Wednesday, May 7, 2014

Review Percutian Pendek: Cyberview Resort n Spa, Cyberjaya

Cuti 1st May kan hari Khamis.
Secara automatiknya idea ambik cuti bersambung muncul.
Last month cuti melaka dah cancel plan.
Yg tu pun cuti bersambung gak.
Tapi sbb dh last minute ciklel br nak confirm, terus tak jadi.

So kali ni aku dh mintak ciklel save the date terus.
Jumaat dia takde kelas makanya takde masalah utk sambung cuti.

Kitaorg sbnrnya mmg dh plan ada rezeki
akan bawak budak2 ni berjalan bila2 smpat.
Be it once a month atau bila2 ada cuti lah.
Tak perlu jauh2. Dokek pun dah ok asalkan ada pool.
Yeah. Kriteria utama yg itu. 
Bukan berlagak kaya sbb mmg tak kaya pun.
Cuma bagi aku tak salah spend untuk anak2.
Hari2 biasa bz je memanjang.
So salah satu cara nak byr balik masa dgn anak2, kita pegi holiday.
Prinsip aku senang je. Duit boleh cari. 
Saving banyak2 pun tak guna kalau anak2 tak boleh merasa.
Perghhh baekkkk punya.
Teror tak aku reka prinsip? Hahahaa




First day aku pilih cyberview resort n spa. Kat cyberjaya.
Urusan booking membooking ni semua aku uruskan.
Ciklel tak masuk campur.
Aku pulak survey sana sini, plannya area putrajaya je. Dekat.
Tgk review cyberview ni nmpak mcm best je.
Resort ala2 kampung katanya. So jom kita try. Biasa nak yg ada beach je kan.
Kali ni kita tukar lak.
Harga website/agoda/booking.com lebih mahal dari phone booking.
Kalau gomen, sila maklumkan. Rate utk gomen lebih murah.
Bilik aku ambik ni paling murah.
Superior twins. RM296 all in.
Bila di cantumkan katil tu, mmg muat utk 5 beranak.

Bilik besar.



Wardrobe ni tgh2. Partition antara katil ngan dressing area ni.


Terbaiklah. Aku suka konsep camni. Ada sinki kat luar.
Dulu propose kat ciklel nk buat camni la dlm bilik. Senang nak gosok gigi cuci muka.
Takyah nak masuk toilet. Senang keja aku mlm2.
susun mcm2 brg kewanitaan (la sangat) atas tu kan. Pastu fefeeling dpn cermin besar.
Tapi
Hurmmm....harapan jelah.
Tunggu jelah rumah banglo esok2 kalau mampu.




Dlm fridge tu penuh dgn makanan. Nasib baik la anak2 aku tak tertarik mana.
Bizi membelek benda lain.
Dulu penah la. kat mana eh. Lupa dah.
Makan kitkat yg ada dlm fridge. konon sng nk cari ganti balik.
Sekali cari punya cari xde lak jenis wrapper yg sama. 
Blasah je letak yg tak sama. Nasib tak kena extra charge. Hihi



Bathroom boleh tahan besar.



Ada bathtub.


Shower sblh tub ni. 
Umar penakut nak masuk tub. So dia dok ralit main sabun dalam shower je.
Aman damai kakakabang. Hahahaa


Abis dikerjakan sang umar.



Maknya?
Fefeeling la.


Pintu connecting room.
Boleh dgr okeh org sblh.
Kemain kuat ketawa.
Bahya...bahya...




Petang keluar cari pool.
Sesat. 



Best.
Pool ala2 sungai.
Tapi banyaknya nyamuk lahai.
Ciklel pakai baju itam mmg mengundang sangat la kan.
Berkerumun ikut ciklel.
Korang dah kenapa? 
Blom jumpa orang lagi agaknya hari tu.



Baru kakak abg nak feeling2, dtgla panglima terbilang lagi pengacau ni.



Salah satu restoran kat sini.
Kemain banyak. Tp aku tgk orang xde pun.
Maybe sbb cuti kot.
Katanya biasa org2 kaya cyberjaya ni selalu lunch kat sini.
Amboi korang.





Breakfast ok la.
Not bad.
Tak ramai org pun sbb 2hb tu kan keja.
Utk bfast, kekanak half price. Kiranya duaorang tu kena RM55.
Tp makan kokokrunch je. Kaya gile kokokrunch RM27 semangkok!
Bebudak ni kena paksa makan gak. Rugi okeh!
Last-last
Emir roti dua keping. Icha nasi lemak.
Pastu seludup keluar yogurt kemain banyak. Hahaaa



Boskecik vs bosbesau


Overall aku bagi 3bintang.
Bilik ok. Sangat ok.
Pool mcm tak berapa best sangat. Walaupun konsep dia mcm sungai ada air terjun bagai.
tak risau sebenarnya budak kat dlm, mak bersantai kat tepi. Sbb dia mcm landai je. Mcm pantai pun ada. Yg tak bestnya maybe sbb bnyk nyamuk kot.
Tapi bila dh lama2 dok situ, takde pun nyamuknya.


Pool dia bnyk stages.
Yg atas ni utk kekanak.
Bawah tu ongbesar.
Bawah lagi kolam ternak nyamuk. Huhu
Sbb aku tgk mcm sunyi je kolam tu. xde pengaliran air.
Hoi. Patutla banyak nyamuk.
Aku ngan ciklel dok bayangkan dlm sedap2 bersantai tu tetiba datang asap fogging.
Hahhaa boleh spoil mood.

Ok tu je nak share pasal cyberview resort n spa ni.
Spa free tak sempat nak gi. Almaklumla bala tentera ni mana aku nak sumbat?

Check out cyberview, kitaorang check in pullman lak. Fuhh bahagia betul rasanya hidup.
Hahahahaa
Kat pullman terfeeling kajol jap aku. Kenapa dan mengapa tunggu rajin mari aku share.

Oke Tata!


















No comments: