Monday, April 11, 2011

aku dan artis

wah tetiba jer tajuk tak boleh blah! muhahahaaaa...

seminggu xde new story the mory bukan sbb xde apa nak dibebelkan kat sini tapi kerajinan adalah tidak marii
maka duduk diam2 baca cerita kawan2 sudeeehhhh.

n3 kali ni memang disengajakan dan sangat berkaitan tajuk. sebelum tu aku nak mintak mahap banyak2 kalau ada sesapa yg terasa atau tak setuju dengan isi misi nya...

semalam TERtengok mentor kat tv3. bukan apa puncanya sbb nak tgk sendiri bes sgt ke anak buah erapazira (whatt????? erapazira mentorr???? bia betikkk!!!) sampai semua pun nak puji2, kat fb pun ramai dok kagum2.
tapi bila bukak tv, tetiba dah sampai part juri mengomeng. ermmm....takdelah mak dapat memberi markah dgn sms bersungguhsunggih. *wekk muntah*
tengok plak protoge sapa tah lepas tu...tgh member syok2 nyanyi aku dah tukar channel lain. tetiba rasa menyampah yang teramat..
eh bukan tetiba..memang menyampah!
ya aku adalah jakijipang dengan budak2 yang sekarang ni terlalu terkinja2 nak jadi penyanyi la pelakon la model la...budak2 melayu skg ni TERLALU disogok dengan hiburan. DISOgOK aku kata sebab bannnnyyaakkkkkkk sangat program2 hiburan yang stok syok sendiri, eh esok wa nak pg odition lah, mana tahu boleh kembangkan bakat yang ada...ewwww!

permusuhan aku ngan artis ni sebenarnya dah lama.
bukan kata aku tak pernah minat artis. dulu2 masa sekolah pernah lah jugak merasa tampal poster zamani kat fail, gamba keanu reeves kat buku kimia, poster lai meng kat pintu locker, pastu berangan nk jumpa bagio sbb suka sgt lagu umpama mimpi dalam mimpi, hantar surat kat joe 4u2c guna nama fiona.
muhahahaaaa geli okeh.

seingat aku satu satunya kaset (kasetttt okay!) penyanyi yg aku labur dengan duit sendiri adalah Best of ZianaZain. jaman2 90an dulu. tak silap aku time tu form 3 kot. itulah pertama dan terakhir aku beli kaset penyanyi...
eh eh copp coppp....tetiba teringat kaset raya AF zaman mawi tu. oowh tidakkk adalah sangatlah memalukan..(oh aku, tlg la jgn buat pengakuan di sini! huhuuu..)

aku tak ingat sejak bila aku mula menyampah dgn artis. nama jer ko artis, kem salaaammmmm. yg minat giler2 ngan artis pun tak terkecuali jd mangsa aku. 
kalu dengar radio, ada plak artis jemputan ke hapa pastu ada caller yg meraban meroyan dpt call ckp dgn artis pojaaaann sampai mendidih telinga aku jer, laju2 aku tukar stesen. baik sebelum ko kena maki hamun dan aku tak pasal2 dapat dosa pree lak. 

dulu2 aku minat gak artis. namun namanya untuk telepon, mengejar, salam2 dgn artis adalah sorrryyyyyyyyyyyy. (antar surat jer skali...wakakakkakaka...tak menahan nak gelakkan diri sendiri)

eh kamonnn la...dorang tu sapa ko nak histeria bagai? nak abiskan duit sms, beli sokkaba, undi kasi menang?? siap tubuh fanclub support artis masing2...ohhh...tidakk. kenapa ada manusia sebegini??


dulu bila wardina kata artis tak patut jadi idola, aku rasa dia dah mewakili aku untuk menyuarakan rasa hati aku terhdp mereka2 yg taksub dgn artis. (ceh nak gak relate ngan kakyah...kahkahkah)

budak2 kecik pun aku tgk bukan main lagi direkrut makbapak masing2. yang umo2 5-12 tahun tapi bila kat atas stage mengalahkan makcik2 dgn mekapnya, dressing nye, gayanya. adoiiyyaaa....nak2 plak ramai yg support bersorak bagai. haihh..kuranglah berkenan mata makcik yg kertu lagi kolot ni.
*janganlah bagi aku tgk tom2 bak, mmg hangin satu badan.
.

nak kata aku anti artis2 ni sangat tidaklah. aku tengok jugak cerita2 melayu (yg agak2 tidak membodohkan aku), dengar jugak lagu2 melayu, belek jugak gosip2 pasal dorang bila2 bosan tahap dewa. tapi namanya untuk minat tidaklah sama sekali. namanya utk mengundi walau apa kekdah sekalipun adalah tidak sama sekali. namanya untuk tegur haihai bila jumpa artis tidaklah sama sekali, namanya untuk beli tiket tengok konsert adalah tidak sama sekali, namanya untuk.......haihh cukup lah!

kesimpulannya, aku jarang tengok tv. adalah lebih baik aku layan blog2 dan bacaan yg bes2. juga menghiburkan!



buat masa skg,  wanita ini satu satunya yg tidak menjengkelkan haku. yg boleh buat aku - oyehhh tiap kali menang atau buat persembahan. setakat ini!


eh eh bukan2. sapa ni??? napa aku gugel nama dia, ini yg keluar..


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


hoh ini baru betul..

u go girl! ko bertuah dik..jangan buat akak blacklist ko jugak yer..

ikhlas,
kakak yang poyo
@_@

No comments: