Cerita 2016 yang dah berbulan dalam draf. marilah kita habiskan.
***********************************************************************************
Nov 2016
cakkkk!
eh kata puasa cuti setahun. :p
Bukan apa. Dah lama rasanya tak jejak CH. Menggeletis dr hr tu nak ke sana. So cuti deepavali 5 hari marilah kita ambik kesempatan. Nak ikutkan malas nak pegi musim2 cuti camni. Tp apakan daya. Tak pegi musim cuti nak pegi bila kan? Weekend biasa nnti penat la pulak. So redah je.
Plan awalnya Jumaat pagi2 gerak ke ipoh stay 1 mlm dan sabtu pagi naik ch. lps sarapan kat melaka, terus zass ke utara dgn harapan tidaklah makan jem.
Otw tu dok borak2 ngan ciklel tetiba plan tertukar. Kita takyah transit ipoh kita naik teruslah. Errr....jom!! Hahha. Gile kot. Hotel booking utk sabtu je. Apalagi terus bukak booking.com. Nasib baik ada lagi bilik yg available. So mlm pertama kitaorg stay Heritage Hotel.
Puas hati dgn Heritage. Walaupun dah lama hotel ni tp maintanace ok tak nampak mcm hotel lama. Luar dalam masih cantik. Bilik besar. Ada bath tub lagi. Tapi sapa yg sanggup dipersilakan.
Tips : pakai booking.com.
Perbezaannya :
phone booking - RM450 with bfast 2 pax. No gov rate.
Booking. Com - RM238 w/out bfast. (Bfast tapau je kedai banyak kat luar tu dekat je sedap dan murah)
Beza banyak kot. Tp kalau ko bajet besar no prob. Bilik yg available masa tu twin single je. Tp muat je utk kitaorg berlima. Satu katil turunkan tilam. Dan letak toto atas katil tu. Setel. Selesa tido utk 5 org. Tp pastikan bwk toto dan selimut skali. Sejuk oiiih.
Lps check in just lepak2 dlm bilik. Takde plan nak ke mana2 ptg tu. Nak rehat je.
Dalam pukul 6 keluar makan malam. Targetnya steamboat Glory 78. Orang belum ramai sbb awal lagi. So boleh makan dengan tenang.
Restoran ni kat Tanah Rata. Sebelah De Le Fern Hotel. Kalau tak kena time mmg penuh dan mereput la ko nak dpt seat.
Interior cantik. Selesa.
Steamboat je. Xde grill. Satu set ni utk 2pax. 1 pax RM26. Minimum kena order 1 set lah. So utk steamboat harganya RM52. Mmg cukup untuk kami berlima. Lagipun budak berdua order chicken chop.
Kuah tomyam pedas yg hamat. Terpaksa mintak tambah kuah sup skit. Baru boleh makan. Eh tapi aku ok je. Ciklel la xboleh mana skg ni. Perut dah tua katanya.
Sblh restoran ni ada kedai jualan. Byk gak jualan hasil tanah tinggi yg std. masuk tgk2 je. Tak beli pun.
Lps makan terus balik hotel. Tgk jalan dpn restoran menghala ke brinchang dah jem tak bergerak. Eh mmg tak la kalau sesapa ajak nak ke pasar malam ke hapa. Balik masuk selimut lagi best.
Day 2
Esoknya, lps sarapan, kekononnya nak morning walk area hotel. Sekali dah turun selangkah dua, tak jadi naik balik. Hahahha.
Dah naik mandi semua!! Kita check out awal. Kang jem mendapat la mereput dalam hotel je nnti.
So pagi tu terus ke Sg Palas, Bharat Tea Plantation. Memula ingat malas nak masuk. Tp bila pikir2 balik apalah artinya cameron highlands tanpa ladang teh. Maka marilah kita. Jalan pagi tu masih clear. Cuma sedikit adegan cemas kat jln dlm ke bharat tu la. Lama gak stuck. Biasalah jalan sempit, keta banyak. Kena yg penakut mmg menyusahkan semua org la. Last2 geng2 ranger dtg rescue, barulah boleh jalan balik. Phewww lega.
Kalau korang nak posing dlm ladang camni, pastikan stop sblm sampai bawah. Kat sana dah xleh masuk celah2 dah. Jangan risau area ni ada tempat utk park keta.
Bolehla utk anak2 tengok dan sentuh dedaun teh tu.
Parking agak jauh. Kena menapak naik. Pastikan lutut korang sihat. Kalau bwk makayah yg tak larat tu, aku suggest mintak je kebenaran org jaga parking nk naik smpai atas sbb ada org tua. Dulu masa bwk makayah, dia bagi je naik ngan keta.
Org ramai yg amat. Tp ada je meja kosong. Kebanyakan org dtg bfast kat sini. Tp sbb kitaorg dah setel kat hotel td, so kita ngeteh je lah.
memang berbaloi sapa yang naik bfast kat sini. banyak sangat pilihan. cuma harga mahal skit dr luar, tapi nak merasa sesekali takde salahnya kot.
Kali ni kitaorg langsung xsinggah kea farm. Sebabnya area situ jem yg tersangat amat. Dan sbnrnya kat situlah penyumbang jem terbesar kat ch ni. Balik dr sg palas, merasa la jugak jem sampai ke pekan brinchang. Nasib baik kitaorg masuk sg palas awal2 tadi. Kalau tak mmg patah balik je la.
Singgah sini je. Banyak jugak jualan kat sini. Aman damai.
geli pulak aku tgk cendawan2 ni..huhu
dan lepas seksa jem pekan brinchang, kitaorang terus ke Kg Taman Sedia. selama ni datang CH tak pernah pun terasa nak masuk ke kg ni. bila dah viral kat fb baru tahu kewujudannya. haha siannn.
banyak rupanya perusahaan org2 melayu kat kg ni.
sejenis stoberi gemok. merahnya tersangatlah menawan kalbu. dah rupa stoberi korea dah ni. sebekas RM20.
tapi pelik ah. dah napa stoberi CH yg jual kat bawah2 ni kecik coet masak pun tidak? tengok pun xselera.
akhirnya dapat gak makan scone. errr....yg sebenarnya nilah tujuan utamanya trip ke cameron ni. hahahhaa
(baby yang nak, bukan mmy :p)
tanam kobis depan rumah je. bestnyeeee....
amboiiii
scone lagi...ok dah selesai misi!
best gile lepak sini. rasa taknak balik.
TAMAN TEKNOLOGI MARDI, CAMERON HIGHLANDS
Dah setel kat Kg Sedia, terus ke Mardi.
Bayaran masuk :
Dewasa RM4
Kanak2 RM1.50
Bawah 5 thn Free
haiyoh makcik baju hitam. potonggg
masuk2 dalam ni je terus teruja. wahhhhh bungaaaa
ini belum keukenhof lagi kan...hahhahaa
insyaAllah one fine day! :)
Dah puas merayau dalam tu, badan pun dh penat, hari pun dah nak hujan, marilah kita..
2nd hotel ni pun kat tanah rata. So xdelah jauh dari Mardi tu. Dan syukur sebenarnya aku tak ambik hotel di brinchang. sbb jem gileeeee oiiii menghala ke atas sana. Dah la hujan selebat hujan time tu.
Casa Loma Hotel.
Pakai waze sbb tak penah dgr dan nmpk hotel ni sepanjang jalan tanah rata-brinchang. Sekali waze bawak masuk ke green hill. Eh ni mcm heritage smlm.. Ciklel dah gelak. Rupanya mmg casa loma ni depan skit je dr heritage. Hahahhaa boleh tak perasan.
Sebenarnya kan hajat hati nak stay kat smokehouse. Tp apakah daya. Family room mahal sgt. Terkeluar dari kumpulan percutian bajet rendah. Huhu
takde apa sangat aktiviti malam tu. just keluar dinner steamboat kat Taman Abang Steamboat. Location tanah rata dekat je ngan heritage. sebelah Hotel Cool Point.
cantik sgt.
entrance kedai ni ada barisan pokok2 sayur etc. best gile kot tgk tomato, terung berderet-deret menjalar jd pintu gerbang. pokok markisa pun banyak berbuah. wowwww
lepas masing-masing dah berbuntal, balik terus hotel. hujan lebat. tak sabar nak berbungkus selimut.
cantik sgt.
entrance kedai ni ada barisan pokok2 sayur etc. best gile kot tgk tomato, terung berderet-deret menjalar jd pintu gerbang. pokok markisa pun banyak berbuah. wowwww
lepas masing-masing dah berbuntal, balik terus hotel. hujan lebat. tak sabar nak berbungkus selimut.
sebelum check out, mari kita posing dulu.
otw balik, singgah di lavender garden. tak pernah masuk even dah berkali-kali naik ch.
wow romantik sangat ni... :))
kat sini punn bolehhhhh.
famili kecil saya. kenangan baby 6 minggu dlm perut mmy :)
kalau tanya nak pegi lagi tak? jawabnya taknakkkk. bukan dalam masa terdekat ni. buat masa skg, dengar ch pun dah rasa nak termuntah. terbayang-bayang sesaknya manusia kat atas sana..huhu
ok, kita jumpa lagi di lokasi yang lain ya.
tata!
No comments:
Post a Comment