Monday, February 28, 2011

Potong

Assalamualaikum.

Saja nak kepochi aku da potong rambut semalam. Yeayy! Salah satu benda wajib buat time peknan. Skg dah kembali muda remaja..theee...suka! Selamat tinggal kerimasan..

Eh bes tau rambut pendek. Terasa ringannn sentiasa. Tapi kalau pendek semata apa barang kan. Kenalah pendek stylo mylo gitu. Barulah vouge. Walaupun xde sapa yg nk tgk tp haruslah feeling2 syok sendiri. Hahahah.


Tp bila dah rambut pendek ni tak blh nak toncit2 lagi. Maknanya kalau pakai tudung tu nampak flat jer. Ah tak kesah lah. Lgpun sebrnarnya aku ni sangatlah kurang berkenan dgn pesen bonjol2 kat kepala. Kalau dulu, konpem aku akan lenyek2 rambut dulu sblm pakai tudung. Tp skg semua org pun nak bengkak2 kepala. Heran tak? Heheh ok, aku jer yg heran.

Rambut pendek senang nak urus. Jimat shampoo pun yer. Giler kedekut! Bahahaha..
Nak2 pagi2 bila kena basahkan segala. Bencii tau rambut panjang!

Ramai jugak kengkawan aku yg suka sangat berambut pendek. tp bila dah kawen, terpaksa jadi ala2 wanita melayu terakhir gitu...alalala sekian....eh kesian.
Napa ek? Laki suka bini rambut panjang? Laki aku ok jer...siap suh botakkan lagi. pi kedai india, pakai mata pat. chiiss! ingat stok ramot kutu ker?

Ya lah, dah sah2 pakai tudung, ramot panjang ni kenalah ikat..kalau kat rumah takkan nak curl2 bagai. huh koser mak!
Rimass!!
tu sebab gaknya paktayel suka aku ramot pendek. boring pesen ikat jer manjang...hahahah



eh tapi ni rambut idaman sepanjang zaman...suka sangat!!



ini bukan aku. :p



salon yang aku pegi bukan salon kelas A ke apa. kelas biasa2 jer..kat Jasin. potong baru doblas hinggit. setakat ni oklah, puas hati. aku dah serik pegi salon glamer2 ni. bayar mahal sesia tapi menyakitkan hati..lain yg nak lain yg jadi. ikut suka hati dia jer. konon pro..
so skg ni sku dah buang yg keruh ambik yg jernih, cukup dengan Ah May dan anak2 buahnya yg hari ahad ritu seksi sungguh dengan baju ala2 hawaii gitu..hahah. seb baik aku tahu siapa dia. kalau first time konpem aku dah cop salon terselindung. heheh..


Ok, tamat n3 ramot!

Babai!

Friday, February 25, 2011

Contest kek CikEcah

cikecah ni member aku.
dia ada kedai kek maya
kenit2, comey2 kek dia

sekarang dia ada wat contest. 
sapa2 nak join, nak tempah sila..sila...








tak ke comel tu???
geram okey!

nak tgk lebih banyak kecomelan terjah sini!




adiahnya??

besss!!!

dari sini..



masam manis

korang mesti penah makan benda alah ni kan?
dulu masa muda remaja antara peberet masa naik bas kb-kl
aku kan skolah jauh2...
sengaja pegi sekolah jauh2 sbb nk mkn benda ni dalam bas tau! hahah

ok tak klaka!



lama tak dengar buah celagi..
wrapper dia macam dulu2 jugak. masih warna warni. kalepul gitu..menarikks

sebenarnya dah lama giler tak makan benda ni. selalu jer nampak tp kurang keinginan.
ni pun sebenarnya aku dapat pree. 
borong keropok pree masam manis. manis kan kakak keropok tu? :)
dah aku ni mengandung, haruslah kakak tu ingat aku mengidam makan benda ni tp malu nak beli.
maka, nah ambik sebungkus, sila datang lagi..



harga satu paket ni masih lagi singgit (kot!).




alahai cinonit jer..
aterr nk menampung kos dgn harga yg menten tu yg kena la kecikkan isinya. 
ecehh..pandai sungguh saya :)


dah berkurun jugak aku simpan. balik dr kb hr tu kemas2 tah mana aku sorok.
tadi baru terjumpa. 




hah ambik kau! sekali hadap...
kata lama tak jumpa....
rasa masih sama. masam2 manis..sedap oh!

Wednesday, February 23, 2011

takde tajuk!

hak alaa....
header aku macam katun
masih digodek.
dah tak larat.
hadaplah dulu!

babai.

Tuesday, February 22, 2011

makciklah tamby!

tengahari tadi masa tgh panjat tingkat 4 bangunan sekolah
aku terserempak dengan sorang budak india
tahun 2
baru balik dr toilet di tingkat 2
dia tgh mencuba2 nak panjat pagar tangga kat tingkat 3

budaknya kecik ajer.
tapi sangat pemes
terkenal seantero sekolah.

ko cakap apa dia tak paham
betul2 tak paham atau buat2 tak paham
cikgu cegilkan mata
dia cegil balik
hey cikgu gemuk...cikgu gemuk...!!
selamba panggil cikgu
bila ada cikgu yang marah dia dari kelas sebelah
dia akan kerap jenguk kelas tu
dan
cikgu bodoh!
lari...!!!

hasilnya semua cikgu kenal dia.
budak india tak ramai kat situ.
aku tak tahu kasta yang macamana masuk sekolah majoriti melayu

balik cerita aku tengahari tadi
aku tegur
hey tamby, jangan panjat nanti jatuh
pegi masuk kelas cepat!

dia tengok aku
selamba pekak badak
panjat lagi

deyyy tambyyyy!! pegi masuk kelas sekarang!
aku dah keluarkan suara harimau jadian

dia tgk aku lagi
sapa tamby? dia tanya
kamu lah tamby!

tak,
makcik lah tamby!

kefala hofak kau makcik!
haaa. kan dah keluar bahasa hang tuah aku...

terus dia lari lintang pukang....




dia panggil aku makcik boley??



**terpaksa letak gamba makcik tamby sebagai hiasan sbb gamba tamby sebenar tak sempat dirakam.

***sorry makcik tamby agak malu2 duatiga hari ni nak tunjuk mata (ambik gamba sendiri, harus mata jadi kurang senonoh.. :p)

Astro tolonglah!

hari ni budak2 peksa. aku masuk time dah nak abis masa.
masa dah time je, aku bg arahan (aku kan teacher, haruslah arahan dalam english! har har)

those who sit at the back pls stand up and collect your friends' paper
(std aa....bas cikgu mls nak bergerak)

no response

pupils who sit behind pls stand up
sengaja aku guna perkataan behind sbb dorang baru belajar preposition
ramai la plak yg bangun. cess..dpt tang 'stand up' jer.

haihh! apa akau nak cakap?

last person pls stand up
still confused.
pandang sana sini..

at last ada jugak yg paham, translatekan utk kawan2.
and baru aku proceed dengan arahan kutip kertas jawapan.

owhhh..betapa susahnya ko nak apply fully english dalam kelas. bukan tahun 1, tapi tahun 3-6 pun.
kalau hari tu tetiba terlebih dos, alamatnya ko akan bercakap ngan kerusi dan meja lah.
itu kelas pertengahan. blom citer kelas ujung2.

how are you today? today is Monday  :'(  owh bercucuran airmata ku ini...

even, copy in your exercise book. pun xde response. copy tu apa teacher?
kopi cap gantang sedap diminum di waktu petang!

teacher, may i go to water? (mintak ijin nak minum air)
hak alahhh...jenuh aku ajar. dari tahun 2, jumpa lagi tahun 3 sama jugak balik2 yg dia mintak nak pegi air. aduyaaaa...

