Banyaknya benda nak share. Almaklumla dua tahun tak membebel kat sini. Hahahha
Tak tahu nak cerita yang mana satu dulu 🤔
Oklah kita cerita pasal trip Korea dululah ya.
Trip 4/12 - 8/12/2019. Kejadian 2019.
Alhamdulillah impian aku nak bawak anak2 jenjalan Korea tercapai hujung tahun lepas.
Pergi dengan pakej sebab Korea bukan negara yang mudah bagi kami. Dengan bahasa, makan dan lelain rasanya utk first timer eloklah pegi dengan tunjuk ajar manusia lain.
Lps dah survey sana sini pakej itu ini, pros n cons maka aku decide ambik Jombackpakers. Jumpa di fb. Memula tak tahu pun owner dia penyanyi nasyid kump apatah. Bila dh deal sekali dua baru oo ok.
Pakej yg aku ambik ni join trip. RM1999/pax. Cover flight ticket, hotel, transport, tiket nami. Oklah kan murah sangat dah tu. Pakej lain yg aku survey tak dapat harga tu. paling murah pun dlm RM2.5k. Nak darab 6 orang mahu berpeluh jugak dahi makkau.
So close deal bayar deposit 500/pax dalam bulan 4. monthly 200/pax. By September dah kena setelkan semua sekali.
Luggage dan meals aku beli sendiri. Ambik 40kg dan meals ambik pergi balik utk 6 orang.
Rezeki aku masa purchase meals tu sistem AA sama ada terlebih baik hati atau tengah pening, meals yg aku beli tu murah gile. RM120 je utk 6 orang pegi balik. Terima kasih AA 😊
Nasib baik ngam2 je 40kg check in luggage tu. 2 bag. 1 besar 1 kecik.
Yang lain hand luggage je sorang satu. Jimat.
Parking kat airport je. Punyalah beria survey nak parking kat movenpick hotel la, salak selatan la, last2, airport je sudehhh. Senang. Byr mahal la skit. Takpe. Kita beli masa dan tenaga.
Dari KL 3 pm. Sampai awal so rilek2 je. Solat zohor dulu sebelum ke boarding room.
Teruju budak berdua ni. Terutama si awek kpop tu.
Eh mak dia pun apa kurangnya kahkah
Dah lama budak2 tak naik flight. Last rasanya ke Sabah tahun 2015 eh. Lepas tu hibernate je kat tanah sendiri. Apak belajar. Banyak kekangan. Ok fineeeee
Now apakkau dah abis belajar, tanpa berlengah terus makkau jalankan operasi..
Cerita apakkau habis study nnti kendian. Harus juga simpan di sini untuk masa hadapan.
Budak ni dah 2 tahun setengah pun masa ni. Last cerita dia kat sini baru lahir kan.
Tak dok diam. Pening makkau.
Aku orderkan dia nasi ayam. Sekali dia rembat nasi lemak pak nasser aku. Boleh tahan budak ni. Geram je.
Dah nak sampai baru tido.
Seoul aku datang...
Alhamdulillah selamat landed seoul jam 11pm.
Keluar arrival hall dah ada tour guide (TG) yang menunggu.
Alhamdulillah semua ok. Imi ok, kastam ok. Walaupun muka ketat je. Tak kena geledah bag pun. Cuak jugak bila baca dalam group ramai jugak yg kena hantar balik. Tak sempat sedut udara Seoul pun. Kesian...duit confirm dah banyak abis byr booking itu ini. Last2 kena entry denied. Sabar jelah. Takde rezeki namanya.
Salah siapa? Salah manusia yg overstay reramai kat sana. Kau punya hal menyusahkan manusia lain.
Keluar airport masyaAllah sejuk gile. - 1. Bebudak dan bapak budak dah siap2 keluarkan baju perisai masing2 sebelum keluar dah pakai. Aku je pegang kat tangan kekonon boleh je tahan. Kena marah dengan ciklel. Eh suka hati kita lah. Hahaa
Dari airport naik private airport transfer. chartered by JP. Driver tak tahu English langsung. Ciklel nak buat2 borak kononnya. Tnya itu ini. Sudahnya aku suruh ciklel diam je. Hahahaha
Sampai hotel around 1 pagi. Ada la sikit prob bila bilik family yang patutnya aku dpt takde. Ada bilik 2 katil je. Ko raseee?? 6 orang kot mahu disumbat dalam bilik kecik 2 katil single.
Tapi sebab dah tengah malam, malas nak kecoh, kitaorg redha je. Patutnya dia bg aku dua bilik la kan. Ini satu je siap angkat extra tilam dr bilik TG. bilik dah la kecik. Hurmmm takpelah. Aku sabar.
Malam tu ciklel ngan emir siap keluar cari cs sbb international plug yg kitaorg bawak xleh jugak masuk dalam plug bulat dia tu. kena ada adapter jugak. Nasib baik dekat je. Dan paling penting tak rasa takut nak keluar memalam buta.
Ok selesai part 1.
Till then...tata!
No comments:
Post a Comment