Friday, December 18, 2015

Percutian Keluarga : Kota Kinabalu Day 4 (Pulau Sapi)

Assalamualaikum.
Haloo..tak sangka lak ramai yg ternanti2 sambungan cerita kk kakmek ni. Hahaha.
maapla. Bila dah stop, nak sambung membebel kemain liat lagi. 
marilah kita curi masa sambung lagi cerita pasal KK. kalau bertangguh lagi, alamatnya...kim salam baibai je lah.

Khamis.
pepagi lagi semorang dh excited untuk aktiviti snorkeling. plannya hanya ke 1 pulau je sbb taknak rushing dan nak menikmati.


sarapan sangat senang. kedai makan berlambak kat bawah. pilih je mana yang berkenan. 
mcm kitaorang, keluar je dr pintu Blok 2 tu, terus nampak dapur Restoran Seri Malindo.


tapi kena la masuk dr depan. 
ok kedai ni. mcm2 ada.




first time nasi lemak dihidang dgn sup..
sebenarnya kat sini, ko makan apa pun, sup takkan penah tak ada. redha jelah terima sup pemberian walaupun pelikk. hehe


mihun pulak jenis yg urat besar2 tu. 2x makan mihun sup di kedai lain2, jenis yg sama jugak. 

Jesselton point ni adalah jeti ke pulau2 yg ada dlm Tunku Abdul Rahman Marine Park. Dekat je dr Promanade. 


ok, bila dh jumpa pintu gerbang Jesselton Point ni, kira betul la tujuan tu.



parking tak payah pun. besar dan insyaAllah selamat.



kaunter2 yang menyediakan perkhidmatan bot ke pulau2.
korang kena survey dulu la utk dapatkan best price. tp amat menakutkan bila masuk dalam ni. ko jejak je kaki, masing2 akan keluar kepala dr kaunter panggil2. memang kecoh setiap kali ada yang masuk. 



kitaorang ambik dari Aparu Holiday ni. sebelah dengan toilet. rezeki dialah sbb approach masa tgh tungguh bebudak masuk toilet.
bargain punya bargain, dapatla harga RM23 dewasa RM15 budak. tupun lps ciklel tunjuk student card dia, so dapatlah harga utk student 3 org, kekanak 2 dan aku, harga biasa RM25. dah termasuk jetty fee. (Jetty fee RM7 sorg) dan kalau korang nak snorkeling, sila sewa snorkeling gear, RM15 seorang. 


Takyah nak diva sgt eh pakai kasut vogue da vass. Kalau tak merasa la kau beli selipar jepun sepuloh hengget ni. 


Terpaksa tunggu dlm setengah jam sbb boat ke sapi br je jalan. 







Dh jd private boat sbb takde org lain. Hehe. Amannn.

Perjalanan dari jeti ke pulau sapi lebih kurang 20min. Cuaca alhamdulillah cantik je. 


Conservation fee RM3 sorg kena byr kat sini. Tp kitaorang tak byr pun sbb takde sapa nak collect. Rezeki la tu kan? Hihi












Overall cantik je pulau ni. Tapi lagi cantik marine park redang. Lagi banyak ikan. Lagi besau lagi kalepul ikan2nya. 


Tips nak bagi ikan dekat ngan ko, umpanla dgn roti. Aku dah sesiap beli roti kat kk, pastu masukkan sekeping dua dlm botol mineral. Isi air. Bukak la penutup botol tu. acah2 je pun, kemain berkerumun dtg..





Amboi tudung kaksemah. Hiks












Sampai pulau dlm pukul 11. Sewa tikar RM10, letak barang, terus masuk air. Ko nak sewa meja pun boleh. Tak sure harga berapa. Kat sini ada je gerai makan. Buffet style kot. aku tak masuk dekat pun. Nmpak gitu2 je. Sbb dh bwk fud dr tanah besar. Harga, opcrosss la mahal katanya. Kat jeti pun ada gerai yang jual nasi lemak sesiap bungkus mmg khas utk bwk ke pulau. Beli je senang. Dan mughohh!


Dlm pukul 2:20 gitu tetiba langit bertukar kaler. Ayoyooo...hujan mau mariii
Cecepat naik, siap2 tunggu kat jeti. Sebenarnya kitaorg janji boat pukul 3. Risau gak boat dtg ngam2 pukul 3 sbb masa tu dh start hujan. Takut wehh. Kata dorg, kalau hujan lebat, laut bergelora la. Hadoiii kecut perut mokcik. 

**nasib baik ambik satu pulau je. Kalau 2-3 pulau, rugi sgt. Masa kitaorg nak balik tu, ada yg baru smpai. Maybe dorang dr pulau2 lain. Hujan la babe! Rugi









Nasib baik dlm 2:30 boat dh ada. Sekali ngan kitaorg, satu family korean anak sorang. Perjalanan balik agak mencabar. Hujan lebat. Boat laju, memang tadah je lah air menembak2 muka. Mmg scary la. Haha. Takpe, pengalaman baru. Umar lak boleh sedap tido. 

Sampai jeti, elok je hujan berenti. 
Balik apartment dulu. Ya, dengan baju2 basah. haha. Nasib seat kereta leather. 



Malam, keluar makan. 
Tg Aru lagi. 
Seafood lagi. :))
Dan sayap ayam lagi :))))


Semalam tak ambik kerang gergasi ni. So malam ni dpt la merasa. RM15 sekilo.  Ambik sekilo baru 11ketul. Kerang singgit lebih sekor woiii. Sejenis apakah??? Hahahhaaa.

Dah kenyang, balik bilik, masing2 terpitam. 
Tak larat nak berkemas dah. 
Esok jelah kita pack brg. Lagipun flight 2:05. Ada banyak masa. 

Ok tata. Last day dan budget nanti ya. 

Thursday, December 10, 2015

Percutian Keluarga : Kota Kinabalu Day 3 (jalan2 makan2)

Alhamdulillah tido yang sgt nyenyak mlm tu.. badan letih tambah pulak dengan cuaca yg mendingin..fuhh mmg syiokk.
lps subuh, terus bukak pintu. nmpak gunung samar2 terus tersengih2...over betul kaksemah. hiks.
kalau boleh taknak terlepas sedetik pun saat2 matahari naik.




muka blom mandi. takpe. yang penting background yg super cantiksss.




kampung sekitar. nampak tak kebun2 sayur tu? bestnyeeee



gunung berbatu yg dah mula disimbah mentari..auww ayat aku sejak demenjak ni :))



bila matahari dah naik, langit pun membiru. subhanallah...


angau sangat aku ni kata ciklel. sambil baring2 atas katil pun mata tak lepas2 keluar..
ini baru kinabalu. kalau swiss, menangis agaknya.
swiss eh. InsyaAllah...ada rezeki dapatlah merasa.












gegar semorang bangun awal pagi tu. jom kita jalan2 tgk resort cantik ni.












blok B, C, E, F ni kat bawah.







buffet bfast. ok la. not bad. siap ada keledek goreng lagi. sedapp sgt. itu yg aku ambik bertambah-tambah.



















balik bilik, dalam pukul 9.15 dah tak nampak gunung berbatu dah...penuh dgn awan.
kemas2 untuk check out. sini check out pukul 11.



bye bye KPR. InsyaAllah ada rezeki kami kembali.





sebenarnya ikutkan itinerary asal, sblm balik ke KK, akan ke Sg Moroli Tagal Fish Spa dan Poring Hot Spring dulu. tp oleh kerana dedua tempat tu menjauh ke Ranau dlm 30min lagi yang mana bila nak balik kena patah balik lalu kundasang lagi, maka terpaksalah cancel. ciklel mls nak patah2 balik.
maka tak dpt la merasa fish spa yg best katanya tu. eh, kalau pegi pun, takdenya aku nak masuk sg tu. jd petukang ambik gambar cukuplah. geliii kott!



gambar gugel. eiii memang takkk aaaa. lariiiiiiii

So kalau korang buat itinerary nnti, sila pegi ke ranau dulu. Lps tu baru patah balik ke kundasang. Barulah bijokk.


Gerai pepokok dan bebunga. Kalau kat semenanjung ni mmg dah memborong. Hobi baru la katakan..hiks



Rambang mata dgn jualan sayur2 buah2 ni semua. Gerammmm jeeee
Tp sini xtanam buah-buahan ya. Kebanyakan buah dari kk. Sini sayur je. So takyah beria sgtlah kalau sopin buah tu..hihi



Terbekenan kat kerabu batang kantan je. 
Nama sabah dah lupa. 
Dah try td. Boleh thn sedap. 



Otw balik kk, singgah jambatan legend ni. Sesi pengenalan pada budak2. Dulu masa dtg tahun 2006, jmbatan ni menakutkan. Lompong sana sini. Now dh cantik. 
Ada gak baca sejarah jambatan ni. Boleh tahan seram gak..huhu






Layankan mamat ni. Ada hati nak sampai ke hujung belah sana. Eehhh mmg tak aa..dgn panas merecikkkk. 

Singgah jugak upside down house tamparuli. 


Oh yang ni aku tak rekemen langsung. 
Byr masuk RM10 dewasa RM5 kekanak. 


Nak masuk kena take turn. Beratur, dgr briefing psl rumah dulu. Dan part paling best, xleh ambik gambar dlm rumah. 
Aku rasa tektik paling winnn. So that org takleh nak war2 kan ketidakberbaloian kebayaran kesepuluh hinggitan itu.
Sbb dlm rumah mcm ek elehhh..apa je yg menarik?? Just benda2 semua terbalik. 
Bluekkkkkk so boringggggg!
Reason xleh ambik gambar, tuan rumah (persendirian bukan harta kerajaan rumah ni) yg tak bagi. Nak protect kebendatah katanya..booooo


So mari ambik gambar kat luar jelah. 
Kat sini ada muzium 3D jugak. Ala mcm yg PD, Langkawi etc tu. byk tmpat dh ada pun. Nasib baik bebudak tak merepek nak masuk. Dh boleh agak apa je yg ada. Dh la mahal. Puiihh

Singgah lunch di kedai kaksu selera pantai timur (eh betul ke namanya tu. lupa nak snap pic)
masakan boleh tahan. Nasi ayam penyet paling winn. Jgn tnya lokasi. Dah dekat2 ngan kk kalau dari tamparuli. yg aku igt area tu ada jakel. 