dulu aku mcm ni ker? mungkin jugak kan...hehe

nak salahkan siapa?
makbapak? kakakabang? atuknenek? cikgu?

aku salahkan astro sbb semua katun dah dibahasa melayukan. ok, cintailah bahasa kebangsaan.
tapi kurang2 bagilah satu medium yg paling baik utk budak2 belajar english. kartunlah. paling berkesan.
ank buah aku, lambat bercakap. pandai bercakap umo 4 tahun, terus bahasa omputeh yang keluar.
sebabnya 24jam hadap katun.
tapi sekarang out! sbb mr bean, ben10, dora, pun dah jadi melayu. yang lain apatah lagi.

ok tak adil salah astro semata. mari salahkan semua pihak.

masa menuntut ilmu pendidikan dulu kala, ko kena ulang2 arahan yang sama patplohribu kali supaya diakhirnya murid2 paham. tak paham jugak, tunjukkan action. tp ko bayangkanlah, cikgu dalam kelas macam badut, mana nak action2 arahan, nak ajar isi (pun kena action), nak bg latihan, bincang, guide murid, semua tu nak kena bonus dengan lakonan. baru budak boleh paham. itu pun kalau nasib baik. abih ko rasa dalam masa 30/60 minit cukup ke??

adalah mejadi satu kesalahan di bawah akta ABC kalau guna bahasa melayu dalam kelas Bahasa Inggeris.
tapi ramai jer terpaksa guna atas sebab2 yg penggubal akta tak alami.

bagi aku tak logik okay. lagi2 sekolah budak kecik. ada yang baru first time dengar perkataan toilet. lidah masih keras nak sebut toi-let. selalunya akan jadi tu-wai-let. adalah kasihan!


english ni kan...

dah la selalunya kelas ujung2 ni dianugerah pada cikgu ujung2 sopan santun tak reti membantah. aku lah tu
dah la kelas ujung2 bagi pada cikgu yang bukan opsyen. aku la tu  
dah la kelas ujung2 bagi pada cikgu yang garang tapi murid tak takut. aku la tu!


cabaran memandaikan manusia adalah sangat hebat!

dah la. aku rasa kalau nak membebel banyak2 pasal kerjaya kecintaan aku ni tak abis. banyak dalam kepala otak tapi tak terkeluar. aku malas nk pikir susun2 ayat skema agar menjaga hati banyak pihak. kalau boleh aku keluarkan dalam bentuk formula takpe gak...

almaklumlah, aku kan orang matematik! hua haha haha...

Monday, February 21, 2011

cantiknya dia...

kenapa dalam hidup kita selalunya bayes?
tak banyak sikit la
jangan nak kata eh eh mana ada

aku ambik yang paling senang
ni aku sendiri 
yang aku rasa korang pun lebih kurang sama

ok
katakan aku nak beli tudung
aku search online shop

kalau yg pakai tu modelnya cantik lawa
akan melekatlah aku kat situ
browse dan browse dan browse
walaupun takde yg aku berkenan

tapi kalau modelnya ala2 jer
pantas je aku click x kat ujung tu

nampak?
aku bayes kan?

rasanya memang dah tabiat semulajadi manusia
nampak indah, cantik, bersih, kemas
suka
pastu feeling2 syok sendiri

bukan apa, tgk orang cantik ni ada inspirasi
walau kejap jer tp jadilah.
buat modal angan2


tapi kalau pasal personal blog
aku lebih suka yg biasa2 jer
aku tak pandang pada kecantikan tuan punya blog

tapi gaya penulisan
cerita
perkongsian

dan adalah satu bonus jika kau cantikjelita tapi down to earth
aku suka
memang inspirasi
aku tabik

ada beberapa individu yg menyumbang perubahan aku skg.
walau tak penah kenal pun,
dan aku rasa tak salah
sbb lebih kepada kebaikan
kiranya tak susah la nak ubah seorang aku
terima kasih pada mereka!

itu salah satu sbb kenapa aku da rajin skit update
sebab aku rasa aku dapat banyak kebaikan 
setuju?
aku setuju, korang aku tak tahu!




cantik kan? tu sbb aku dari smlm asik melekat kat sini :)

aku bekenan ngan budak ni (aku ni kan mak budak...) ssb takyah mekap banyak2, memang natural beauty. comel!
paktayel setuju. muka arab katanya!

