Thursday, September 4, 2014

Raya 2014

Amboiii lamanya menghilang.
Entry paktam kawen tak sudah-sudah..hahahhaa
Ni kira malas tahap dewadewi. Banyak je peristiwa nak disejarahkan tp ya ampunnnn liat nau ko dah kenapa?
Oh tak. Aku masih berbadan satu. Tetiba. Haha
Yalah. Biasa org lama menghilang ni tetiba muncul perut dah membuncit kan.
Pastu org sekeliling pun "oh patutlaaaa" 
Tak. Aku tak. Blom lagi.
InsyaAllah nanti. Tp bukan sekarang. Doakan aku masih kuat dan sihat okeh.

Aci tak kalau nak tepek gambar raya?
Ala takpelah. Taula berlalulah sudah syawal...sebulan beraya...
Tapi rajin aku baru mari ni...apa nak buat...sobs!

Tahun ni aku raya KB.
Dah 3tahun raya Melaka, so tahun ni decide turn KB la pulak. Sbb cuti mcm ok je kalau balik Kb dulu. Kitaorg mmg mula2 kawen dulu ikut turn. Cuma lps balik dr uk tahun 2009 tu giliran dah kelaut. Sbbnya ikut cuti. Dan ianya adalah kerelaan. Spesifiknya kerelaan aku dan famili sblh KB. 
Kalau raya Melaka dulu maksudnya aku ada masa yg panjang dgn family KB. Dari raya ke3 sampai habis cuti. Dan selalunya kitaorg akan ada aktiviti keluarga. Walaupun suasana first raya dah takde. Tp seronok sbb boleh berlama2 dgn family sendiri kan. Almaklumla beginilah nasib perantau. :p
Kalau raya KB dulu dapat la 2hari je. So mcm tak berbaloi. Tak puas kot. Raya ke 3 dah kena balik melaka. 

So tahun ni, ada cuti 2 hari before raya. Maka ke kelatelah kita ya.




Ini kekanda.

Ni malam yg esoknya last day puasa.
Semorang bersiap nak pegi studio photoshoot. Plan asalnya booking tu utk family kecik kitaorang je.
Sekali terpikir, why not angkut semua sekali kan. The more the merier gituh! Lagipun pakej tu xde hadkan brapa org. Sejam shoot then terus dpt cd.
Maka bayangkanlah kemeriahannya. Semua sekali ada la dlm 20 kot. Cuma ngah 3beranak je takde sbb blom sampai lg. padan muka sapa suruh balik lmbat. Ngahahhaa



Behind the scene. Kamera talipon pintar je.

Banyak je sebenarnya gambar. Adalah dalam seratus lebih. Dalam masa 1j dia bantai snap tak berenti. Kejap couple, kejap family kecik, kejap anak ngan mak, kejap menantu ngan mertua, kejap cucu ngan nenek. Mmg marathon lah. Hahahhaa..tapi tetiba family besar semua skali lupa nak shoot. Boleh? Bengang betul mokcik.





Nilah hasil terbaik family kitaorg. Cer tgk mata si emak.
Kenangan oiii raya tahun ni. Sakit mata stok bengkak merah segala tuh. Thorbaekkklah! 
Nasib bebudak ni dah kena awal2. 3hari semua dah ok. Pheww lega.
Tp tetiba dua hari sebelum raya dpt kat mak dia plak. Lama lak tuh. seminggu lebih pun tak ok lagi. nmpk nau byk dosa. Huhuu

Gambar2 lain dlm laptop. Malas aku nak bukak. Rajin kalu aku godek tepek sini.








Dapatla buat profile picture bertemakan rayaku rayamu jua :)



Dorang ni gamba xsempat edit..dah la berdua je. Anak2 mana oiii???


Ni adik aku ngah yg edit. sbb dpt gamba raw je. xde edit2. Yalah RM99 je kot. apa ko aspect gambar terus cecantik camni. Huh. Nan adoooo
Tp oklah. At least dptla sorang satu pic utk ucapan raya kat pesbuk kan..terus naik rating kitaorang sbb kebanyakan onglaen gamba biasa2 je. Hamboiii riak! Hahhahaa. 

Oh btw, tudung dr bokitta. Jubahnya dari Pudore.
Suka suka suka. Terus fefeeling muslimah melayu terakhir..
Bokitta tu aku beli jenis viola maxi. Kalau viola+ singkat tak tutup dada. Kalau chic dia punya volume lagi banyak. Maksudnya lagi kembung la kepala ko. Kalau maxi chic lagi mak arab la gayanya. 
So aku pilih yg sedang2 saja. Viola maxi. Labuh just nice. Yg penting tutup mana yang perlu.

