Saturday, April 23, 2011

Sorry...

akak tak dapat join
kalau tak membuyut 
dah lama akak pegi dikkkk!!!





mode : rindu nk membaking :(

Friday, April 22, 2011

Buah hati baru

tak patut la mamana ni..
dah lama baru nak buat.
kecik hati..

ollololololoooooo............sorry sayang..
ok..okkk....



*******************************************************








                                     





mummy and daddy!




@ Dahlia - semoga membesar sihat sempurna, jadi anak yg soleh, menjadi buahati terbaru nenektokpa dan semua..
@ mummy&daddy - welcome to the club. selamat menempuh alam baru. alam tak cukup tdo..muahahhaha

Motivasi




Before
After




hoh, apa yg terjojol kat tgh2 tu??? hahhahaha



*jgn marah aku. ini utk promosi motivasi semata-mata... (@_@)

Aku ni tak berapa nak minat la

dengan baju budak2 yg tajuknya gah sangat. maksud aku yg banyak jual kat blogshop.

contohnya ni ha




aku tak berani nak kata yg ni fake ke apa. tapi kalau RL, burberry ko boleh dapat dgn rega jusco kids, aku rasa semacam la jugak. tapi mungkin jugak baju2 ni jadi murah sebab

1. ori dan rejek
2. ori overstok kilang
3. ori dan diwholesale oleh peniaga2 kecil yg takyah sewa kedai memahal
atau
4. memang tak ori

sebabnya memang aku tahu, china pusat segala. kebanyakan branded stuff pun made in china. mana ada lagi made in uk, made in us. aku takde masalah dgn labelling dia. made in mana pun. dah kilang dia mmg kat situ. cuma sekarang ni bila dah terlalu banyak yang murah dengan label yg sama, susah jugak nak bezakan. original licence atau kopiket.
(ada yg ori pun aku dah malu nak bagi anak2 pakai..-ni ciklel selalu marah aku!)


aku penah 2 kali beli baju budak2 ni thru online. saja nak ngetest. hasilnya...

1. sangat hampeh. material sekali pakai boleh buat lap meja. (GUESS n ZARA)

2. ok. sebijik macam beli butik. (GAP)

so kesimpulan aku, kalau gap mungkin SESETENGAH stok kualiti sama dengan original sbb maybe baju tu mmg ori dan atas sbb2 di atas, harganya lebih murah. tapi kalau tajuk lain tu...ermmm...susah skit mendapat kepercayaan aku nih. lagi satu aku peratikan ada blogshop akan stated 'AUTHENTIC' untuk sesetengah stok utk label A, B, C etc. so tajuk yg dia tak letak tu otomatisnya 'AUTHENTIC? NO LAH!' kan! 

sekarang ni aku lebih suka beli yg blh tgk depan mata. boleh belek kualiti, boleh try kasi puas hati. (tapi konpem2 dah tak jenguk tajuk A dan B dah! eh tapi hari tu, termelangkah jugak masuk..napsu luar kawalan...ngeeeee)

tapi untuk baby ni, aku rasa nak cari romper online. sbb aku dah study dah, insyaAllah romper kalu, kualiti lebih kurang dengan yg aku beli kat metrojaya sales hari tu. dengan syarat tajuk tertentu sahaja...

dan satu lagi yg aku belajar, nk beli online, belilah tajuk yg tak kaya sangat. kualiti kain konpem ok!

contohnya



aku tak tahu apa tajuk jumper ni..sbb tak brapa femes kot so aku tak ingat. tapi kualiti aku konpem pakai sampai tak muat...


tajuk2 keluaran malaysia?? aku dah lama banned!
1. yg murah pakai sekali melebeh
2. yang konon elok harga tak masuk akal. baik aku beli tajuk aku tak kenal tapi puas hati. lagi jimat duit aku..



*aku memang penggila romper/jumpsuit/jumper
**aku suka guna TAJUK instead of BRAND. sbb aku rasa sgt annoying bila citer psl brand2 ni..hishh!





Monday, April 18, 2011

Janji

anak2 ku..
ingatlah, janji seorang ibu tidak akan menghampakan 

muhahahhahaaa......




sekali ayah lak yg hover...tak nyempat tukar baju ke bangggg???





bertungkus lumuih



pembantu2 kecik yg sama seboknya..



hoyehh siap!
 mana mau port ni?
kalau kat luar, konpem2 jadi hiasan taman astakona jer..




kat sini?? tengah2 laman ni?? ish tak sesuaii..



ok, jom hangkut naik atas plak...


ayuh kita tengok berapa lama dorang bertahan layan benda alah ni...ermmm....



HAPPY BIRTHDAY KAKAK ICHA!!
(tetiba..hahah)
mana gamba besday kakak ni?? ~ dalam kamera. patut la smpai skg citer tak keluar2...huhuu..

Friday, April 15, 2011

Saya suka awak

aku sejak2 tak layan mana tv ni
bannyyaakkkkkkkk masa untuk aku mentelaah bahan bacaan ilmiah dah juga tak berapa nak ilmiah kat intenet ni.

ilmiah haruslah pasal prenancy dah tu takkan aku nak baca pasal risiko2 ACL (tebuk lutut kasi repair) walaupun laki aku bakal menghadapinya sikit masa lagi. bialah dia sorang jer yg berilmu pasal tu, siap gigih cari youtube sebab nk menggerunkan diri sendiri..ermm..tak paham! aku kecik2 dajah 3 dah kena operate takde nak kecoh cr youtube bagai..hiks


selain naluri menyibuk pasal orang lain yang ada dlm diri sejak azali ni, aku suka baca bahan yg boleh buat aku senyum2kambing, boleh buat aku macam 'ya betul tu, sokongan saya 98% bersama anda'. aku suka penulisan yg berilmu, penulisan yang sengal tapi cool, penulisan yg penulisnya comel tapi cerdik..eh

macam ni...


skg tgh gigih mengcover arkib dia yg YaAllah banyaknyer!!


macam ni...


ni dah setel..



macam ni...

ni pun..


dan macam ni...


ish comel sungguh budak ni..
(kdg2 apa dia tulis aku xbc pun, aku tgk gamba2 dia jer..)




sebab tu ciklel menjelesss bila aku asik mengadap (kalau tak laptop, mesti ada tepon kat tangan). dah tuuuu....hobi! muhahahhaaa...

addicted kah aku??

Wednesday, April 13, 2011

Selamat Tinggal


anak-anakku...
ucapkanlah selamat tinggal pada mereka
kerna esok hari 
mereka akan bersama rakan yang baru
semoga berbahagia hendaknya...



isk isk sedih lak 
*errr...bukan anaknya tapi maknya...ermmm...
teringat susah payah menjemput mereka pulang ke stanton street
(elehh dgn bantuan garmin ponnn...hehhe)
jauh mereka merantau 
dari Newcastle ke Melaka
hanya foto menjadi kenangan...
eheh giler poyo!


apa?? anak2 mak tak setuju???

jangan risau anak2 ku...
segala perbuatan mak ada sebabnya
dah mak kamu ni sejak azalinya kepala hotak banyak idea
nasib badan...apa nak buat?

percayalah...

perbuatan mak meragut kebahagiaan kamu berdua adalah kerana ini....

------------

ermmm...nantilah. esok2 mak cerita..





Tuesday, April 12, 2011

Dress.Skirt.Shawl yang hot. yokk!

babe,
tak tahan tak tahan...
adalah aku asik tergodaaaa.....
ini dress ke 4 dari SWO...



dia sangat merah bukan??

ini pun cun. tapi stok adalah tidak ada... :(




dan


dan


dan



TETIBA terjumpa lak si cantikmanis ini....lama dah akak cari skirt sebegini rupa. dah perut membuncit ni la plak baru nak jumpa. suka sangat sangat sangat beliau ini ~ sambil tersengih2 

dulukala beli yg ready made je kan. so skg dh jumpa tmpt yg boleh order 2 minggu dapat, custom made lagi. pandai betullah budak2 skg cari duit. gud2! ada talent, ada peluang dan ada otak...akak memang suka orang2 yg dapat memenuhi selera akak ni...lagi cepat duit dalam akaun akak menyusut lagi akak sukaa!! :p







pic dr fb tuan kedai...
(hamba curi demi kebaikan takpe kan??)

utk godaan yg lebih2, pegi sini..


walaupun fizikal sekarang tidak membenarkan, tapi napsu serakah adalah memaksa daku untuk nakkkkkkk. oh saya terpaksa dan dipaksa! (^_^)

tapi..tapii....tapiii.....takkan nak bagi ukuran perut membulat ini..owh 36 y'alls! dah macam pinggang ciklel dah.
rasanya ok kot kalau aku bg ukuran tanpa muatan. dengan harapan esok2 akan kembali normal dengan sekelip mata. vangga! harapan yang setinggi gunung :))

ermmm...tak pun sekurang-kurangnya adalah motivasi supaya 40 hari 40 malam berbengkung. tak mustahil kembali 26..hiks! kan banggg kan???? (berdasarkan record emiralisa dulu, insyaAllah....yakin yakin yakin! pegh saiko..hahha)



ok, sesi mereview bermula.

yang ni dah kasi jaja aritu...ulang tayang...ngeee...


