Thursday, December 10, 2015

Percutian Keluarga : Kota Kinabalu Day 2 (Kundasang)

(Amaran: byk gile gambar. Aku mmg simpan kat sini. Senang nak mengimbau bebila)

Pepagi pukul 5 dah terjaga. Sbnrnya dh subuh dah pun. Syuruk kat sini kan 6:05. 
Pukul 6 lebih matahari dh memancar2. 

Selesai checkout, terus menuju kundasang. 




Sepanjang perjalanan ke kundasang melalui tamparuli dan tuaran.




Semakin dekat makin jelas keindahan gunung kinabalu. Subhanallah terpaku sungguh mata memandang. 
Mulut tak henti2 yaAllah cantiknya..cantiknya..sampai kena marah dgn driver sbb mengganggu kosentrasi pemanduan. Huhu
Pastu terus diam dan memuji dalam hati je.


Singgah bfast di Pekan Nabalu. 
Pekan Nabalu ni salah satu pit stop utk mountain view. Ramai je org singgah sini sblm sampai ke kundasang. Kalau bernasib baik sampai sini awal pagi, akan nmpak clear puncak kinabalu. Kalau lambat, mmg nmpak awan je lah.
Tapi kalau korang nak overnite kat kundasang takde masalah..byk masa lagi utk tunggu puncak kinabalu menunjukkan diri. So tak rushing sangat. 


Bergambar jugak la kat sini..cantik sangat.












kat sini ada gerai souvenir yang mana bagi aku, better beli kat sini je. lebih selesa dan murah berbanding di kk. bendanya sama je.




Pantang dgn kamera budak ni. Geram je!




so ni 1st round shopping utk souvenir. kitaorang tak byk beli pun. budak2 ni je yg shopping.

sampai di kundasang dalam pukul 11. terus ke kinabalu park.
conservation fees untuk kinabalu park, RM4 utk dewasa dan RM1 kekanak.



tu senarai pemegang rekod pendaki dari seluruh dunia dalam Kinabalu Climbton 2014.







tak dapat nak naik sbb under maintenance.







Pondok Timpohon ni adalah pintu masuk bagi pendaki2 yang nak mendaki Gunung Kinabalu selain daripada mersilau gate (skg masih tutup sejak dari gempa bumi haritu). so skg dia jd satu-satunya pintu masuk untuk para pendaki.



situpai yang jinak.





untuk visitors, hnya boleh naik sampai deck ni je. nak masuk kena ada permit mendaki.
masa ni apa pun tak nampak. keseluruhan berkabus.


jenguk ke bawah, nmpak ada sorang pendaki yang baru sampai. muda lagi baru 15 tahun. syabbas betti!





tulah dia laluan pendaki2 sekalian. skg hnya timpohon gate je yang dibuka. tu pun ada laluan baru yang dibina antara laban rata dan sayat-sayat yang menggantikan laluan asal yang rosak dlm gempa hari tu. amboii berinformasi nya diriku. hahahhaa

turun dari kinabalu park, kitaorg ke War Memorial Park. kat sini pun ada bayaran masuk gak. 
RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kekanak.







Cuaca cantik je. Apa yg best sgt view kat sini mestila gunung ganang berlembah. Saujana mata memandang. ewah. Kalau kat cameron mana ada scenery mcm ni. Nmpak hutan je. tak pun bukit gondol.


Kaunter bayaran. 





Gone but not forgotten
Barren but not broken.



kat atas ni banyak spot untuk bergambar.
cantik.
dan ada bayaran khas untuk wedding photoshoot.




view bentangan lembah dan gunung ganang dari atas ni adalah sangat awesome.



ni shooting filem kau lari aku kejar.









tersangat suka background ni.







ada info pasal memorial park ni. aku malas nak baca. tp mmg berkaitan dengan Australia dan banyak bendera dan surat2 dari tentera Australia kat atas ni.

Dah settle kat memorial park, kitaorg singgah di pekan kundasang. Beli pisang goreng. Sedap wehh pisang goreng sini.
Serius tak tipu! 


then, terus cari Kinabalu Pine Resorts.
Nasib boleh check in awal. 
Nasib check in awal sbb dpt bilik yg paling best kat sini. Maksud aku bilik dgn view paling best.




Tips: ambik bilik superior std. Masa check in pilihlah P1 atau P2. Oleh sbb aku ambik 2 bilik, so cantiklah dpt P1 dan P2. 
P1-2 single beds. P2-queen bed. 





Blok P ni yg paling best sbb direct view tanpa gangguan pokok/kabel/bumbung etc. paling tinggi dan dekat sgt dgn reception dan parking.


View dr bawah. Yg paling tinggi tu blok P. Kalau dpt yg bawah2 ni mmg kurang skit bestnya. Banyak halangan. 



Blom nmpak apa pun. Tertutup dgn awan.


So kita posing2 dulu lah. 



Superior standard.
Harga : RM212.50
sebenarnya resort ni ada government rate. tapi disebabkan masa aku booking ni ada promotion price, so gov rate tak valid sbb lagi mahal dr promotion rate.
so korang kena call sendiri resort ni utk dpt latest price. kalau kat website mahal skit.

nah boleh tgk sini dulu.
http://kinabalupineresort.com/



takde aircond ya. dan mmg tak perlukan aircond pun. sejukkkk
Biliknya takdela besar sgt. Tp ok dan selesa utk kitaorang. Umar sila tido bilik kakak2 ya.
So balance :)


Solat dan rehat kejap sementara nak tunggu pukul 3. Misi mencari lembu katanya. Hihi


Resort ni cantik sgt..mmg kena dgn selera. Putih, sejuk, pines, bunga2an..huhu...alangkah bestnya kalau....


berangan la kejap. kasi channn









Mmg dh plan nak ke cattle farm pukul 3 utk tgk proses pemerahan susu.




sebelum masuk dalam, kita ronda2 luar dulu. teruja sgt tgk lembu2 gemokk semua ni..huhu







tempat perah susu ni bersih sgt..visitors boleh tgk dr atas je. cermin kaca.



jom la kita rasa fresh milk. sebenarnya mcm2 ada kat sini. tp kitaorag cuma beli fresh milk, dadih ngan gelato choc dan durian. sedapppppp.










kemudian aktiviti calf & goat feeding lak.


takleh sesuka nak jamu dorang apa saja ya. dia ada baekk punya susu dan rumput.
beli je la. bagi experience utk bebudak.


























maaf la. hakak jakun sgt dgn kawasan yang cantik ni. 








dalam pukul 5, tetiba gunung kinabalu menampakkan diri. masa tu dah ramai yg balik pun. tinggal kitaorang ngan beberapa group lagi yang jakun terlebih..huhu


pekerja cattle farm tu pun dh tak sabar nak balik. agaknya dlm hati memasing-lantokk koranglah. hahahaa



























nak jugekkkk...
korang jgn muntah darah dah la ye. 








perghhh...layann nampak!



oleh kerana semua yg dtg sini ada kenangan kat batu ni, so kitaorg pun kenalah jugak kan. 




makin lama makin jelas.
subhanallah...indahnya ciptaan Allah...
hai ciklel ni dah kenapa? ada org pasang lagu negaraku ke bang oiiii???
hurmmm...pasghah je lahhhh





ko tengok..ko tengok...sikit je beza dr td. grrrrrr!!!
yg haku ni punyalah lentokkk. hahahahhaah




acah2 New Zealand. bolehlaaaa...hihihi

















balik bilik, still nampak lagi pemandangan indah ni..alhamdulillah....






mlm tu just dinner kat resort je. rupanya harga bilik dh termasuk dinner (ala carte) dan bfast (buffet).
menu utk dinner dah siap. xleh nak demand lelebih. teh cina 4, nasi putih 4, ayam, sayur dan sotong. tp kalau ko nak tambah apa2, boleh je. yg tambah tu bayor la sendiri...mcm kitaorg tambah lagi 2 lauk daging dan telur, nasi 3 dan air 3. byr hanya RM30. berbaloi kot!
kalau nak steamboat pun ada..


malamnya, bebudak dah tido, apalagi, projek megi d'kinabalu lah.
punyalah gigih beli megi kat KK, haruslah makan. walaupunnnn perut dah membuntal sesangat dah..



ciklel dah mcm hantu bungkus. hahahhahaa


poster drama Dari Kg Chinchin ke Kinabalu. :p



ok, jom tido. esok kita jalan2 cari seafood lak



Day 1 sini


No comments: