Kalau dulu2, opkos la aku pilih gaya. Asal cantik bergaya, ada nama skit, praktikal tolak ke tepi. Yg tak brapa nak berkenan tp ada nama, eh eh tetiba boleh terbekenan la plak..sebab? Ada nama. Urmmm....zaman dulu2 memang sangat berlagak dan kurang kesedaran diri.
Tapi sejak kawen ngan orang yg penuh konsep praktikalnya, sikit demi sikit pegangan aku yg dulu2 tu terhakis. Lebih pikirkan kepraktikalan dr penggayaan..sangat bangga dengan diriku sekarang..weeee.....(^_^)''
kalau dulu susah benar nak matchkan pilihan dua pihak. Sorang nakkan cantik bergaya, sorang lagi nakkan yg lebih praktikal. Jenuh masing2 defends masing2 punya pilihan. Tapi nasib baik jugak takdelah banyak sgt benda yg cantik tp kurang praktikal (adaaaaa...!) dan tak banyak benda yg praktikal tp kurang kecantikannya. Eh korang paham ke apa aku cakap ni?? Haahh buat2 la paham!
So bila nak decide apa2, gayanya pilihan bini, teknikalnya pilihan laki. Bila di blend together, terhasillah pilihan2 yg kdg2 tanpa redha sesebelah pihak itu. Hahaah! ~ Ok, akan diungkit sampai 7keturunan..
Mana taknya, bila kadang2 pilihan kebergayaan itu byk masalahnya, maka haruslah tadah telinga dengan tabah. Tapi ada jugak yg kononnya praktikal tp hampeh! Tp dek sifat semulajdi pemilih gaya ni yg sentiasa cool (hahah!) maka takdelah apa2 komplen dilemparkan. Bertabah juga menerima keadaan itu. :)
Teringat cerita dulukala masa suamiisteri decide nak bawak balik kereta dari uk, sisuami beria sangat nakkan bintang tiga (dah terbalik plak!). Tapi siisteri agak kurang setuju. Sbb pilihannya lebih pada mpv. Kalau kereta konsepnya, kat mesia dah ada, ruangnya begitu jugak. Nak bertambah anak nnti camana? Walaupun bintang tiga, isteri adalah tidak teruja. (oh mengkagumkan!)
tapi oleh kerna termakan jugak pujukan sisuami, terpaksa la jugak isteri setuju. Dah siap test drive, byr booking segala. Cukup puas hati. Rasa diri sangat hebat. Tapi alhamdulillah, Allah maha mengetahui. mahu selamatkan suamiisteri itu dari sifat mazmumah, maka atas satu
sebab, tetiba tukar pikiran dan mpv adalah pilihan sebenar. Dan mereka adalah sangat bahagia dgn kenderaan itu. Dan sangat2 bersyukur dengan ketidak adaan jodoh bersama si bintang tiga. Sebabnya mampu beli tp tak mempu nak menten. Hahaah. Bayangkan kos servicenya,
spare part nya, huhuu...adalah mereka bukan taraf itu..
Ada seorang kawan, sanggup bersusah payah dengan satu kereta hanya kerna nak pakai kereta yang agak vass da anggun. Ok, kereta idaman. Tapi bagi aku kalau sampai kena bersusah payah naik turun bas sbb tmpat keja ngan suami tak sama, rasanya tak berbaloi. Lagi2 time laki outstation dgn urusan anak kena setelkan sendiri..sangat kasihan!
Tapi kalau dah itu pilihan mereka, terpulang. Masing2 ada pilihan sendiri. Gaya vs praktikal.
Kalau aku, lebih baik ada dua kereta walaupun tak seberapa mewahnya. Asal memudahkan sbb memang dah jadi satu keperluan untuk laki/bini yg bekerja. Nak2 kena uruskan anak2 dgn macam2 hal. Kalau yg baru nak mula idup keluarga memang la ambik masa sikit..so ada satu kereta pun dah syukur alhamdulillah.
Masa aku mula2 keja dulu, pun satu keta jer. WAJA xoic. Pagi2 ciklel hantar, balik naik bas. Dgn perut memboyot, bila naik confirm ada org akan offer seat. Heheh, ngeri tgk perut i la tuh! Dah la menunggu bas yg naik ukay perdana tu punyalah berjanggut. Dengan asek nak terkencing jer, huh memang sangat mencabar. Seb baik bas intrakota, kalo metro konpem ku menangis di situ tiap2 hari. Heheheh. Lps bersalin je, terus beli keta kancil. Fuhh lega, babai sengsara 5 bulan!
Hah dah ada keta langkah adalah makin panjang...heheh
eh kelaut sudah. Tetiba ter bebel lelebih lak psl keta. Hik! Td rasanya nk cite pasal gaya kah atau praktikal kah? Hahah.
Camtulah, kurang fokus..
Ok adik2, kesimpulannya kalau nak buat apa2 tak kiralah pasal pakaian ke, kenderaan ke, dekorasi rumahtangga ke (wah gitu!), barangan baby ke, handbag ke (oh tak blh tahan!), apa2 sajalah, buatlah pilihan yg bijak. Timbangtara dulu 3-4 kali baru buat keputusan. Walaupun kadang2 anda 90% tak setuju dgn pilihan alternative, namun redha2 kanlah demi kebahagiaan masa depan. ~oh peringatan utk diri sendiri. (saya tak suka sofa rumah saya! Huhuu...)
jgn lupa dptkan jugak idea2 dr orang lain. Okeh, begitu....semoga sukses. *tetiba!*
Hik feeling2 kaunselor la plak.
Gaya? Praktikal?
Dedua penting! Ayuh sebolehnya dapatkan kedua2 nya. Praktikal tp xbergaya dan bergaya tapi xpraktikal --> jgn pilih!
Tunggu dan tunggu. Sampai masa akan jumpa/ada hasilan yg memenuhi keduanya. Kalau takde jugak, tak blh tahan jugak, ko blasah je lah. Ikut suka hati. Hahahaha!
No comments:
Post a Comment