Sunday, May 18, 2014

Playful kiss

Baru je selesai marathon Playful kiss.
Ya cerita 2011 aku baru layan 2014.
Aku kan ni.
Terima kasih pada internet tercinta. 
Sbb memungkinkan aku hanyut dalam khayalan tanpa tertunggu2 esok dan esok dan esok.





Best sangat cerita ni.
Hero comey. Heroin comey. Cerita comey.
Eh dulu bukan aku cakap xmo tgk cerita hero comey2 ke? Nak yg ganteng aje. Ala2 macho getuh.
Tapi what happen now ha??
Arghhh what to do...tarikan mereka begitu kuat. Ni semua oppa min ho punya psl T_T

sebenarnya kdrama ni kan plot jalan ceritanya samaaaaaaa je
Tapi boleh layan okeh.
Mmg dh boleh agak dan tahu ending cemana tp tetap aku layan sampai bengkak mata lewat tido.
Pastu fefeeling sesorang. Owhh sweet sangat.

Tgk cerita ni tetiba mcm boleh relate ngan diri sendiri je. Wahhhhhh

Dulu masa muda remaja.
Penah jugak buat keja gila buat confession ngan sorang mamat ni.
Bila teringat balik owhhh vodo gile rasa.

Cerita kat utm.
Aku masuk utm masa tu dgn tittle taken.
Bf dr form 3. Onoff sebenarnya. Masa form 5 off sekejap. Atas faktor jauh maybe.
Aku kat kl dia kat kb.
Bila abis spm, tetiba on balik. Then masuk utm sesama. Siap maknya (bukan mak aku ya) plan nak tunangkan kitaorang abis sem 1 nnti.

Tak sampai satu sem, bf dah buat perangai. Rambang mata ngan aweks lelawa kat uni.
Ya la aku ni kan comot, selekeh, miskin. Apa pun takde.
So break off. Merana la aku kejap.
Tak lama pun sbb aku decide utk move on. tak guna nak meratap merayu bila orang dh makin jauh kan. takde drama sangat pun. Clash mcm tu je. Nangis la jugak dlm 2-3 hari. Pastu ok fine! 
Buatlah hal masing2. Terima kasih pada diri aku yang begitu cool..life must go on. Yeahhh! *Tetiba


Masa tu tgh rajin study kat library. 
Tetiba muncul sorang mamat ni tah dari mana menarik perhatian daku. Ecehh. 
Maka makin rajin la kan ke library.
Kiranya penawar duka getuhh. 
Suka sgt tengok dia. Handsome gile ah. Puii pandang yg hensem saja.
Admire dari jauh je. Nama pun tak tahu. Fakulti mana lagi haramm nak tahu.

Oleh kerana nama pun tak tahu, utk memudahkan kerja maka aku bagi nama dia Intan. Auwww.
Oh ya. Kitaorang dulu suka namakan crush masing2 dgn nama wanita.
So that bila bergossip, boleh suka suka sebut. Tak payah nak cover sangat. Omey angat! Hhahhaa

Nak jadikan cerita, 1st sem mamat tu dh kantoi. Amboi kemain rajin study kat library pun kantoi gak ke awak? Eh kejinya soalan aku. ~Sorry~

Aku tak ingat cemana boleh terreveal aku suka mamat tu. 
Ada plak sorang jantan dalam geng makjemah (bodyguard time makan tengahari) yg exschoolmate si intan.
Akhirnya dpt tahu nama dan fakulti mana. Tapi dah terlambat kot.
Sbb 2nd sem tu dh tak nampak kelibat dah. Sedeyyy

Tah mana datang kuasa panahan cinta aku masa tu, boleh plak aku hantar confession letter kat mamat tu. Oh ya. alamat dibekalkan oleh member aku tu. Drama sgt kan. Tetiba dapat alamat bagai.
Dh tak igt isinya. Tp aku ada mention pasal panggilan aku pada dia, kenapa aku suka tgk dia blablabla. Kau mampuuuu??? Perigi carik timba sangat.

Lps dh hntar surat cinta bertepuk sebelah tangan tu, aku hidup mcm biasa. Frust la jugak. Mcm dh tak berapa nak rajin study kat library lagi. Dasar sangat kan. Hahahaa

Tup2 dua minggu lps tu tetiba dapat surat balasan uolsss. Perasaan aku masa tu tuhan je yg tahu.
Ko bayangkan dgn surat (kad sebenarnya) wangi yang hamat, pastu kata2 yg serius aku tak jangka, camana hidup aku seminggu tu.
Perghhh perasaan dia kalau korang tak penah rasa (of course la kan, korang tak perigi mcm aku)
kelangit okeh.
Tido peluk kad, baca ulang2 18juta kali. Masuk lecture bawak kad selit dlm nota. Kiranya senyuman akulah yg paling manis kat utm minggu tu. Hahahaaaa

Paling buat aku terkejut beruk katanya dia pun sebenarnya suka tgk aku. Dan one of the reason dia selalu ada kat library adlh sbb aku. Haaa gittewwwwww. (Alamak patutla exam failed)
Dan dia paling suka panggilan aku pada dia. Kau hadaa?

Sempatla jugak berbalas surat duatiga kali. Masa tu mana ada hpone. So surat jelah. Email pun tak expose lagi time tu.
Aku lupa lps keluar utm dia study mana. Yg pasti somewhere area kl.
Dh namanya jauh kan. Plus baru nak kenal. Jumpa pun idok. lama2 benda tu hilang mcm tu je. 
Lagi plak masuk sem 2 tu ramai yg cuba masuk jarum bila tahu time tu aku singlemingle. Auwww terasa hot la sangat kaksemah.
Salah seorangnya adalah ciklel. Pernah direjek gak ciklel ni. Tapi dh namanya jodoh, akhirnya bersatu jua. Ececehh.

Banyak kenangan muda2 remaja ni. Mcm2 dh aku rasa. Manis pahit semua dah. Zaman remaja aku penuh warna. Jadi perigi dah. Jadi timba pun dah. Tp sekarang bila tgk anak2 buah aku baru form 2 form 3 dah mula berawek aku rasa mcm eh korang takyah nak menggatal sangat. Abiskan belajar dulu. Tanpa aku sedari aku dulu form 3 dh ada pakwe. Hahahhaaa

Skg ni tunggu anak2 aku je. Tak dpt bayangkan cemana respond aku nnti bila emir ke icha ke bgtau dh ada cinta hati. Owhhhhh semput kaksemah pikirkan.

Bila layan citer2 korea ni secara otomatik ko akan terasa muda remaja balik. Pastu ciklel la yg jadi mangsa aku. 
Kalau dulu lai meng lah yg jadi pujaan hati aku, bayangkan sekarang kalau aku masih muda remaja. 




















Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru 2014



Setahun sekali nyanyi lagu ni.
Tiap kali tulah bulu roma akan meremang.

Pagi2 tadi masa mandi dh terngiang2 lirik.
Terus rasa panas je mata aku.
Ko dah kenapa?
Tahla. Bagi aku lagu ni betul2 menyentuh.
Sentiasa menyedarkan aku.
Ada tanggungjawab besar yg dipikul.

Walau kadang terbabas jugak dek kerana kurangnya sabar dlm diri.
Walau kadang tergeliat jugak dek kerana kekhilafan diri.
Walau kadang termerungut jugak dek kerana kelemahan diri.

Memang tak mudah untuk aku jadi cikgu yg sempurna.
Sebab dunia pendidikan hari ni terlalu banyak cabarannya.
Dari segala segi.
Tp janji tetap janji. Janji seorang cikgu terhadap amanah.
Selagi benda tu ada dlm jiwa, meresap ke dalam seluruh urat dan saraf aku,
insyaAllah selagi itulah aku akan ikhlaskan diri.

Ini dunia aku.
Walau apapun cabarannya, aku perlu kuat.
Kerana ganjaran dipenghujungnya sangat manis.



