Monday, May 8, 2017

Barang keperluan ibu dan anak.

Assalamualaikum. 

Ok meh kakmek share apa barang yg kakmek beli utk keperluan pantang. 

Since anak2 sebelum ni nak senang beli terus set bersalin (salindah n nona roguy), tapi tak abis pakai pun, kali ni mari beli yg penting sahaja. Kita mix n match jelah. 



Orait, beli 2 ni je dari NR. Yg lelain rasanya tak pakai kot. Yg ni aku beli dari shopee. setelah compare harga sana sini, dapat harga paling murah. 

Phyto 90psc RM79 
Minyak herbanika 130ml RM48
Kupon RM7
Shipping free. 

Mmg beza sangat harga dgn kedai2 jamu etc. korang nak tahu berapa beza boleh la survey n compare sendiri. 

Kakmek mmg penggila shopee, 11street dan seangkatan 😝 

Harga kebanyakannya lagi murah dr physical store. Pulak tu kupon la diskaun la sentiasa je ada. Berbaloi wehh! 👍🏻👍🏻




Ok yang ni suggestion dari bakal CL. Katanya pilis dan tapel paling baik adalah dari tajuk Air Mancur. Yg ni beli kat kedai jamu bandar Muar masa bw emir outing semalam. Harga singgit je sepeket. 
Ni kat shoppee mahal. Satu RM2. Nasib belum order kat shopee lagi. Bijak tindakan kakmek disitu. Haha

Ambik pilis 5, tapel 5. Esok kalau tak cukup pepandailah ciklel cari nanti. 

Kata brother kedai tu, ramai org dh taknak pakai air mancur ni. Brand lama dr indon lak tu. Biasa kalau bidan lama2 mmg suggest pakai brand ni katanya. 

Kata dia org2 skg lagi suka yg sapu2, minyak2...walau mahal tp senang. Semua nak mudah. Tapi dorang tak tahu yg ni lagi baik hasilnya. Mantap! Amboi pandainya abang. 

Tapi betullah tu encik. Saya ni pun dah tua baru nak try yg katanya helok ni. Sblm ni cari yg mudah jugak..patutla badan tak berapa nak kuat..bila mengandung tua2 ni lagilah terasa kesannya...huhu

Tapi CL yang aku booking ni muda lagi. Lagi muda dari ibu yg nak dijaganya ni. Hehe 
Tapi dia dah banyak jaga ibu2 berpantang. InsyaAllah banyak pengalaman.   


Utk herba mandian aku beli yg ni je. Senang. Dlm uncang terus. So takdelah nak bersepah2 lepas mandi. Rendam air panas, pastu campur ngan air mandian. Harga RM20 utk satu pek. 7 uncang. 



Tak penah beli tungku pun sblm ni. Masa umar dulu mama ada. Dia bawak batu sungai dr kb. Skg mama pun tak sihat, maka terpaksalah buat sendiri. InsyaAllah boleh je. 

Beli tungku skali ngan sarung herba ni RM69. Shopee jugak. Tu paling murah. Kedai2 lain pun banyak tp lagi mahal. 

Untuk bengkung lak kali ni beli bengkung berzip. Senang nak ke toilet. Jangan tak tahu, kakmek disiplin pakai bengkung. InsyaAllah kali ni pun harap2 istiqomah. Nak cepat kurus ooii!

Ini pun beli di shopee. Harga RM45. 
kedai baby depan rumah ni pun ada jual. RM70+ kot. Kan beza sangat tu. Kakmek masuk kedai2 baby ni survey2 je. Pastu balik order online. At least kita boleh la compare harga dan buat keputusan bijak. Accumulate jimat beratus wehh.
 
Nursing pillow ni pun kakmek beli kat shopee jugak. Eh semualah. Hahahaha

Yang ni postage direct dr shenzen.
Harga RM74. Alang2 dah order nursing pillow ni, marilah order skali cekmek molek ni. 


Comey nau2. Kedai ni jual RM18 je. 
Postage free sekali ngan nursing pillow tu. 

Kat shopee ni kena pandai pilih kedai. Pepandailah korang compare harga termasuk postage. Ada yg free postage ada yg harga lebih murah tp ada postage. Sila pandaikan diri buat comparison sebelum beli ye. Dan jgn lupa cari kupon. 

Utk bulan Mei ni purchase RM30 ke atas dapat free postage atau kalau less than RM30 ada subsidi pat lima ringgit postage dr shopee. Oklah kan. Byr sikit je postage even barang less than RM30. 

Kakmek ni promote kaw2 shopee dah kenapa? 
Hahahhaa
Ala aku kan suka hasut korang. Ayuh kita jimat bersama-sama. 

Ok yg ni beli dari baby online store setelah dibanding beza sana sini. Kedai ni yg terpaling murah RM167.
Kedai baby anakibushop depan rumah aku ni RM249. Ohoii nasib tak menyesal dikendian hari. 

themontel.my

Skip hop diapers bag.
Beli kat themontel gak. Survey kedai2 lain mahal nak mampss. Lagi2 kedai ig. Kat sini boleh dpt RM263 je. 




Auwww comel kan 😁



Diapers pun aku dah tekad beli online je. Hari tu tgk kat jusco yg ni RM50+. Shopee dpt harga RM40. Postage free. 



Baby herbal cream ni dapat harga paling murah RM25 je. Korang nak tahu harga sebenar, surveylah sendiri. Koser aku nak ingat harga benarrr dia. 




Benda alah ni pun aku beli tau. Hahaha sesuatu sangat!

Bukan apa, kitaorg kan pakai dryer. skg ni dryer rosak dah mogok penat sangat agaknya. 
So ciklel seminggu 2x hantar dry kat dobi. baju baby takkan nak masuk dryer dobi jugak kan. Maka, mari kita dry secara alami je. 
Murah je ni. Tak silap masa tu RM29. Skg dah naik RM30+. Ada kedai baby aku tgk jual RM79. Amboi  

Korang, niat aku tepek kat sini barang apa harga sekian2 betul2 sbb nak share ngan korang. Kot2 boleh sama2 jimat kan. Tapi kalau korang duit berlebih, kudrat melimpah ruah, gi jelah jelajah kedai2 tu. Lagi seronok dan teruja kan. Boleh pegang, belek sblm beli. Aku ni sebab tak daya nak menjelajah dan bajet pun biarlah konsep jimat cermat. Maka solusi aku online jelah. 

Oklah yg lain2 next time aku share lagi. InsyaAllah...

Tata. 


 

No comments: