Assalamualaikum...
Alhamdulillah tetiba terasa rajin nak berblog hari ni.
Sabtu 6/5 genap 32minggu. Baby alhamdulillah sangat2 aktif. Berdansa saja tak kira masa. Herot pekot perut emak.
Start minggu28 hari tu dah stop checkup kat kk. Sambung dgn drchia kat pantai. Lega takyah minum air gula kali ke 2. Phewww. Hahaha.
Result yg 16weeks hr tu
Result sebelum - 4.2 , selepas - 5.4
Alhamdulillah bebas.
Sepatutnya kalau masih checkup kak kk minggu 28 kena lagi skali. Itulah kakmek lari awal2..huhu
Checkup ngan drchia ni simple gile. urine, berat, blood pressure n scan. Scan pun tak sampai 5saat. Sabau jelah. Borak je lebih. Mmg ayah2 sgt.
Dia pegang2 perut, scan 4 saat tgk heart beat n kepala baby dah dlm kedudukan yg betul, setel! Hahaha koboi betul.
Sbnrnya dari time icha dulu dia mmg tak galakkan sangat scan banyak2 kali ni. Adalah reason dia bgtau. Malas aku nak terangkan kat sini. Sbb tu dia cuba minimizekan.
1st time refer dia mmg dia akan scan betul2 la. Confirmkan gender baby (sbb dah buat detail scan sebelum tu), ukuran baby dll. Kali ke 2 dah takyah nak tgk apa2 dah. Yg penting katanya nak tgk jantung n kedudukan baby je. Semua ok, dah. Kali ke 2 ni xsempat nak tnya berat baby ke apa. Dan dia tak caj pun scan tu. Just byr consultation je RM40. Memang atuk2 sungguh. Banyak nasihat dia pasal scan ni. So kitaorg redha jelah. Paling dia xsuggest buat adalah 4D walaupun klinik dia tu ada mesin utk 4D. Doktor veteran mcm tulah. Tapi kepakaran dia mmg takde was2 lah kan. Dah 70+ umur dia. Tp still fit lagi utk sambut baby.
So far, alhamdulillah. Tak de masalah2 besar yg lain selain sakit2 aku tu. Perut pun dah memberat sangat rasanya. Pinggang dah tertolak maximum ke depan. Perut muncung tak boleh blah. Hahaa. Mcm kembar pun ada. Kawan2 kat sek asal selisih je mesti tnya bila nak beranak. Dah sarat sangat dah tengok. Huhu...lambat lagi korang oiii.
Berat mmg banyak naik. Dah melewati pun paras tertinggi seumur hidup. Takpelah nak, emak paserah..huhu
Harap2 senanglah turun lps ni. Kalau tidak menangis berirama la emakmu ini...😭😭
Barang2 keperluan baby ngan mmy hampir selesai. Kebanyakkannya beli online je. Nak jelajah mall mmg aku surrender. Last month sempat gagahkan diri pegi ikea nak beli rak utk baby. Lps tu mmg tobat dah taknak. Sakit segala pinggang urat saraf ni. Pinggang rasa mcm tarik batu 100kg, punggung, paha, kaki sebelah kiri ni yaAllah tuhan je yg tahu...😢
Lps beranak mari bertekad utk berubat!
Ok, next time kakmek cerita psl pembelian bijak utk keperluan berpantang mak dan anak lak ya.
Semoga rajin.
Tata.
No comments:
Post a Comment