Memandangkan mls nak bwk bebudak masuk pasar ikan masin ni, maka terus je singgah sblm check in hotel. 
Tinggalkan dorg dlm keta (kekakak ada maka boleh la tinggal kejap).


Kalau tak beli benda2 ni tak pegi sabah la namanya..hehe
Beli kiriman org dan buah tangan sesikit utk family. Utk kitaorag, ikan bilis ngan ikan kering keropok tu je. 
Eh bilis mmg murah sgt. Sekilo baru RM25. Dh siap kopek cantik nipis je. Kalau kat sini yg biasa kitaorg beli kat pasar jasin, bilis kopek cantik RM53 sekilo. Gila beza. Pitammsss!
Udang kering pun baru RM30
Sekilo. Tak heranla sorgaaaaa mak2 kat sini. 


Timun laut. 



a.k.a gamat eh? Ke lain? 
Tah aku pun tak tnya. 




Perut ikan. Oh baru kutahu perut pun berguna.


Kuda laut. Utk penyakit laki2 katanya..mahal thoqq. Sekor nam puluh lebih. 


Sampai kk, kitaorg check in lagi promenade apartment utk 2 mlm.
Kali ni dpt Blok 2 sbb agak lewat. Tp bilik lagi besar. Alhamdulillah..mmg selesa walaupun dh tambah extra bed. 



Mlmnya keluar utk misi mencari seafood. 
Area pasar philipin td jugak. Mmg meriah betul kawasan ni. Jem pun redahlah jugak. Sbnrnya dekat je ngan apartment, walking distance je kalau xsewa keta. Erkkk...tp berpeluh keti jugakla..
Lagipun kalau ngan bebudak, ko sanggup ke nak berjalan??



Kalau betul2 nak jalan kaki je, boleh duduk hotel ni. Betul2 dpn pasar philipin. 
Le Meridien K. Kinabalu. Ulang alik 10x pun tadek hal. 


Mlm 2 kemain meriah kawasan ni rupanya. Ramai org2 kk lepak ambik angin laut. Budak2 skate pun ramai. 


Apa nama kedai ni eh. Adinda kot. 



View dr meja makan. 



Budak ni mmg tak aaa nak dok kat meja kalau dh nampak bot segala ni. Last2, letak kerusi kat situ, dudukla korang mengadap. Nasib baik dpt meja sebelah laut je. 



Tu diaaaaa
Yg hijau tu rumpai laut. Bulat2 daun dia. Tak ambik. Takut tak bermakan.






mcm2 rupa anak beranak udang ni.



Gergasi betul kerang yg atas tu. 



RM150/kg. nasib aku bukan pencinta udang. 



pilih...pilih...
harga? takde lah murah naunau. tp taklah mahal jugak. aku rasa kalau bukan time cuti sekolah lagi murah kot. mcm ikan tak silap RM40/kg siap masak. udang RM30/kg, sotong, ketam eh tak ingatlah reganya..



sotong sambal.






butter prawn



ikan apa eh ni. merah kalau tak silap. sweet sour



sotong tepung la apa lagi



udang goreng bawang..
kailan order tp tak sampai2. total semua makan mlm tu termasuk nasi putih dan air RM150.
muroh ko idokk??

Masakan boleh tahan sedap. kena dengan lidah org semenanjung. tukang2 masak dah improve byk dah..dulu dtg sabah, bab makanan la yg paling xbleh blah. bukan dorg tak pandai masak ke apa. tp kurang kena dgn selera kita. masakan dorg tak pedas. more like to chinese muslim punya style. dan sbnrnya skg pun tak pedas jugak...hahahhaa tapi boleh la. ada rasa semenanjung. :D




selesa tempatnya..gerai ni siap kerusi bungkus lagi. mcm kenduri kawen.
tak sempat survey kedai2 lain pun. ada blog mana tah yg suggest kedai ni. jumpa2 terus jela duduk.



udang tu tetiba kemain banyak. punyalah hazab masing2 nak mengabiskan. aku seketul pun takleh nak abis. tak reti nak makan udang besar2. dah la tak makan udang sangat.
tetiba teringat org2 yang sebulan setahun nak jumpa udang pun susah..huhu..sedih la pulak :(


ingat nk jalan2 dataran tepi laut tu. tapi mcm dah malam dan penuh sesak ngan budak2 lepak, so kita balik lepak kat bilik je lah.

orait, selesai kisah Day 3. tido..tido...esok kita naik bot!!