Ni gambar tahun lps.
Tahun ni mcm kureng mood nak bergambar. 
Sbb majlis agak kelam kabut.


Satu2nya kenangan tahun ni.


Apapun,

Selamat Hari Guru untuk semua warga pendidik.
Walau seganas manapun gelombang yg datang, kita harus teguh berdiri
Walau sebusuk mana ancaman dan kecaman, kita perlu tabah
Kerana gelaran yg kita pegang dan amanah yg kita pikul tak ternilai harganya.
Bertabahlah.

Terima kasih utk semua guru dan pendidik dalam hidup aku.
Mama, papa, suami, anak2, keluarga, cikgu, pensyarah dan pengalaman, 
semuanya menjadikan aku hari ini.








Emir alisa bagi cadbury bubbles ni utk cikgu masing2.
Last year bg makanan jugak. Lasagna. Kenyang cikgu. Haha
Daripada bagi benda merepek2 baik bagi makanan ya dak.
Cikgu mmg suka makan T_T


Monday, May 12, 2014

Review Percutian pendek: Pullman, Putrajaya

Lps check out cyberview resort, kitaorang ke puchong n bangi. Beli jars n barang baking.

Then shoot ke mines. Tah kenapa rasa mcm dh lama tak ke sana.
Padahal tahapa2 je pun.
Pusing sesaja, takde benda menarik. Sama je kot.

Sebenarnya 2nd day plan nak stay everly.
Dah hampir check in pun. Sekali ciklel terbukak hati tanya pasal pool.
Masa aku buat reservation hari tu xde plak nak tnya. Sbb assume pool dh ok.
Sbb last time kitaorg nak stay everly tak jadi sbb pool blom bukak. 3 bln lps kot.
Tgh renovate ke hapa.
Skali kali ni pun nan adooo jugak. Kata budak situ, patut dh open, tp tah napa delay lagi. 
Hurmmm....so cancel.

Dan2 tu aku call pullman.
Nasib ada bilik lagi. Sbb time tu ada tournament basikal apa tah. 
Bilik penuh. Tinggal deluxe king tak silap aku. Harga RM220 gomen rate. Tak jauh beza ngan everly RM200. (Make sure bawak ID ye)
So ok jelah.

Sampai je, ciklel check in, aku bersiar2 ngan anak2 dulu.
Kemain lama. Tah hapa yg lama sangat.
Malas aku nak tnya.
Dah dapat key, naik bilik, ciklel kata ada suprise.

Masuk-masuk bilik terus semorang 

Woahhhhhhhh


Executive suite uolsss!
Wahahhahaaa
Suprise sangat ni. 
Kejakunan makenchek anak beranak.

Rupanya kemain lama ciklel td sbb bilik dh takde (ke tak ready aku tak paham sgt ciklel cite. Mls aku nak siasat bebanyak)
So dia upgrade ke suite. Harga sama.
Ni rezeki namanya..
Alhamdulillah...merasa anak2 aku bilik seribu lebih per nite.


Bilik tentu2 la besar kan.
Theme bollywood. 
Pullman ni ada 4 wings with diff concept. 
Ni jasmine wing berkonsepkan Indian.
Ada chinese, malay n borneo.
Bollywood pun bollywood lah. Apedehal.




finishing dia emas uols.
Bling sana bling sini.


Sblh bathtub ni ada glass shower dan seblhnya toilet.
So kalau ko nak mandi ke, bisnes kecik besar ke mmg kena masuk sengsorang.
Semua transparent.






2nd toilet.
Panglima tgh ngetest sinki otomatik. Hulur tngan keluar air.
Ko rasa brapa jam nk pujuk dia keluar dr situ?


Masing2 kemain excited lagi. Hahhahaa siann..


Puan belog haruslah jugak khennn.



Ehemmm
Beri laluan.....





Amboi ciklel berlakon sangat ni. Hahahhaha


Children pool.



Gambar pakcik gugel ni. Masa aku pegi kusi2 ni semua dah beralas. Lagi syok bersidai.



