Ya Allah kemain lama nak sambung cerita.
Itulah dia. Bila xde mood nak bercerita tu, apa pun tak buleh.
Trip ke Marine Park 9.30. So lps bfast ada masa utk jalan2 dulu ambik angin pagi.
Baju 'Budak Bertuah' sponsored by fb: ctrl+p
Kalau korang nak buat baju mcm ni boleh contact dorang kat fb. Harga murah dan kualiti baju sangat2 ok. Dorang pun dh buat byk projek utk mcm2 event. Highly recommended!
Time ni sume muka ketat je. Hahahaa
Baru lps kena marah. Sbbnya merengek nak pegi trip ke open sea sblh ptgnya.
Hey anak2. Blom pun pegi trip pagi ni, korang dh zikirkan yg ptg punya.
Mmg boleh mendatangkan amarahlah!
Matahari dh naik. I is tak tahan.
Aku ni panas silau sikit mmg xleh. Bukan ngengada ye. No no no...Memang xleh.
So shade merupakan alatan terpenting utk aku bila outdoor.
Tak ade kalu, boleh meroyan.
Aksi wajib.
Mak dia pun ada tau! Eh mestilah khennn.
Bior la dia.
Esok2 dh umo 40 tah boleh lompat ke tidak lagi kan. So skg la masanya kan.
Kahkah
Kuchkuchhotakhey...
Aku cadangkan sesapa nak bercuti ke tempat2 camni takyah nak berheel bagai la. seksa nengoknya.
Selipar cukup okeh!
ready utk menawan ikan2 dan coral di lautan. :p
Sementara tu kita buat lah apa yang patut.
Panglima ni kebizian ngan life jacket dia.
Semua benda nak buat sendiri. Sukati ko lah dikkk.
Tp kang ujung2 mintak tolong orang buatkan jugak.
Ni dh kat atas bot.
Nak naik bot ni kena berenang-renang dulu sbb bot takleh parking dekat ngan pantai. Ingt takdelah dlm mana. eh, tak jejak kaki gak la. serammmms.
dh la tak reti berenang, ngan umar lagi. Sbb ciklel carry bag tu. Nasib baik bawakkan dia pelampung. So oklah dia dlm tu. tolak jelah. mamat tu kemain penakut walaupun dah ada life jacket. Tak confident agaknya.
Kakak abang ok je. Lek je swim ke bot. Tak sesia hantar dorg ke swimming class. Mak jelah yg tak pandai2. Jgn kata berenang, terapung pun haku tak reti. Sobs.
Tp budak2 resort tu tolong je. Ditariknya tangan aku sbb tetiba dh tersasar ke tepi bot sblm smpat naik. Mana taknya, cine2 tu semua kecohnya kemain. Hangin jer...tak reti nak menyabar.
Ni sbnrnya bukan nak ambik gambar ciklel. Tp abg sado sebelah tu.
katik nya nmpak laki aku. Kahkahkah
Aku hagak dia ni model la.
Model tembok besar cina apa. Awek dia yg sebelah tu pun kemain model lagi gayanya.
Tp dorang mmg dr China.
Dah sampai. Taman Laut Redang.
Perghhh berkaca2 okeh. Subhanallah cantik sangat.
Mamat ni main di tepian je. Penakut ikan. Lagi banyak ikan lagi terjerit-jerit dia.
Tak pasal kena mak ngan ayah kena gegilir dok ngan dia kat tepi2 ni je.
Hailah. kata pahlawan. Tgk ikan dekat sikit dah menggelabah.
Mana boleh lama2 dlm bilik. Rugi ooo. Manfaatkan setiap masa yg ada. Penat simpan dulu.
Anak2 pun ok je. Tenaga dorang ni byk betul. Kalah makpak.
Dah kerentungan dah semorang. Tapi adeakukesah?? Itam pun itamlah.
Mlmnya BBq dinner.
Yg sebenarnya dorang dh siap2 bakar pun. Tinggal lamb, sosej ngan duatiga benda lagi kena bakar sendiri. Yalah. Kalau semua nak buat sendiri pukul berapa boleh makan. Dh la ramai.
Tapi okla, food cukup je. Takyah nak rebut2 pun.
Lamb. Ciklel kata sedap.
Fish.
Ikan apa aku tatau. Tp cam kureng je. Tak ngam sgt rasa ikan ngan sambal dia tu.
Mashed potatoes + coleslow
Ada spagetti, nasi goreng, mee, chic wings, satay, eh mcm2 lagi lah.
Lps dinner, ambik angin laut jap.
Area situ ada je kedai bukak utk ko lepak2 minum dgr live band segala. Cuma bg aku tak berapa sesuai ngan budak2.
Bujang okla. nak lepak sampai ke pagi pun boleh.
Sebenarnya aku suka sgt lepak pantai malam2. Nyaman je. Lagi2 kawasan mcm ni, tak risau org jahat ke apa. Rasa selamat je.
Aku suka pantai. Bau laut+bunyi ombak rasa tenang sangat. Cuma bila dgn anak tak boleh nak lelama. Sobs.
Impian aku nak cuti berdua dgn ciklel. Tp belum ada masa yg sesuai. Tak sampai hati nak tinggalkan anak-anak. Tunggulah dorang besar sikit.
Ok tu je ceritanya utk hari kedua.
InsyaAllah ada rajin aku habiskan cecepat.
Tata!
2 comments:
yes....i pun dah jelajah redang dgn membaca belog u ni......hihii.....sgt cantik kan....teringin nak g sane nie...huhuu..anak anak dah besar sennag sikit nak merayap jauh jauh kan......by the way,,,,u cantik..lama dah sy ikut ikut belog ni...heeee.salam perkenalan....
Redang sgt cantik. Rasa taknak balik..huhu
Btw, makasih awakkk..salam perkenalan jgk. Tak sangka ada jgk org follow blog syok sendiri ni. Hihi
Post a Comment