Sunday, February 13, 2011

Kalaulah moyang aku wasiatkan RM12000



untuk dijolikan..
(woww!! makcik kayooo...)

Tak mungkin aku habiskan utk seketul ini....




Gila!
Kalau ditambah jadi RM50k pun, tak mungkin!
Tapi kalau RM100k, ermmm....eh eh why not??? Heheh..

Selalu je aku dok heran, ada ke orang yg sanggup habiskan duit berpuluh ribu utk handbag? Kalau aku, jangankan sepuluhribu, seribu pun aku tak sanggup. Memanglah godaan syaitooonn cukup kuat, tp alhamdulillah masih ada pendinding...hehehe

Dulu aku ingat artis2 jer yg mmpu pakai barang2 mewah ni. Set2 makdatin dan seangkatannya tak payah la nak heran.

Tapi sekarang, dah takdenya heran lagi. Dah ramai wanita2 biasa yg kayaraya kat malaysia ni. Mampu pakai brg2 mewah bukan satu tapi banyaakkkkk!!!
Pernah terserempak satu blog yg ownernya adalah sangat mengagumkan. Kagum sebab dia ada banyaaakkkkkkk beg yg gila punya mahal! menangis okeyy..!

Tapi takpelah, mahal ke murah ke, ori ke fake tu, tu masing2 punya pilihan. Ikut kemampuan masing2 la kan.
Bagi aku, tak perlu nak menyiksa diri. Ada budget lebih, insyaAllah dapat apa yg aku nak. Kalau takde, dok situ diam2. jangan menangis disini, menangis di sana!
tak pun, tunggulah kau sampai menang power root nanti. bahahahaha....


Teringat semalam time citer2 pasal angan2 tak kesampaian,
kata ciklel, to gain sumthing we need to sacrifice other things.

Kata dia, kita dah decide nak rumah yang elok, selesa, cantik, lengkap. Nak kereta2 yang elok, enak. Nak sediakan yg terbaik utk anak2. Makan pakai yg elok2. Gaji kita cukup untuk semua tu tapi untuk boros yg lain2 (merujuk tepat pada keinginan hawa napsu aku la tuh!), kita tak mampu. Kita kena saving utk satu2 benda yg kita nak. Itu namanya pengorbanan.

Ok, siyes aku terharu!

Aku ni kadang2 lupa daratan. Lupa pada garisan yg tak boleh aku rentasi. Lupa pada keselesaan yg ada sekarang dan menuntut yg lebih2 untuk diri sendiri. Lupa yg aku ni hanyalah cikgu (profesional yg paling bwh kedudukan dlm perkhidmatan awam->hah nak jugak claim!) dan dia hanyalah cikgu unibesiti (oh tinggi skit tarafnya dr saya!) Hahahah...

Ok sekarang sudah terhantuk dan eh eh saya sudah sedikit tersedar! :)

Sebenarnya kami bersyukur dan bangga dengan diri sendiri. Membina kehidupan atas usaha dan titik peluh sendiri. syukur yang amat
dikurniakan ketua keluarga yg betul2 bijak dalam perancangan (bajet suami hot! Kahkahkah). Kalau nak harapkan aku, dah lama muflis. Hahaha. Boros, boros, boros dan boros!

So setakat ni, formula bijak + boros = biros. Haha..oklah, berjaya juga handle utk dapat apa yg perlu dan sedikit luxury dalam hidup berkeluarga.


Aku tahu ramai jugak kawan2 yg situasinya spt kami. Merangkak dr ank tangga paling bawah untuk mendaki. Memang penuh cabaran tp hasilnya pasti lebih puas dan akan lebih menghargai. (tp jauh nau lg nak sampai puncaknya....huhuu..)

Tapi kepada mereka yg punya advantage dr family, bersyukurlah. Sekurang-kurangnya korang sedia berada beberapa aras di atas. Jelesss okayyy!!! Hahaha


rezeki..rezeki....

2 comments:

nina said...

...dan.... aku pon suka aje kalau moyang aku bg aku rm100K! aku dah siap ade senarai nak beli ape nieh!hahahahha

NinaDiana said...

ya lah nina..bg sehari jer setel! hahaha