja ruja korang nak kurus jugak.. :)
Yalah, nk follow apa2 kita kena ada ilmu. Bila dh paham baru senang nak buat.
 Aku bila dh baca baru paham kenapa selama ni kemain beria kontrol makan tapi tak jugak turun2. 
Penat je tahan napsu.

Ok,
Result aku untuk 3 hari ni, amboi baru 3 hari dh nak kecoh kan. Haha. Eh sukati lah khennn...kahkah

Start - 56kg
Day 2 - 55.2kg
Day 3 - 54.2kg

Kenapa aku timbang hari2? 
Utk bagi lebih semangat. Agak2 nak terkantoi tu aku tgk la whiteboard yg aku catat berat aku tu.
Terus semangat dtg balik. Tahan...tahan...Gitteww.

Tapi kalau nak ikutkan rules dia, timbang seminggu sekali je paling kerap.
So ikut suka masing2 la kan. Asal bahagia.

Ok aku makin semangat ni. Cukup 2 minggu lagi aku update.
Setakat ni aku bersenam naik turun tangga kat sekolah je.
Sementara tunggu treadmill sampai (ya, dh beli semalam. La la la) kita buat mcm biasa jelah.
Harap2 dh ada treadmill nnti aku boleh maintain berat sambil makan mcm biasa dgn pengambilan carbs yg berpada pada. Wahhh! Hahahha






2 comments:

OmbakBaik said...

All the best kak...adik ipa sy ber atkins dan berjaya dpt berat yg die target..hewhew..★

NinaDiana said...

Thanks dear..wahh bestnye. Tak sabar nak capai berat idaman jugak ni. :))