Friday, February 11, 2011

Kanda Dinda





Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,
Kanda polar kutub Utara,
Dinda kutub Selatan
komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,
Walau kita sering dgn cara masing2,
Kanda yg Perdana,
Dinda yg Utama,
Kanda sgalaNya..
Dindalah Nyawa,
kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya!





heheh...comel sangat lagu tu. sangat kena okeh!

Ya, kami sangat berbeda! 8 dr 10 kami adalah tdk sama!


Hari ni genap 13 tahun kitaorang bersama. Teringat zaman2 cinta kampus (ceh nak jugak guna ayat skematik). Teringat camana dimengorat, teringat tahap keHOTan kat utm dulu. Hahahah. Library dan cp. 2 tempat test market. Oh, bukan salah saya jika dimengurat. :P


Walau bermula dgn cerita agak sadis bg sidia, akhirnya berkat kesabaran dan kesungguhan, akhirnya berjaya jugak. bahahahha...see..see..bukan senang okeh!


13 tahun melalui berbagai musim. Gembira sedih bahagia duka. Alhamdulillah kami masih bersama..
walau banyak perbezaan tapi masing2 sampai sekarang masih cuba menjadi yang terbaik.
gaduh baik gaduh baik tu biasa la. (tp boring okeh sbb tak boleh nak merajuk2 lebih dr 1 jam!)



13 tahun bersama, 7 tahun akad pengikatnya, alhamdulillah syukur perbezaan kami tu pelengkap satu sama lain.
Harapan semoga kami akan setia bersama menempuh masa depan bersama anak2 penyeri cinta.

ameennn.....

doakan kami yer!






*Satu yg pasti persamaan kami berdua adalah susah nau nak romantik2.
Tak pernah dan tak akan menggunakan panggilan2 manja geli2 utk satu sama lain. Ianya akan keluar pada masa2 tertentu sahaja. Yesss!!! Ada persamaan!!

Bg kami loving2 bukan utk tontonan umum, kata2 dan perlakuan tidak dikontrol tp semulajadi cool antara satu sama lain..
So bila yg kdg2 terjadi itu, impaknya lebih manisss... :)



**Korang percaya tak pasangan yg punya cara berbeza boleh hidup bersama?
Aku pun macam tak yakin jer. tapi syukur sampai sekarang kami bertahan dan sangat bahagia.. :)

3 comments:

Norain Nizar said...

Amin..doakan kami jugak ye. 9 years++ been together. Congrates!

NinaDiana said...

tengkiu MA. congrats untuk korang berdua juga! :)

nina said...

lama nyer!!congrats! tapi, aku takdek dah yer, time kau dingorati dulu!?? hihih..