Jubah pudore ni aku ambik saiz M. Agak besar sebenarnya. Tp sbb kain dia cantik je jatuh, maka tak nmpk besar. Maybe lps ni aku kena ambik S je. Sbb cutting dia jenis loose. 


Pagi raya. Acara std. Tahun ni tahun ke2 papa takde. Rindu papa sgt2. :'(




Peluk kuat2. Banyak dosa katanya. Huh!


Maapkan isteri ya suami.....banyak nau dosa ni.






Lps dh melawat rumah baru tokpa (kata umar), acara melawat saudara mara bermula.
Tak byk pun rumah dapat pegi. kena balik awal utk prepare nak masak2 sbb esoknya raya ke2 kitaorang buat open house.


Ni kejiranan tempat kami membesar. Kat sinilah segala kenangan bersama tok dan aboh.
Aku sempat sampai form 3 kat sini..


Nilah rumah lama kitaorg. Sedih sgt2
Tgk skg apa dh jadi. Rumah yg di rampas dgn cara yg kejam mcm nilah jadinya. Tak berkat dan tak senang hidup mereka. Last2 jd rumah tinggal. Sebijik mcm rumah hantu. 
Hal harta pusaka ni mmg payah. Lagi payah bila melibatkan adik beradik tiri.
Nasib baik family aku mama dan arwah papa jenis kepala sama. Tak tamak dan tak penah heran dgn harta2 peninggalan org tua ni. Ko nak, silakan. Ambik selagi mahu. Kami beralah. Tp bila tak terjaga mcm ni, Ya Allah tuhan saja yang tahu..







Sebelum balik sempat singgah utk outdoor photoshoot katanya..
Tapi pakai kamera GF je punnn.
Boleh photog tak bawak balik kamera. Angin je semorang. Dah la itu harapan nk gamba cecantik..dasarrrr...Haha

Tp gambar2 ni semua dr ipad aku je. Yg shoot pakai GF transfr terus ke laptop terus duk diam2 situ je.  Takde masa lak nak godek. 


 






Tak bleh blahhhhh!!!! 
Duorang yg pakai sepek tu sbnrnya nak cover mata bengkak+merah. Puiii






Dorang ni pun apa kurangnya...hahahha
Ciklel gile serius..


Ni jelah gamba dorang. Tupun tak puas hati sbb aku shoot xcantik katanya. 
Haha nasibbbb laaaa





Ok dah dah. Jom balik. Masa utk sauk apron lak. Toksah nak berangan lebih2.




Yang sebenarnya jubah ni kan bukanlah baju raya pun.
Sbb aku ada beli JM kat zalora. Sekali saiz lak salah. Besar sangat. Nak alter pun dah xboleh.
So return je balik. Nk tukar saiz boleh tp dpt lps raya. Ah dah takde maknanya lagi....*nanges bucu katil.
Takpe, next year kita cuba lagi..huhuu




Cantik sgt design. Sayangnya takleh pakai...sobs.

Nasib beli online camnila. Gamble je semua benda..sebbaik beli zalora. Boleh gak return. Kalau direct dr JMStore xleh buat apa dah..
sebenarnya memula dulu target baju raya dr minaz. Najlaa. Berkenan sgt designnya. Tunggu punya tunggu baju tu sampai kat vendor melaka, sekali dh dekat2 raya byk plak masalah minaz tu. so malas nak take risk, tu yg aku order JM. Kiranya last minute gak la. seminggu lagi nak raya. Tgk2 masalah prob jugakkk...memang xde rejeki makenchek la.



Ok abis cerita first day raya. Takde la havoc mana pun. Bersuka ria adik beradik je. Tu pun dh lebih dr bahagia...

Kbai.








Eh jap.
Ada lagi ni ha.
Bonus sempena raya.
























Cakkkkk!



Auwww!
Kasi channn laaa. Hahaa






Dah. Pegi muntah sana!


Tata..

2 comments:

Makcik Anak 3 said...

ya allah..best nyer korang..semua seporting kan..
mcm kumpulan panca sitara pun ada..
tapi semua nampak CERIA okey....
suke suke suke..

*tak takut ke amik gambar depan rumah hantu tu** hehehhe (jgn mare yer..)

NinaDiana said...

Makcik anak 3
Hihi pancasitara.
Tak rasa takut sbb separuh jiwa tertinggal kat situ. Cuma sedih tgk keadaan rumah dh jadi ghupe tu. Terbayang2 muka atuknenek kesayangan kami :(