Thursday, January 9, 2014

Resepi: Nugget Ayam Atkins.

Hari ke enam
Tak tahu dah nak sarapan apa.
Boring dah kot asik2 telur dadar ngan cheese je.
Dah tu je yg paling simple dan cepat nak buat pagi2.
Utk emir aku keluarkan mini pizza yang dah difrozenkan 
Bake kejap. Setel bekal anak aku.
Seminggu dah kot roti.
Nasib mmg hantu roti. Makanan ruji dia. 
Aku buatkan mihun goreng nasi goreng haram tak dimakannya.
Bnyak tu yg pergi byk tu jugakla yg balik.
Kantin pun tak membeli.
Habih apa saja la yg anak aku makan? Jangankan org lain aku sendiri pun moskil.
Bila bawak roti barulah tupperware tu dpt balik kosong. Abis. 
Lega sikit hati mak ko!

Oleh kerana aku xleh makan roti lagi walaupun terliur yg amat,
So tadi aku tak bawak apa2 pun.
Just beli ayam seketul kat kantin.
Ayam sebesar 2jari yang berharga dua ringgit.
Pasrah jelah.

Tengahari singgah mcd beli ayam 2 ketul. Ayam lagi.

Malam tadi aku buat nugget ayam. Ayam lagi. Hahaha


Dada ayam blend. Aku pakai food processor. Senang dan cepat.
Gaul dengan:
Bawang besar
Daun bawang atau daun sup/oregano/apa2 daun jelah asalkan boleh
Capsicum sebab aku takde lada merah tadi
Garam
Serbuk lada hitam
Sosej yg didadu.

Sesikit jelah semuanya buat rasa.

Pecahkan telur. 
Tadi aku pakai dada cikayam cup D (haha) ngan sebiji telur.
Kalau pakai dada cup A ke B ke, pakai telo separuh jelah. Nak buat melekat je.

Oh ya. 
Aku carik2 kan sekeping cheddar.
Kena pakai non stick. Kalau tak cheese tu akan buat melekat.
Kalau xde non stick pan takyah boh la cheese tu. Ok je. 
Dont worry worry ya!

Gaul semua sekali.
Goreng.
Siapp!!

Aku masak separuh je.
Separuh lagi simpan dlm freezer.
Esok pagi blh buat bekal. Yeahh!



Serious sedap wa cakap lu!
Au makan 7 ketul. Kakak makan 3 ketul ngan mi sup.
Nak sedap lagi kena cari pencecah yg halal atkins.
Nandos katanya. 
Wiken nnti cari. Sbb jusco je ada tajuk tu kot.

Puas hati dpt buat sendiri.
Yang penting sihat. 100% isi takde lemak2.
Lps ni xyah nak beli dah.
Tapi stok dada cikyam nk kena ada sentiasa la.






6 comments:

Nour Eyza said...

macam best pulak resepi ni. nak cubalah. thank you kak bagi resepi =D

NinaDiana said...

Nour eyza, cubalah..senang je :)

BubblyPiecess said...

Kalo ayam tu potong dadu bole tak ..? Pastu kalau tak pakai cheese bole ..?

NinaDiana said...

bubblypiecess - kalau potong dadu takut nnti susah nak bentukkan. kalau hancurkan pakai blender pun boleh.
cheese optional. taknak letak pun takpe.. :)

Anonymous said...

Salam kenal..thanks for sharing the recipe. Nak try la buat nugget ayam ni pagi ni.Jemu mkn telur dan ayam bakar hari2 huhuhu

Unknown said...

Assalam sis... salam perkenalan..
saya dah try.. memang sedap.. (hihi dah try baru komen..) sya nak share lam blog saya ye.. nanti sya letak link blog ni sekali.. jemputlah daang blog saya juga.. www.jagasihat.blogspot.com