Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru 2014



Setahun sekali nyanyi lagu ni.
Tiap kali tulah bulu roma akan meremang.

Pagi2 tadi masa mandi dh terngiang2 lirik.
Terus rasa panas je mata aku.
Ko dah kenapa?
Tahla. Bagi aku lagu ni betul2 menyentuh.
Sentiasa menyedarkan aku.
Ada tanggungjawab besar yg dipikul.

Walau kadang terbabas jugak dek kerana kurangnya sabar dlm diri.
Walau kadang tergeliat jugak dek kerana kekhilafan diri.
Walau kadang termerungut jugak dek kerana kelemahan diri.

Memang tak mudah untuk aku jadi cikgu yg sempurna.
Sebab dunia pendidikan hari ni terlalu banyak cabarannya.
Dari segala segi.
Tp janji tetap janji. Janji seorang cikgu terhadap amanah.
Selagi benda tu ada dlm jiwa, meresap ke dalam seluruh urat dan saraf aku,
insyaAllah selagi itulah aku akan ikhlaskan diri.

Ini dunia aku.
Walau apapun cabarannya, aku perlu kuat.
Kerana ganjaran dipenghujungnya sangat manis.



Ni gambar tahun lps.
Tahun ni mcm kureng mood nak bergambar. 
Sbb majlis agak kelam kabut.


Satu2nya kenangan tahun ni.


Apapun,

Selamat Hari Guru untuk semua warga pendidik.
Walau seganas manapun gelombang yg datang, kita harus teguh berdiri
Walau sebusuk mana ancaman dan kecaman, kita perlu tabah
Kerana gelaran yg kita pegang dan amanah yg kita pikul tak ternilai harganya.
Bertabahlah.

Terima kasih utk semua guru dan pendidik dalam hidup aku.
Mama, papa, suami, anak2, keluarga, cikgu, pensyarah dan pengalaman, 
semuanya menjadikan aku hari ini.








Emir alisa bagi cadbury bubbles ni utk cikgu masing2.
Last year bg makanan jugak. Lasagna. Kenyang cikgu. Haha
Daripada bagi benda merepek2 baik bagi makanan ya dak.
Cikgu mmg suka makan T_T


No comments: