Saturday, February 25, 2017

Mrsm

Dah seminggu berlalu...

Ikutkan hati mmg la tak nak lepaskan lagi. Awal sgt lagi kot. Dah la badan kecik keding je. Hurmmm...
Tapi sbb dia yg nak sgt merasa duduk asrama, makpak redha jelah. 😌

Sbp dan first intake mrsm mmg tak berjaya. Nampak betapa frust nya dia. Tp kitaorang slow talk la jugak, pengajaran utk dia. Kalau impian kita tinggi, usaha pun kena tinggi. Baru senang nak capai kalau result tu baik. Lagi satu terima rezeki dan ketentuan Allah. Kalau ditakdir mmg tak dapat walau macamana usaha pun, terima jelah. Ada la tu hikmahnya..lps tu nampak dah ok. So sek je sek men biasa. Tak juga pilih mana2 sek kawalan. Sbbnya nak dekat dgn ayh supaya sng nak uruskan. Dapat kelas kawalan pun dah ok. 

Bila result first intake tak berjaya terus ayah buat rayuan. Hantar surat rayuan ke hq mara kl, cc ke semua mrsm yg dipohon. rayuan online pun kena isi. Harus diingat, kalau parents ada blacklist ngan mara, sistem secara automatik tak akan keluar button rayuan. So kalau korg check online xberjaya, button rayuan pun tak keluar means ada la tu sangkut pada makayah. Hutang sendiri atau penjamin. 

Macam kitaorg, memula mmg tak keluar button rayuan. Bila check, rupanya aku punya pinjaman sangkut lagi 800. Huhu
Nak taknak byr lumpsum di kaunter dan terus clearkan blacklist. Semuanya ciklel buat di hq. Senang terus setel. 

Result utk next intake keluar dalam masa yg sangatlah suntuk. Alhamdulillah berjaya. Tahu Jumaat petang, Isnin dah kena daftar. 2 hari je masa utk prepare segala maknenek..

Jumaat mlm
Potong rambut, buat gamba passport. 

Sabtu
Pagi2 medical checkup. Nasib baik klinik tak ramai org. So sejam dah settle. Lps tu terus zasss cari uniform, kasut, baju kolar etc. phewwww letih dia tak yah cerita. Dah la awal pagi tu pegi program sekolah dulu. Hujung2 rasa nak mengesot je. Keluar rumah pukul 10 pagi, pukul 11 mlm baru sampai rumah. Mmg mencabar betul cari barang dlm keadaan rushing. Dgn karenah bebudak ni lagi. Adehh lap peluh. 


Kasut adalah benda paling payah nak cari. Kaki panjang. Saiz 5. Kasut budak confirm xde. Kena cari saiz dewasa. Kasut kulit dewasa semua bagak2. Dah kena design, saiz paling kecik lak 6. Adududu...berapa byk tempat pegi penat takyah citer. last sekali jumpa gak. Tu pun dah nak tutup pun jusco tu. 

Balik rumah, sesi mendobi lak. Basuh baju2 seluar2 baru beli tu. Yg ni ayahnya yg setelkan sampai pukul brapa tah. Maaplah. Emak dah mmg flat abis dah. 

Ahad
Pagi2 keluar beli stok makanan dan keperluan2 lain. Lama la jugak dgn songeh emak yg semua benda nak lain dr biasa. Baldi taknak yg biasa2 tu, nak pattern lain skit, bakul, sepit, nak yg mcm tu, mcm ni taknak..bla bla bla....hahaha biasalah emak2kan mmg poyo. 😝



Petang, kemas barang. Tulis nama pada setiap benda. Ya ampunn...semua okeh! Krem la jugak tangan ayahnya...hahhaha



Mlm, iron baju2. separuh mintak dia buatkan. Training mengiron baju seluar kekdahnya. Oklah lulus. Tapi harus diingat, kt asrama pakai iron biasa je. Takde de iron bijak pandai mcm kat rumah ni. Silap hb, hangus baju nnti..😭


Isnin - 27/2/2017
Tibalah harinya. Demi sebuah pengharapan ☺️


Assalamualaikum...



Disambut oleh abang2 form 3. 




Selesai 


Dapat katil dan tilam baru. 




Harap2 kekallah tersusun elok camni ya sayang..


Macam2 pesanan dan azimat ayah. Locker adalah kawasan paling penting. Biasalah dok asrama. Lalai skit je sekejapan barang boleh hilang. Lagi2 sang junior. 





Telefon yang dibenarkan. Jadilah kan. Zaman mmy ayah dulu beratur kat public phone je. Tu pun seminggu sekali. 






Bye2 abang...
kejarlah segala yang abang impikan. Kami doakan abang sentiasa dalam lindungan Allah dan berjaya dunia akhirat. 


No comments: