urgh tengah boring tahap kelapan
nak keluar merambu tak boleh plak
bibik lom setel keja lagi
dari pukul semilan tadi sampai sekarang
atas je separuh hari dia kerjakan
skg kat bawah lom lg setel
skop tugasan merangkumi keseluruhan
lap kipas tingkap cermin sapu mop sental toilet dapur
segala
nampaknya tak sempat berlipat la jugak baju2 patbakul tu
takpelah, at least lain2 setel
baju2 cam biasa la, cabutan bertuah la sudahnya
tu pun dua toilet aku dah kejakan semalam
kurang lah skit tenaga kerahan makcik tu
tacap skit2 je lah
kasik berkilat
mak metua aku dah mula menanya taknak berbibik ke anak dah 3
tahlah mak, buat masa skg ati blom terbukak nak bela bibik
lagipun saya dah ada bibik paling gagah dalam genggaman
ngeeeeeee....
bibik upahan ni dtg pagi petang balik
senang hati
takyah nak hadap gejala negatif berbibik
amik dua minggu sekali pun dah ok
setakat setelkan habuk2 kain baju patbakul aku rasa berbaloi
sebenarnya dah ramai indon yg buat part time cleaner ni
siap beragent bagai
tapi siap lah upahnya kalau ada yg uruskan
patjam patpuluh hengget
pastu ko buat keja lembab2
lps patjam blah
satu hapak tak setel
yg freelance lak bila dh ada market mula la demand
mula la alasan macam2 kalau kena panggil ke rumah yg dia rasa tak berbaloi
maklumlah lakunya macam keropok panas
jadual penuh manjang
yang aku ambik ni memang indon
tapi laki org malaya
hantu katanya
makan duit bini
wallahualam
nak booking bibik ni (C) kena lalu agent jugak
yakni cikgu sekolah aku (A) yang babysitter nya (B) jiran kepada (C)
maka, untuk tempahan sila beritahu A, akan disampaikan pada B
dan akhirnya pengesahan oleh C.
sebabnya C takde tepon, masih industri kecil kecilan.
so upahnya adalah ikut suka hati
dari pagi bawak ke malam sukati kolah nak kasi berapa
tapi opkoslah kena ada kewajarannya
takkanlah duatigapuloh hengget kot...
esok2 kem salam dia nak datang rumah ko lagi.
yang war2kan service dia ni pun, si B la.
kesian katanya. dapat laki sengal.
tiap kali balik keja, laki akan kastamkan
kalau ko cakap dapat patpuluh, maka patpuluh tu lah kena serah kat laki dia
cam haremmmm kan
so skg C ni dah pandai
dapat lima nam puluh, declare kastam dua tiga puluh jer
hishh..aku yg dengar ni pun hangeeennnnnn!
bodo punya jantan!
sekarang ni bila dah tersebar servis dia di kalangan cikgu2 sekolah yg sangat dahagakan bibik sambilan
tetiap minggu ada je booking
kiranya murahlah rezeki dia..
alhamdulillah
dan kita pun puaslah hati dapat rumah bersih dan dapat tolong orang...tak gitu cik bedah?
esok2 nak panggil lipat kain plak.
gila pemalasss!
tadi terkembang idung jap. tgh layan citer korea ni...
tetiba eh eh eh...
ko ada kabinet putih tu?? ada?? adaa???
takde kaluu, sila pegi ikea seratus semilanpuluhsemilan jer
(barang murah pun nak berlagak! wakakaka)
ah, ada aku pedulik.??
yang penting sama okayyyy!!
okbai, nak gi inspect keja bibik jap.
No comments:
Post a Comment