-->hijab situ pun semua cantikkss...


aku da order, harap2 sempat...
(tu motipnya...hahha)



**************************




iklan sejenak :

hari ni ramai yg baru perasan aku pregnant.




sebab muka aku dah macam pinggan! o.O


Sunday, February 20, 2011

Pembunuh semut


semut dan koloni adalah musuh paktayel.
pantang jumpa pasti akan maut di tangannya.
nak nak yg kaler merah2 tu..

semut ni bila dah mula bertandang
abih diangkutnya kaum kerabat
yg tak tahan air putih pun dia layan
memang sakit ati


pagi tadi
masuk dapur nak buat susu budak2

terkejut tengok 

haaaa....




sapa punya keja ni??

errr...
tak sempat nak hangin
bila nmpak elok jer gula tu
tanpa didatangi

uihh ini sememangnya bagus!

sebenarnya memang dah lama semut2 ayer keroh heights ni banned rumah aku
hiks
agaknya depa takut ni la kot..



sekali tabur pupus la satu dua keturunan.

agak2 da wujud generasi baru
ko tabur lagi.
senang!

lagi bes ko tabur2 kat makanan yg dorang suka
kasik la dorang makan bes2 skit sebelum jd arwah..

tapi awas, kalau letak kat gula2 ke, biskut ke
yang anak korang suka
jangan letak kat tempat dorang senang capai,
kang tak pasal2..





oOOooo....aku tahu 
sapa punya keja
penggoreng mi ini rupanya!

dia suspek utama..
orang terakhir meninggalkan dapur...



seb baik mi awak sedap !
:P




**rumah bonda aku kat kg pun aku da tabur benda alah ni. hasilnya menakjubkan. kalau idak, pesta!

Saturday, February 19, 2011

offer!

smlmkan..semlmkan.... ada org offer ni



nak gantikan saya punya ni,


yang dah lama kiok,


saya suka. tapi......tapiiiii.......saya lebih suka yang ini....



hah!
kan dah cakap. saya memang bagi betis nak peha! hehehhe

kalau seratus dua bezanya, logik la jugak nak demanding. ini sampai 2 ribu. hoh bo layan!
sedar keadaan itu, sbg isteri misali, eh acer ni ok...ok sangat! :))

sbb saya tahu kalau saya eh, takpelah. kite tgh kumpul duit ni utk macbookair.
so, dia ttp akan cari jalan untuk belikan juga. tak sampai hati katanya...(sbb ni bukan handbag beribu ringgit!uhuuu...)
tapi saya lagi tak sampai hati buat dia tak sampai hati...

sebenarnya boleh jer delay. sbb skg pun masing2 dah ada notebook. cuma gedik nak yg kecik2 plak.
senang nak angkut ke katil sekolah.


kata dia, plannya nak adiahkan saya ni,

see...nak adiahkan pun kena citer. zero romantik okey!!

saya dah seronok beronok2!!

tapi katanya macam limited la plak. app sama mcm iphone. so no point. lainlah kalau boleh guna macam notebook...
oh...punah harapan!


tapi takpelah. sebetulnya saya tak kesah yg mana2 pun. mmglah ikut napsu nakkan yg best2 ajer. tapi bila pikir gayakah? praktikalkah? budgetkah?



err...lupa nak tanya. adiah utk apa ek? belated ke advance ni?














***************************************************


n3 ni dah lama dalam draf. minggu lps kot. tetiba teringat balik sbb...













weehuuu.....!!






hitam itu menawan! 

terima kasih chenta...
(wah dapat adiah terus cinta bagai!)





**update guna baby baru... o.O

Petua mendapatkan anak perempuan dan lelaki

Wah tajuk tak boleh blah.
Ala2 pakar reproduksi gitu.
Apa salahnya skali skala feeling2 doktor kan.
(congratulations pd uda emiralisa, Dr. Nordin Yahaya. aww!)


Pelajaran hari Sabtu~

Keliling aku ramai benar yg ahli keluarganya tak seimbang.
kakak aku..kakak ipar, makcik, kawan2...ank dorang semua hero!
*fengsan*

tapi antara kita2 ni
ada lak yg semuanya gegirl. 

Bukanlah nak kata aku ni terer bab2 camni.
Cuma tahulah sikit2 dr pembacaan. Aku ni kan ulat buku. Nak2 buku2 pasai parenting. Cukup menangkap.
Sebenarnya banyak faktor kejadian lelaki dn perempuan. Selain kuasa yang paling besar, Allah swt, kita masih boleh cuba mengikut ilmu sains.

Kaedah pertama
amalan pemakanan - kalau nak anak lelaki kena blablabla, anak pompuan lak sebaliknya. Yg ni aku tak kesah sgt pun. Sgt susah nak plan2 makan segala ni. Aku blasah je apa yg nak.

Kaedah kedua
posisi - masa korang ehem ehem tu kalau nak anak perempuan, pastikan begini begini. Anak pompuan lak begitu begitu. dah selesai pun camtu jugak, ada petua tertentu. Yg ni pun aku tak brapa nak ambik port sbb ah blasah jer mana dan. Teeettttt hahah

Kaedah ke3
faktor kedalaman - Mls nak citer. Konpem korang susyah nak praktik. Sebab perlu kerjasama pihak satu lg. Leceh!

Kaedah ke4
masa - haaaa....ni yg aku nak citer. Masa ni agak blh diterima akal. Senang nak paham dan senang nk praktikkan. :)

Ok,camni.
Y (boy), X (girl).

Y ni perumpamaan dia mcm pelari pecut. Sangat gagah okeh! Kalau lumba lari memang dia yg menang memanjang.
X plak macam kura2. Slow n steady. Kiranya mmg dr azali X kaum yg lemah. Huhuuu..

So, katalah korang ehem2 tepat2 time subur (blh kira sendiri) utk regular circulation. Kalau tak pun, kita blh tahu bila kesuburan melanda kan. So blh bajet la.

Ok, oleh kerana waktu subur tu maksudnya ovum sudah tersedia menanti di taman asmara, maka jika sel2 XY dilepaskan time tu agak2 korang sapa yg sampai dulu?

Hah pandainya!
So bila dah Y sampai dulu tentu2lah X xde can lagi. Sudahnya pemenang adalah si Y. Maka hero lah juaranya!

Tapii...kalau korang nak bby girl, jgn tunggu time subur baru nak proses. Mesti lebih kurang 24jam sebelumnya.
Sbbnya, Y ni walaupun pelari pecut tp jangka hayatnya tak lama. Kalau dia da sampai tp xde apa2 yg nak dirombos masuk, maka dalam masa 24j semua sel Y akan mati. Jd yg tinggal hanyalah X sahaja. So, bila masa sdh time, maka bersenang lenanglah si X tnpa pencabar. Time tu plak jgnlah korang menambah sel Y pulak. sbb Y ni sememngnya dominant, nnti dicantasnya X.
Stop kjap. Kasi can kat X. Haaa...begituu...ovum plak boleh bertahan sampai 12 jam jer.

See....senang nak paham kan?