Tapi anak2 aku mana layan kolam budak.








Isi minyak panglima?
Mata dh layu sangat dah tu..



Aku? 
Malas nak turun. Baju takde. Bagi moksu pinjam.
Sem ni dia ada subject swimming. So takyah beli. Pakai aku punya je.
So mak berenang2 di daratan je. bermalas-malasan gituh.
Budak2 dh bising kenapa mmy tak turun.



Mlm keluar cari makan.
Ada je buffet dinner kat sini. RM95 sorang. Kau mampu???

Memula plan nak ke alamanda.
Sekali ternampak pasar tani pulak. Haruslah singgah kan.

Menarik gile pasar tani ni.
2x seminggu. Jumaat dan Selasa.
Bnyk betul makanan. Mcm2. Terkinja kinja aku rasa nak beli semua.


Ayam gunting.
Sedap. Melaka pun ada. Emir tiap2 minggu mesti beli ni.


Mcm cheesy potatoes ni.
Kentang yang dibelah tgh. Filling mcm2 jenis.
Satu pathengget.
Nampak mcm perghhhh meleleh2 ailio. Cheese punya pasal la.
Terus beli 2. Tamak. Padahal tangan dh tak muat nak pegang.


Picnic kat dataran apa nama ni eh?
Mesjid ni ha.
Kemain ramai manusia.



Emir siap masuk 6D motion ni ha.
Si adik2 jd penonton kat luar je. 


Balik bilik bukak tv tetiba khabi khushi khabi gham
Konsep la sangat kan. Hahahaaaa
Mlm tido semorang tido dgn nyenyak sekali.
Emir kemain liat nak bangun pagi. Katanya best sgt tido katil ni mmy.
Amboi kemain ko anak.



Bfast sangat awesome.


Gambar2 ni aku gugel je. Tetiba tak sampai hati nak keluarkan kamera.
Malu iols. Ramai sangat.






Sambal nasi lemak dia terbaik.



Ambikkan emir. Last2 aku yg bedal.
Mamat tu waffle dh sejuk mana layan. Mau tak mau mak dia jugak yg kena telan. Sayang punya pasal.
Tapi sekeping jela mampu.


Dim sum ciklel bedal sampai 12 ketul tak silap aku.
Aku sempat curik 2 ketul je. Over tau ciklel.



Fried yeemee. Not bad. Ada rasa.
yg putih tu roti nan dan yaman bread ke hapa nama dia.
Aku ambik la sekeping sorang buat rasa. Tp sbb perut dh sendat maka rasa dia jd biasa2 je.



Yg ni aku ambik tp xmakan. Xlalu.
Kembang tekak. Smokey mackerel.


Ni apa nama tak igt. Mcm mi sup. tp nama cina.
Ambikkan umar memandangkan panglima tu tak makan apa pun.
Bz sangat keluar masuk topup air mcm2 kaler.



Dessert ciklel.


Kitaorang amik seat luar.
Nmpak tasik. Senang sikit nak makan. Panglima ralit ngan tasik.
Tp yg seksanya jauh nak mengangkut makanan.



Setelah berhempas pulas setelkan makan budak2, barulah aku boleh makan dgn aman.
Eh tak jugak amannya. Huhu


Dh setel kenyangkan perut, jomla kita jalan2 jap.
Masa ni dh start panas.


Tak menarik mana pun manmade beach dia ni.


Masa ni panas berlendiaq baq ang!
Cecepat naik pool, bagi chan dorang berendam puas2 before checkout.


Lps check out, pusing2 ambik gambar jap.
Byk jugak kawasan menarik kat sini.
Mmg ohsemm.



Panassss!!!



Ok tu je laporan kaksemah utk percutian kali ni.
Biasa2 je sebenarnya. Tp ttp ada kemanisan terselit disitu.
Walaupun dekat je tp yg penting bg kita tentulah masa bersama anak2.
Tak gitu? {cepat angguk!}

So,
4*/5 utk pullman!
Will definately come again. Tunggu ada event kat situ baru syiokk kan!