2 lagi dress dari SWO. kainnya sangat bes, tak panas dan cutting nya juga bes. so aku rasa lepas peknan pun memang boleh pakai tanpa was2. (pn. jijah, memang boleh sangat utk bf..seluk je dari atas..hahah)






(pagi2 buta, photographer aku ni asal boleh jer snap pic bini)



dress putih yg bawah ni aku beli utk family photoshoot last year. boleh dipakai semasa membawa muatan jugaa....suka suka!




dan...shawl bes sangat dari sugarscarf..


kenapa dakmira ni pakai cunnnn sangat eh? tapi akakkkkk?????
~inilah masalahnya bila jumpa kedai yg guna model lawa2, terus bajet diri sendiri segorjes dia kalau pakai benda yang sama..padahal......uhukkk 

  
oh, 3 kedai mendapat iklan free :)


Monday, April 11, 2011

aku dan artis

wah tetiba jer tajuk tak boleh blah! muhahahaaaa...

seminggu xde new story the mory bukan sbb xde apa nak dibebelkan kat sini tapi kerajinan adalah tidak marii
maka duduk diam2 baca cerita kawan2 sudeeehhhh.

n3 kali ni memang disengajakan dan sangat berkaitan tajuk. sebelum tu aku nak mintak mahap banyak2 kalau ada sesapa yg terasa atau tak setuju dengan isi misi nya...

semalam TERtengok mentor kat tv3. bukan apa puncanya sbb nak tgk sendiri bes sgt ke anak buah erapazira (whatt????? erapazira mentorr???? bia betikkk!!!) sampai semua pun nak puji2, kat fb pun ramai dok kagum2.
tapi bila bukak tv, tetiba dah sampai part juri mengomeng. ermmm....takdelah mak dapat memberi markah dgn sms bersungguhsunggih. *wekk muntah*
tengok plak protoge sapa tah lepas tu...tgh member syok2 nyanyi aku dah tukar channel lain. tetiba rasa menyampah yang teramat..
eh bukan tetiba..memang menyampah!
ya aku adalah jakijipang dengan budak2 yang sekarang ni terlalu terkinja2 nak jadi penyanyi la pelakon la model la...budak2 melayu skg ni TERLALU disogok dengan hiburan. DISOgOK aku kata sebab bannnnyyaakkkkkkk sangat program2 hiburan yang stok syok sendiri, eh esok wa nak pg odition lah, mana tahu boleh kembangkan bakat yang ada...ewwww!

permusuhan aku ngan artis ni sebenarnya dah lama.
bukan kata aku tak pernah minat artis. dulu2 masa sekolah pernah lah jugak merasa tampal poster zamani kat fail, gamba keanu reeves kat buku kimia, poster lai meng kat pintu locker, pastu berangan nk jumpa bagio sbb suka sgt lagu umpama mimpi dalam mimpi, hantar surat kat joe 4u2c guna nama fiona.
muhahahaaaa geli okeh.

seingat aku satu satunya kaset (kasetttt okay!) penyanyi yg aku labur dengan duit sendiri adalah Best of ZianaZain. jaman2 90an dulu. tak silap aku time tu form 3 kot. itulah pertama dan terakhir aku beli kaset penyanyi...
eh eh copp coppp....tetiba teringat kaset raya AF zaman mawi tu. oowh tidakkk adalah sangatlah memalukan..(oh aku, tlg la jgn buat pengakuan di sini! huhuuu..)

aku tak ingat sejak bila aku mula menyampah dgn artis. nama jer ko artis, kem salaaammmmm. yg minat giler2 ngan artis pun tak terkecuali jd mangsa aku. 
kalu dengar radio, ada plak artis jemputan ke hapa pastu ada caller yg meraban meroyan dpt call ckp dgn artis pojaaaann sampai mendidih telinga aku jer, laju2 aku tukar stesen. baik sebelum ko kena maki hamun dan aku tak pasal2 dapat dosa pree lak. 

dulu2 aku minat gak artis. namun namanya untuk telepon, mengejar, salam2 dgn artis adalah sorrryyyyyyyyyyyy. (antar surat jer skali...wakakakkakaka...tak menahan nak gelakkan diri sendiri)

eh kamonnn la...dorang tu sapa ko nak histeria bagai? nak abiskan duit sms, beli sokkaba, undi kasi menang?? siap tubuh fanclub support artis masing2...ohhh...tidakk. kenapa ada manusia sebegini??


dulu bila wardina kata artis tak patut jadi idola, aku rasa dia dah mewakili aku untuk menyuarakan rasa hati aku terhdp mereka2 yg taksub dgn artis. (ceh nak gak relate ngan kakyah...kahkahkah)

budak2 kecik pun aku tgk bukan main lagi direkrut makbapak masing2. yang umo2 5-12 tahun tapi bila kat atas stage mengalahkan makcik2 dgn mekapnya, dressing nye, gayanya. adoiiyyaaa....nak2 plak ramai yg support bersorak bagai. haihh..kuranglah berkenan mata makcik yg kertu lagi kolot ni.
*janganlah bagi aku tgk tom2 bak, mmg hangin satu badan.
.

nak kata aku anti artis2 ni sangat tidaklah. aku tengok jugak cerita2 melayu (yg agak2 tidak membodohkan aku), dengar jugak lagu2 melayu, belek jugak gosip2 pasal dorang bila2 bosan tahap dewa. tapi namanya untuk minat tidaklah sama sekali. namanya utk mengundi walau apa kekdah sekalipun adalah tidak sama sekali. namanya untuk tegur haihai bila jumpa artis tidaklah sama sekali, namanya untuk beli tiket tengok konsert adalah tidak sama sekali, namanya untuk.......haihh cukup lah!

kesimpulannya, aku jarang tengok tv. adalah lebih baik aku layan blog2 dan bacaan yg bes2. juga menghiburkan!



buat masa skg,  wanita ini satu satunya yg tidak menjengkelkan haku. yg boleh buat aku - oyehhh tiap kali menang atau buat persembahan. setakat ini!


eh eh bukan2. sapa ni??? napa aku gugel nama dia, ini yg keluar..


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


hoh ini baru betul..

u go girl! ko bertuah dik..jangan buat akak blacklist ko jugak yer..

ikhlas,
kakak yang poyo
@_@

Sunday, April 3, 2011

Bibik Upahan

urgh tengah boring tahap kelapan
nak keluar merambu tak boleh plak
bibik lom setel keja lagi
dari pukul semilan tadi sampai sekarang
atas je separuh hari dia kerjakan
skg kat bawah lom lg setel

skop tugasan merangkumi keseluruhan
lap kipas tingkap cermin sapu mop sental toilet dapur
segala
nampaknya tak sempat berlipat la jugak baju2 patbakul tu
takpelah, at least lain2 setel
baju2 cam biasa la, cabutan bertuah la sudahnya

tu pun dua toilet aku dah kejakan semalam
kurang lah skit tenaga kerahan makcik tu
tacap skit2 je lah
kasik berkilat

mak metua aku dah mula menanya taknak berbibik ke anak dah 3
tahlah mak, buat masa skg ati blom terbukak nak bela bibik
lagipun saya dah ada bibik paling gagah dalam genggaman
ngeeeeeee....

bibik upahan ni dtg pagi petang balik
senang hati
takyah nak hadap gejala negatif berbibik
amik dua minggu sekali pun dah ok
setakat setelkan habuk2 kain baju patbakul aku rasa berbaloi

sebenarnya dah ramai indon yg buat part time cleaner ni
siap beragent bagai
tapi siap lah upahnya kalau ada yg uruskan
patjam patpuluh hengget
pastu ko buat keja lembab2
lps patjam blah
satu hapak tak setel

yg freelance lak bila dh ada market mula la demand
mula la alasan macam2 kalau kena panggil ke rumah yg dia rasa tak berbaloi
maklumlah lakunya macam keropok panas
jadual penuh manjang

yang aku ambik ni memang indon
tapi laki org malaya
hantu katanya
makan duit bini
wallahualam

nak booking bibik ni (C) kena lalu agent jugak
yakni cikgu sekolah aku (A) yang babysitter nya (B) jiran kepada (C)
maka, untuk tempahan sila beritahu A, akan disampaikan pada B
dan akhirnya pengesahan oleh C.
sebabnya C takde tepon, masih industri kecil kecilan.
so upahnya adalah ikut suka hati
dari pagi bawak ke malam sukati kolah nak kasi berapa
tapi opkoslah kena ada kewajarannya
takkanlah duatigapuloh hengget kot...
esok2 kem salam dia nak datang rumah ko lagi.

yang war2kan service dia ni pun, si B la.
kesian katanya. dapat laki sengal.
tiap kali balik keja, laki akan kastamkan
kalau ko cakap dapat patpuluh, maka patpuluh tu lah kena serah kat laki dia
cam haremmmm kan
so skg C ni dah pandai
dapat lima nam puluh, declare kastam dua tiga puluh jer
hishh..aku yg dengar ni pun hangeeennnnnn!
bodo punya jantan!

sekarang ni bila dah tersebar servis dia di kalangan cikgu2 sekolah yg sangat dahagakan bibik sambilan
tetiap minggu ada je booking
kiranya murahlah rezeki dia..
alhamdulillah
dan kita pun puaslah hati dapat rumah bersih dan dapat tolong orang...tak gitu cik bedah?


esok2 nak panggil lipat kain plak.
gila pemalasss!



tadi terkembang idung jap. tgh layan citer korea ni...

tetiba eh eh eh...




ko ada kabinet putih tu?? ada?? adaa???
takde kaluu, sila pegi ikea seratus semilanpuluhsemilan jer
(barang murah pun nak berlagak! wakakaka)

ah, ada aku pedulik.??
yang penting sama okayyyy!!



okbai, nak gi inspect keja bibik jap.