Satu lg cara blh refer kat jadual kuno cina ni. katanya 99% accurate. tapi tak tahulah...wallahualam. semuanya kuasa Allah..


kalau tanya pengalaman aku sendiri
1st baby, memang tak kesah. anak sulung katakan.
kalau boy, boleh la jaga adik2 nanti. garang skit.
kalau girl, adala pembantu aku dalam masa 10-11 tahun lg..heheh

alhamdulillah harta pertama aku hero gagah perkasa.



so bila nak plan 2nd punya, tentu2 lah nak girl plak kan. lagi2 aku memang obses gila ngan barang bdk2 pompuan ni..

dari situlah mula cari2 ilmu selain doa banyak2 utk baby girl. alhamdulillah Allah makbulkan.



kalau refer carta atas tu, dedua terkebetulan sama lak. tapi aku rasa ssh jugak nak bajet utk plan, tp kalau guna utk check senang sbb dia guna bulan bayi lahir ngan umo ibu. bagi aku lah. kalau korang terer no hal..cubalah!

sekarang ni dah ada sepasang, so yang ke3 dah takde plan2 dah. balik pada awal2 dulu. mana2 pun boley. asal sihat sempurna, mudah segala perjalanan..insyaAllah.

naluri?
carta?

ada, tp nnti2lah mak kasi heboh....(hahha gedikss..)

 

kesimpulannya kat sini bukan kena berserah jer kalau kita betul2 nak apa yg kita hajat. usaha dulu baru tawakkal. ya dakk?

sekian ~ ustajah nina

Friday, February 18, 2011

Gulp!



alahai...betul2 menggugat jiwa la..
jap nak tutup perut. jangan kasik baby nampak
kang meronta2 dia nak...jauh tuuu nak cekau!


 

uhuu...kejam okeh!!

dah berapa hari aku dok usha menda alah ni. KOTA DAMANSARA babe!
bila masa aku nak pegi?
mana sanggup tunggu hujung bulan ni?
tinggal 2 hari je lagi nak dapat half price..
tapi kalau baby mintak jugak cane??
err...normal price pun padehal...ya tak En.Tayel?? ^^''




  • RM10 for RM20 worth of mouth watering desserts and drinks from over 100 items on the menu!
  • Over 100 selection of desserts & drinks from the menu
  • Quality raw materials and ingredients used for example, black sesame, Luzon mangoes from Philippines, sago, purple rice and quality milk are imported from Hong Kong, Thailand and New Zealand
  • High quality local ingredients sourced from local suppliers, such as ginger from Bentong and high grade durians
  • Sweet but healthy as all the desserts use pure ingredients, less sugar and minimal additives
  • Pork Free
**ee korang2 dekat sana, tolong makankan untuk aku boley??

Thursday, February 17, 2011

pindah

masih gigih memindahkan n3-n3 lama dari dua blog terdahulu...
kenangan wehh!

walau payah, walau ngantuk akan kutempuhi.

dah..enuff. cukup malam ni. nak tido dah.

nite2!



memori daun pisang...



icha first day @newcastle.

kul 3 a.m. masih bergelak ketawa. jet lag!

Sehari singgit


Agak2 kalau aku menabung singgit satu hari
bila taun nak penuh tabung lapanribu??

lapan-ribu-ringgit=lapan-ribu-hari
haihhh!! Usaha...usaha....

Apa nak buat ngan lapanriburinggit tu?



Aku nak ni....








Sangat kasihan kan??
Hukhuk

sejak dua menjak ni mcm2 citer dgr psl benda2 jahat ni. Skg dpn rumah pun jadik.

Sbg aku yg masih la berpintu pagarkan manual ni amatlah cuak tiap kali pulang dr kerja..hoh ayat!

Tetiap hari sampai rumah dr kepulangan, sah2 la kena bukak pintu keta-tinggalkan anak2 dalam tu-turun bukak gate-masuk keta-parking-turun-kunci gate-kunci keta-masuk rumah.

Ko kira brapa lama masa yg nk kena ambik dan berapa lama plak orang jahat ambik masa utk buat jahat?? Cecite..cecite..

Kalau gate oto kan..50m nak sampai teetttt...dah terbukak luas. masuk-parking-teeetttt lagi. Turun keta-tett keta-masuk rumah-kunci. Siap!



Sapp sapp soii kan?
At least kurang la skit risiko dijahatkan.
Tp org kata kalau nak kena, gate canggih cemanapun ko guna, takyah bnyk citer..serah je lah!

Ok, tu ayat penyedap sbb skg aku blom mmpu nak buat gate teett teettt..
Kena kumpul singgit sehari dulu... :p




pic ulang tayang..buat masa skg mari redha dengan gate std tu...
(syukur masih tegap. org sebelah punya da roboh...hikhik)

Wednesday, February 16, 2011

Ke depan

Tadi ada orang tegur aku
Katanya aku nmpk sarat
sbb
jalan perut dah ke depan
mcm penat sgt bawak perut
eh eh
biar betul
ye ker??
Tapi yalah, aku rasa pun mcm dah sarat
jalan aku tak vogue lagi
perut sampai dulu
padahal baru berapa bulan wehh
pinggang aku sakit la
sakit bukan sbb bby dah membesar ke apa
tu biasa
tp dr dulu lagi sakit, dr sblm mengandung
macam orang tua okeh
pastu urat2 aku terasa sangat ketat
tegang je manjang
sakit duduk sakit berdiri
tu sbb aku rasa cepat penat.

Kena buat sumthing
dah dapat cari tukang urut yg dengarnya bes
esok nak buat appointment.

Harap2 lps ni aku kembali normal.
Kurang2 dpt berjalan mcm org 5bulan mengandung..

Tuesday, February 15, 2011

Ikan kering sabah

kalau tuan pergi ke sabah
singgah sebentar di pekan sabah
eh eh mari kita pergi ke sabah
pegi beli ikan kering sabah!

hahha..memang fail lah kau!

dulu2 penah la jugak masuk pertandingan pantun,
memang mencabar okeh,
kita dah prepare pembayang duapuluhpa helai ketas pun, boleh tetiba blank pulak. coiii!!

ok, abaikan pantun orang tak skolah tu. jom citer pasal barang baeekk punya.

korang kalau pegi sabah, tak beli binatang alah ni memang la rugi. sedapppp okay! rasa dia tak masin lagi bonus krak kruk krak kruk. itupun kalau ko pandai goreng la. kalau idak, liatnya rasa cam nak sepak sapa yang promot tu. hahah!

idaklah aku tahu nama komersel dia, tp yg paling glamer dikalangan org2 semenanjung, spesis ni lah (kot!).
dulu time aku pegi sana, rega dia takdelah mcm sekarang. sepeket tak sampai 10hinggit pun kalau tak salah aku. hari tu mak mertua aku pegi, sepeket dah jadik duaplohlebih..umaikk aihh...kata abang aku, dulu tak glamer, skg asal org semenanjung pegi sabah je, mesti cari ikan kering ni. tu sebab dah mahal.

tapi kalo ko pandai tawar, dapatlah kot rega belas2...

ni rupa sebelum dicampak dalam minyak panas...mak mertua terkasih aku bagi nih.






dan bila dah digoreng ciklel terchenta aku tuh, jadilah rupanya sebegini...




ermm...mcm ada sikit terlebih itam. aku dah cakap..
*macam besar je api kamu tu..
tapi dia buat tak tahu jer.
mesti dalam hati,
*banyak cakap lah kamu! mari goreng sendiri!

-->dalam hati jer kot sbb aku tak dengar apa2 keluar dr mulut dia pun tadi.... ^_^

ah, aku ok jer. rasa la terlebih garing tp sedappp jugak!

emir adalah sangat suka. sebab dia memang peminat benda2 krak kruk krak kruk.

tadi lunch kami ayam masak serai dan ikan kering sabah sedap. air tangan ciklel...alhamdulillah!
sorga!


