Friday, December 18, 2015

Percutian Keluarga : Kota Kinabalu Day 4 (Pulau Sapi)

Assalamualaikum.
Haloo..tak sangka lak ramai yg ternanti2 sambungan cerita kk kakmek ni. Hahaha.
maapla. Bila dah stop, nak sambung membebel kemain liat lagi. 
marilah kita curi masa sambung lagi cerita pasal KK. kalau bertangguh lagi, alamatnya...kim salam baibai je lah.

Khamis.
pepagi lagi semorang dh excited untuk aktiviti snorkeling. plannya hanya ke 1 pulau je sbb taknak rushing dan nak menikmati.


sarapan sangat senang. kedai makan berlambak kat bawah. pilih je mana yang berkenan. 
mcm kitaorang, keluar je dr pintu Blok 2 tu, terus nampak dapur Restoran Seri Malindo.


tapi kena la masuk dr depan. 
ok kedai ni. mcm2 ada.




first time nasi lemak dihidang dgn sup..
sebenarnya kat sini, ko makan apa pun, sup takkan penah tak ada. redha jelah terima sup pemberian walaupun pelikk. hehe


mihun pulak jenis yg urat besar2 tu. 2x makan mihun sup di kedai lain2, jenis yg sama jugak. 

Jesselton point ni adalah jeti ke pulau2 yg ada dlm Tunku Abdul Rahman Marine Park. Dekat je dr Promanade. 


ok, bila dh jumpa pintu gerbang Jesselton Point ni, kira betul la tujuan tu.



parking tak payah pun. besar dan insyaAllah selamat.



kaunter2 yang menyediakan perkhidmatan bot ke pulau2.
korang kena survey dulu la utk dapatkan best price. tp amat menakutkan bila masuk dalam ni. ko jejak je kaki, masing2 akan keluar kepala dr kaunter panggil2. memang kecoh setiap kali ada yang masuk. 



kitaorang ambik dari Aparu Holiday ni. sebelah dengan toilet. rezeki dialah sbb approach masa tgh tungguh bebudak masuk toilet.
bargain punya bargain, dapatla harga RM23 dewasa RM15 budak. tupun lps ciklel tunjuk student card dia, so dapatlah harga utk student 3 org, kekanak 2 dan aku, harga biasa RM25. dah termasuk jetty fee. (Jetty fee RM7 sorg) dan kalau korang nak snorkeling, sila sewa snorkeling gear, RM15 seorang. 


Takyah nak diva sgt eh pakai kasut vogue da vass. Kalau tak merasa la kau beli selipar jepun sepuloh hengget ni. 


Terpaksa tunggu dlm setengah jam sbb boat ke sapi br je jalan. 







Dh jd private boat sbb takde org lain. Hehe. Amannn.

Perjalanan dari jeti ke pulau sapi lebih kurang 20min. Cuaca alhamdulillah cantik je. 


Conservation fee RM3 sorg kena byr kat sini. Tp kitaorang tak byr pun sbb takde sapa nak collect. Rezeki la tu kan? Hihi












Overall cantik je pulau ni. Tapi lagi cantik marine park redang. Lagi banyak ikan. Lagi besau lagi kalepul ikan2nya. 


Tips nak bagi ikan dekat ngan ko, umpanla dgn roti. Aku dah sesiap beli roti kat kk, pastu masukkan sekeping dua dlm botol mineral. Isi air. Bukak la penutup botol tu. acah2 je pun, kemain berkerumun dtg..





Amboi tudung kaksemah. Hiks












Sampai pulau dlm pukul 11. Sewa tikar RM10, letak barang, terus masuk air. Ko nak sewa meja pun boleh. Tak sure harga berapa. Kat sini ada je gerai makan. Buffet style kot. aku tak masuk dekat pun. Nmpak gitu2 je. Sbb dh bwk fud dr tanah besar. Harga, opcrosss la mahal katanya. Kat jeti pun ada gerai yang jual nasi lemak sesiap bungkus mmg khas utk bwk ke pulau. Beli je senang. Dan mughohh!


Dlm pukul 2:20 gitu tetiba langit bertukar kaler. Ayoyooo...hujan mau mariii
Cecepat naik, siap2 tunggu kat jeti. Sebenarnya kitaorg janji boat pukul 3. Risau gak boat dtg ngam2 pukul 3 sbb masa tu dh start hujan. Takut wehh. Kata dorg, kalau hujan lebat, laut bergelora la. Hadoiii kecut perut mokcik. 

**nasib baik ambik satu pulau je. Kalau 2-3 pulau, rugi sgt. Masa kitaorg nak balik tu, ada yg baru smpai. Maybe dorang dr pulau2 lain. Hujan la babe! Rugi









Nasib baik dlm 2:30 boat dh ada. Sekali ngan kitaorg, satu family korean anak sorang. Perjalanan balik agak mencabar. Hujan lebat. Boat laju, memang tadah je lah air menembak2 muka. Mmg scary la. Haha. Takpe, pengalaman baru. Umar lak boleh sedap tido. 

Sampai jeti, elok je hujan berenti. 
Balik apartment dulu. Ya, dengan baju2 basah. haha. Nasib seat kereta leather. 



Malam, keluar makan. 
Tg Aru lagi. 
Seafood lagi. :))
Dan sayap ayam lagi :))))


Semalam tak ambik kerang gergasi ni. So malam ni dpt la merasa. RM15 sekilo.  Ambik sekilo baru 11ketul. Kerang singgit lebih sekor woiii. Sejenis apakah??? Hahahhaaa.

Dah kenyang, balik bilik, masing2 terpitam. 
Tak larat nak berkemas dah. 
Esok jelah kita pack brg. Lagipun flight 2:05. Ada banyak masa. 

Ok tata. Last day dan budget nanti ya. 

1 comment:

Anonymous said...

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

Thanks :)