**dah lama tak pegi sabah. bulan 3 ni ayahbonda aku lak nak pegi sana. nak ikutttt!! rega tiket firefly lps cuti skolah RM16 jer pegi balik. cesss!!!!!!!



Mummy, siapa Nabi Muhammad?


Rasulullah dalam mengenangmu

Kami susuli lembaran sirahmu

Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran



Engkau taburkan pengorbananmu

Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya



Tak terjangkau tinggi pekertimu

Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran



Rasulullah kami umatmu

Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu



Kami sambung perjuanganmu

Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa

Allah dan rasul sebagai pembela


Selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. 
Salam Maulidur Rasul untuk semua. 



Tiap kali dengar lagu tu, syahdu dan sayu jer...masa sekolah dulu2, lagu tu antara lagu peberet utk nasyid opkos la kan..

semalam, emir balik dr sekolah dah mula bertanya, 

siapa Nabi Muhammad? siapa Rasulullah?
kenapa hari jadi Rasulullah kita kena cuti?

ermmm.......

dan sebagai emak yang tak berapa nak mendalam ilmu sirah ni, kena gigih mencari jawapan dan cara terbaik untuk soalan itu.

pagi ni bangun dengan bersemangat, mintak bantuan atukgugel, terjumpa sedikit info yg berguna kat sini.....dah mintak izin untuk copy n3 beliau. semoga kakak tersebut menghalalkannya.

esok aku nak print dan tampal dalam kelas. untuk anak2 tersayang kat sekolah plak..

psstt -->emak pun kebanyakannya baru tahu nak.....uhuuu..







"Ya ALLAH, Limpahkanlah rahmatMu dan Sejahterakan oleh Mu dan berkatilah olehMu keatas Penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W pembawa cahaya awal dan rahsia yang terpendam pada sekalian nama nama dan sifat-sifat"



Salam Maulidur Rasul. Kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah terpadam. Mengingati sirahnya adalah terbaik buat kita. Sejenak tentang BIODATA RASULULLAH SAW


Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571. Masehi 
(dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
• Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
• Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf..
• Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
• Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
• Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).




USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.


USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.




USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.




USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk member pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.




USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.




USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.




USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.




USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.




USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah S.A.W di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.




ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
• Khadijah Binti Khuwailid.
• Saudah Binti Zam'ah.
• Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
• Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
• Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
• Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
• Zainab Binti Jahsy.
• Maimunah Binti Harith.
• Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
• Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).




ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '




ANAK TIRI RASULULLAH S.A.W
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH S.A.W


IBU SUSUAN: Thuwaibah
SAUDARA SUSUAN:
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


IBU SUSUAN: Halimah Al-Saidiyyah
SAUDARA SUSUAN:
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH S.A.W
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.

## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


NABI MUHAMMAD S.A.W - MANUSIA AGUNG
MENGENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

• Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah S.A.W
• Aku melihat cahaya dari lidahnya.
• Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
• Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
• Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
• Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
• Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
• Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
• Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
• Wajahnya seperti bulan purnama.
• Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
• Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
• Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
• Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
• Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
• Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
• Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
• Janggutnya penuh dan tebal menawan.
• Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
• Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
• Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah.
• Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
• Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
• Seimbang antara kedua bahunya.
• Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
• Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
• Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
• Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
• Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
• Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
• Warna kulitnya putih tapi sihat.
• Kulitnya putih lagi bercahaya.
• Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
• Badannya tidak gemuk. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
• Perutnya tidak buncit. Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.


KESIMPULAN :
Nabi Muhammad S.A.W adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia. Kepada sahabat-sahabat muslim marilah kita mencintai Allah dan Rasul, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah 
kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.



semoga anak2 emak mencontohi sifat Rasulullah dan menjadi pegangan dunia akhirat..



**tgh pikir camana nak jawab kalau dia tanya mana gambar Rasulullah...ermmmm.....